1 : "Bos saya yang kerek" by Ahmd Ibrhm

"Miss Syaza."

....

"Miss Syaza?"

Dia mengangkat muka yang dah separuh mamai. Mana taknya, dia tunggu giliran untuk interview ni lebih dari tiga jam. Nak audition Mentor pun tak lama macam ni. Sampai tertidur aku, bisiknya sambil bangun ke arah perempuan yang memanggilnya tadi. "Ya saya."

"Giliran awak."

Syaza masuk ke dalam bilik itu dan menghadap seseorang yang tengah membelakanginya. Hanya nampak rambut orang tu tercacak-cacak dari belakang kerusi mewah tu. Cara dia duduk pun mewah kot. Siap letak kaki atas meja. Memandangkan ni syarikat bapak dia Syaza diam aje. Tanpa dipelawa dia terus melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Ala dia kan nak diinterview so kenalah duduk. Takkan nak berdiri sambil menari tango. Gila ke apa.

Lelaki tadi kini berpusing menghadapnya. "Siapa suruh awak duduk?"

"Eh, betul ke apa yang saya dengar ni?"

"Saya serius. Siapa suruh awak duduk?"

Syaza rasa nak keluar aura melaser. "Kenapa tak cakap awal-awal kerusi ni diletakkan untuk buat pameran. Kalau tak mesti saya dah berdiri dari tadi."

"Dah tu, berdirilah."

Ni ke bakal bos aku? Ni ke??? Syaza pasrah berdiri lepas tu pandang bosnya yang kini buat muka menahan gelak. Oh kau gelak ye. "Encik, apa kata saya panggil dua pengawal kat luar tu suruh bawa kerusi-kerusi ni keluar?"

"Terima kasih. Awak boleh duduk."

Agak-agak kalau aku hempuk kerusi ni atas rambut dia tu kejam sangat tak? Eh tak boleh, tak boleh. Karang tak pasal-pasal aku masuk penjara sebab rosakkan anak rambut dato' ni. Dengan control habis Syaza cuba senyum kat lelaki itu. "Ini resume saya."

Lelaki tu menyambut dan membelek-belek macam tak ada perasan. Hello, baca tu fokus sikit boleh tak? Penat tau aku hadap laptop nak siapkan benda tu. Siap tanya orang macam mana nak prepare resume. Lelaki depan dia ni pulak boleh selak-selak benda alah tu macam selak komik aje. Geram betul aku.

Dia campak resume tu. "Okey."

Huh? Apa maksud dia dengan 'okey' tu? Adakah aku dengan automatiknya telah direject?

"Okey, awak diterima."

Yayyyyy! Sekarang Syaza rasa nak julang kerusi yang tengah dia duduk tu. Ahaks. "Terima kasih bos. Sayangggggg bos!"

"Apa awak merepek ni?"

"Eh, saya merepek ke tadi?"

"Awak cakap awak sayang saya."

"Hah??" Syaza menekup mulutnya.

"Tapi awak jangan risau. Saya tak sayang awak pun."

10 comments:

mizz acu said...

ekekkekekeeee... sungguhhhhhhhlahh kerekkkk!!

Anonymous said...

Br start baca asyik nak gelak bayangkan situasi dorg ni, kelakar gila

e-la said...

starting yg best ^^

Unknown said...

wah interesting!

pnut said...

hahahaa..br bc 1n3 dh x tahan nk gelak..cnfirm lepas ni sakit perut sbb gelak..

Waisya Carissa said...

wakakaka... memang lawak la cite ni...

Anonymous said...

Salam.. memang awesome citer ni..sengih memanjang.. gaya bahasa yg sempoi habis! cacar marba but i like.. rasa release sikit tension kat pala otak ni.. tks. :)

Wassalam
MyHoney

Riha J said...

Good start. I love your language and writing style (Y)

Riha J said...

Very good starting. Love your language and writing style (Y) Keep it on

Mr Hijack said...

betul2 kerek nih! hahahha