3 : Mr. X by Qwerty



“Sai, kalau dia datang suruh dia balik,” sejurus selepas itu, terus kakinya dibawa laju menghala ke biliknya. Dang !

“Kenapa tu Sai?” Tanya Kak Lin pada Saida. Mata kedua-dua orang wanita itu masih terpaku pada pintu bilik bos kecik.

“Angin dia dah datang melawatlah tu kak,”

Kak Lin mengangguk. “Ni mesti sebab ex dia tu lagi,”

Saida diam tidak menjawab. Dah biasa.

*****

Tali leher dirungkaikan kasar. Rambut diramas kuat. Stress. Tak habis-habis buat masalah. Dah lepas tu dah lah. Apa yang nak terhegeh-hegeh lagi? Susah juga dengan perempuan yang tak faham bahasa ni.

Iphone di atas meja yang berbunyi dipandang sepi. Malas nak angkat. Kenal sangat dengan siapa yang call. Kalau dah nombor 346 dekat depan tak lain tak bukan perempuan tak faham bahasa tu jelah. Tengok ! Daripada tak hafal nombor perempuan tu tak pepasal dah terhafal. Haih, serabut.

Masuk tiga kali panggilan, that’s it ! “You ni tak faham bahasa ke sakit otak atau gila talak ni Elle?”

Sejurus itu, pintu bilik pejabatnya dibuka kasar. “Bie…………”

Dia mendengus kasar. Saida yang cuba memberi penjelasan disuruh keluar. “Stop Bie-ing, Bie-ing me Elya !”

Elle tergelak sinis. “Why not? You are my Baby after all, Mr Saiful Aniq ”

“Once !” Tegas dia menjawab.

“Not for me,”

“Elya please. Apa lagi you nak? We are over. O.V.E.R !”

Elle tergelak. Dihampiri Aniq yang sedang berdiri menghadap pemandangan luar. Lengan lelaki tersebut dipegang erat.

“Go away !” tepis Aniq kasar. Penat. Sungguh dia penat dengan perangai wanita disebelahnya ini. Sungguh tak tipu !

Elle tergelak kecil. “Amboi, sombongnya dia sekarang. Dulu bila I sentuh bukan main lebar you senyum. Now? Apa jadi?”

Aniq mengetap bibir kuat. “Elya Suzanna listen. Listen listen listen here. Dulu lain. Sekarang lain. Dulu I suami you, you isteri I. Dulu kita dapat pahala bila pegang satu sama lain. Tapi sekarang dah berubah. Sekarang kita dapat dosa as we are no longer a husband and wife. Faham?”

“But I love you,”

Aniq tergelak kuat. Cinta? “Yeahh you are. That’s why you kita cerai,”

Elle terdiam mendengar sindiran Aniq.

“Please Elle. Please kesiankan I. I dah penat nak layan semua ni. Please just gimme my life back,” ujar Aniq memandang terus ke dalam mata Elle. Mengharapkan pengertian dari bekas isterinya.

Elle pantas melarikan pandangan dan berjalan ke arah pintu pejabat Aniq. “I’m sorry Bie, I’m afraid I can’t. I want you back,”

“Mudahnya you cakap,” ujar Aniq geram.

“I balik dulu. I'll call you later,”

“Tak per…” Belum pun Aniq habis bercakap, pintu sudah ditutup rapat oleh Elle. 

Rambut diramas kuat. Lengan baju dilipat sampai ke siku. pantas Iphone di atas meja dicapai dan Aniq berlalu keluar daripada pejabatnya.

"Sai, saya free kan harini?" tanya Aniq dengan senyuman tak berapa nak ikhlas. Nak tak nak, kena senyum. takkan sebab seorang, orang lain semua nak dijadikan mangsa. Ye tak? 

"Yup Encik Aniq," jawab Saida dengan senyuman ikhlas. 

Aniq mengangguk. "Okay thanks," 

Saida menghantar pemergian bos keciknya dengan pandangan simpati. Sayang, orangnya kacak, baik. Tapi tak berapa nak berjaya dalam percintaan. Makanya, pengajaran di sini, jangan disangka orang yang kacak, baik, kaya semua semua tu bernasib baik sentiasa ye. Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. =)

*****

Dup ! Jantung terasa berdegup laju. Terpandangkan Mr. X yang sedang elok menikmati minuman dengan gayanya yang maskulin membuatkan Amanda tak tentu arah. Nak pandang takut, tak pandang rugi ! Memang rezeki agaknya nak berjumpa dengan Mr. X ni. Nasib baik dia tergerak hati nak berjumpa dengan kawannya, Laila yang bekerja di kafe ni. Kafe yang selalu menjadi persinggahan Mr. X.

Sebenarnya, dah seminggu Mr. X tak muncul di kafe ni. Itu pasal Amanda jadi tak keruan seminggu. Rinduuu. Ewahh.

"Hello missy," tegur Laila dengan cubitan manja di bahu Amanda. 

Amanda mendesis sakit. "Turun hantaran aku, siap kau !"

"Eleh, dia yang duk berangan. Pandang orang macam nak telan. Orang suruh approach dulu tak nak." Amanda mencebik. Parah dah si Amanda ni. Kalau dulu masa pertama kali berjumpa dengan Mr. X, ye Laila percaya yang Amanda hanya admiring him. Tapi bila dah dekat setengah tahun Amanda masih duk tertunggu-tunggu, terkenang-kenang, sah itulah cinta.

Amanda tayang sengih. Nak approach dulu? Hoih, ketaq lutut weyhh. Lagi-lagi bila Mr. X ni semacam dah lupakan dirinya. Masa kat Paris dulu adalah bertegur sapa dua tiga kali. Dan percayalah, dua tiga kali tu tak bawa ke mana pun. Buktinya, lepas dua tiga kali bertukar senyuman, terus tak ada bertegur sapa dah. Dia jelah yang duk perhati dari jauh. Tambahan pula, Mr. X ni senior. Lagilahhhhhh..

"Parah dah kau ni," rungut Laila di telinga Amanda.

Amanda lantas tertawa kecil.

"Kesiannya akuuuuu," tambah Laila lagi. Buat malu je bercakap sorang-sorang. Huh.

"Alaaa, kau ni, bukan selalu aku dapat peluang macam ni. Lagi kesian dekat aku tau. Mampu tengok dari jauh je," balas Amanda lantas menjuihkan bibir. Gaya sedih sangatlah kononnya.

"Itulah kau, aku suruh approach dulu tak mahu. Memanglah malu, tapi daripada kau duk terintai-intai macam perempuan desperate, baiklah kau terus pergi perkenalkan diri. Kalau kau tak mulakan, macam mana nak berkembang? Nak harapkan dia? Dia perasan kau pun tidak,"

Saranan Laila bagaikan angin lalu di telinga Amanda. Perkataan 'perempuan desperate' lebih menarik perhatiannya. "Kuassam kau Laila ! Perempuan desperate kau kata aku?!"

Dan Laila tertawa besar melihat muka tak puas hati Amanda.


*****


         Jan 12, 2010

    "If you have a crush on someone for more than 4 months, you are already in love"

                It's been 10 months now. L.O.V.E ???! O.o


******************************************************************

FINALLY. Nah ! Haha. Maaf. Skill berkarat. Tak cukup tenaga dan masa nak asah. Terima apa adanya eh? =D

8 comments:

Unknown said...

mmg best sngt....nk gggggggg dek..

Anonymous said...

kak,aniq and ariq org yg berbeza ke?dari bab 1 sy bace xde pom nama aniq...ariq adalah...ni mr.x lain pulak ke?confused sy...blh terangkn kak...

bulanhijau said...

Ha ah aniq and ariq adalah two different people. Aniq ni kemungkinan MrX yang Amanda cari.

So stay tuned ;D

nursyafika said...

Wohoooooooo best giler! Xsabar nk tgu next n3~

Shamine Hanis said...

hahaha listen listen listen pun ada jugak?haha tapi memang best lah..okay this is such a confusion cerita pasal siapalah Mr.X tu kan.haish

Anonymous said...

hik. now now, sila bertenang duhai diri. rasa macam nak masuk scene, nak tahu siapa mr X si jejaka misteri. ;)

Anonymous said...

"If you have a crush on someone for more than 4 months, you are already in love"
Really? Mine nearly four-five gitu la. But I'm such a pathetic la. Macam Amanda la, hanya mampu tengok dari jauh je. And that ayat 'nak pandang takut, tak pandang rugi' tu memang best, haha. Like this entry. :)

nazira azwa said...

alahai siapala mr. x yg amanda cr..mmg Aniq n ke..