6: Forbidden Love by Ahmd Ibrhm

Seelok tamat kuliah Prof Daniel, Melissa terus bergegas turun dari auditorium dan menuju ke pintu keluar. Fischer dan Mai tergedik-gedik di belakang mengejar Melissa. Paling gedik sekali haruslah Fischer.

“Melissa, tunggu la!” jerit Mai dan Fischer di belakang.

Melissa menoleh. Alamak, dia terlupa pulak pasal dorang! Tu lah tadi eksaited sangat nak melancarkan misi mengorek rahsia abang jambang sexy tu. Melissa sengih sendiri. “Cepatlah!”

“Kau ni kenapa laju sangat? Kita bukannya ada kelas lepas ni.” Nafas Fischer dah tersangkut-sangkut.

“Haah. Penat aku.” tambah Mai. Melissa tergelak kecil.

“Ala, sorrylah. Aku sebenarnya ada plan lepas ni.”

“Plan apa?” tanya Fischer

Melissa sekadar tersengih. Dia biarkan soalan Fischer itu tidak berjawab. Langkah mereka kini menuju ke kafeteria kolej. Mata Melissa tajam mencari kelibat seseorang. Apabila kelibat itu dikenal pasti, dia tersenyum lebar. Seperti yang dijangka abang jambang sexy tu tengah makan dengan sahabat baiknya yang satu itu.

“Aku nak stalk dorang.” Melissa pandang Fischer dan Mai. Senyumnya masih tak cair. Tapi hatinya dah cair tengok abang tu. Hahahahaha eh

“Hapeeee? Kau gila ke!”

“Entah kau ni! Macam dah takde kerja lain je.”

Melissa memuncungkan bibir. “Ala korang ni. Tapi kalau korang tak nak takpelah! Aku tetap nak stalk dorang hari ni.”

“Kenapa pulak?” tanya Fischer tak puas hati.

“Sebab aku rasa ada something wrong somewhere.” Melissa menarik sling bagnya itu dan mengeluarkan sesuatu berbentuk sebuah fail. “Aku dah mintak tolong seseorang. Dia bagi list nama siap dengan gambar budak-budak technician kolej ni.” Dia terus hulur kertas tu pada Fischer. “Dan muka abang jambang sexy tu tak ade!”

Fischer dan Mai cepat-cepat membelek isi fail itu. Seperti yang dikatakan Melissa, gambar abang jambang sexy tu takde dalam list nama budak-budak technician.

“Sebenarnya aku curious nak tahu nama dia.” ujar Melissa

Fischer dengan Mai terangguk-angguk. “Aku pun curious nak tahu nama dia. Tapi yang penting sekarang, siapa dia!”

“Sebab tulah aku nak stalk budak berdua tu.” Melissa kembali menala pandang ke arah dua ‘budak technician’ tu.

“Maksudnya kau nak ikut mana dia pergi lepas ni?” tanya Mai.

Angguk.

“Eh eh, dia dah bangun dah tu!” jerit Fischer

Melissa cepat-cepat memusingkan tubuhnya. “Jom, kita siapkan kereta dan ikut dia.”

“Jom!!”

------------------------------------------- 

Haidar dan Mikael dah menolak kerusi dan bangun. Mereka terus menuju ke arah Honda Civic milik Mikael. Kalau guna kereta Audi, Volkswagen dan Nissan milik Haidar yang bersusun kat garaj rumahnya tu memang kantoi la. Jadi dia dan Mikael sepakat naik Honda Civic tu. Tu pun sebenarnya dah cukup mewah bagi seorang ‘budak technician’ macam mereka berdua.

Mikael membuka pintu kereta lantas duduk di kerusi pemandu. Kaca mata hitam Hommie Dior yang sedia tergantung di dashboard itu dicapai sebelum mengenakannya. Cermin pandang belakang itu dibetulkan (atau sebenarnya nak tengok rupa sendiri haha). Dahi Mikael berkerut apabila sebuah kereta yang dikenali berada di belakang. Betul-betul di belakang keretanya.

Dia pandang Haidar di sebelah. Kemudian terus cucuk kunci kereta dan hidupkan enjin. Setelah mengenakan belt, dia terus menukar gear dan kereta itu perlahan-lahan keluar dari petak parkir. Hatinya mula gelisah. Berkali-kali dia mencuri pandang ke arah cermin pandang belakang itu. Dia yakin firasatnya betul.Tapi dia sekadar berdiam diri apabila melihat wajah Haidar di sebelah.

 “Aku tak sedap hati la Mi.” luah Haidar.

 Mikael tidak menoleh. “Kenapa?”

 “Entah. Tiba-tiba je ayah aku call suruh jumpa dia.”

Mikael tergelak kecil. “Relaks la. Lagipun dah lama kan dia tak jumpa kau? Mesti la dia rindu dengan anak kesayangan dia ni.”

Rindu. Heh. Haidar hanya mampu mengeluh. Yelah, Mikael tu mana tau apa-apa kan. Tapi dia dah nekad. Dia mesti cari tahu punca yang menyebabkan ayahnya begitu berdendam dengan keluarga Iskandar Shah itu. Dia yakin ada sesuatu yang ayahnya itu sembunyikan. Haidar terus memandang ke luar tingkap. Perjalanan menuju ke kawasan perumahan di atas bukit itu sungguh mendebarkan.

Akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah vila yang beyond punya besar. Pintu gerbang yang tinggi melangit menutupi sebahagian daripada rumah itu tertutup dengan rapat. Dua orang pengawal di hadapan rumah itu memandang mereka dengan bengis. Seelok mengenali siapakah mereka berdua, pengawal itu terus bertukar muka. Beberapa saat kemudian pintu gerbang itu terbuka.

 Mikael menukar gear dan bergerak memasuki kawasan vila itu. Dia yang sudah arif dengan selok-belok vila itu terus memarkir Honda Civicnya di salah satu garaj khas bersebelahan dengan beberapa lagi kereta milik Tuan Alexander. Memang tak terkira bilangan kereta-kereta berjenama di situ. Kalau orang tak kenal siapa Tuan Alexander itu mesti ingat yang dia tu tokey kedai kereta.

 “Kau pergi la masuk dalam. Aku tunggu kat luar je” ujar Mikael mematikan enjin kereta.

Haidar sekadar mengangguk sebelum keluar dari kereta. Mikael membetulkan letak Hommie Diornya itu lalu memandang ke cermin pandang belakang. Kereta yang sedari tadi mengekorinya dapat dilihat melintasi pintu gerbang yang masih terbuka itu. Tanpa berlengah lagi dia terus melangkah keluar. 

------------------------------------------- 

Kereta yang dipandu Melissa itu kini memasuki kawasan perumahan di atas bukit. Mulut Mai dan Fischer dah terlopong. Mak datukkkk, ni rumah ke apa ni? Melissa sendiri terkejut apabila Honda Civic yang diekorinya itu memasuki kawasan perumahan macam ni.

 “Entah-entah abang jambang sexy tu anak menteri tak?” teka Mai.

 Fischer angguk tanda setuju. “Tapi, apa kejadahnya dia jadi budak technician kat kolej kita tu? Sungguh takde pekdah.”

 “Dah, korang diam boleh tak?” Melissa dah menjeling dua budak kat belakang kereta itu. Dari tadi membebel ajeeeee macam mak nenek.

Fischer dah gelabah apabila Honda Civic dihadapan tu mula perlahan. “Eh eh dia dah nak berhenti lah!”

“Dia dah berhenti pun!” tambah Mai.

Melissa turut memerlahankan keretanya. Beberapa minit kemudian pintu gerbang di vila itu terbuka luas. Dan dia dapat lihat dengan jelas ada dua orang pengawal di situ. Apabila Honda Civic itu sudah memasuki perkarangan vila tersebut, Melissa mula menyusul perlahan-lahan. Kemudian membelok ke satu arah agar keretanya tidak kelihatan oleh dua orang pengawal itu.

“Okey, jom turun!” Melissa dah menarik handbrake.

“Kau yakin ke?” tanya Fischer yang dah cuak semacam.

“Yelah, aku takut ni.” Mai dah toleh ke arah dua pengawal itu.

Melissa sekadar mengangguk. Dia terus membuka pintu keretanya disusuli oleh Mai dan Fischer. Secara terhendap-hendap seperti pencuri, mereka mendekati pintu gerbang yang masih lagi diawasi ketat itu. Hati Melissa berdoa agar dia dan dua sahabatnya itu tidak tertangkap kerana menceroboh kawasan. Tapi hatinya sedikit lega apabila kedua pengawal itu kelihatan ralit bersembang.

Melissa memanfaatkan peluang yang mereka ada. Diam-diam dia mengeluarkan botol pepper spray yang dibuat sendiri itu dari sling bag. Kemudian dia melangkah beberapa tapak ke hadapan sambil tangannya memberi isyarat pada Mai dan Fischer untuk turut bersamanya.

“Cepat, cepat” bisik Melissa.

“Cepat?”

Eh, sejak bila suara Fischer garau semacam ni?

“Kita nak pergi mana ni cepat-cepat?”

“Hesy kau ni, kita nak…” Seelok sahaja dia menoleh, kelibat seseorang yang tak dijangka-jangka muncul di hadapan matanya. Dek kerana terlalu terkejut, habis pepper spraynya itu tersembur-sembur kena muka lelaki tu.

OH. MY. GODD.

MISI MENGOREK RAHSIA ABANG JAMBANG SEXY FAILED! 

------------------------------------------- 

Haidar menolak pintu kayu mohagani berukir motif awan larik itu. Tanpa perlu membuka kasut, dia melangkah masuk ke dalam. Seperti dijangka rumah itu dikelilingi dengan ramai orang suruhan dan konco-konco Tuan Alexander. Dia yang sudah biasa dengan keadaan itu lantas memanjat tangga utama vila itu. Tangga itu menuju ke sebuah bilik berupa pejabat milik ayahnya.

Terdapat dua orang lagi orang suruhan yang berada di hadapan pintu itu. Kedua-duanya mengenakan tuksedo hitam dan kemeja putih ala-ala Man In Black. Dari balik kaca mata hitam itu Haidar dapat lihat mereka berdua menyampah dengan kehadirannya kali kedua itu. Tapi ada Haidar kisah? Dia terus menolak kasar pintu itu tanpa perlu mengetuk terlebih dahulu.

“Haidar” Tuan Alexander sedang memandang ke luar tingkap membelakangkan pejabatnya.

Haidar mendengus. “Apa tujuan ayah panggil Haidar ke rumah ni?”

Tuan Alexander kini memusingkan tubuhnya menghadap satu-satunya anak lelaki. “Haidar, Haidar. Ini kan rumah kamu. Tempat yang sepatutnya kamu pulang.”

“Mati hidup balik pun Haidar tak nak pulang ke sini.” jawabnya, sedikit jengkel

Tuan Alexander kelihatan mengeluh. “Kamu tak pernah berubah. Sejak kecil lagi kamu tak pernah terima kenyataan yang kamu sebahagian daripada Keluarga Alexander. Kamu hidup dalam sebuah dunia kongsi gelap.”

“Tapi Haidar tetap jalankan tugas kan? Haidar tetap jaga kawasan kita. Haidar tetap ambil tahu pasal semua tu walaupun Haidar tak nak. Apa maksud ayah yang Haidar tak pernah terima kenyataan?”

 Tuan Alexander tersenyum. “Berpijaklah di bumi yang nyata Haidar. Kamu sedar tak apa yang kamu buat sekarang ni dah membuktikan yang kamu cuba menafikan realiti?”

“Apa maksud ayah?” tanya Haidar dengan nada keras

Tuan Alexander membuka sebuah laci di meja pejabatnya itu dan mengeluarkan sesuatu. Sepucuk pistol Revolver dilempar ke atas meja di hadapan Haidar. “Maksud ayah sudah jelas kan? Bunuh dia!”

“Bunuh orang tanpa sebab bukan salah satu tugas seorang anak kongsi gelap. Dan untuk pengetahuan ayah, Revolver ni barang mainan Haidar sejak kecil lagi. Jadi ayah simpan sahajalah.” Haidar menuturkan selamba

Tuan Alexander mula berang. “Iskandar Shah telah membunuh ibu kamu, Haidar!”

“Tak, Iskandar Shah tak pernah bunuh ibu! Ayah me-reka cerita tentang itu supaya dapat jadikan alasan untuk Haidar bunuh waris dia kan? Ayah nak rampas semua harta dia sebab Melissa dan Haidar kena berkahwin mengikut wasiat ibu! Sebab Melissa bakal mewarisi segala harta milik Keluarga Alexander!” suara Haidar bergema-gema di ruang pejabat itu.

Kemarahan Tuan Alexander tidak dapat dibendung lagi. “Kamu…”

“Haidar tahu kandungan surat wasiat ibu tu dah lama ayah. Walau bagaimana cara sekalipun ayah sembunyikan dari Haidar, Haidar dapat tahu sebagai mana ayah tahu segala gerak-geri Haidar. Dan ayah sengaja gunakan nama dan penyebab ibu meninggal kerana ayah tahu…”

Tuan Alexander kelihatan mengangguk. “Kerana ayah tahu itu kelemahan kamu.”

------------------------------------------- 

Haidar mengeluh apabila melangkah keluar dari bilik itu. Sebelah pipinya itu sudah kemerahan kerana penangan tamparan Tuan Alexander. Tapi baginya itu hanya satu tamparan biasa jika hendak dibandingkan dengan tamparan yang dialami dalam hidupnya. Dia tidak dapat menjalankan tugas itu. Dia bukan seseorang yang sanggup membunuh tanpa sebab yang kukuh.

Namun dia tahu, kata-kata ayahnya itu bukan satu gurauan. Dia sedar nyawa Melissa yang dalam bahaya. Dia tahu bila-bila masa sahaja ayahnya itu akan bertindak. Jadi dia mesti mengawasi setiap gerak-geri Melissa. Pasal identitinya itu, biarlah rahsia buat masa ini. Kalau Melissa tahu siapa dia pun, dia tak boleh mengubah hakikat yang nyawa wanita itu bagai telur di hujung tanduk. 

“Kenapa awak ekori kereta saya?”

“Mana ada saya ekori kereta awak!”

“Yelah, mana ada dia ekori kereta kau!”

 Haidar tersedar kembali apabila suara itu menyapa kuping. Apa kecoh-kecoh tu? Dia terus bergegas ke garaj kereta di mana Mikael menunggu di situ. Setiba sahaja di situ, dia dikejutkan dengan kehadiran Melissa dan dua orang yang tidak dikenali. Hati Haidar terus berombak kencang. Mampus! Kalau ayah tahu Melissa ada kat sini, tak terus dibunuhnya wanita ini?

“Melissa!” Haidar terus menarik tangan Melissa untuk masuk ke dalam Honda Civic milik Mikael. Beberapa saat kemudian kereta itu terus meluncur keluar dari perkarangan vila tersebut.

“Eh awak ni kenapa?”

Haidar menoleh. “Awak tu yang kenapa!? Kenapa datang kat tempat tu?”

“Tempat tu rumah awak eh?”

“Mana ada.”

“Eleh, jangan tipu! Awak, awak bukan budak technician! Saya dah tahu segala-galanya! Awak penipu!” Jeritan suara Melissa itu terhenti apabila Haidar membrekkan keretanya secara mengejut.

Melissa yang terdorong ke hadapan itu segera mengangkat wajahnya. “Hei! Kenapa berhenti secara mengejut ni? Kalau saya tak pakai belt, dah sah-sah kepala saya ni terhantuk kat dashboard ni! Awak tak fikir ke?”

“Melissa…” suara Haidar bertukar

“Huh, sekarang ni saya nak keluar! Saya nak pergi balik ke vila tu. Saya mesti selamatkan kawan-kawan saya dari masuk ke perangkap awak.” Melissa dah buka seatbelt.

“Melissa…”

Melissa menoleh, geram “Apa?!”

“Saya… saya…”

“Awak apa?!”

 -------------------------------------------

Untuk beberapa ketika dia merenung wajah bujur sirih yang putih bersih itu. Entah berapa lama pun dia tak tahu. Tapi apa yang membuatkan dia merenung wanita itu dengan lama adalah cincin yang menjadi loket pada rantai yang dipakai itu. Sungguh, Melissa masih simpan lagi cincin dawai tu? Bibir Haidar tersungging senyum.

“Awak ni nak apa sebenarnya?”

Haidar mengeluh. “Jangan turun kat sini. Saya akan telefon Mikael untuk bawa kawan-kawan ada berdua tu keluar dari vila tu. Saya mohon sangat, keadaan awak sekarang ni dalam bahaya. Saya hantar awak pulang, okey?”

“Apa awak merepek ni?”

“Melissa, please?” Haidar dah buat muka.

Melissa mengeluh kecil. “Okey.”

Haidar menarik nafas lega. Perlahan-lahan Honda Civic itu kembali meluncur. Melissa di sebelah kelihatan bengang.

“Saya mintak maaf.” ujar Haidar.

 Melissa menoleh.

“Sebab tiba-tiba tarik awak masuk kereta lepas tu bawak awak lari.”

“Takpe, lagipun awak kata tadi nyawa saya dalam bahaya. Mana tahu kalau saya still ada kat situ saya kena tembak dengan senapang gajah ke kan?”

Haidar tergelak kecil. “Awak ingat ni filem hindustan ke?”

“Awak, saya laparlah! Disebabkan awak dah ‘culik’ saya, apa kata kita pergi singgah makan? Siapa suruh awak ‘culik’ orang kuat makan macam saya. Hehehehe” Melissa sengih manja.

Haidar tersenyum. Comel. Aegyo. “Okey. Nak makan apa ni?”

“Hmm, nasi ayam!”

“Kenapa awak suka makan nasi ayam?” 

“Sebab kita suka lah! Suka nasi ayam kena ada sebab ke?” 

Haidar tersenyum sendiri teringatkan kata-kata Melissa suatu ketika dulu itu.

“Awak tahu tak, kenapa saya suka nasi ayam?” tanya Melissa tiba-tiba.

“Kenapa?”

“Sebab bila saya makan nasi ayam saya teringat seseorang. Seseorang yang pernah bertakhta kat hati saya ni.” Melissa terus memegang cincin yang menjadi loket rantainya itu.

“Cincin tu, mesti ‘seseorang’ tu bagi kan?”

Melissa mengangguk. “Dan saya harap dia pun ada dekat dengan saya macam cincin ni ada dekat dengan saya.”

“Saya rasa sayalah orang paling dekat dengan awak.”

“Tapi orang tu bukan awak lah!”

“Nama dia siapa?”

“Haidar.”

Dalam hatinya, Haidar menjawab panggilan itu. Melissa.

4 comments:

Anonymous said...

Alahaiii... Tacin r..
Ksiann depa dua org nii :(
Meh cni nak p tembak c alexander tuuu
~mizz acu~

Shamine Hanis said...

Ahhhhhh ohmai ohmai....Ahmd nie kan memang suka buat macam nie...K nak sambungan seterusnya...dah macam tak sabar semacam dah nie..haha :D

Nadrah Raihah Alias said...

Nak sambungan~

Anonymous said...

alalaa haidar. jawabje kat mulut, dalam hati je mana cukup. hehee ;p

-haikadove-