4: Forbidden Love by Nirrosette XOXO


“Mana awak tahu saya ada kelas pukul 5 petang eh?”

Haidar yang sedang menyudu chocolate walnut fudge ke dalam mulut hampir-hampir sahaja tersedak. Haidar sedia maklum dia terlepas cakap tadi. Tapi sangkanya Melissa dah lupa. Yelah, dah lebih 15 minit dah duduk kat sini, makan. Takkan masih ingat kot.

“Mana awak tahu saya ada kelas pukul 5 petang?” Melissa mengulang lagi. Tetap inginkan jawapan.

Haidar tarik senyum panjang. Dia menghabiskan kek coklat yang berbaki sedikit sebelum menarik serviette yang tersedia di atas meja lalu mengesat mulutnya sedikit. Mana tahu kut-kut ada coklat melekat di tepi bibir. Tak glamour oi! Hidup menjadi anak Tuan Alexander menjadikan Haidar seseorang yang sangat prihatin tentang penampilan.

Cuma sejak terpaksa menyamar menjadi teknisyen di kolej ini, dia berpenampilan agak serabai sedikit. Tshirt leher bulat dan jeans sahaja. Kalau tak, pakaian hariannya shirt lengan panjang yang dilipat hinggak e siku dengan slack la. Yelah alang-alang nak menyamar biar nampak macam betul, ye tak? Bukannya senang nak berlagak macam orang biasa memandangkan Haidar Alexander memang punya ‘nama’. Mujur juga Haidar tak menyambung pengajian di kolej bapanya, kalau tak payah juga nak menyamar.

“Dah kelas tutorial awak pukul 5 petang selalu aircon rosak, mestilah saya tahu.” Haidar jongket keningnya tinggi-tinggi. “Betul tak?”

Oh! Melissa tertawa lepas. Betul jugak, eh. Bukan kelas dengan Prof Md Noor je ada kerosakan teknikal. Kelas tutorial bersama Dr Saeda pun sama jugak. Pelik. Padahal kolej ni agak baru. Bangunan nampak masih cantik. Macammana equipments semua hampeh? Nak kena komplen dengan pihak atasan agaknya kut suruh buat re-service!

“Saya masih belum tahu nama awak.” Melissa menyoal malu-malu sambil menyuap baki kek coklat ke dalam mulut. Dia dah muak sebenarnya. Bekerja di kedai coklat membuat Melissa rasa jelak makan kek coklat hari-hari. Tapi Melissa pesan jugak. Rasa awkward pulak kan kalau jadi pemerhati member sebelah makan.

Haidar masih lagi dengan senyum tak lekang. Sedia maklum Melissa memang tak tahu namanya. Mesti la taktau kalau tak diberitahu kan. “Penting ke nama saya?”

Melissa mencebik mendengarkan jawapan Haidar. Soalan species apa tu? “Mesti lah penting.”

“Kenapa pulak?”

“Yelah kalau tak saya panggil awak dengan nama gelaran.”

Oh? Haidar angkat kening sebelah. “Apa nama gelaran tu?”

“Ab…” Oops! Melissa menekup mulut. Weh gila! Takkan nak beritahu dia yang kita sekelas panggil dia abang jambang sexy? Nak mampus?

“Ab…apa?” Haidar menopang dagu, memandang Melissa dengan satu renungan redup yang membuatkan Melissa gelabah sendiri.

“Tak ada apa-apa.” Melissa menggeleng laju. Jantungnya berdetak laju bila Haidar terus-terusan memandangnya seperti itu. Duhai jantung, slow sikit boleh tak!

“You sure?” Haidar bagi Melissa renungan I-know-what-you-did-last-summer.

“Ah…yes. Of…of course.” Tergagap-gagap pula Melissa menjawab. Melissa kau dah kenapa! Baru kena tenung sikit dah gelabah sampai gagap bagai! Melissa jadi geram sendiri.

Telefon bimbit Haidar yang bergetar menandakan ada satu pesanan ringkas baru diterima. “One moment,”
bisik Haidar kepada Melissa sebelum tunduk  menyeluk saku jeans. Skrin Blackberrynya dipandang. Satu mesej dari Mikael baru diterima.

‘Settle.’

Haidar mengangkat wajah, mengerling sekilas ke arah Melissa yang sudah sambung menyuap cebisan akhir kek coklat ke dalam mulut.

Menyedari gerak gerinya diperhatikan, Melissa mendongak memandang Haidar. “Kenapa?”

“Awak dah habis? Saya hantar awak balik kolej okey? Saya ada kerja sikit nak buat.”

Oh. Melissa mengangguk. “Okey. Jom.”

  *****

“OH MY GOD OH MY GOD OH MY GOD!” Fischer mengipas-ngipas wajahnya konon macamlah tengah panas sangat, padahal auditorium tu punyalah sejuk tahap boleh bersepai dah. Dah naik beku dah Fischer duduk dalam auditorium ni tapi pensyarah tak sampai-sampai jugak. Biasalah, hari Isnin kuliah patutnya mula jam sembilan pagi. Tapi semua orang tahu, Prof Daniel memang selalu lambat. Monday blues kot. Selagi belum jam sembilan dua puluh, jangan harap dia akan sampai.

“Jangan nak oh-my-god sangatlah, Fischer.” Melissa tarik sengih di bibir. Tak sangka pulak Fischer akan memberi reaksi seperti ini apabila mendapat tahu dia keluar makan kek coklat dengan abang jambang sexy tempoh hari.

“Nama dia apa?” Mai turut teruja mendengar cerita Melissa. Cerita panas lagi sensasi okey! Walaupun abang jambang sexy tu technician je, tapi handsome ya amat! Peduli apa tentang status. Tengok muka dia je kenyang. Okey tu nampak sah tipu, hiperbola overdose tuh namanya!

“Aku tak tau.” Melissa menggelengkan kepala. Dia melepaskan satu keluhan berat. Macammana nak stalk kat Facebook kalau tak tahu nama? Susah okey.

“What?!” Separuh menjerit Mai menyahut. Bila hampir separuh dewan toleh pusing ke arah Mai baru Mai sedar nada suaranya tadi beroktaf-oktaf tinggi agaknya. “Takkan kau tak tau nama! Habis tu kau panggil dia apa?” Bisik Mai keras, tak puas hati. Nama tu sangat penting ok! Macammana la Melissa ni boleh tak tau nama si pujaan hati padahal dah duduk sama-sama makan kek coklat lagi! Sungguh tak logik!

“Kita bahasakan diri saya-awak je.” Melissa menjawab dalam nada as-a-matter-of-fact. “Tapi kan…”

“Tapi apa? Tapi apa?!” Belum sempat Melissa habiskan ayat, Fischer dah potong. Teruja. Entah apa-apa!

“Aku ada rasa something wrong somewhere.”

“Huh?” Kening Mai terjongket tinggi. “Maksud kau?”

 “Eh eh Prof Daniel dah masuk!” Fischer yang tadi sedang bertenggek di kerusi sebelah Mai terus sahaja
bergegas ke tempat duduknya.

Melissa dan Mai secara automatik membetulkan duduk, tegak menghadap Prof Daniel yang sudah tercongok di tengah-tengah auditorium. Prof Daniel memang selalu perangai datang lambat. Tapi jangan nak carik pasal bila dia tengah bagi kuliah. Prof Daniel ni memang femes sebab suka kantoikan orang yang tengah tidur, berbual, mengumpat dan sebagainya ketika kuliah dijalankan.

“Sambung lepas ni.” Fischer sempat memesan sebelum memandang ke hadapan. Konon nak focus. Tapi fikiran tengah melayang…apa benda tu eh yang something wrong somewhere? Suspens ni!

________________________________

Enjoy yall enjoy! This genre is not my forte but I'm trying my best. Pass baton pada cik BulanHAHAHAHAHA selamat menaip HAHAHAHAHA kthanksbye.

Lots of love

4 comments:

Lila Vee said...

Hahahahaa! whyyy pendekkk! kekeke

Anonymous said...

melissa da bley bajet ke haidar dok stalk dia? :P
~mizz acu~

Unknown said...

PENDEKNYA CEPATLAH SAMBUNG.

Shamine Hanis said...

short but best..Ohmai cepatlah cepatlah taksabar nak baca sambungannya...BTW Kak Nir that was cool...and I like it..Hehe :D