Pengumuman!

Assalamualaikum & hye readers!

CERITA Forbidden Love (FL) di 'hold' untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
meanwhile, enjoy pencarian Mr.X dulu ya!

Tq.
Admin

5 : Forbidden Love by Bulanhijau HAHA

Rambut panjang milik anaknya, Mellisa diikat ekor kuda sebelum diikat menggunakan reben berwarna merah jambu.

“Sayang..” Bahu Mellisa ditepuk.

Mellisa menoleh ke belakang memandang maminya. “Ya, mami.”

“Mulai minggu depan, kita dah tak duduk sini lagi tau.” Dia menampal senyum segaris.

“Kita nak duduk mana nanti, mami?” Mellisa memandang maminya dengan kening yang berkerut. “Kenapa kita dah tak boleh duduk sini?”

“Kita kena pindah, sayang. Babah dapat kerja di tempat lain.”

“Boleh kita bawak Haidar?” Mellisa memandang maminya dengan penuh mengharap.

Dia menggeleng perlahan. “Tak boleh, sayang. Kita nak pindah jauh.”

“Jauh tu dekat mana, mami?”

“Australia.” Bibir merahnya masih tersenyum manis.

“Australia tu dekat mana, mami?”

Dia menarik nafas panjang. Macam mana ya nak terangkan betapa jauhnya Australia tu? “Australia tu..”

“Hello my princess!” Satu suara garau mencelah.

Serentak, dia dan Mellisa menoleh pandang ke arah muka pintu bilik tidur. Seorang lelaki berdiri sambil badannya disandarkan pada birai pintu.

“Babah!” Mellisa berlari mendapatkan babahnya. “Babah, mami cakap kita nak pindah jauh eyh?”

Iskandar memandang Naila dengan kening kiri dijongket tinggi. “Princess tak nak ikut ke?”

Mellisa mengangkat bahu. “Boleh kita bawak Haidar sekali?”

Sekali lagi kening kirinya terjongket. “Haihh anak babah sekarang ni dah ada boyfriend yeee..”

“Babah!” Automatik tangan diangkat tinggi menampar paha babah. “He’s my friendlah.”

Iskandar Shah tunduk mencubit pipi tembam Mellisa. “Kalau macam tu.. kita bawak sekalilah semua kawan-kawan Mellisa ikut kita pindah. Nak?”

Mellisa mencebik. “Malaslah nak cakap dengan babah!” Dia mendengus geram lalu terus keluar dari bilik tidurnya.

Pap!  Satu tepukan singgah di bahu kiri Mellisa. “Kak Mell menungkan apa tu?”

Mellisa pejam mata rapat-rapat. Degup jantung ni ha macam laju gila. “Yanti.. boleh tak jangan terkejutkan orang macam tu?”

Yanti dah terkulat-kulat. “Sorry, kak. Tadi Yanti panggil akak tapi akak tak respon. Itu yang Yanti tepuk. Sorry kalau Yanti buat akak terkejut.”

Mellisa menggeleng lambat-lambat. Bukan salah Yanti pun sebenarnya, dia tu yang berangan jauh sangat. “Kenapa Yanti panggil akak?”

“Yanti dah kemaskan ruang depan tu.. ada apa-apa lagi Kak Mell nak Yanti kemas?”

“Takpelah.. yang lain nanti biar Kak Mell kemas sendiri.” Lamanyaa.. dia berangan sampai Yanti dah habis kemas pun dia tak perasan. “Yanti balik dululah. Hari ni biar Kak Mell tutup kedai.”

Yanti mengangguk. “Kalau macam tu.. Yanti balik dululah, kak.” Tangannya dihulur untu bersalaman dengan Mellisa.

Mellisa menyambut huluran tangan Yanti. “Balik elok-elok.” Dia bangun dari duduknya.

“Kak Mell jangan balik lambat sangat tau.” Sempat Yanti berpesan sebelum dia hilang disebalik pintu kedai di bahagian belakang.

Mellisa mengunci pintu dari dalam. Sebenarnya dia bukan ada benda nak dikemaskan dekat dapur ni pun. Cuma dia belum rasa macam nak balik.

Entah kenapa, pertemuan singkat dengan abang-jambang-sexy petang tadi buat dia teringatkan kenangan silamnya. Kenapa eh?

Kenapa tiap kali dia memandang abang-jambang-sexy tu, jantungnya berdegup laju? Di sebalik degupan laju tu, dia dapat rasakan yang mereka pernah berjumpa sebelum ni. Aura abang-jambang-sexy tu macam Haidar.

Loket rantai dilehernya dipegang. Cincin pemberian Haidar dulu. Awak.. mana awak pergi? Awak cakap nak cari saya bila dah besar… Kita tunggu awak dekat sini tau, Haidar.

******

Ting-Tong! Ting-Tong!

Tidurnya sedikit terganggu dengan bunyi loceng yang dibunyikan berkali-kali tu. Jam digital di atas meja di sebelah katil dipandang, lama. Kelam saja setiap nombor yang terpapar.

Ting-Tong! Ting-Tong!

“Urgh!” Dia mendengus keras. Comforter ditolak kasar. Lambat-lambat dia turun dari katil dan melangkah ke pintu utama.

“Nak apa?!” Suaranya sedikit memetir. Pantang betul kalau ada yang menganggu tidurnya.

“Awal tidur, bro?” Tegur Mikael dengan kiri dijongket tinggi. “Tak remajalah, bro.”

Haidar memandang ke atas. “Kau nak apa ni?”

“Kot iya pun, bukaklah pintu ni dulu.” Ada ke patut biarkan aku berdiri dekat depan pintu ni? Hilanglah macho aku kalau jiran-jiran sebelah nampak.

Haidar menggeleng perlahan. Dia hilang sekejap di sebalik pintu. Segugus kunci dicampak ke luar pagar. “Hah bukak sendiri.” Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Mikael tunduk mengutip kunci yang dicampak oleh Haidar tadi. Kurang asam punya member! Kunci dicucuh pada pintu pagar sebelum dia melangkah masuk.

“Kau apahal tidur awal ni?” Mikael terus melangkah ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka. “Eh.. sebelum tu.” Sekotak Marigold Apple Peel Fresh dikeluarkan. “Ada mana-mana awek dalam bilik ke?” Tanya Mikael yang dah berdiri di muka pintu dapur.

Soalan Mikael dijawab dengan balingan bantal oleh Haidar. “Agak-agaklah, bro.” Jahat-jahat dia pun, dia takde usung perempuan balik rumah tau!

Mikael tergelak kecil. Bantal dihujung kaki ditolak ke tepi. “Dah tu, apahal kau tidur awal?” Mikael duduk di sofabed.

“Mika, kau memang tak reti guna cawan?” Sakit betul mata ni tengok Mikael togak air tu terus dari kotak.

Mikael mencebik. “Alaahh.. aku bukan ada HIV.” Nah, Mikael ni memang tak makan saman. Alah, dengan Haidar je.

“Aku penatlah.” Ha ah.. memang penat gila sebab terpaksa berlakon depan Mellisa petang tadi. Eh, bukan petang tadi tapi sepanjang beberapa bulan ni.

Mikael mengerut kening. “Aik? Jadi technician tipu-tipu pun penat?” Dia pun pelik kenapa Haidar tiba-tiba keluar idea gila nak berlakon jadi technician semata-mata nak mengurat budak Mellisa tu. Selama ni, Haidar kalau nak mengurat perempuan.. dia memang ‘menggunakan’ segala kekayaan yang dia ada.

“Siapa round malam ni?” Haidar terus tukar topic. Malas nak bercakap panjang-panjang fasal lakonan dia yang agak tip-top tu.

Mikael mengangkat bahu. “Greng, kot?”

“Kot?” Terjongket sedikit kening kiri Haidar.

Mikael menarik sengih. “Aku manalah ingat siapa nak budak-budak ni.. aku dok panggil oi-oi je.”

“Elok sangatlah tu..” Haidar memandang ke atas. “Penat mak bapak budak tu letak nama sedap-sedap, kau panggil oi je? Cuba kalau orang panggil kau, oi. Kau marah tak?”

“Kau apasal serious sangat ni, bro?” Mikael dah pelik. Haidar mana pernah serious macam ni sekali. Haihh.. nampaknya budak Mellisa tu memang berjaya buat Haidar tangkap cintan!

Belum sempat Haidar nak jawab, telefon bimbit Mikael berbunyi. “Hah, nak apa?” Terus bertukar serious nada suara Mikael. Berkerut-kerut keningnya mendengar penjelasan pemanggil di sebelah sana. “Hmm..” Matanya menjeling Haidar sekilas. “Kejap lagi kita orang sampai.” Panggilan ditamatkan.

“Apahal?” Macamlah dia tak nampak kerutan di dahi Mikael tadi. Mesti ada masalah ni..

Mikael bangun dari duduknya. “Biasalah.. ada budak kacau tempat kita.” Kota air Peel Fresh yang masih berbaki separuh itu diletakkan di atas meja. “Kau nak ikut?

Haidar memandang jam dinding di atas televisyen. “Boleh jugak.” Dia bangun dari duduknya. “Aku tukar baju, kejap.”

“Correction.” Suara Mikael mematikan langkah Haidar. “Pakai baju, sepatutnya.” Mikael sengih lebar memandang Haidar.

Haidar memandang pantulan dirinya di cermin besar. “Air tu.. simpan balik dalam fridge.” Haidar cuba menutup malu. Nampak sangat dia tak sedar yang dia hanya memakai boxer. HAHA.

******

Haidar memandang mamat berambut belang hijau-hitam di hadapannya itu. Muka macam ni nak jadi gangster?

Mikael yang berdiri di sebelah kiri Haidar memang dari tadi dah usyar panas je mamat ni. “Botak yang hantar kau?” Sebagai orang kanan Haidar, Mikael memang kena ambil tahu makhluk perosak mana yang suka menyemak dekat kawasan mereka ni.

Mamat berambut belang hijau-hitam tu masih diam. Siap tayang muka langsi lagi. Tak padan dengan muka dah pecah-berdarah sana sini, ada hati nak langsi lagi tu.

Haidar pandang mamat berambut belang hijau-hitam tu lagi. Dari atas ke bawah. Dia menelengkan sedikit kepalany ke kiri sambil menghantar isyarat mata kepada Greng.

“Aargghh!” Mamat berambut belang hijau-hitam tadi menjerit. “Sakitlah, bodoh!” Marahnya apabila tanganya dikilas ke belakang.

Haidar dah hilang sabar. Dia malas sebenarnya nak menggunakan kekerasan tapi kalau cara lembut tak jalan… nampaknya memang takde pilihan ni.

Tangan kiri diseluk ke bahagian belakang pinggang. Sepucuk pistol Sig Sauer P226 dikeluarkan. “Kau nak cakap ke tak?”

Membulat mata mamat berambut belang hijau-hitam tu. “Tembaklah!”

Haidar pandang Mikael. Mikael angkat bahu. Haidar pandang balik mamat berambut belang hijau-hitam tu. “Siapa nama kau?”

“Black.”

Haidar mengulum senyum. Haih.. asal nak jadi gangster je, nama mesti nak Black. Apa, kalau pakai nama White tak boleh jadi gangster ke?

“Macam ni laa.. Black.” Haidar melangkah satu langkah ke hadapan. Penyenyap bunyi dipasang pada muncung pistol. Agak-agaklah kan, kat tempat awam ni jangan buat kecoh. “Aku memang tak suka hampakan permintaan orang.” Muncung pistol diacu betul-betul di hadapan dahi mamat tu. “Ada apa-apa kau nak cakap? Wasiat ke? Kata-kata terakhir ke?”

Mikael memang tahan diri dari gelak. Dia tau dah taktik Haidar tu. Apa.. ingat Haidar ni jahat sangat ke sampai nak mengecaikan kepala orang?

“Tembaklah!” Mamat berambut belang hijau-hitam tu masih degil.

Haidar menggeleng perlahan. “Apahal degil sangat kau ni.” Muncung pistol didaratkan betul-betul di atas dahi mamat tu. “Mengucap cepat.” Jari telunjuk dah bersiap-sedia nak menarik picu.

Jelas sekali mamat berambut belang hijau-hitam tu bernafas dengan laju. Faham sangat dah, mestilah mamat tu cuak tahap boleh terkencing dalam seluar sekarang ni. Mana taknya, siapa tak cuak kalau dah pistol ada atas kepala?

“Botak hantar aku!”

Terjongket sedikit kening kiri Haidar. “Boleh pun cakap.” Pistol kembali disimpan ke belakang pinggang. “Kan senang kalau kau mengaku dari awal. Tak payah susah-susah aku nak tayang pistol kesayangan aku tu dekat kau.” Haidar menoleh memandang Mikael, kemudian mengangguk perlahan.

Mikael melangkah menghampiri mamat tadi tu. Dia duduk bertinggung di hadapan mamat tu. Susah nak bercakap bila mamat tu dah duduk melutut macam ni. “Kau ada dua pilihan sekarang ni. Satu, aku tamatkan riwayat hidup kau sekarang jugak.” Jeda. “Dua, aku tamatkan riwayat hidup kau sekarang jugak.”

“Wehh.. sudah-sudahlah mainkan budak tu.” Tegur Haidar. “Dah terkencing tu ha..”

Refleks, Mikael terus bangun dari tinggungnya. “Chett!” Dia berundur beberapa tapak. “Kau ni, dulu sekolah tak belajar sivik ke? Mana boleh kencing merata-rata!”

“Bang.. bagi saya masuk kumpulan abang. Saya janji saya takkan serong.”

Serentak, Haidar dan Mikael melambakkan tawa. Hamboii.. tadi punyalah berlagak sangat guna aku-kau, sekarang terus jadi sopan-santun?

“Sorrylah, dik. Application form dah habis.”

Jawapan yang keluar dari mulut Haidar mengundang tawa mereka yang lain. Tapi elok saja Haidar menoleh pandang, masing-masing terus senyap. Takut weh, dekat anak Tuan Alex ni!

“Kau pergilah balik.” Haidar pusing ke belakang. “Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni.” Sempat Haidar berpesan sebelum melangkah.

“Boss.. apa nak buat ni?” Soalan Greng mematikan langkah Haidar.

“Suka hatilah.” Jawab Haidar kemudian kembali melangkah. Mikael ikut dari belakang.

Elok saja beberapa langkah mereka melangkah, jelas kedengaran suara lelaki mengerang kesakitan. Biasalah tu, siapa suruh kacau tempat orang kan? Setakat kena belasah sampai masuk hospital, tu kira bernasib baiklah. Kalau Haidar tembak tadi, tak ke jadi arwah dah mamat tu?

“Sejak bila kau bawak benda alah tu keluar rumah?” Tanya Mikael elok sahaja mereka melangkah masuk ke dalam Range Rover.

Enjin dihidupkan. “Sejak-sejak aku dah dapat lesen.” Haidar angkat-angkat kening.

Kalau korang nak tahu, dekat Malaysia ni kalau nak pakai pistol kena ada lesen. Bukan setakat nak pakai, nak beli pistol, nak beli bullet, senang cerita semualah kena ada lesen. Kiranya, Haidar ni stok gangster bertamadun sikitlah. Hehehehe..

“Awek kolej tu apa cerita?” tanya Mikael semasa mereka keluar dari perkarangan tempat tadi.

Haidar angkat bahu. “Takde cerita best.” Kereta dibelokkan ke sebelah kiri. Nak ada cerita apanya, first move pun macam entah-pape je tadi.

“Apa nama budak tu?”

“Mellisa.” Haidar tarik nafas. “Mellisa Iskandar Shah.” Haidar sengaja menyebut nama penuh Mellisa.

Sekotak rokok dikeluarkan. “Ohh lupa. Aku yang bagitau nama dia kan.”

Haidar menjeling sekilas memandang Mikael. “Mellisa Iskandar Shah.”

“Iskandar Shah.” Jeda. “Kenapa aku macam pernah dengar nama tu?”

Haidar mengangkat bahu. “Sounds familiar, kan.” Nampaknya, Mikael macam tak dapat tangkap lagi apa yang dia nak cakap. Ke, Mikael memang tak perasan dengan nama Iskandar Shah tu?

“Bro, jom pekena tosei. Laparlah.” Cermin tingkap diturunkan. Nak merokok, takkan tak bukak tingkap kan?

“Kau bayar.”

“Kau ah. Kau kan anak Tuan Alexander.”

Haidar mencebik. Apa kena mengena dia anak Tuan Alexandar dengan bayar makan tosei? Mikael ni memang suka mengelat bila tiba bab nak bayar. Kalau bab makan, tak ajak pun dia laju je. Huh!

********************************************

Pheww habis pun. Sorry eh kalau entry kali ni macam tak menepati piawaian. Almaklumlah, this genre memang bukan my speciality kan. Tapi tak kisahlah, janji dah sambung. Hahahaha !

Pass baton tu Ahmd Ibrhm !

5 comments:

Lila Vee said...

everyone will love this entri bulan!

mizz acu said...

Hmmmmmmmmmm... Siann mell! Tp betuul2 cintann dorang nih.. Smpai bleh rasa aura haidar walau last jmpa ms zmn berhingus tu haaa. ;p
Bila haidar nk gtauu niih.
Papehal pon.. Lev si gangsta haidar wif si cutes mell

zahra leyna said...

setia betul c mell tu...bila la haidar nk bterus terang...

Anonymous said...

waaaah cerita gengster ke nih ? ;0
menarik !

-org baru hbs exam ;p-

Shamine Hanis said...

kalau bunuh aje pun kan bagus....but cruelty is not good..haha kenapalah melissa taktahu abang jambang sexy tu haidar...hmmm..haha anyways thanks kak bulan.. :D