Prolog & 1: Forbidden Love by Ahmd Ibrhm

Prolog

"Bunuh dia."

Dia masih terkejut mendengar arahan itu. Mungkin itu sesuatu yang tidak masuk akal. Tapi itulah kenyataannya ! "Tapi, pa..."

"Papa dah agak," cantas lelaki itu. "Kamu dah jatuh cinta dengan dia, don't you?"

Haidar tidak menafikan kenyataan itu.

"Kamu sedar tak kamu sedang berurusan dengan siapa?" tanya lelaki itu dengan suara yang tak dapat dikawal lagi. Mana taknya, rancangan yang selama diatur ternyata gagal. Anaknya itu sudah kecundang di tengah jalan.

"Kamu tahu tak siapa Iskandar Shah?" tanya lelaki itu lagi.

Haidar mengangguk.

"Dia telah membunuh ibu kamu Haidar! Orang tu dah buatkan kamu hilang kasih sayang dari seorang ibu! Tergamak kamu buat begini pada keluarga kita?"

Haidar melepas nafas panjang. "Haidar tahu pa! Indeed Haidar sendiri rasa bagaimana rasanya hidup tanpa seorang ibu. Tapi sampai bila pa? Sampai bila kita nak berdendam pada keluarga Melissa? Dia tak bersalah! Kenapa dia yang mesti terkorban?"

"You know why, Haidar! You know why!"

Haidar menggeleng. "Tak, Haidar tak tahu kenapa! Pada pandangan Haidar papa bukan sahaja hendak balas dendam tapi nak ragut semua harta dia demi kepentingan papa. You're such a selfish!"

"Watch your mouth Haidar ! Papa tak ajar kamu tinggikan suara pada papa!"

"Yes, tapi papa ajar Haidar untuk menjadi seorang yang tak berperasaan! Haidar pun ada hati untuk mencintai Melissa."

Tuan Alexander memegang dadanya yang terasa pedih. "Tapi kamu mencintai orang yang salah! Kamu mencintai satu-satunya waris Iskandar Shah ! Kamu sedar tak?"

"Haidar sedar pa. Dan Haidar juga sedar kita tak boleh merubah takdir."

"Takdir," Tuan Alexander tersenyum sinis. "Jadi memang sudah takdir papa akan membunuhnya sendiri !"

"Pa !" Ketika Haidar hendak mendekati papanya, dia ditahan oleh dua orang lelaki bertuksedo dan berkaca mata hitam. Namun dengan kelebihan yang ada pada dirinya, dia dapat meloloskan diri daripada dua orang lelaki tersebut.

"Pa!!!" Kereta milik Tuan Alexander kelihatan semakin menjauh. Dia tahu kata-kata papanya itu bukan satu gurauan.

 Melissa, maafkan aku. Aku telah membawa kau ke satu dunia yang sangat kejam...


Bab 1

Beberapa bulan sebelum itu.....

"Siapa dia tu?"

"Melissa. Anak Tan Sri Iskandar Shah. Kenapa kau tanya? Tak pernah-pernah."

"Saja." 

"Melissa?" Dia membaca sebaris nama itu dari fail yang dihulurkan ayahnya. 

"Dia baharu sahaja mendaftar di kolej kita."

"Kenapa papa nak Haidar approach dia pulak?"

Tuan Alexander tersenyum penuh makna. "Sebab dia anak Iskandar Shah. The one yang telah bunuh ibu kamu."

Haidar terkejut bukan kepalang. Jadi dialah yang telah menyebabkan kematian ibunya suatu ketika dahulu. "Jadi papa nak Haidar buat apa pada dia?"

"Buat dia jatuh cinta pada kamu."

"Then?"

Tuan Alexander tidak menjawab tetapi tersenyum lebar. 

Dia tahu motif papanya itu untuk membalas dendam. Tapi kenapa gunakan Melissa? 

"Weh, berangan !" tegur Mikael di sebelah. 

Haidar menoleh. "Kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa?"

--------------------------------

10 comments:

Waisya Carissa said...

menarik.... menanti next chapt dgn sabar~

Unknown said...

^^

mizz acu said...

Wauwww!! Interesting.. ;)
Sian melissa.. Sian haidar jgk..
Looking forward for next ;)

pena tumpoi said...

Uols mmg awesome :D

AsHu ManCis :) said...

next next , next :)

Unknown said...

next please...tq

e-la said...

hohoho...new game mari~
good intro
next!! ^^

Shamine Hanis said...

tajuk tuh macam pernah dengar...seems so familiar ....ohoo gama baru dah bermula...hahaha sambung sambung....haha :D

Hajar said...

Nice intro. Macam ada unsur2 suspen je ni...

Ezzanyy said...

cun :)