Terma dan Syarat sebagai Pembantu Peribadi
Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain.
- Datang kerja pakai baju kurung ! ( WAJIB )
- Setiap pagi mesti ada black coffee and karipap sardin tiga biji atas meja. (WAJIB TIGA BIJI)
"Kak, memang setiap PA bos dapat syarat macam ni ke?" tanya Syaza pada Kak Zu. Dalam pantri ni bolehlah nak sembang bagai. Dah duduk kat meja, jangankan sembang, nak bersin pun fikir dua tiga kali. Bos tu kerek sungguh. Katanya nanti kalau bersin, bacteria merebak kat tangan. Lepas tu, pegang pen. Dah tu, pen tu nanti orang lain guna, dah bacteria tu tersebar. Advance betul pemikiran Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain ni.
"Haah. Kau kena ikut sebiji-sebiji syarat dia ni ha. Kalau tak, habis kena pecat. PA dia yang sebelum ni kena pecat sebabnya kecil sangat," jawab Kak Zu sambil tersengih. Memang nasiblah siapa berkerja dengan bos yang kerek tu.
"Sebab apa?"
"Sebab karipap tak cukup 3 biji,"
Hampir tersembur air yang baru diminum oleh Syaza.
"Sebab tu je?!"
"Ye," jawab Kak Zu lantas tergelak. Tak munasabah kan? Tapi itulah Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain.
"Ini memang gila," jerit Syaza kecil. Habis tu kalau karipap tu terjatuh ke, termakan ke, free-free je kena pecat? Ini memang kerja gila.
"Apa yang gila?" tiba-tiba satu suara garau mencelah. Terbangun Syaza dan Kak Zu dibuatnya. Ahmad Zhafir Bin Ahamd Zulkarnain aka AZAZ datang oi. Ni dah dikira mencemar duli ni.
Zhafir menjungkitkan kening lebatnya. Ni tak lain tak bukan mesti duk buat ketupat ni. Kalau dah tiba-tiba terdiam dan terbangun bila orang datang, itu petanda ada buat kerja salahlah tu. Ye dak?
"Ehem, black coffee please," pinta Zhafir lantas berlalu dari pantri. Langsung tak nak senyum. Senyum tu sedekah lah oi. Tak nak buat pahala ke?
Sejurus selepas Zhafir berlalu, Kak Zu pantas mengusap dadanya dan terus tersengih. Syaza pula masih statik berdiri. Jantungnya terasa masih kuat mengepam akibat terkejut. Nasib baik masih berfungsi.
"Aik Syaza? Dah jadi patung? Baik cepat buatkan bos tu kopi. Kalau lambat, mahu kopi tu nanti dibuat siram bunga," kata Kak Zu lantas keluar dari pantri.
Syaza pantas tersedar dan bergerak pantas ke kabinet untuk mengeluarkan kopi. Malangnya, kaki kanannya terus tersepak kaki kerusi. Terjerit kecil dibuatnya. Sakit. Ni semua AZAZ punya pasal ! Memang perlu bertabah kerja dengan bos macam ni.
Selepas selesai membancuh kopi, perlahan-lahan dibawa ke dalam bilik Zhafir. Pintu diketuk. Selepas mendapat isyarat daripada Zhafir, tombol pintu dipulas. Mug bergambar Ron Weasly diletak berhati-hati diatas meja.
"Awak lambat dua minit setengah," ujar Zhafir mendatar. Matanya tajam merenung mug Ron Weasly diatas meja. Ye Ron Weasly. Jangan tak percaya.
"Ha?" ternganga Syaza dibuatnya. Itu pun dikira ke?
"Jangan nak ha-ha sangat. Lain kali awak lambat dari dua minit setengah, tahulah nasibnya. Awak boleh keluar sekarang," kata Zhafir dengan nada kereknya. Senyum jangan haraplah. Rasanya urat senyum dah terputus kat muka dia tu.
"Baik," jawab Syaza lantas keluar daripada bilik Zhafir. Baru je Syaza memegang tombol pintu, Zhafir memanggil. Pantas Syaza memandang Zhafir.
"Air kopi ni tak penuh. Lain kali bancuh bagi penuh dalam mug ni," kata Zhafir selamba.
Dan Syaza? Mestilah menahan geram dihati. Memang sungguh kena bertabah kerja dengan Ahmad Zhafir Bin Ahmad Zulkarnain ni !
10 comments:
hhahahahahaa... cik qwerty, sungguh la ai rasa nak jumpa c mat sapi ni.. nak bg hadiah penampor barang pat lima dasss!
nasib tak ckp "lambat setengah minit". mmg nk kena siram je ngan kopi tu *emosi* hahahaa
mizz acu : kann. bukan setakat penampar, humban dalam laut terus =)
ika : hahahaa. bukan setakat air kopi, air milo, nescafe tea sume siram kat mad sapi tu =)
adoi ahhahaha..mampos aku dpt bos cmtu..
hahhaha ron weasley??gay ke ape aza ni hahhahaa...
mug gambar ron weasley? ahahaha
syira : hahaha. gay? pehh, speku tak menahan.
hajar : azaz tu peminat fanatik ron weasly tuuuu. =P
2 minit setengah....boleh kira ke? gilosss punya bosssss
gile kerek boss ni..
Salam..hmm..gaya bahasa yg agak berlainan ngan bab 1..sebab penulis yg lain kan..hehe..but still acceptable.. :) akak tak kisah bahasa rojak..but bab tatabahasa ni akak alergik sikit..hehe..apa2pun citer yg menarik utk dibc.. :)
Wassalam
MyHoney
Giler cerewet si Zhafir ni...
Post a Comment