Pengumuman!

Assalamualaikum & hye readers!

CERITA Forbidden Love (FL) di 'hold' untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
meanwhile, enjoy pencarian Mr.X dulu ya!

Tq.
Admin

25: Bos Saya Yang Kerek by Bulanhijau HAHA


Diam. Perkataan yang sangat sesuai untuk situasi sekarang ni. Dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta sampailah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka hanya diam.

Sampailah dah dalam kereta Audi milik Zhafir pun, mereka diam lagi. Takde sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing.

Syaza masih tekun memandang ke luar tingkap. Entah apa yang lawa sangat dengan tiang lampu sepanjang jalan tu pun dia tak tahu. Tenung tiang lampu macam kagum sangat. Tak berkelip langsung!

Zhafir pun macam takde ura-ura nak memulakan perbualan. Dia sebenarnya nervous. Nervous bila Syaza hanya menurut saja cakapnya tanpa banyak soal. Syaza macam kena pukau. Hello Zhafir, kalau iye pun Syaza kena pukau, kau lah yang pukau dia!

Kereta diberhentikan betul-betul di perkarangan apartment milik Syaza. Handbrake ditarik. “Dah sampai.”

Suara itu, mengejutkan Syaza dari lamunannya. Syaza masih dalam posisi memandang ke luar tingkap. Nafas panjang ditarik dalam-dalam, cuba mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Zhafir.

“Syaz..”

Klik. Seatbelt yang membelit pinggang dibuka. “Thanks.” Tangan kiri sudah bersiap-sedia mahu membuka pintu kereta.

“Syaza.” Panggil Zhafir lagi. “We. Need. To. Talk.” Sengaja, dia tekankan suara pada setiap patah perkataan. Dia mahu Syaza tahu dia sedang serius sekarang ni.

Syaza buat endah-tak-endah. Dia tahu apabila Zhafir panggil dengan nama ‘Syaza’ tadi, maknanya Zhafir sedang serius. “Saya penat.” Dia harap dua perkataan tadi mampu menjelaskan kenapa dia tidak mahu berbincang dengan Zhafir.

Terdengar keluhan kecil keluar dari mulut Zhafir. “Okey.” Dia tahu, dia kena beralah. Dia tak nak Syaza lari lagi. “Kalau macam tu, malam karang..”

“Esok saya call, awak.” Cepat saja Syaza potong percakapan Zhafir. “Bye.” Pintu kereta dibuka dari dalam. “Assalamualaikum.”

“Saya hantar awak sampai atas.” Cepat-cepat enjin dimatikan. Entah kenapa, dia fobia untuk biarkan Syaza sorang-sorang. Kalau Syaza lari lagi, macam mana?

Syaza tak tunggu lama, dia terus jalan meninggalkan Zhafir yang tengah keluarkan begnya dari dalam bonet. Sampai sahaja di lift, dia tekan butang untuk naik ke atas tu banyak kali. Eeee.. cepatlah, cepatlah!

Ting! Lift terbuka. Syaza meloloskan diri ke dalam lift. Tanpa menunggu Zhafir, dia terus tekan butang bernombor ‘12’. Pintu lift ditutup.

Dia sandarkan belakang kepala pada dinding di belakang. Dia belum cukup kuat untuk berhadapan dengan Zhafir. Air matanya bakal gugur, bila-bila masa saja.

Orang dah buat salah, mestilah takutkan? Eh, manede buat salah! Dia bawa diri ke Anyer tu semata-mata nak cari hati yang hilang. Salah ke cari benda hilang? Tak salahkan! Tak salah pun!

Sampai di tingkat 12. Syaza berlari-lari anak ke rumahnya. Dalam pada masa yang sama, dia mula menyelongkar segenap isi sling bag. Shit, kunci dalam beg yang dekat Zhafir tu. Damn! Damn! Damn!

Sampai di hadapan pintu rumahnya, terus dia tekan loceng banyak kali. Biar Sarah kat dalam tu bengang pun tak pe.

“Syazaaaa..” Sayup-sayup sahaja suara Zhafir di belakangnya. Dia menoleh ke belakang. Zhafir baru keluar dari lif.

Degup jantung dah laju satu macam. Jari menekan lagi loceng. Tak cukup dengan tekan loceng, tangan kiri mula menumbuk-numbuk pintu. Sarah, cepatlah bukak pintu ni!

“Hoii, kau ingat pintu ni apak kau yang…” Sarah tak jadi nak menyambung ayatnya apabila matanya terpandangkan Syaza. “Dik!” Terus saja Sarah bukak pintu pagar.


“Ye, adik kau ni dah balik!” Dari ekor mata, Syaza nampak Zhafir yang lagi beberapa langkah nak sampai.

“Mana Zhafir?” Sarah memberi ruang kepada Syaza untuk masuk.

Syaza masuk ke dalam rumah. Terus buka kasut. “Entah.” Tak tunggu lama, Syaza terus melangkah untuk ke bilik tidurnya.

“Weeehhh!! Nak pergi mana?” Jerit Sarah dari muka pintu utama.

“Tidur! Penat!” Jelas kedengaran, pintu bilik ditutup kuat.

Sarah tak jadi nak tutup pintu apabila matanya terpandangkan Zhafir. “Kenapa naik asing-asing?” Pelik pula bila tengok Zhafir sampai lambat dari Syaza.

Zhafir menampal senyum. “Ni beg dia.” Beg Syaza diletakkan di sebelah kaki Sarah.

“Tak nak masuk dulu?” Sarah berlagak macam tuan rumah paling ohsem. “Minum-minum ke..”

“Tak pelah. Aku balik dulu.” Dia tahu, kalau dia masuk pun belum tentu dia dapat tengok muka Syaza.

“Korang okey je kan?” Takut-takut Sarah bertanya. Iyelah mana tahu wrong timing ke kan.

Zhafir senyum lagi. “Bye.” Terus dia pusing ke belakang dan berjalan meninggalkan Sarah.

Sampai di kereta, enjin kereta terus dihidupkan. Hati yang panas ni kena cepat-cepat sejukkan. Mata dipejamkan. Lama.

Syaz, kenapa buat Fir macam ni sayang?

*************************

Dari semalam, sampai sekarang ni dah malam, Zhafir tak berenggang langsung dengan BlackBerry. Hatta, masuk tandas pun dia usung sekali benda alah tu.

“Laaaaa.. kat sini rupanya abang.” Tegur Sofea dari arah belakang. Dia duduk di sebalah kiri Zhafir. “Apasal moody je ni? Bukan ke Kak Syaza dah balik?”

Zhafir angkat bahu. Dari lepas maghrib tadi, dia duduk di buaian gantung ni. Dengan kata lain, menunggu si buah hati pengarang jantung telefon. Tapiiiii.. Syaza tak call pun. Hati mana yang tak sedih?

“Tadi siang pergi ambik baju pengantin, Kak Syaza ada sekali tak?”

“Kak Sarah dengan Aizat je yang ada.”

Patutnya, tadi diorang kena ambil baju pengantin tapi yang muncul hanya Sarah dengan Aizat. Apabila dia tanya mana Syaza, Sarah hanya buat tak tahu. Bertambah sedihlah dia!

“Tak cuba cakap dengan Kak Syaza?” Sofea mengubah posisi duduk supaya lebih senang memandang Zhafir. “Ni mestiiiii abang tak pujuk Kak Syaza kan?! Hah, Sofea dah agak dah! Abang ni memang nak kena tau. Dahlah Kak Syaza tu lari sebab abang. Kalau Sofea dapat tunang hopeless macam abang ni pun, Sofea lari tau.”

Automatik, Zhafir tergelak besar. Kahkahkahkah! “Hamboii budak kecik ni, sedapnya mengata abang sendiri.”

Sofea menjeling geram. Meluat dia dengan Zhafir. “Eleh, macamlah Sofea tak tahu. Abang tu suka buli Kak Syaza. Sebab tu, Kak Syaza lari.”

“Belum pun jadi kakak ipar lagi, Sofea dah back-up Kak Syaza?”

“Sebab Sofea sayang gilaaaaaaaaaa dekat Kak Syaza tu.” Sofea jeling lagi. Siapa je yang boleh tak terjatuh sayang dekat Kak Syaza tu? Kak Syaza tu punyalah baik hati, siapa-siapa pun memang comfirm jatuh sayanglah!

“Ingat abang tak sayanglah dekat Kak Syaza awak tu?” Zhafir senggol lengan Sofea. “Abang pun sayang dekat Kak Syaza tau.”

“Kalau abang sayang Kak Syaza, abang kenalah pujuk Kak Syaza!” Sofea dah main tumbuk-tumbuk bahu Zhafir. “Bukannya, duduk termenung macam Bawang Putih dekat atas buaian ni ha!”

Zhafir biarkan je bahu dia kena tumbuk. Alah, setakat tumbuk-tumbuk manja macam tu bukannya sakit pun.

“Abang!” Sofea bengang apabila Zhafir buat tak tahu. “Sofea cakap dengan abang ni bukannya cakap dengan dinding!”

“Sebab abang sayang Kak Syazalah abang bagi dia masa untuk tenangkan fikiran.” Perlahan sahaja suara Zhafir. “Abang tak nak dia terus-menerus tertekan. Abang tahu, sepanjang kitorang kenal ni abang dah banyak kali sakitkan hati dia. Kalau dengan cara berdiam diri macam ni boleh buat dia bahagia. Abang patutnya dah boleh tarik nafas lega walaupun dalam hati ni, Allah saja yang tahu macam mana terseksanya abang.”

“Abang sayang sangat eyh dekat Kak Syaza?”

“Abang tak pernah sebahagia ni bila dengan orang lain, Sofea.” Jujur Zhafir menjawab. “Dengan dia, abang kenal apa erti cinta. True love.”

“Abang ni laaaa..” Sofea seka hujung mata dengan jari telunjuk. “Kata happy, tapi macam buat cerita sedih je ni.”

Zhafir tergelak kecil. “Sofea tu yang emosi. Abang okey je.” Zhafir dongak menengadah langit. Bintang berteraburan di dada langit. Tengok bintang, automatik terbayang senyuman Syaza.

Kalau nak tahu, Syaza tu kalau senyum je mesti dengan mata-mata dia sekali senyum. Dia pernah tanyakan perihal tu pada Syaza, dan jawapan Syaza ringkas aje. Itu baru senyum dari hati.

Dia tanya lagi, senyum dari hati tu macam mana? Syaza kata, ikhlas itu puncanya dari hati kita sendiri, apabila kita ikhlas, automatik setiap perbuatan kita akan nampak natural. Nampak asli, macam senyum jugaklah. Kalau kita ikhlas nak senyum, automatik dengan mata-mata kita sekali akan tersenyum.

Comel kan jawapan Syaza tu? Tu salah satu sebab kenapa dia sayaaaaang sangat dengan Syaza. Setiap apa yang Syaza buat, pasti ada sebab kenapa dibuat begitu. Dan semuanya akan nampak comel di mata seorang Ahmad Zhafir Ahmad Zulkarnain.

Haihh.. dah gila bayang aku ni. Mana tak gila bayang, orang yang dirindu bagai nak gila tu diam tanpa sebarang berita. Syaza sayang, sampai bila nak dera hati saya?

Tengah sedap-sedap layan tengok bintang, BlackBerry menjerit nyaring. Mula-mula macam tak nak angkat, tapi bila terpandangkan nama pemanggil, terus Zhafir bangun dari buaian.

“Laaa abang nak pergi mana?” Sofea pelik apabila Zhafir yang tiba-tiba bangun dari buaian.

“Buah hati pengarang jantung call.” Zhafir senyum lalu terus masuk ke dalam rumah. “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Perlahan saja suara Syaza di sebelah sana. “Busy eyh? Saya call kejap lagilah.”

“Eh, tak-tak!” Laju Zhafir menjawab. Kalau disuruh call sekejap lagi, mahunya dia kena tunggu lagi berhari-hari. Oh tidak sama sekali!

“Saya ada benda nak cakap ni…” Syaza memulakan mukadimah terlebih dulu. Nak kasi enjin panas dulu ni.

“Wait ha, sayang.” Zhafir melangkah dua-tiga anak tangga sekali gus. Nak cepat sampai bilik tidur punya pasal. Belum pun sampai anak tangga terakhir..

Bukk!! “Aaargghhh…” Zhafir mengerang kecil. Macam mana entah, kakinya boleh tersalah langkah. Tak fasal-fasal dah jatuh. Ish, hilang macho aku!

“Sayang, awak kenapa?” Jelas sekali suara Syaza cemas. Mahunya tak cemas bila Zhafir yang tadinya okey tiba-tiba menjerit.

“Sayang.” Panggil Syaza lagi.

Automatik bibirnya menarik senyum. Sejuuuuuuuk hati dengar kekasih hati panggil sayang. Terus hilang sakit dekat kaki ni ha.

“Sayang, awak janganlah diam-diam macam ni.” Memang Syaza dah cemas tahap kronik, suara macam nak menangis pun ada. “Sayaaang, awak dengar tak ni?”

“Dengar.” Zhafir berpaut pada pemegang tangga untuk bangun. “Kejap ye, sayang.” Dengan kaki yang terhincut-hincut, Zhafir melangkah ke bilik tidur. Adeh-adeh, sakit betul ni.

Sepanjang perjalanan ke bilik tidur, yang kedengaran hanyalah deru nafas sahaja. Masing-masing diam.

“Okey.” Zhafir dah boleh tarik nafas lega apabila punggungnya mencecah tilam. “Awak boleh cakap sekarang.”

“Kalau awak busy, saya call nanti-nanti je.”

Dahi Zhafir dah berkerut-kerut. “Saya tak busy la, sayang.” Zhafir baring menengah siling bilik tidur. “Kenapa call ni?”

“Kan dah janji nak call semalam.”

“Okay.”

“Okey?”

“Kalau awak belum ready nak cakap, takpe.” Zhafir dapat rasakan Syaza macam belum bersedia. “Saya faham.”

“Kalau macam tu, takpe la.” Suara Syaza macam orang jauh hati. “Bye.”

Tak sempat Zhafir nak buka mulut, Syaza dah letak telefon dulu. Haihhhh.. merajuk lagi buah hati aku ni ha. Nak pujuk sekarang ke? Zhafir mula menghitung dalam kepala. Kejap nantilah pujuk.

Zhafir bangun dari baringnya. Kaki kanan sudah berdenyut-denyut. Silap haribulan ni, memang ada dua buku lali aku. Dengan terhinjut-hinjut, Zhafir melangkah ke muka pintu bilik tidur.

Pintu bilik tidur dibuka, kepala dikeluarkan sikit. “Sofeeeeeeeeeeaaaaaaaa!!” Zhafir ni belajar jadi penyanyi soprano dari Syaza agaknya. “Sofeeeeeeeaaaaaa!!”

“Hoiiii… apa yang menjerit malam-malam buta ni?!” Sofea dah bercekak pinggang dekat anak tangga paling bawah. “Nak apa ni?”

“Tolong kejap!”

************

Syaza merengus geram. BlackBerry dicampak ke atas katil. Kalau ikut hati yang tengah bengang ni, nak aje dia campak BlackBerry tu ke dinding. Biar berkecai. Biar Mad Sapi tu tak boleh cari dia lagi. Padan muka!

Apa si Mad Sapi tu ingat, senang ke dia nak kuatkan hati untuk call tadi? Orang dah called, layan macam tak nak layan. Membazir bil aku je tau!

Eeeeeeeee.. geramnya! Geramnya! Tak fasal-fasal, rambut panjangnya jadi mangsa. Habis ditarik-tarik sampai serabai.

Kalau lagi lima minit Zhafir tak call, tahulah apa yang dia nak buat. Biar Mad Sapi tu kenal siapa Nur Syaza Syazwan yang sebenarnya. Apa dia ingat, dia seorang je pandai buli orang? Hello, ni Syaza okey.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik tidur dibuka dari luar. “Haihh.. tak sudah-sudah lagi berangan?” Tanya Sarah sambil melangkah masuk.

Syaza mencebik. “Aku rasa balik dari Anyer ni, aku makin gemuklah.” Serious, dia rasa macam berat badannya naik banyak.

“Apasal?” Sarah terus duduk di katil Syaza. “Kau telan banyak sangat angin pantai?” Ejek Sarah.

“Kau jangan sampai aku campak kau jatuh bawah nanti, kak.” Syaza bengang. “Ada jugak si Aizat tu kahwin sorang-sorang karang.”

Sarah menyelitkan rambut ke belakang telinga. “Meh duduk sini.” Dia tepuk-tepuk tilam. “Meh laaa..”

Malas-malas Syaza menghampiri Sarah. Dia duduk di sebelah kanan Sarah. Bantal di kepala katil diambil lalu diletakkan di atas riba Sarah.

“Kepala kau beratlah, dik.” Sarah tahu sangat si Syaza ni memang suka baring atas riba dia.

Syaza mencebik. “Ingat aku kisahlah?” Syaza memang tak makan saman dengan Sarah. Dia terus baring di atas bantal tadi.

“Lepas kahwin nanti, agak-agak kita boleh macam ni lagi tak?”

“Macam ni?”

“Iyelah. Nak duduk manja-manja macam ni.”

“Apasal pulak tak boleh? Kalau Aizat tak bagi, meh sini aku campak dia dalam lombong.” Logik ke tak bagi kakak jumpa adik? Ish, tak logik langsunglah.

“Nanti aku mesti rindu kau.”

“Mestilah kau rindu aku.” Syaza mula bermain-main dengan hujung baju tidurnya. “Lepas kahwin nanti, semua kerja rumah kau yang kena buat sendiri. Dah takde bibik ni kan?”

“Tu memang perkara utama..”

“Chaittt!! Kurang sopanlah kau ni, Sarah.”

Sarah tergelak kecil. “Kau ingat lepas dua puluh tahun lebih kita hidup, kau ingat aku senang-senang je ke nak berenggang dengan kau?”

“Bukannya kita duduk asing-asing negeri..”

“Memanglah.” Suara Sarah dah serak. “Selama ni, hidup aku dengan kau je, dik. Mana pernah dengan orang lain. Kalau Aizat tak boleh terima aku macam mana?”

“Kak, lagi berapa hari je nak majlis ni. Kau jangan buat fasal. Ada jugak kena pancung dengan Ayah nanti.”

“Takdelaaahhh…”

“Aizat tu.. dia bukannya tahu perangai aku macam mana. Apa yang dia tahu, sama macam apa yang dia nampaklah.”

Syaza mendongak memandang Sarah. Dia menarik senyum. “Kak, Aizat tu sayang kau no matter whatlah.” Tangan kanan Sarah digenggam. Cuba salurkan kekuatan.

“Mana kau tahu?”

Syaza angkat bahu. “Aku tahulah.”

“Samalah macam Zhafir?”

Belum sempat Syaza nak buka mulut, BlackBerry menjerit nyaring. Mula-mula Syaza biarkan je BlackBerry tu menjerit dua-tiga kali. Tapi masuk kali keempat, Sarah baik hati tolong passkan BlackBerry tu.

“Tak elok lagi ke korang ni?” Sarah pelik.

“Dia tu tak pernah seriouslah.”

“Serious ke tak serious ke, korang kena bincang jugak.” BlackBerry diletakkan betul-betul di atas perut Syaza.

“Malaslah.”

“Ahhh.. takde-takde.” Sarah alihkan kepala Syaza dari bantal. “Bincang elok-elok.” Pesan Sarah sebelum cepat-cepat keluar dari bilik tidur Syaza.

Syaza pandang skrin BlackBerry. Memang jelas nama Zhafir dekat situ. Nak angkat ke tak?

“Assalamualaikum.”

“But baby there you again, there you again making me love youuuuu. Yeah I stopped using my head, using my head let it all go..”

“Merepek apa malam-malam buta ni?” Syaza dah keluar aura kerek. “Kalau Adam Levine dengar awak nyanyi ni, mahunya dia menangis 7 hari 7 malam.”

Zhafir tergelak kecil. “Finally, I can hear your voice.” Zhafir dah masuk mode mari-memujuk-kekasih-hati. “Marah saya lagi ke?”

“Bila masanya saya marah awak?”

“Habis tu, buat apa pergi Anyer?”

“Saja. Jalan-jalan.”

“Dekat KL ni dah tak cukup tempat jalan-jalan ke, Syaza sayang?”

Syaza mencebik. “Sebab dah tak cukuplah saya pergi Anyer.” Syaza tak nak kalah.

“Syaza..” Zhafir berdeham kecil. “Kenapa buat macam ni, sayang? Apa salah saya?”

Syaza meraup tapak tangan ke wajah. “Awak takde salah apa-apa pun. Saya cuma nak cari something yang hilang.”

“Dah jumpa?”

“Belum.” Syaza pandang pantulan wajahnya di cermin besar. Pipi menunggu masa untuk memerah.

“Lama lagi ke nak jumpa?”

Syaza angkat bahu. “Orang tu dah ambil, tapi tak reti pulangkan.”

“Kalau ambil tapi tak pulangkan, tu namanya mencuri.”

“Haa la! Dia curi barang tu dari saya.”

“Apa yang dia curi, sayang? Sampai ke Anyer awak cari.”

“Hati.” Syaza tarik nafas dalam-dalam. “Dia dah curi hati saya.”

“Ohhh.. beruntung orang tu dapat curi hati awak.”

“Beruntung? Saya ni yang terseksa tahu tak? Sudahlah curi hati kita, lepas tu dia boleh pulak berpura-pura macam tak buat apa-apa.”

“Siapa yang berjaya curi hati awak?”

Syaza tarik rambut menutup muka. “Serious ke awak tak tahu?”

“Tak. Siapa?”

“Ahmad Zhafir Ahmad Zulkarnain.” Syaza tahu pipinya mesti dah merah gila sekarang. Maluuuuunya!

“Ohhh..”

“Ohh je?” Suara Syaza naik satu oktaf. “Awak dah buat saya bawa diri sampai ke Anyer, itu je respon awak? Seriously Zhafir, I hate you.”

“I know you love me, Syaza.”

“Perasannya.” Ejek Syaza.

“Then, say it.”

“Say what?”

“Say you don’t love me.”

“I don’t love youlah, Zhafir.” Serious gila Syaza jawab.

“So, we should call off the wedding then.”

Syaza tarik nafas dalam-dalam. “I love you more. I love you more than you love me.”

“Confident betul.”

“I am.”

“Berapa banyak?”

“Bolehlah beli lagi 5 biji Audi.” Syaza cuba melawak.

“Takdelah banyak mana pun.”

“Ahmad Zhafir Ahmad Zulkarnain, I love you. And it’s beyond words.”

“Tak faham.”

“Kalau saya cakap infinity to the power of infinity?”

“Infinity tu banyak mana?”

“Zhafir!!” Suara Syaza naik beroktaf-oktaf tinggi. Bengang betul ni.

Zhafir tergelak kecil. “I love you morelah, sayang.” Jeda. “Wedding kita tu still jadi kan?”

“Eh, mestilah jadi!”

“Good.”

Diam.

“Awak…” Panggil Zhafir.

“Hmmm..” Syaza baring sambil tengok kipas.

“Saya sayang awak.” Kali ini, suara Zhafir macam lain. “Saya sayang awak sangat-sangat.”

“Awak ada terhantuk kepala dekat mana-mana ke?” Pelik pulak Syaza tengok si Zhafir ni.

“Jatuh tangga.”

“Hah!” Syaza terjerit kecil. “Macam mana boleh jatuh tangga ni? Awak ni la, lain kali cubalah hati-hati sikit. Ni main redah je jalan. Jalan tu pakailah mata bukannya pakai hidung. Hah, ni mesti kes awak langkah dua-tiga anak tangga sekali kan? Awak bajet dengan kaki panjang tu, boleh cepat sampai bilik la? Ingat awak tu still muda-remaja lagi ke nak main aci langkah tangga macam tu? Kan tak fasal-fasal dah jatuh! Eeeee… awak ni laa…..”

Zhafir tergelak kecil. “Awak ni comellah, sayang.” Haihh.. kalaulah dah halal, memang dia cubit-cubit pipi si Syaza ni ha.

“Tengok tu. Suka taknak mengaku salah sendiri.” Syaza belum habis membebel lagi. “Cubalah kalau dalam sehari tu, mengaku yang diri tu salah. Ini asyik dia aje yang betul.”

“Auchh.. aucchh..” Zhafir saja buat gimik. “Yang, makin panjang awak bebel kan makin sakit pulak kaki saya ni.”

“Ahmad Zhafir Ahmad Zulkarnain!” Suara Syaza dah naik beroktaf-oktaf tingginya. Sampaikan Zhafir kena jauhkan BlackBerry dari telinga. Hadoii.. kalah soprano ni.

“Sejuk hati saya dengar awak panggil saya macam tu.” Zhafir baring sambil pandang siling.

“Awak ni banyak mainlah. Tak boleh serious ke?” Syaza bengang.

"Takpe, nanti lepas kahwin saya seriouslah."

"Jangan lupa pergi klinik, eyh."

"Alaaa.. jatuh sikit je."

"I don't want to get marry with a guy yang jangan berdengkot-dengkot." Syaza angkat-angkat kening walaupun Zhafir tak nampak.

"Sampainya hati."

"Ehhh mestilah sampaaaiii." Syaza main-main dengan hujung rambut. "Serious ni, awak. Kalau hari nikah tu kaki awak tak elok lagi, saya taknak kahwin."

"Cik Syaza, siapa yang tak reti nak serious ni?"

"Awak tu, degil sangat. Suruh pergi klinik pun banyak sangat alasan." Syaza dah muncung. Kalau dah degil tu, degil jugak!

Zhafir tergelak kecil. "Saya dah tuam pakai ais tadi."

"Boleh percaya ke ni?"

"Tanya Sofea. Dia yang tolong tuamkan." Memang betul pun, Sofea yang tolong tuamkan tadi. Dengan muncung-muncung tu dia tenyeh kaki abang dia ni dengan ais.

"Saya cakap serious ni, kalau kaki tak okey by the .."

"Jangan risaulah, esok pagi okeylah ni." Nak tak nak, Zhafir kena beralah jugak. Si Syaza ni ketegaq satu macam.

Tok! Tok! Tok!

“Hoooiii.. sudah-sudahlah tu bergayut! Awak tu tengah darah manis, tak elok telefon lama-lama!” Jerit Sarah dari luar bilik.

Syaza menjulingkan mata ke atas. Ek eleh, dia tu siap keluar dating dengan Aizat, boleh pulak?

“Okeylah, sayang.” Zhafir terus sedar diri. Dia tak sepatutnya telefon Syaza malam-malam macam ni. Dia taknak dirinya terus terbuai dengan suara Syaza.

“Janganlah ambik hati dengan Sarah tu.”

“You know what sayang, I love you because of Him. Kalau Allah tak izinkan saya untuk mencintai awak, mungkin sampai bila-bila pun saya takkan ada perasaan macam ni.”

“Sebab, hati kita ni Allah yang pegang.” Potong Syaza cepat-cepat. “Kalau Allah tak campakkan kasih-sayang ni dalam diri kita, tak menjadi jugakkan?”

“This is why I love you even more. Awak, saya dah kena letak telefon ni.”

“Okey.”

“Good night, awak.”

Senyum. “Good night, future husband.” Hamboii.. gatal ye Syaza!

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Panggilan ditamatkan.

Syaza letakkan BlackBerry di tepi badan. Bantal di tarik, lalu dipeluk kemas-kemas. Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana mengurniakan seorang insan bernama Ahmad Zhafir Ahmad Zulkarnain untukku. Ya Rabbi, aku mohon jangan kau biarkan rasa kasih sayang ini melebihi kasih sayangku terhadapMu, Ya Allah.

Sementara di rumah Zhafir..

Zhafir baring beralaskan lengan. Bibirnya masih tesenyum panjang. Ya Allah Ya Tuhanku, terima kasih kerana mengurniakan Nur Syaza Syazwan sebagai suri di hatiku. Aku mohon kepadaMu, Ya Rabbi, bimbinglah kami ke jalan menuju ke syurgaMu.

Amin.


THE END

*****************************************************************************

*ahha, i know it's pretty cheeeeeeeeeeeeeeeesy, tapi korang suka kan ? Elehhh, boleh nampak korang tengah senyum-senyum tu ;D

Dah habis yawwwww !!

Pheeeeewww.

Dengan ini, saya Bulanhijau HAHA menamatkan cerpan Bos Saya Yang Kerek. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf bagi pihak The Awesome yang lain sekiranya sepanjang cerita ini disiarkan, ada mana-mana pihak yang terguris hati atau ada post yang tak menepati piawaian hati awak semua.

56 comments:

MN said...

sangat super cheeeeeeesssssssssyyyyyyyyyyyyyyyyy lah ! dan super awesomeeeeeeeeee lah !

Keep on rocking The Awesome ;)

Ayu Ibn Ghaff said...

dah habis? alaaa

mizz acu said...

YiehAAaaaaa!! Alhamdulillahh.. Berjaya jugakk matt sapi merebut atii syaza ;p
Pape pon tahniah the ohsem sekelian..

P/s : lookiing forward for next ;)

AsHu ManCis :) said...

cute giga,senyum semedang je baca last bab ni.boleh kene diabetes ni sebab cerita ni soo sweet :D

FNMR said...

THE END ?!

itu_aku +_^zue said...

hehhee...sweet,nk special n3 bole x?
bole la..

einaz lynna said...

the end dah ke.?/????

Shamine Hanis said...

Dah habis satu cita pasal Syaza and Zhafir....Tengah baca pun boleh senyum sorang-sorang nie.Gelak-gelaklah geramlah senyumlah semuanya ada time baca Bos Saya Yang Kerek...Thanks Kak Bulan for the best ending evaaaaaaaaaaa.......!

baby mio said...

takkan dah habis kut

Anonymous said...

Best ...... Semoga ada cerita yang lebih awesome selepas ni .......

miche said...

habis dh? ohhh tidak..................!!!!
SUPERBeB.. :) comel jer ending. awesome.. request: special entry laa..

Hajar said...

Fuh, dapat juga korang habiskan 1st game ye? Congrats.

Oh, tahniah juga buat mad sapi sebab akhirnya berjaya gak jinakkan syaza. thihi.

All the best ye korang! :)

Wan Ruzana said...

Senyum sorg2 bce keke

zahra leyna said...

abis daa...
ermm buatlah special entry, xpuasla ;-)

Anonymous said...

arhhh reallyyy sweeetttt...sukenye...tersenyum sampai ke gigi yg terakhir...good job uolllsss...

Humyra said...

Sweetnyeeeeee^_______________^b *Senyum sampai ke langit*

CikSyerahMS said...

comel gilaa ending diaaa . baca citer ni and imagine sambil jerit jeles and cair :O hehee . The Awesome tanak sambung citer laen kee ? ;)

Wild Cherry said...

Sangat sangat sangat suwit la mad sapi n syaza ni...
akhirnya jodoh milik dorg jugak... xsabar WC nk tunggu karya kedua plk....

e-la said...

ohohoho....sungguh la comel!!
tahniah awesomewriters!!
best sangat
next game?? ^^v

ainulrida said...

cheesy? ok jer. tq bulanhijau sebab tak peram lama-lama this n3 :)
ok, nak tanya sikit. next project bila start??? ha ha ha....

Minsofea said...

mmg tersengih2 aje bc entry ni.....sweet!!!

Anonymous said...

WAHHHHH
DAH HABIS!! *tepuk tangan*
KORANG MEMANG AWESOME!
Cerita ni best gilaaaa.

Setia menunggu untuk game yg ke 2!

Salam Sayang,
G~

Istiqomah Ani said...

alahhhh...nak jugak tgk majlis nikah mrka ...mcmana jelitanya si Syaza berpakaian pengantin...mlm pertama mrka //upss!!!
habis mcm nie jea...huuhuhuhuhuhuuhhu

Bulanhijau said...

Cheesy gila kan !
*gelak malu*

Bulanhijau said...

Ye, sayang.
Dah habis
:D

Bulanhijau said...

Cheerios to him !
YAY !

Bulanhijau said...

Orang yang tulis ni pun, macam nak terbelit segala isi perut
;D

Bulanhijau said...

:D

Bulanhijau said...

Special entryyyyyyyy ?

Bulanhijau said...

Ha ah. Ha ah
;D

Bulanhijau said...

Heee
:D

Bulanhijau said...

Yupp dah habis
:D

Bulanhijau said...

InsyaAllah.
Keep supporting us eyh ;D

Bulanhijau said...

Yaaaayy dah habis !
;D

Bulanhijau said...

Give a big clap for him
;D

Bulanhijau said...

Saya pun senyum baca komen awak
=)

Bulanhijau said...

Haaa dah habis

Bulanhijau said...

Haaa dah habis

Bulanhijau said...

Hamboiii lebarnye senyum
=D

Bulanhijau said...

Diabetes !

Bulanhijau said...

InsyaAllah soon
:)

Bulanhijau said...

Coming soon, insyaAllah
:)

Bulanhijau said...

InsyaAllah soon
Tggu ye !

Bulanhijau said...

Thank youuuuu
<3

Bulanhijau said...

Yupp yupp !
Dah habis yaaaay ;D

*thank you thank you*

Bulanhijau said...

Hahahaha !
Dah habis la dear. Tggu next cerita ye ;D

Shamine Hanis said...

Hehe taksabar untuk cerita baru.Ahmd cepat habiskan exam and start tulis cerita.Hahaha

Anonymous said...

Kalau nak cerita yang ada fasal malam pertama baiklah kahwin, laluinya sendiri dengan halal lagi sweet dari baca dalam buku, berimaginasi dan tambah dosa ;)


Kita bukannya matsaleh boleh tulis apa saja, masig ada adab tatasusila dan agama, selagi berpegang pada 3 perkara ini insyaAllah kita faham bila membaca biar yang manis dan punya pengisian walau sekadar cerita rekaan ;)

Pena Tumpoi said...

Woowoowoo... sangat ohsem. ^^

Anonymous said...

hahhh??? dah tamat ke?? oklah..NEXT!!!! ^_^

Bulanhijau said...

Setujuuuuu sangat !

Bulanhijau said...

Thank youuuu
<3

Bulanhijau said...

Ye dah tamat hehehe

sakeena said...

look this is really overdosed...ngaaa...sengih all day long.. serious! i like AZAZ..hihi :)

Anonymous said...

waaa.. soooo sweeeeet..
thanks The Awesome for the such a great story...

Cik Miza said...

ohhhhhhsemmmmmmmmmmmmm ^___^v