Pengumuman!

Assalamualaikum & hye readers!

CERITA Forbidden Love (FL) di 'hold' untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
meanwhile, enjoy pencarian Mr.X dulu ya!

Tq.
Admin

2 : Forbidden Love by Qwerty


"Hellooooo ladies," sapa Melissa sejurus membuka pintu bilik kuliah 24. Muka kawan-kawannya yang hampir genap satu semester dipandang penuh ceria. Inilah Melissa. Orang yang sentiasa ceria, banyak cakap, menyenangkan dan prihatin. Sebab itu jugalah kawan sekelas sepakat melantik dia sebagai class representative.

"Kau tak payah nak ladies sangatlah Lissa oi. Ingat sikit aku ada dalam kelas ni," bidas Fischer dengan kipas di tangan.

Melissa melangkah masuk sambil tayang sengih. "Ala, aku lupa. Ingat semua ladies tadi," sakat Lissa lantas menarik kerusi di hadapan Fischer, bersebelahan dengan Mai.

"Tulah kau. Siapa suruh masuk kelas ni? Kelas ni untuk si Bunga jelah. Kau tu kumbang. Kumbang patah sayap," usik Mai. Hampir satu kelas tergelak mendengar usikan Mai.

Fischer menjeling tajam. Tapi sebenarnya tak ambil hati pun. Gila nak ambil hati? Mau kena halau keluar kelas. Tak nak aku masuk kelas lain. Asyik kena buli je dengan lelaki-lelaki berlagak gagah kang.

"Tak baik ahh. Dia memang bunga pun," Melissa mengenyitkan mata pada Fischer. Pantas Fischer menepuk tangan gembira.

"Bunga tahi ayamlah tapi," sambung Melissa.

"Kureng punya perempuan," dengus Fischer lantas menguatkan kipasannya. Gelak tawa kawan-kawan perempuan disekelilingnya dibuat endah tak endah. Lama-kelamaan, dia juga terikut ketawa. See, mana boleh tak sayang kalau kawan-kawan sekelas cenggini.

Melissa berhenti ketawa tatkala terpandangkan jam di tangannya. Dah dekat sepuluh minit dah. Tapi lecturer tak masuk kelas pun ha. Dah kenapa? Selalunya kalau kelas cancel ke apa ke, sure dia ada dapat mesej ke, call ke. Ini tidak. Tapi sekarang ni waktu Prof Md Noor. Memang taklah Prof nak cancel kelas. Melissa memandang Mai di sebelah yang sedang khusyuk bergosip dengan Fishcer. "Prof mana ha?"

Mai mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Weyh, kau tak rasa kelas kita sauna semacam ke? Dah tu, benda gantung-gantung kat depan tu pun tak bernyala," ujar Fischer.

Pantas Melissa melayarkan matanya ke hadapan. Projector dan komputer tak berfungsi. Huh, masalah lagi. "Dah tu?" tanya Melissa malas.

"Tak reti-reti nak call abang jambang sexy ke?" tanya Fischer sambil mata dikelip-kelipkan. Gedik sungguh.

Melissa menghembus nafas malas. Malas sebenarnya nak berurusan dengan abang-abang technician tu. Bukan apa, kalau dia call, mesti abang jambang sexy bak kata Fischer tu ada sekali. Abang tu dah lah suka pandang-pandang orang macam nak makan. Dan jantung ni pula, entah kenapa macam mengada nak degup lelebih bila abang tu ada. Blerghhh.

"Hoi makcik ! Berangan? Pergilah call cepat. Karang Prof masuk dia nak gunalah benda kat depan tu. Lagi-lagi, panas ni kau tahu tak? Habis cair mekap aku," bebel Fischer. Kata-katanya disokong oleh rakan sekelas yang lain.

"Haisyh, kau jelah call,"

"Tak hingin aku. Lagipun aku tak ada kredit," Fischer tayang sengih.

"Ala takpe. Guna fon aku. Tapi kau cakap," Melissa menghulurkan Notenya.

"Kau saja je nak suruh abang-abang tu kenakan aku kan? Kau tak sayang aku kan?" Fischer bernada sayu. Bukan apa, abang-abang technician tu selalu kacau Fischer ni ha. Biasalah, orang lembut macam Fischer ni kan. Selalulah kena kacau. Tapi sebenarnya, tak adalah nak sayu sangat. Ini lebih kepada nak kenenkan si Melissa dengan abang jambang sexy tu je. Bukan mereka satu kelas tak tahu, abang jambang sexy tu selalu usha si Melissa ni ha. Usha bukan usha biasa. Usha dengan penahan mata bak arjuna menikam kalbu gitu. Fuhhh.

"Ala, sorry-sorry. Iyelah. Aku call. Tapi aku pelik betul. Apasal bila tang kelas kita je mesti selalu ada problem. Selalu nak kena call technicians. Ajaib sungguh. Rasanya dorang pun dah kenal nombor fon aku," Bebel Melissa lantas menekapkan telefon di telinganya.

Cakap, cakap, cakap, 10 minit kemudian abang-abang technicians tu datang dengan penuh gayanya. Cewaahh.

"Hai ladies," sapa Mikael ramah. Mana tak ramahnya kalau tiap-tiap minggu mesti dia akan masuk kelas bebudak ni. Tak bilik 24, bilik 7, bilik 10. Bilik mana-manalah. Tapi sure kelas Melissa. Sebabnya? Nantilah kita cerita sebabnya. Hehee.

"Hai bang. Panas ni. Cepatlah. Kejap lagi Prof masuk dah," ujar Mai laju.

Mikael memandang Mai sambil tersenyum. "Yelah, yelah. Ha, Haidar, kau jangan nak duk melangut kat situ. Tu pergi betulkan komputer tu. Aku nak tengok suis aircond," Arah Mikael. Bukan dia tak tahu si Haidar ni dari tadi duk usha si Class Rep. Tak agak-agak betul.

"Hurmm," Haidar berjalan penuh gaya ke arah komputer. Tekan-tekan, betul-betul sikit wayar. Done ! Elok sihat hidup je komputer tu ha. Dalam Haidar khusyuk buat kerja, Melissa mencuri-curi pandang wajah Haidar di balik pintu. Tangan dibawa ke dada. Dup. Dap. Dup. Dap. DUP ! Pandangan Haidar terus ke matanya. Pantas Melissa keluar daripada kelas. Pusing je ke belakang, terus ternampak Prof Md Noor. Cehh, baru je nak legakan perasaan. Hampeh. Nasib tak pitam.

Prof Md Noor mengerutkan dahi melihat telatah Melissa. Tapi langsung tak ada rasa ingin bertanya. Lantas kaki dibawa masuk ke dalam kelas. Melissa mengikut daripada belakang. Dapat dilihat Mikael dan Haidar sedang melangkah keluar dengan penuh gayanya menerusi pintu sebelah lagi selepas menyapa Prof Md Noor. Memang dekat kolej ni, Mikael dan Haidar adalah technician paling terkenal. Dengan kacaknya, dengan aahh lantaklah. Yang aku tau, Prof dah masuk. Yang aku tau, kumpulan aku kena present harini. Yang aku tau, aku kena present molek-molek. 20 marks for presentation tu wei !

Namun, yang Melissa tidak tahu, Haidar sentiasa mengikut pergerakannya. Haidar sentiasa mengetahui perkembangannya. Haidar tahu di mana Melissa selalu menjamu selera. Haidar tahu bila Melissa akan balik rumah. Dan Haidar juga berpakat dengan Mikael untuk buat-buat rosak komputer dan aircond di salah satu bilik kuliah yang Melissa akan masuk. Itu yang Melissa tidak tahu.

"Hoi," tegur Mikael kuat sambil melayangkan penumbuk di bahu Haidar. Haidar memandang sekilas. Balik pada karektor stone-coldnya.

Mikael memandang Haidar geram. Mamat nilah kan. Ada yang kena penumbuk sebiji kat muka kang. Toya je. "Sampai bila ni weyh?" tanya Mikael geram. Bertambah geram bila Haidar hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Atau tak endah mungkin.

"Kau jangan Dar. Selalu sangat kelas dia ada teknikal problem. Pihak atasan tahu, habis kita,"

Haidar mendengus. "Ni kolej bapak aku," jawab Haidar senada. Tin Redbull di tangan dibawa ke mulut. Fikirannya hanya memikirkan satu nama. Ya ! Hanya satu. Melissa. Melissa. Melissa. Intan Nur Melissa Iskandar Shah.

*******
Hello guys ! Hah, finally. Saya tak tahu nak sambung apa sebenarnya. Ha Ha. So, end up, this is it. Dah beberapa bulan tak mengarang, memang hampeh sungguh rasa. Nak asah otak mengarang balik memang susah. Enjoy this. Ini je termampu sekarang. Hehee. :D


12 comments:

Anonymous said...

tgu next baton plak keke

mizz acu said...

kehkehkeh... abg stone ni ada hati jugak rupenyer.. kih3..

xsabo nak tgu camne dorang masuk mode bunga2 chenta nti nih..

ohsem!!

baby mio said...

nak lagi...

sakeena said...

sape plak pas ni???hihihi.can't wait..

Shamine Hanis said...

hehehehe.....best gak..nie semua Ahmd lah yg start org lain yg kena..haha takpe still best apa...sapa yg sambung ek lepas ni...hmmm ^^

Qwerty said...

haaaa next baton is lila kottt.
hehe. tunggu jangan tak tunggu =)

Qwerty said...

ehh, abang stone tu jangan tak tahu.
hati dia selembut kapas. wohaaaa.

Qwerty said...

tunggu cheguuu punya turn =)

Qwerty said...

haaa, chegu lila kot.
hehehe. tungguuu

Qwerty said...

kannn. salahkan amad.
hahahaa. tunggu yeeee =)

Wild Cherry said...

Owh abang jambang seksi tu haidar rupenye...

Anonymous said...

Best gila. Bila nak chapter 3? Btw, nak tanya. Macam mana nak buat [1][2][3][4][5][6][7] gtu kat blog eh? Tolong explain in detail boleh? Thx. :)