3 : "Bos saya yang kerek" by LilaVee ~

Esok taknak karipap. tukar Sardine Roll HOMEMADE.
As usual. 3 Pieces mesti cukup!

Tangannya laju menaip pesanan ringkas di atas kekunci blackberry di tangan. Sesekali tersungging senyuman kecil di bibirnya tanda puas hati dapat mengenakan di penerima pesanan itu. Dia membaca sekali lagi pesanan yang akan dihantar sebelum menekan butang send.

"Hah! abang. Senyum-senyum bbm dengan awek eh??" Itu diaaa. pengacau nombor satu dalam rumah dah datang. Terus Blackberry di tangan disembunyikan sebelum sempat pesanan dihantar.Terus dia mengangkat wajah memandang figura yang sedang berdiri bercekak pinggang dihadapannya.

"Dah tak reti nak bagi salam?" Tepat pandangannya ke arah Nurul Sofea, adiknya yang kepoh mengalahkan polis pencen itu.

"Yelah..yelah.. ASSALAMUALAIKUMM!!!" pekik Sofea di telinganya sekuat-kuat hati. Sah-sah nak balas dendam. Dan,sepantas itu juga tangannya menarik ekor kuda adiknya yang elok terbuai-buai di belakang kepala itu.

"Hitler lah abang ni!" Sofea dah tarik muka masam sambil membetul-betulkan semula letak ikat rambutnya. "Patutlah takde makwe sampai sekarang! Harap muka hensem...tapi perangai macam beruang jadian!"

Terus tersembur tawanya mendengar perumpamaan yang dikeluarkan oleh Sofea. "Well that is my partime. nak buat macammana."

"Huh.Partime lah sangat. Tak kira pulak orang lain yang hadap ni menyampah ke tak kat dia tahap boleh muntah hijau!"

"Biarlah." Ringkas dia menjawab.

Sofea tayang wajah geram. Ieeeee... abang aku yang sorang ni lah kannn..... "Mana tak mama dengan papa pening kepala nak melayan.Dahla kerek tahap giga! Patutlah pun girlfriend sampai sekarang takde. secretary dalam setahun je sampai 14 kali bertukar! lepastu still tak reti-reti nak sedar diri? Abang. Lower your ego lah. Demand tu kurang sikit. Kau dah tua lah! Nanti sampai tua takde sape nak dekat kau, baru tau langit tinggi rendah!

Tuuu dia bila mak nenek dah mula bersyarah. "Adik ni macam mama lah. Ke sebenarnya kau amek tape syarahan mama insert dalam kepala lepastu sampai depan abang kau rewind eh?"

Sofea hanya menjelirkan lidah. Nak buat macammana. memang dah bakat semulajadi mama turun kat dia. Abang tu je yang degil sangat. Entah kepala naga mana dia ambik buat azimat pun Sofea tak tahu.

"Abang. Penat ah orang jadi spy mama. Kejap-kejap mama tanya pasal abang. Abang terus terang jelah, bila nak ada girlfriend ni?"

Zhafir tergelak besar mendengar rungutan Sofea. "Jangan harap. Awak surrender jelah jadi spy mama tu. Abang masih sama. Tak ada sesiapa yang istimewa macam yang mama harapkan. Perempuan semua membosankan. "

Sofea kembali menjegilkan mata. "Pardon me abang??? MEMBOSANKAN?"

"Yuppie Yup! Bosan. That's the best word I can find to describe them just now. Bosan sebab asyik-asyik kuat merajuk, cerewet, suka membebel, gedik dan bermacam-macam lagi. Oh. Sekejap. untuk kategori bosan ini mama is an exception." Dia menghabiskan ayat itu dengan menayang sengih selamba sehingga membuatkan Sofea hampir sahaja ingin mengangkat meja tamu di ruang depan itu untuk dihempuk kemukanya.

"Yelah abang... cakap lah orang perempuan macamtu. Sofea doa satu hari nanti abang jumpa perempuan yang ada magic spell ke apa kan.. buatkan abang jatuh cinta... angau separuh gila.. haaa! masa tu baru tau langit tinggi rendah bro!"

"Try me." Keningnya dijungkitkan tanda cuba mencabar Sofea dengan kata-katanya tadi. "Ingat ni cerita dongeng snow white ke apa nak ada magic spell segala." Inilah padahnya orang perempuan bila kuat sangat tengok drama. Dia hanya mengeleng-geleng sambil tersenyum sinis.

"We'll see abang. we'll see." Sofea akhirnya bangun dari duduk menuju ke dapur. Baik aku makan dari melayan abang perangai naga macamni.

Zhafir hanya tersenyum kecil. We'll see. Dan tangannya kembali menekan kekunci Blackberry di tangan, menghantar pesanan ringkas yang tergendala tadi.

Massage Send.

Dia tersenyum puas.

7 comments:

mizz acu said...

we'll c... hermmm!

haikadove said...

dalam kepala perempuan mmg ada tape syarahan yg sama kot~ hahahaa ;p

Lila Vee said...

hahahaha~ agreed!

pnut said...

gile kerek..
x sabar nk tunggu boss kerek ni jumpe pompuan yg blh bt dier betul2 gile..
hahaha..best..

Anonymous said...

Salam.. partime ke part-time? hehe..mamat ni memang dah lebih ni..geram betul akak! hehe..ter-emo jab..xpe..nanti bertemu buku ngan ruas la dia..tak sabar nak bc bab tu nanti..:)

Wassalam
MyHoney

Lila Vee said...

pnut: hwaiting! ^^

my honey~ yup. part-time. haha. thanks for the reminder! =)

Waisya Carissa said...

waaa belagak plk ek zhafir ni... entah2 syaza kot jd psgn dia...