Pengumuman!

Assalamualaikum & hye readers!

CERITA Forbidden Love (FL) di 'hold' untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
meanwhile, enjoy pencarian Mr.X dulu ya!

Tq.
Admin

3# Forbidden Love~ by Lila Vee

Beberapa tahun sebelum beberapa bulan yang lalu........

Dia memandang kanak-kanak perempuan bermata bulat yang sedang duduk di atas buaian itu lama. Rambutnya yang ikal itu dibiar lepas bebas. Bajunya bercorak bunga-bunga berwarna merah jambu dan ungu. di ribanya seekor kucing comel duduk selesa... tangan kecilnya mengusap perlahan kucing kecil berwarna putih bersih itu.

Dia tersenyum. Matanya tetap pada kanak-kanak perempuan itu. menjadi pemerhati setia sejak setengah jam yang lalu.

"Haidar tengok apa tu sayang?" suara ibu menyapa lembut gegendang telinganya. Dia tersenyum sebelum menoleh pada ibunya yang sudahpun mendaratkan tangan, mengusap bahunya lembut.

"Dia tu comel kan bu?"

"Amboi anak ibu ni... kecik-kecik dah pandai tenung anak dara orang eh?" Melinda mencubit perlahan pipi anak lelakinya yang berumur 11 tahun itu. Matanya turut sama mengikut arah pandangan Haidar sebentar tadi. Dan dia turut sama tersenyum memandang kanak-kanak kecil yang masih ralit di atas buaian bersama kucingnya di taman permainan yang berhadapan tingkap bilik Haidar ini.

"Nama dia Mellisa, Haidar. Ibu selalu jumpa mami dia bila ibu ke pasar pagi-pagi. Dia duduk selang dua rumah saja dari rumah kita ............

"Haidar tahu." Cepat dia memintas. Sebenarnya sejak keluarga itu berpindah ke sini dua minggu yang lalu lagi dia sudah jadi penyiasat dan pemerhati berjaya. Dia ingat lagi bagaimana dua minggu lepas dia membantu si comel itu mengambil kucingnya yang terjatuh ke dalam longkang besar di tepi taman permainan itu.

''Terima kasih awak.''

"Sama-sama."

"Nama kita Mellisa." 

"Haidar Alexander."

"Awak orang putih ek?"

"Ha?"

"Kenapa nama awak ada Alexander? Dekat sekolah cikgu cerita pasal Alexander Graham Bell tu. orang inggeris pertama yang cipta telefon tau!"

"Bukanlaaaaa. tu orang lain. ayah kita Alexander yang guna telefon je. Dia tak buat telefon!"

Dan seketika kemudian kedua-duanya ketawa. Mellisa mengajak Haidar membantunya memandikan Snow White, kucingnya yang berwarna putih yang jatuh ke dalam longkang itu. dan selepas itu Mami mellisa mengajak Haidar minum petang bersama. Haidar masih tak dapat melupakan kek coklat buatan Mami Mellisa yang sangat sedap itu. dalam fikirannya merangka-rangka bagaimana dia mahu berkawan rapat dengan Mellisa. Mana tahu nanti Mellisa ajak dia bermain di rumah lagi dan dapatlah dia merasa kek coklat mami Mellisa yang sedap itu lagi.Yeay!

"Haidar suka Mellisa itu ya?"

Haidar angguk kepala laju-laju. "Haidar suka kawan dengan Mellisa. Dia comel! Dan kek Coklat Mami dia sedap!"

"Haidar kawan dengan dia sebab nak makan kek coklat mami dia eh?" Melinda mengusik satu-satunya anak lelakinya itu. Suka dia melihat wajah Haidar yang putih itu bertukar jadi kemerah-merahan bila diusik begitu.

Haidar yang berusia 11 tahun ketika itu hanya tersengih-sengih sambil menggaru kepala. "Nanti dah besar Haidar nak kahwin dengan dia lah ibu!" Tiba-tiba sahaja dia menuturkan, membuatkan Melinda terperanjat lantas membuntangkan mata. "Kecik-kecik dah pandai cerita kahwin ni macam mana ni?" Dia pura-pura mengeraskan suaranya untuk menakutkan Haidar. Sengaja dia berbuat begitu untuk mengacah.Melinda tahu, apalah sangat budak sebesar Haidar itu tahu tentang cinta dan perkahwinan.

"Haidar suka Mellisa. Suka sangat." Sekali lagi Haidar mengulang bicara tentang perasaannya terhadap anak perempuan Azreen dan Iskandar Shah itu.

"Ia.. ibu tahu. Ibu pun suka Mellisa dan keluarga dia. Semuanya orang baik-baik. Tapi sekarang Haidar kan kecil lagi, Haidar kena belajar rajin-rajin, jadi orang baik-baik, nanti barulah boleh pikat Mellisa." Melinda menuturkan lembut, sambil mengusap-ngusap kepala Haidar lembut.

Haidar memegang tangan Melinda kejab. "Haidar akan suka Melisa sorang je bu. Mellisa sorang je sampai bila-bila." Dan kata-kata Haidar itu mencetuskan ketawa di bibir Melinda. Budak-budak, yakin benar dengan apa yang ada dalam fikiran mereka. walhal, apa yang akan jadi di masa hadapan pun belum lagi diketahui.

******************************************************

Beberapa bulan yang lalu sebelum hari ini....

"Berapa lama lagi kau nak suruh aku tunggu ni?" Suaranya sedikit meninggi. Suunto di tangan di kerling. 4.37 minit petang. Sudah hampir sejam dia menunggu Mikail yang masih tak kunjung tiba. memang membuatkan dia panas hati. Kepantangan nombor satu dalam hidupnya ialah orang yang tidak menepati masa. Mikail itu walaupun kawan baiknya sendiri, masih dia tidak akan terkecuali dalam bab ketepatan masa ini. bagi Haidar, orang yang gagal menepati masa ialah orang yang mengalami kegagalan dalam hidup. Ialah, menepati masa pun tidak mampu, apatah lagi untuk menepati hal-hal yang lain bukan?

"Sabarla bro! Tadi mak aku terseliuh kaki. Jatuh waktu hendak keluar ke bilik air, aku hantar dia ke klinik dulu tadi." Mikail juga bersuara sedikit keras. Mungkin bengang dengan Haidar yang kurang sabar itu.

"Hm, kenapa tak beritahu awal-awal." Suaranya terus dikendurkan apabila mendengar perkataan emak yang keluar dari mulut Mikail tadi. serta merta marahnya reda.

"Tak sempat. Aku cemas tengok emak aku tadi. terus tak ingat benda lain. Sorry weh. Lepas hantar emak aku ni aku terus gerak sana. Mak aku tak boleh jalan, kena angkat bagai. banyak benda aku nak urus sorang."

"Kita jumpa malam nanti. Tengok emak kau tu dulu." Tegas suara Haidar menuturkan sebelum panggilan ditamatkan. Yes, mom is always an exception for anything. Hati Haidar akan terus cair apabila hal-hal yang melibatkan emak ini. Untunglah, Mikail masih punya emak. dia masih boleh berbakti untuk wanita mulia itu. Tapi dia? Haidar memejamkan mata. Rindunya dia pada ibu! Perlahan bibirnya menuturkan doa buat wanita istimewa yang sudah kembali ke pangkuan penciptanya itu.

Tangannya memutarkan kunci untuk menghidupkan enjin. Tetapi beberapa saat kemudian, dia terhenti. Matanya terpandang banner yang tergantung di hadapan keretanya. Milik kedai kek di barisan kedai-kedai tempat dia memarkir kereta ini.

"Promosi Pembukaan!! Nikmati Kek Coklat Istimewa secara percuma apabila anda menikmati minum petang di kedai kami. Promosi bermula dari 1 November sehingga 5 November 2012." The taste that you'll never forget!

Haidar tersenyum. Kedai ni macam tahu-tahu aja yang dia penggemar nombor satu kek coklat. Tagline kedai itu juga membuatkan hatinya meronta-ronta ingin mencuba. Sudah lama Haidar tidak menikmati kek coklat yang benar-benar sedap. Kali terakhir dia merasa kek coklat yang sedap itu ialah beberapa tahun yang lampau. jauh merentas waktu kecilnya. dan dia masih menanti 'rasa' itu sehingga kini. penantian yang masih belum ada pengakhirannya. Heh, Haidar, tak payah nak mula jiwa-jiwa eh. sila tampar diri sendiri.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai kek yang comel itu. Temanya pink dan ungu. lembut dan menarik pada pandangan Haidar. Semestinya kedai kek ini milik wanita. Dia melabuhkan duduk pada sebuah kerusi tinggi yang menghadap ke arah jalanraya. seketika kemudian, seorang pelayan datang menghulurkan buku menu. Haidar mengucapkan terima kasih dan terus meneliti menu. Belumpun sempat dia bertanya tentang promosi di luar tadi, pelayan itu sudah bersuara. " Kalau encik beli mana-mana minuman dari set A dan B ini, boleh dapat kek coklat percuma. Promosi sepanjang minggu ini." Pelayan dengan apron ungu dan pink itu menerangkan.

Haidar mengangguk perlahan. "Kalau macamtu, saya nak Black Coffe."

Pelayan itu mengangguk dan mengambil semula buku menu itu sebelum kembali ke kaunter. seorang perempuan muda keluar dari arah dapur menuju ke kaunter lantas bertanyakan sesuatu pada pelayan tadi.

"Kak Mell, customer tu nak Black Coffee."

"Yanti buatlah."

"Ish. nanti tak sedap macam mana?"

"Tak cuba mana nak tahu. Lepasni kak Mell dah sambung belajar Yanti kena buat semua tahu."

"Alaaa. Kak Mell. Please, kalini je. Psst... Kak Mell...brader tu macho gila! mesti dia tertawan dengan kopi Kak Mell nanti." Mengekek ketawa gadis bernama Yanti tadi.

Haidar hanya mendengar buah bicara kedua-dua orang gadis itu dengan senyuman. Dia mengerling sedikit untuk melihat gadis yang bernama Mell itu. Tetapi sayangnya ketika itu dia sedang membancuh kopi dan membelakangkan Haidar. Lantas Haidar mengalihkan pandangannya kembali ke jalanraya yang terbentang di hadapan. Tidak berapa lama kemudian, kopi dan kek percumanya sampai. dia menghirup kopi yang masih berasap itu perlahan. emm, sedap. Bancuhannya cukup rasa. Pahit dan manisnya sekata. Haidar mencapai sudu yang terletak elok di tepi piring kek itu dan mula menyudu sedikit potongan kek itu ke mulutnya. dan saat kek itu meresapi deria rasanya. Haidar terus terpana.

Tak mungkin!

Dia menyudu lagi kek itu. sehingga tinggal suku sahaja di atas piring. Mata Haidar bersinar. dia mengerling semula ke arah kaunter dan kelihatan pelayan bernama Yanti tadi sedang meletakkan kek yang baru ke dalam almari kaca di hadapan kaunter. refleks, tangan Haidar terus melambai ke arahnya.

"Ya. Ada apa encik?"

"Kek ini siapa yang buat?"

Yanti terpinga-pinga mendengar soalan yang keluar dari mulut lelaki itu. dah kenapa, tiba-tiba tanya siapa buat pulak. berapa ramai orang makan kek dekat kedai ni tak ada pulak orang yang sibuk nak tahu siapa pembuat kek ni? "Err. ada apa-apa yang kurang ke encik?"

"Nope. Saya cuma nak tahu, siapa yang buat."

Yanti sudah garu kepala. Ah, sudah. Patut ke dia jawab atau....Patut ke dia panggil je Kak Mell?

Haidar tersenyum melihat Yanti yang gelisah itu. kenapa susah sangat nak jawab? resepi rahsia ke apa? Bukannya dia nak mintak resepi pun. dia cuma nak tahu siapa pembuatnya sahaja. Kalau bukan seperti yang diharapkannya pun, tak apa. Janji dia sudah dapat memuaskan permintaan hatinya.

"Yanti. Kenapa?" Suara seseorang dari tengah kaunter itu membuatkan Haidar dan Yanti memusingkan kepala. Dan ketika matanya tepat memandang gadis itu. Hampir sahaja dia tercekik kek coklat yang sedang menuruni rengkungnya ketika itu.

Dia!

*****************************************************
Hari ini selepas berbulan-bulan yang lalu.

Mell itu Mellisa. Si cantik manis pembuat kek coklat yang sedap warisan dari maminya itu.

Dan bagaimana dia mampu melupakan wajah itu walaupun selepas berbelas tahun lamanya?

"Saya kena pindah."

"Kenapa?"

"Ikut babah dan mami. Babah kena kerja jauh."
"Janganlah. Nanti kita nak kawan dengan siapa?"

wajah comel itu terus sedih. Dan mata bundar itu mula mengeluarkan air jernih.

"Awak janji jangan lupakan kita."

"Kita janji."

"Nanti dah besar saya carik awak. kita kahwin tau! awak mesti tunggu saya."

Si comel itu mengangguk lagi. pipinya yang putih berbayang darah itu terus merah.

"Nah. pakai cincin ni." 

"Kita takkan lupakan awak." 

Dia tahu Mellisa tetap dengan janjinya itu. sebab dia masih nampak cincin buruk yang dibuat dari dawai halus yang dipintal-pintal kemas bersama manik yang dia jumpa dari bekas menjahit ibu itu tergantung pada loket di leher gadis itu. Dia cuba tersenyum sewaktu mula-mula dia nampak Mellisa di kedai itu beberapa bulan yang lalu, mengharapkan Mellisa akan terus mengenali dia sebagaimana dia terus mengingati rupa Mellisa. tapi sayang, Mellisa tidak tahu dia, Haidar Alexander. mulanya Haidar terasa dia patut memperkenalkan dirinya pada Mellisa. tetapi kemudian dia membatalkan. cuma dia terus menjadi pengunjung setia kedai kek itu saban hari. sehinggalah hari ini.

Haidar memerhati dari jauh beberapa orang suruhan ayahnya yang sedang 'mengerjakan' sesuatu pada Chevrolet milik Mellisa yang diparkir tidak jauh dari kawasan fakulti bahasa itu. Nampaknya papa begitu bersungguh-sungguh dengan niatnya untuk menghapuskan satu-satunya waris Iskandar shah itu. Mungkin bagi papa, dendamnya akan terlunas selepas itu. tetapi apa yang papa tidak tahu, dia juga bakal menghancurkan jiwa satu-satunya anak lelaki tunggal yang dia ada! Dan Haidar tidak akan mengizinkan itu berlaku. Tidak sekali-kali!


"Melissa?" Dia membaca sebaris nama itu dari fail yang dihulurkan ayahnya. 

"Dia baharu sahaja mendaftar di kolej kita."

"Kenapa papa nak Haidar approach dia pulak?"

Tuan Alexander tersenyum penuh makna. "Sebab dia anak Iskandar Shah. The one yang telah bunuh ibu kamu."

"Hah berangan!" Mikael, sahabat baiknya yang muncul entah dari mana itu menyentak lamunan Haidar. Terus dia mengarahkan Mikael melihat apa yang dipandangnya sebentar tadi.

"Gila! papa kau memang betul-betul maksudkan apa yang dia cakap."

"That's him." Haidar membalas beku.

"Habis tu macam mana ni?"

Haidar menoleh. "Kau boleh tolong aku tak?"

"Tolong apa?"

"10 minit lagi Mellisa habis kelas. Kau kena distract dia, buatlah apa-apa pun sementara aku selesaikan budak-budak tu."

"Apasal aku pulak yang nak kena distract Mellisa? Kaulah!" Mikael membentak tanda tak puas hati. mana taknya, dia mana reti bab-bab nak menggula ke mengayat ni. karang tak pasal-pasal kena hentak dengan kasut tumit tinggi mellisa yang 3 inci tu. berlubang kepala. Haidar lainlah. Sweet tooth! boleh diabetis perempuan yang kena gula dengan dia!

"Aku tak boleh.."

"Kenapa pulak! Memang kau suka dia pun kan?"

Haidar diam. Dia bukan sekadar suka. dia sayang. Sayangkan Mellisa teramat sangat! Dia percaya Mellisa tidak patut menerima balasan dari kesalahan ayahnya. Dan kenapa dia dan Mellisa yang perlu menanggung kesalahan orang tua mereka? Dendam yang tak ada kesudahan? Selepas ini siapa lagi pula yang akan terbunuh? Haidar yakin, semua yang berlaku ini ada titik mulanya. Dan dia tahu, papa juga ada silapnya. papa cuma ingin menutup segala cerita yanga ada dengan kisah keluarga Iskandar Shah ini. Haidar tahu semua itu. sebab itu jugalah dia berikrar untuk terus melindungi Mellisa. Tapi bagaimana? Saban hari papa seperti semakin hilang kewarasan fikirannya. Haidar tahu, hanya dia yang ada untuk menamatkan segala cerita ini. cuma dia belum cukup kuat untuk itu. 

"Perghhhh. sempat pulak dia berangan!" Mikael menepuk bahu haidar kuat. mengembalikannya ke dunia nyata.

"Dah cepat. Kau pergi tunggu Mellisa. Aku settle diorang."

"Mikael........" Haidar bersuara keras. Tanda tidak senang dengan perilaku Mikael yang membelakangi arahannya.

"Dia kena tahu kau tu Haidar. Dan dia kena tahu kau sayangkan dia." Mikael terus bergerak menjauhi Haidar untuk menyelesaikan 'urusannya.'

Haidar mengepal penumbuk. Geram sungguh dia pada Mikael. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Mellisa. Selama ini, dia hanya memandang dari jauh, tidak pernah berbicara apa-apa walaupun hatinya meronta-ronta. dia hanya menahan hatinya. dia perlu begitu. jikalau tidak, dia takut tidak dapat mengawal hatinya nanti. dia tahu Mellisa masih menunggunya. dan kalau Mellisa tahu dia Haidar Alexander. Sudah tentu Mellisa akan menuntut janji dahulu. Itu yang dia takut. dia takut kalau nanti dia kehilangan Mellisa. Biarlah Mellisa tidak tahu dia siapa, yang penting janjinya pada Mellisa tetap ada. tidak pernah padam. dan hingga sekarangpun dia masih bertahan, dia tidak pernah lupa, dan dia sentiasa mahu menjaga Mellisa.

10 minit sudah berlalu. Haidar hanya memerhati pintu dewan kuliah yang bila-bila masa sahaja akan terbuka itu. Dan tepat seperti kiraannya. Tidak lama kemudian beberapa orang pelajar mulai keluar dari dewan kuliah tersebut. Dia menanti dengan sabar. Nampaknya hari ini, dia terpaksa. Terpaksa memecahkan benteng yang dia bina antara dia dan Mellisa selama ini.

***********************************************

"Kau perasan tak harini untuk pertama kalinya kelas kita okay?" Mellisa bersuara sambil membetulkan cekak berwarna ungu di atas kepalanya. Rambutnya yang ikal dan cantik itu dibiarkan lepas bebas. Dia tidak suka mengikat rambut. Dulu, dia pernah cuba-cuba ikat rambutnya yang panjang itu. Tapi, seseorang pernah berkata kepadanya, yang dia lebih cantik dengan rambut panjang yang dilepas begitu. dan sungguh, dia masih berpegang dengan kata-kata seseorang itu sehinggalah sekarang. Ya, 'seseorang' yang telah lama hilang itu. 

"Okay maksud kau?" Maisarah yang berjalan seiringan dengannya bertanya.

"Yelah, aircond okay, projektor tak rosak, komputer tak hang." Dia ketawa nipis, tetapi, belumpun sempat Mellisa menyambung katanya, Fisher terlebih dahulu memintas. "Alah, yang sebenarnya kau rindu nak tatap abang jambang seksi tu kan???" 

"Eee! Fish ni kan... mana adalah!" Mellisa menempelak laju sambil mencubit lengan Fisher yang berjalan terkepit-kepit seiringan dengan mereka itu.

"Eleh, kalau takk takkan la iolls nampak pipi uollss merahhh.." Fisher ketawa mengekek seraya menolak bahu Mellisa kuat. Hai, kalau dah namanya lelaki tu, walaupun patah macam si Fisher ni tenanganya tetaplah tenaga lelaki kan? Mellisa yang sedang memegang buku dan beg projektor di kanan dan kiri tangannya itu tidak dapat mengimbangkan badan akibat tolakan Fisher itu lantas terus sahaja badannya melayang....

"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!" Kuat Mellisa menjerit kerana dia hampir sahaja tergolek ke bawah tangga sebelum badannya yang melayang itu ditangkap cekap oleh seseorang. Fisher dan Maisarah yang memerhati hanya mampu terkaku. lebih-lebih lagi Fisher yang menolak Mellisa tadi.

"Mellisa?"

"Aaaa...." Muka Mellisa ketika itu sudah merah seperti buah epal yang sedang masak ranum. Mana taknya! Abang technician tu lah! Dan.. yang sebetulnya abang technician yang suka pergi kedai kek dia tu! Aaaa! mana nak letak muka ni! Boleh tak dia buat-buat pengsan sekarang??

"Lain kali hati-hati." Lelaki itu bersuara perlahan, tetapi cukup untuk menggetarkan hati wanita milik Mellisa.

"Thanks." Dia menuturkan sambil memandang wajah lelaki itu sekilas. Kenapa setiap kali pandang muka dia, Mellisa akan rasa sesuatu? Dejavu kah? atau.. dia betul-betul pernah jumpa lelaki ini? Tapi, tak mungkinlah kan? Mainan perasaan dia sahaja rasanya. Mellisa melemparkan senyuman untuk menutup rasa hatinya yang berdebar tanpa arah itu. Tolonglah bertenang Mellisa. Dan, mat ni bila nak blah? tahu tak Mellisa punya jantung ni macam nak meletup dah dek berdegup kencang sangat? Ni semua Fisher punya pasal. dan dia terus teringat Mai dan Fisher yang ada bersamanya tadi.Eh? Mana diorang? Kuasaaammmm punya member!

"err.. okaylah. thanks again. saya nak balik dulu." Mellisa cuba menamatkan pertemuan itu. Dia kena cepat. Banyak lagi kerja di kedai yang tak selesai. waktu kuliah tadi sahaja sudah beberapa kali Yanti menelefon bertanya itu dan ini. Nasib baik tak kantoi dengan Prof.

Lelaki di hadapannya itu terdiam lama tanpa memberi respon terhadap kata-kata Mellisa itu. Entah apa yang difikirkan agaknya. Melihatkan itu Mellisa mengawang-gawangkan tangannya di hadapan lelaki itu. " Awak, saya nak balik ni! thanks tau!"

Dan ketika itu barulah Haidar tersedar, yang dia perlu menahan Mellisa. Mikael masih belum menelefon lagi. menunjukkan Mellisa masih dalam keadaan bahaya. Cepatlah Haidar, buat sesuatu!

"You owe me."

"Hah? owe you what?" Mellisa terperanjat mendengar kata-kata itu. bila masa dia berhutang dengan lelaki ni? 

Haidar mempamerkan senyuman segaris. Membuatkan Mellisa terasa kakinya lemah. Aduh, tolonglah jangan senyum-senyum lagi pakcik!

"Tadi tu? Kan saya dah selamatkan awak." Haidar membalas sedikit kerek. 

Ek elehhh. Muka handsome, perangai macamni?? baru tolong sikit dah mintak balasan. Ingatkan ikhlas! Hati Mellisa sudah mula mengomel. mukanya yang tadi manis tersenyum sudah bertukar mode kerek. Hah, kau nak kerek aku pun boleh kerek baliklah! huh!  "Hmm, awak nak saya bayar berapa? Saya boleh bayar sekarang." Mellisa mula mengeluarkan purse dari dalam beg di bahunya.

Tetapi lelaki di hadapannya itu melemparkan senyuman kembali, membuatkan Mellisa berasa sebal. Dia ni nak perli aku ke apa? Hissh. ada jugak yang aku tolak jatuh tangga ni karang!

"Janganlah marah Mellisa. Saya cuma nak awak teman saya minum je. Boleh?" Dia tersenyum lagi. Mellisa sudah terdiam. Hah, buruk sangka lagi! " And.. don't worry, my treat. okay?

Mellisa terasa bersalah yang amat. Lantas dia terus menganggukkan kepala. "Sure. Jom kita pergi cafe."

"Saya nak makan kek coklat." Haidar menuturkan dengan senyum penuh makna.

"Err.. nak pergi kedai saya?" Mellisa bertanya teragak-agak.

"Saya tak makan kek coklat kedai lain Mellisa." Dia tersenyum lagi. adoi la! mat ni memang kerja dia senyum je ke 24 jam?

"Okay. kalau macamtu, saya ambil kereta kejap."

"Ehh! tak payah! Saya drive awak pergi kedai. Then saya hantar awak balik ke sini semula. awak ada kelas lagi pukul 5 nanti kan?" Haidar pantas menahan. tolonglah Mellisa dengar cakap dia. Yang kau ni pun Haidar, gatal cakap nak makan kek coklat tadi kenapa? Makan kat kafe sudah, takdelah dia perasan sangat!

Mellisa tersentak. Haih? Macam mana dia boleh tahu kelas aku kejap lagi? Belumpun sempat Mellisa bertanya, Haidar sudah menariknya ke kereta. Dia hanya menurut tanpa dapat berkata apa-apa. semuanya terlalu pantas. Mellisa hanya mampu menjerit dalam hati. Aaaaa! dia ni stalker ke apa???? Dan kenapa setiap kali dia dengan lelaki ni je Mellisa rasa dia macam tengah kena pukau? Who is him?? Anyone please tell me!!




Dan akhirnya berjaya menyiapkan entri ini. Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ *lap peluh*
Ampun sebab lambattt sangat. sorry. The cikgu is busy with school n exam and now baru start cuti so baru boleh tumpu nak menulis. sorry if tak memenuhi piawaian. seriously thriller is not my gengre. hahahaa. ni pun baru dapat tulis setelah mengulang tonton beberapa cerita ganas *kononya* sambil tutup mata dan jerit entah kali keberapa. hahaha! dang it! hope you like it. segala kritikan dan komen membina amatlah di alu-alukan. ^^

see ya in  next round! pass baton pada cik Nirrosette!

Love~ 
Lila.

14 comments:

mizz acu said...

hah.. lamanya menanti sambungan :)
aduhaiii.. kesiannya depa dua org nih..
setianya melissa! haidar.. bila nak gtau mell yg awak kwn dia kecik2 dlu.. ksian dia..dok tggu jer :(
jahat tau alexander yg guna telefon ni.. haihh

p/s: cik writer.. r u trying to messup my mind wif.. "beberapa bulan yg lalu sblm hr ni + hari ini selepas berbulan2 yg lalu.." .. auchhh!! pening nak hadam tauuuu.. :P

shafriza said...

Betul..pening tapi awesome!
Haidar + mellisa=awesome. again!

shafriza said...

:)

norihan mohd yusof said...

best dek!but tk best nyer papa haidar tu punye dendam bakal memusnah kn pertemuan yg baru bermula....pe yg perlu haidar wat kn!!soal hati neh leh ke haidar abai kn dendam mengarut papa nyer tuh....

Lila Vee said...

Aaaaa~ misz acu! sorry for that.
seriously this story is seriously killing me when writing it!

Lila Vee said...

Thanks shafriza. sorry bab pening tu. that is just a flashback actually =P

Lila Vee said...

haha! revenge kill everything kak ^^
tp xpe.. tunggu nirro punya smash ek. dia mesti bg kaw2 punya nanti!

Anonymous said...

kih3.. no laa.. just kidding! my mind still mantopp gituuu :)
~acu~

Anonymous said...

ayah kita Alexander yang guna telefon je. Dia tak buat telefon!"
comel je .. heehee.

cik nirro sayang nak lagi nak lagi..
sweet je story ni..
jahat la alexander ni.. sian cinta mereka?? boleh x ckap mcm tu??

Lila Vee said...

haha. thanks for reading..
tunggu nirro sambung ya =)

Shamine Hanis said...

wah wah..k seriously terlepas nk baca masa awal2 sbb takde kat Malaysia but now dh baca and it was beyond compare.okay apa..best..hehe comel pulak tuh time diaorang kecik kecik dulu..hehe :D

Lila Vee said...

thanks for spending ur time reading shamine.
wah pegi melancong eh =)

neyman said...

loike..!!

Lila Vee said...

thanks neyman