# 2~ Mr. X by Lilavee



"Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes. She has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she finds the book she wants. You see the weird chick sniffing the pages of an old book in a second hand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow."

 by Rosemarie Urquico


    Senyuman kecil tersungging di pinggir bibir bilamana dia membaca artikel itu dari news feed di facebook. entah siapa yang share dia pun tak tahu, tapi yang penting penglihatannya terhenti di situ bila terpandangkan part date a girl who read itu. Iphone di tangan di tutup dan pandangannya di angkat perlahan, merenung ke satu figura di sudut kaunter. 

     Si baju biru yang sedang khusyuk dengan buku di tangan.

     Si baju biru yang buat dia tega duduk di meja ini berjam-jam lamanya.

     Sejak tadi dia menunggu si manis itu mengangkat wajah dengan segaris senyuman yang mengikat hatinya dari kali pertama mereka bersua. tapi sayang, sejak sejam yang lalu, pemilik wajah itu masih khusyuk dengan bacaannya. Mungkin bilangan pelanggan yang agak kurang hari ini membuatkan dia mempunyai banyak masa untuk dihabiskan dengan bercinta bersama bukunya itu. Cintaku Luruh di Oxford. Dia menyebut dalam hati tajuk novel di tangan gadis itu.

    Dan cintaku mungkin juga sudah luruh di kafe ini. Di saat dan ketika ini.


    "Oit!"

    Suara beserta tepukan kuat di bahunya membuatkan dia tersentak. Terbang melayang segala apa yang ada dalam fikirannya. Figura si baju biru di tepi kaunter itu pun sudah terhalang dek makhluk berbadan raksasa di hadapannya ketika ini. Dani, makhluk perosak ketenteraman sejagat dah sampai.

   "Ayan ke mana dah kau Mad? Venus?"

   Ahmd Ibrhm mengangkat muka malas-malas. "Pluto sounds good." 

    "Woo.. woo..woo... jauh sangat tu bro. Apasal? bawak diri? patah seribu... hatiku.... gitu?" Dani mengasak soalan demi soalan. Siap berdendang lagu patah seribu lagi. dengar dek Shila Amzah maunya kena saman si Dani ni. Sumbang tak hengat! lawan dengan katak pisang pun agaknya katak tu lagi champion. Ahmd mengulum sengih. Nak gelak depan-depan khalayak macam ni karang ada je beterabur segala tulang kena tampar dengan tangan Dani yang besar pinggan tu ha! Dia dengan Dani dahla beza macam Hulk dengan Popeye!

    "Tak ada apalah bro. Saja, boring."

    "Boring kau kata?? Ha, ni lah dia contoh-contoh manusia yang patut kena perambat laju-laju. Pergi belajar oversea beria. Duduk sana sampai lima enam tahun tak balik-balik. Bila dah balik tak reti nak kerja. Eh, mad. Hang tau tak berapa banyak rakyat Malaysia ni dah bayar income tax nak tanggung hang belajaq kat sana tu bagi buleh gheja kat sini berjasa pada bangsa dan negara? Ni lah dia, orang p kursus BTN hang tidoq!"

     "Apa kena mengena BTN dengan aku tak kerja? Kau ni banyak sangat melalut ni Dani, tak cukup tido eh? Ke kau telan pil?" Ahmd membalas dengan ketawa jengkel. Dani kalau dah bukak syarahan mari-berbakti- kepada-negara dia, memang boleh berdarah telinga. Sejak kaki dia jejak je lantai KLIA bulan lepas, Dani dah mula bising suruh dia kerja sana sini. Dia punya sibuk mengalahkan umi dengan walid dekat kampung! Dia bukan sengaja tak mahu kerja. Cuma dia mahu ambil masa sedikit, mahu berehat sebentar selepas penat enam tahun bertungkus-lumus belajar di negara orang. Bukannya dia jenis tak reti nak kenang jasa orang macam yang Dani tu cakap. Lagipun.... dia ada misi penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Misi hati. Anak matanya di larikan sedikit mengerling ke arah tepi kaunter. Si baju biru itu sudah tiada lagi di situ. Dia mengeluh geram. Dani ni lah kan......................

    "Mana kau tau aku kat sini?"

    "Aku pegi umah kau tadi. Ops, maksud aku umah maklong kau. Kembar kau yang bagitau hari-hari kau port kat sini."

    Ahmad mengerutkan dahi. " Kembar? Sejak bila aku ada adik beradik lain ngek?" Kepala Dani ditunjal sedikit dengan hujung jari. Dari kecik dia dan Dani bersahabat takkanlah Si Dani ni tak tahu lagi yang dia anak tunggal. Dia nampak Dani tersengih panjang.

    "Alah, yang muka sama dengan kau tu. Sapa ntah nama dia. Tadi masa salam dia ada cakap tapi aku lupa. Arep kot? ke Anip? Eh? Entah. Heh." Dani menggaru belakang kepala yang tak gatal. Bahana banyak sangat makan semut. Selalu kalau minum ada semut dalam cawan Dani ni main belasah je. Bayangkan macam selasih katenye. Eeewww!

     "Kau ni ada masalah rabun kronik la. Celah mana entah muka sama." Setahu dia dekat rumah tu ada tiga orang sepupu lelaki. Azrif, Haziq dengan Ariq je. Siapa yang muka sama dengan dia? Macam tak ada pun? Ada-ada je si Dani ni nak mengarut. Entah apa yang dia nak menyemak kat sini pun Ahmd tak tahu. Dah tergendala misi dia hari ni. Ikut hati nak aje dia halau si Dani ni. Tapi karang kantoi pulak kan. Dani ni dahla spesies pak nujum pandai baca hati orang. Bahaya!

     "Ah, aku nampak sama sama lah! Ni kau duduk sini buat apa? Aku ingatkan kau tukar profession dari engineer jadi tukang masak tadi. Tu yang aku gigih datang sini nak merasa air tangan kau! Hahahahaha!" Dani ketawa besar. Sampai bergegar air dalam gelas di atas meja. Nasib tak pecah je. Sia-sia kena bayar ganti rugi. eh, tapi ok jugak eh? Kalau kena bayar ganti rugi, bermakna dia ada peluang nak berdepan dengan si baju biru tu. atau kalau lebih baik lagi kalau dia ada peluang hendak bercakap. Idea bernas dah mula menonjol dalam kepalanya. kalau dalam cerita kartun mungkin boleh keluar mentol menyala-nyala dengan bunyi *ting! kat atas kepala dia ni agaknya. Sedikit sebanyak dia berterima kasih atas kedatangan Dani si penyibuk ni.

     Ahmd mengerling lagi ke arah kaunter. Dia nampak si baju biru itu sedang mengambil bayaran dari pelanggan yang datang. Sesaat, dua saat, tiga saat. Gadis itu mengangkat pandang ke arah meja dia yang setentang dengan kaunter. Serentak dengan itu juga mereka bersabung pandang. Ahmd terasa jantungnya seperti di sambar petir. Terhenti seketika.

************************************************************

    "Pssst... akak.. your twelve o'clock. Sleeve biru, rambut spike."

    "Hah?" Amanda yang baru hendak menyambung bacaan Cintaku Luruh Di Oxford  yang baru suku di bacanya itu berpaling memandang Amani yang sedang tersengih-sengih di belakangnya.

    "Mata dia. menggugat jiwa raga kak."

     "Hish. apa ni. SPM pun tak dapat result lagi dah pandai nak gatal-gatal eh?" Amanda sudah bercekak pinggang memandang adiknya yang berumur 17 tahun itu. Saja dia seret Amani bekerja bersama dia di restoran milik Pak busunya ini. Biar dia tahu erti susah senang orang cari duit. Bukan senang-senang nak labur duit dekat shopping complex aje.

    "Alah akak ni. Orang cakap je. Dia tu hari-hari datang sini. Syok dekat akak agaknya." Selamba Amani menuturkan sambil ketawa kecil kerana dapat mengusik kakaknya.

    "Jangan nak merepek eh. Akak bagitau papa nanti suruh potong elaun bulanan awak."

    "Aaaaa! jangan-jangan. Akak ni, orang baru je kena potong bil. Mana nak cekau duit topup lepas ni kalau elaun kena potong. sobss... kasihanilah adindamu ini."

    "Tulaa... orang suruh belajar awak kerja chatting je. Padan muka. Akak lagi suka papa buat macamtu." Amanda menjelirkan lidah. Amani dilihatnya sudah mula menarik muncung panjang sedepa mengalahkan donal duck masa marah dekat anak-anak sedara dia yang tiga ekor tu.

    "Malas ah layan akak ni. Baik orang pegi lepak sendiri layan perasaan."

    "Jangan nak layan perasaan sangat! pegi kemas dapur tu. Busu potong gaji kang baru tau!" Amanda mengulum sengih sambil memerhatikan adiknya yang sudah mula merungut perlahan. Dia bukannya tak tahu adiknya yang seorang ni manja bukan main. Baru buat kerja sikit dah penat, tak larat. macam mana lah nak hidup sendiri nanti. Dia menggelengkan kepala perlahan.

     "Yelaaa. tak payah ugut-ugut. Orang buat kerja laaa. akak tu, jangan asyik leka baca novel je. Tersengih-sengih sorang-sorang macam orang senget je." Amani membalas kembali. "And one more......

     "Apa?"

     "Told you. Mat mata lawa tu memang syok kat akak ah. Dari tadi pandang akak tak berkelip-kelip." Selepas menuturkan, Amani terus berjalan laju-laju ke dapur meninggalkan dia terpinga-pinga sendirian di kaunter. Dia baru sahaja hendak mencari lelaki yang dimaksudkan oleh adiknya tadi. Tetapi seorang pelanggan pula datang untuk membuat bayaran. Amanda terus menumpukan perhatian pada pelanggannya itu. Ketika dia mengangkat pandangan untuk memberi bil dan memulangkan baki, entah macam mana, pandangannya bertembung dengan anak mata seseorang. Seseorang yang duduk betul-betul setentang dengan kaunter tempat dia berdiri ketika ini.

     Sepasang mata itu membuatkan Amanda terus beku di tempatnya.

***********************************************************


     "Jarang orang datang sini untuk duduk bercinta dengan buku."

      Dia yang sedang leka membaca terus mengangkat wajah pada satu suara yang selamba yaya je duduk dekat sebelah bangku dia ni beberapa minit tadi. Mula-mula tadi dia tak adalah nak kisah sangat, tapi bila tiba-tiba si rambut cacak ni bersuara terus dia rasa tak sedap hati. Patutkah dia bangun dan duduk tempat lain? Ish, Amy...apa ni. suka sangat sangka buruk orang tu cakap je. Jangan nak berlagak sangatlahh dekat tempat orang ni kan? Yang tegur awak ni pun sebangsa senegara pulak tu. Dan dek kerana rasa bersalah itu, bibirnya cuba mengukir senyuman pada dia yang entah siapa-siapa itu.

     "Alone?"

     "Nope."

     "Tunggu kawan?"

     Geleng.

    "Then?"

     Buku di tangan di angkat sedikit. Amanda nampak lelaki di hadapannya tersengih sambil menggelengkan kepala.

    "Kenapa?"

    "I like you." 

    Ayat itu dituturkan dengan satu pandangan redup yang membuatkan hati aku menjadi teduh sehingga hari ini. 

A day with Mr.X - Mac 2009, Trocadero ~ Paris

   Diari ditutup lalu dipeluk erat-erat.  4 tahun bukanlah suatu tempoh yang terlalu lama untuk buat dia lupa pada pemilik sepasang mata redup itu.


********************************************************
Eiffel, I'm In Love.~ 

Aiceh. =P

Selamat membaca kawan-kawan!! Sorry kalau tak menepati piawaian hati. 

Thanks for ur support towards The Awesome \(^^)/

Lila~ =)

11 comments:

Anonymous said...

errr.. Ahmd Ibrhm is a hero? or hero's frenz? hew3..
i hope that girl xtetukar ahmd ibrhm wif ariq..

nape ai rs cm ariq je heronye.. ;p

mizz acu

gerau said...

terima kasih penulis!

Anonymous said...

yg mne satu heronya...si ariq ke si ahmd ibrhm?sy ingtkn ariq yg jadi hero coz dlm bab 1 nama ariq je yg sy tau...so,cik writer tlg bg tau yg mne satu Mr.X ni?

Shamine Hanis said...

ahmd ibrhm?kenapa nama dia pulak yang muncul ni?haha pening dah nak fikir siapa MR.X ni....

Lila Vee said...

misz acu, anon, & shamine~ mari sama2 kita teka siapa mr.x tu ya ^^ kami penulis pun sama2 mencari siapa mr.x untuk amanda ;)

Anonymous said...

bila baca, teringatkan seseorang. Hahaha. Hlovate in my mind.

Writing style nampak agak sama. Hehehehe

Anonymous said...

alaaaa taknak ahmd ibrhim jadi hero... pls? tak baca betul betul pun yg ni sbb takde ariq. NAK ARIQ!!!!! hahaha

Lila Vee said...

hahahaha! siapa kata ahmad ibrahim hero?? He's not =P

Anonymous said...

sy rasa Mr.x msti ariq kan2?hehe...cik writer sy nk ariq jgk!

Anonymous said...

Bestnya akak. Waa. *jaw-dropped*

Anonymous said...

weeee~
suka! >_<
bagi orang lain jadi Mr. X lah..XD