Jan 4, 2013
Hari ni, aku nampak Mr. X lagi. Biasalah, dia and the gang pegi makan dekat restoran selang dua kedai dari café ni. Haihh.. sampai bila nak panggil dia Mr. X ni?
Diari berwarna merah jambu itu ditutup. Dia menelentangkan badannya memandang kipas. Bantal di kepala katil ditarik ke dalam pelukan.
“Adeeeekkk!!” Ada satu suara
memanggil dari luar bilik.
Terus saja dia pejamkan mata.
Pura-pura tidur.
“Adek…” Kini suara tadi
berselang-seli dengan ketukan di muka pintu. “Amanda Batrisya.. bukak pintu
ni..”
Dia yang di dalam bilik dah main
geleng-geleng kepala. Apalah mama nak malam-malam ni. Tahu tak, anak dara dia
sorang ni penat baru balik kerja.
“Amanda Batrisya.” Satu suara
garau mencelah. “Sejak bila tak pandai menyahut ni?”
Terus saja dia bangun dari
baringnya. Rambut yang sedikit serabai itu dibetulkan ala kadar. Pintu bilik
dibuka dari dalam. “Ya, mama..” Malas-malas dia bertanya. Badan disandarkan
pada bingkai pintu.
“Laaaa.. kenapa tak siap lagi?
Tetamu kita dah nak sampai tu.” Puan Nora pelik tengok anak dara sorang ni
masih dengan baju tidur.
“Tetamu? Tetamu mana pulak ni,
ma?”
“Kan minggu lepas mama dah pesan,
malam ni ada kawan mama nak datang dinner dekat sini. Adik lupa ye?”
Amanda menarik sengih lebar.
Belakang kepala digaru perlahan. “Mama dengan papa ajelah yang dinner dengan
dia orang. Adik rasa macam tak sedap badanlah. Macam nak demam.”
“Amanda, jangan degil.” Papa yang
tadi hanya diam dah mula bersuara. Siap keluar aura komander lagi. “Siap.
Sekarang.”
Dia memicingkan matanya memandang
Encik Fuad. Macamlah dia nak takut dengan aura komander tu. “Pa, adik penatlah.
Baru balik kerja, kan.”
“Mama nak suruh adik makan.
Bukannya suruh panjat pokok rambutan.” Encik Fuad memang tak nak berkompromi.
“Tapi pa…”
“Papa cakap siap sekarang.” Belum
sempat Amanda nak bukak mulut, Encik Fuad lebih cepat memotong. “Jangan buat
malu papa dengan mama.” Usai menghabiskan ayat, Encik Fuad terus turun ke tingkat bawah.
Puan Nora menampal senyum
segaris. “Adik pakai baju yang mama belikan tu, eyh. Mama dah siap gantung dalam tu.”
Amanda memandang ke atas. Satu
keluhan berat dihela. Pintu bilik tidur kembali ditutup. Dia bersandar pada
belakang pintu. Rambut ditarik menutup muka. Eee.. tension! Tension!
Nak tak nak, dia gagahkan jugak
kaki ni ke almari baju. Sehelai maxi dress warna hijau zamrud dikeluarkan.
Setakat nak makan dekat rumah pun nak kena pakai baju lawa-lawa macam ni ke?
Sungguhlah dia tak faham kenapa
mama dengan papa beria nak suruh dia lawa-lawa malam ni. Eh, bukan malam ni
aje. Malam-malam sebelum ni pun macam tu jugak. Asal ada kawan-kawan papa
dengan mama nak datang makan malam, mesti dialah yang kena bersiap paling vavavoommm.
Ni tak lain tak bukan, nak
menjodohkan dia dengan anak kenalan dia oranglah tu. Dia ni belum pun andartu
lagi tau, kenapa mama dengan papa sibuk-sibuk nak suruh dia cari pasangan?
Hello, umur dia baru dua puluh tiga tahun tau. DUA PULUH TIGA. 23 ! Baru aje habis degree. Belum terdetik lagi dekat hati ni nak cari pasangan hidup a.k.a suami. Ada faham ?!
Hello, umur dia baru dua puluh tiga tahun tau. DUA PULUH TIGA. 23 ! Baru aje habis degree. Belum terdetik lagi dekat hati ni nak cari pasangan hidup a.k.a suami. Ada faham ?!
“Adik, dah siap ke belum?” Suara
mama mematikan lamunannya.
“Tengah!” Jeritnya sambil
mengeluarkan maxi dress tadi dari plastik. Nampak sangat baru ambik dari dobi.
******
Amanda sedari tadi hanya diam
tanpa suara. Lagi best makan spaghetti ni dari melayan dia orang ni berbual.
“Amanda sekarang kerja dekat
mana?”
Terus saja dia angkat kepala dari
pinggan. Senyum pendek ditampal. “Café.”
“Café?” Nampak sangat makcik ni
terkejut dengan jawapannya. “Bukan ke…”
“Amanda cakap dia nak kerja
sambilan aje dekat situ.” Puan Nora lebih cepat mencelah. “Biasalah..
budak-budak, kan. Penat belajar tak habis lagilah tu.”
Makcik bertudung ungu tu menghela
nafas lega. “Betul jugak tu.. takkanlah nak simpan aje degree dari oversea tu,
kan.”
Amanda hanya menampal senyum
segaris. Padahal, dalam hati ni dah macam nak menjerit; tak puas hati punya
fasal. Apalah nak dibanggakan dengan degree dari oversea tu? Orang lain pun
belajar oversea jugak apa.
“Thaqif buat apa sekarang? Dah
mula kerja?” Encik Fuad pula memainkan peranan. Asyik pihak sana aje tanya
fasal anak dia, meh dia pulak nak tanya fasal anak pihak sana.
Jejaka berkemeja kotak-kotak itu
berdeham kecil. “Kerja dengan daddy.”
Amanda memandang ke atas. Eleh,
kerja dengan ayah pun nak berlagak!
“Ohh.. Amanda pun nanti nak kerja
dengan uncle jugak. Tapi itulah.. dia kata dah seronok kerja dekat café tu.”
Encik Fuad pura-pura ketawa. Sempat lagi dia menjeling Amanda yang buat muka
meluat tu.
“Buat apa nak kerja bawah
telunjuk orang lain?” Thaqif memandang Amanda dengan kening kiri terangkat. “Seronok
jadi kuli?”
Membulat mata Amanda mendengar
perkataan kuli tu. Ikutkan hati yang panas ni, memang dia nak baling aje
pinggan kaca ni buat ala-ala Frisbee dekat mamat ni. Sedap mulut aje mengata
aku depan-depan!
“Kita ni hidup kena pandang jugak
orang bawah. Jangan asyik nak menyombong pandang ke atas je.” Slumber Amanda
menjawab.
Amboii.. sedapnya mengata kerja dekat cafe ni jadi kuli. Ingat sikit ye, kalau takde pekerja cafe macam saya ni, awak-awak yang konon golongan kaya (yang tahu nak makan tempat mahal je) mesti takde tempat nak makan.
Plus, ingat senang ke nak kerja dekat cafe? Susah tau! Mana nak ingat order, mana nak ingat meja customer lagi.. banyak benda kena ingat. Tu belum masuk kalau terlambat hantar, tak fasal-fasal kena bambu dengan customer.
Amboii.. sedapnya mengata kerja dekat cafe ni jadi kuli. Ingat sikit ye, kalau takde pekerja cafe macam saya ni, awak-awak yang konon golongan kaya (yang tahu nak makan tempat mahal je) mesti takde tempat nak makan.
Plus, ingat senang ke nak kerja dekat cafe? Susah tau! Mana nak ingat order, mana nak ingat meja customer lagi.. banyak benda kena ingat. Tu belum masuk kalau terlambat hantar, tak fasal-fasal kena bambu dengan customer.
“Peluang dah ada depan mata, buat
apa nak sia-siakan.” Thaqif tak nak kalah.
Sudu dan garfu diletakkan di atas
pinggan. “Kita ni kalau nak berjaya, kenalah mula dari bawah. Kalau awal-awal
lagi dah mula dari atas, tu bukannya berusaha. Itu nama dia mengambil
kesempatan.”
“Tapi..”
“Amanda..” Suara Encik Fuad
mematikan terus niat Thaqif nak menyambung ayatnya. “Tolong ambikkan dessert.”
Amanda hanya mengangguk tanpa
suara. Lambat-lambat dia bangun dari duduknya. Sempat lagi dia menghadiahkan
satu jelingan tajam pada Thaqif.
“Mak Nah, papa tanya dessert dah
siap ke belum.” Dia duduk di atas kaunter.
“Haihh.. muka monyok aje ni.
Kenapa?”
Amanda mencebik. “Mamat tu kerek
betullah. Orang macam tu papa nak suruh kahwin dengan Amanda?”
“Apa pulak kali ni?” Mak Nah
layankan aje Amanda ni. Macamlah dia tak biasa dengar Amanda mengadu kalau tak
puas hati.
Kek coklat yang sudah siap
dipotong kecil itu disuap ke dalam mulut. “Show off betul mamat tu. Berlagak
gila.” Dia memandang ke atas. “Yang dia duk berlagak sangat tu harta bapak
dia.. bukannya harta dia.” Inilah yang Amanda tak suka kalau dengan orang kaya.
Asal kaya aje mesti nak berlagak. Eh.. tapi bukan semua orang kaya berlagak
tau!
“Alaa.. dia saje nak test Amanda
kut.” Ujar Mak Nah sambil menyusun piring di atas dulang. “Ni tak nak ke depan?”
Amanda geleng kepala. “Malaslah.”
“Nanti Mak Nah nak cakap apa pulak dengan Encik Fuad?”
“Cakap ajelah Amanda sakit perut.”
Dia turun dari kaunter. “Cakap ajelah apa-apa Mak Nah.” Dia terus keluar dari
ruang dapur.
“Nak pergi mana tu?” Mak Nah
pelik tengok Amanda yang dah keluar tu.
“Naik atas.” Jawabnya tanpa
menoleh. Nasib baiklah balkoni biliknya bersambung dengan tangga dari luar. Kalau tak, mampus nak menahan telinga dan menahan mata tengok Thaqif si mamat poyo tu.
Amanda ni, perangai dia memang sangat-sangat lain kalau nak dibandingkan dengan kakak-abang dia. Kalau kakak-abang dia dulu, berebut nak kerja di syarikat papa. Tapi dia? Nama aje graduate oversea tapi dia lagi suka kerja sendiri.
Dia nak berdikari. Sebab tu, dia bertegas nak kerja di cafe tu. Encik Fuad dengan Puan Nora memang dah habis ayat nak nasihat Amanda. Takpelah, Amanda pun dah janji satu hari nanti dia mesti kerja jugak dekat syarikat tu.
Agak-agak perangai Mr. X tu macam mana eh?
Amanda ni, perangai dia memang sangat-sangat lain kalau nak dibandingkan dengan kakak-abang dia. Kalau kakak-abang dia dulu, berebut nak kerja di syarikat papa. Tapi dia? Nama aje graduate oversea tapi dia lagi suka kerja sendiri.
Dia nak berdikari. Sebab tu, dia bertegas nak kerja di cafe tu. Encik Fuad dengan Puan Nora memang dah habis ayat nak nasihat Amanda. Takpelah, Amanda pun dah janji satu hari nanti dia mesti kerja jugak dekat syarikat tu.
Agak-agak perangai Mr. X tu macam mana eh?
******
Dia melangkah menghampiri bangku
di luar gelanggang. Botol air di atas bangku diambil. Dalam hati mengucap
syukur tatkala air menuruni tekak.
“Bro.. apahal kau malam ni macam
adik-adik je?”
Buuurrrr!! Dia yang tengah minum
air, terus tersembur. “Hantu betullah kau, Mir.”
Amir menarik sengih. “Manalah aku
tahu kau tengah minum air.” Tuala kecil yang diletakkan di atas beg diambil
lalu diseka pada dahi.
Ariq hanya menggeleng kepala. Nasib
baiklah tersembur air, kalau tersedak tadi? Tak ke perit segala tekak ni?
“Balik terus?”
“Baliklah.”
“Kan… aku dah kata dah. Malam ni
kau memang mode adik-adik.” Amir tak puas hati. Selama ni Ariq mana pernah nak
balik awal. Paling awal pun pukul 12.
“Taklah.” Kunci kereta dan dompet
diambil. “Aku nak kena balik rumah mak aku malam ni.”
“Kau apahal? Buang tebiat?” Ni
lagi satu buat Amir pelik; Mak Si Ariq ni duduk dekat Seremban. Dah kenapa
pulak Ariq nak ke Seremban malam-malam buta ni?
Ariq mengangkat bahu. “Dah aku
rindu kat mak aku.”
“Itulah.. suruh cari makwe,
taknak.” Amir sangkutkan tuala tadi ke bahu. “Liza, budak chartered firm
sebelah tu dah lama usyar kau.”
“Makwe dengan mak tu dua individu
yang lain.”
“Kalau ada makwe, takdelah kau
sunyi.” Amir taknak kalah. “Ada jugak yang nak menghiburkan hati kau.”
“Baiklah aku manja-manja dengan
mak aku sementara ada masa ni.” Jawapan Ariq ada makna tersirat. “Okeylah, aku
gerak dulu.”
“Teh tarik dululah, bro.” Azman
yang baru keluar dari gelanggang mencelah.
Ariq menggeleng. “Next time ah.” Tanpa
menunggu persetujuan yang lain, Ariq terus melangkah meninggalkan mereka.
“Apahal mamat tu?” Azman pelik.
Amir angkat bahu. “Dia kata dia
rindu mak dia.”
Azman hanya mengangguk tanpa
suara. Fahamlah dia dengan Ariq tu; mana boleh berenggang dengan mak dia. Kalau
boleh, Ariq tu nak berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur setiap hari.
Punyalah dia taknak tinggalkan mak dia.
“Anak manja dia tu.”
Azman menoleh, kemudian
menggelengkan kepalanya. “Jom ah, teh tarik satu round. Kau belanja.”
“Apahal aku pulak?”
“Eh? Semalam aku dah open table.
Takkanlah hari-hari aku je?”
Amir mengangkat bahu. “Siapa
suruh gaji kau banyak sangat.”
8 comments:
thank you cik writer=)
Bestnya! Tak sabar tunggu next chapter. :) -Liz
wahhhh best nyaaa...new one yang korang bincang dekat twitter ke?menarik ni
Ooo citer baru ye? Ai ingatkann sambungan haidar tu.. Gigih ai dok recall celah mana mai amanda ni... ;p
Oke, interesting intro as usualll.. Lookin frwd nnexttttt!! ;)
Mizz Acu
Awesomeee!! I want more please =D
mst Ariq ni Mr.X
yayy,..next plz =)
next please :)
Post a Comment