4 : "Bos saya yang kerek" by Nirrosette XOXO

“TENGKORAK DIA!!”

Hampir tersembur milo panas yang dihirup Sarah apabila terdengar Syaza menjerit kuat. Laju sahaja tangan kanannya menepuk paha gadis yang sedang sibuk membelek Blackberry di tangan.“Dah kenapa kau terjerit-jerit macam kena sampuk ni haa?!” Mata Sarah sudah mencerlung ke arah kembarnya yang sedang bersila di sebelah.

“Si Mad Sapi tu la.” Syaza mula membuka cerita. Amboi Syaza! Elok-elok nama dia Ahmad Zhafir. Suka hati sesedap rasa je kau panggil dia Mad Sapi! Gasak la, bukannya dia dengar pun. “Dia tu…”

“Eh, cup-cup!” Sarah meletakkan cawan milonya yang berbaki separuh di atas meja kecil yang terletak bersebelahan sofa. “Mad Sapi? Siapa tu? Apahal pelik sangat nama dia?” Soalnya dengan dahi berlapis.

“Ahmad Zhafir la. Bos aku yang mengada-ngada tahap nak kena tembak dengan senapang gajah tu.” Laju sahaja Syaza mengutuk. Berani la sangat, padahal kalau depan mata…nak kelip mata pun tak berani! “Selama ni dia minta karipap, tiba-tiba esok dia demand nak sardine roll. Homemade pulak tu. Mana aku nak cari? Bukannya aku tau buat sardine roll segala. Kalau pun aku tau buat…jangan haraplah aku nak buat untuk dia, okey?”

“Kau beli la kat mana-mana. Kalau takut tak sedap, kau beli je kat Delifrance. Aku rasa ada kut.”

Syaza mengangkat mata ke langit. Tolonglah! “Tak ada maknanya aku nak redah traffic jam semata-mata untuk pergi Delifrance, okey? Besides, mana ada Delifrance buka pukul 8 pagi!” Ke…ada eh? Ah gasaklah. Yang penting, Syaza tak kuasa!

“Haaa! Aku ada idea.” Sarah angkat-angkat kening.

“Apa dia?”

“Apa kata aku tolong buatkan bos kau Sardine Roll tuh?” Sarah membuat tawaran. Rasanya sempat lagi nak pergi beli bahan-bahan. “Tapi mesti bagi upah la.”

Aah eh! Tiba-tiba mentol di kepala Syaza mula menyala. Macammana aku boleh lupa yang adik kembar aku pakar buat pastri segala nik? “Kau nak upah apa?”

Sarah dah tersengih panjang. Sengih-nak-pedajal-orang tu namanya. “Top up prepaid card handphone aku, top up minyak Vespa aku dengan…”

“Weh kau ingat aku cap duit ke?” Laju sahaja Syaza memotong. Ni lagi satu! Tau nak demand je! Sama macam Mad Sapi tu!

“Ala, kau kan –“ Perbualan mereka terputus apabila tiba-tiba sahaja Blackberry di dalam tangan Syaza berbunyi nyaring.

Hampir-hampir Syaza mengangkat mata ke langit apabila terpandang nama si pemanggil tertera di skrin telefon bimbit.

“Miss Syaza, did you receive my message earlier on?”

Amboi! Takdak helo takdak salam, terus terjah macam ni je? Syaza berdeham sedikit, membetulkan nada suara. Ikutkan hati nak jerit je tapi tak pasal-pasal kena buang kerja pulak, kan. “Ye boss, dapat.”

“3 sardine rolls, okay? Saya nak homemade. HOMEMADE. Faham?” Sengaja Ahmad Zhafir menekankan suara pada perkataan ‘homemade’ tu.

“Faham, bos.”

“Okay, saya call cuma nak ingatkan je. Remember, I want it first thing in the morning please.” Beku sahaja nada suara Ahmad Zhafir menyapa gegendang telinga.

Eeei ngada-ngadanya! Aku tangan karang. Tanpa sempat Syaza tahan, mulutnya terus sahaja melaser kembali. “Bos alang-alang nak demand, mintak la croissant sekali. Ham and cheese ke. Kan lagi masyuk! Apa kelas makan sardine roll je.”

Ahmad Zhafir di hujung talian terdiam sejenak. Namun tak lama kemudian dia menjawab, “Siapa nak makan, saya ke awak?”

“Bos la makan.”

“Siapa bos, saya ke awak?” Datar tanpa nada dia menyoal lagi.

“Bos la bos.”

“So?? Tak reti-reti lagi? Do as I say. Jangan banyak bunyi. Faham?!”

“Fa…faham!” Tergagap sekejap Syaza apabila disergah begitu. Dia menggigit bibir kuat. Ceh. Kuassam punya bos!

11 comments:

Miss Kira said...

Siapa bos, saya ke awak?

Me la bos.. ;P

mizz acu said...

tukar..! sardine roll xkenyang..saya nak bihun goreng besok pagi!! ;)

haikadove said...

hahahaa. okay mcm nk *dushdush* mad sapi ni ;p

syira destroyer said...

nasib baik sardine roll..dibuatnye nasi ambang pakai ayam turkey mne kau nak cari.. hahaha..

Nirrosette said...

[Miss Kira]: Sejak bila awak boss?? :P Hahaha.

[Miss acu]: Amboi demand!! :P

[Ika]: Dush je, apa tunggu lagi? Kekekeke :D

[Syira]: Itu mintak pelempang bersiri je jawabnya hahahahaha. :P

nur fuzaini said...

ngee,,,tambah lg satu dlm blog list,, :),,best cite nih

Shamine said...

perghhh taknak belah demanding gila...mintak sardine roll aje pon ape barang..kehkehkeh

pnut said...

hahahaha...adehhh...saket perut aku gelak wei...
mmg demanding gile mat sapi ni..
mentang2 kuase veto di tgn dier..
ikut suke je bg arahan..

Waisya Carissa said...

Syaza ade kembar rupenye... naseb baek adik syaza tu pandai buat... jgn mat sapi ni tpikat ngn sardine roll buatan kmbar Syaza sudah la...

Anonymous said...

Salam..hehe..i'm speechless..tak tau nak komen apa.. :)serius, citer ni makin manrik minat akak utk terus membaca..Insya Allah akak akan follow.. :)

eh! btw, sebenarnya nak sebut 'kuassam' ke 'kurang/kuang assam'? :)

Wassalam
MyHoney

KITA said...

thanks all

MyHoney, nak sebut kuassam tu macam kuas, sam. dekat dan laju. tp mmg maksudnya kurang asam pun =)