4: Mr X by Nirrosette


“So, bila nak mula kerja dengan papa?”
Amanda tunduk menekur pinggan. Gerak tangannya yang tadi lincah menyapu mentega di atas pancakes yang masih panas tiba-tba terganggu. Entah kenapa mendengar pertanyaan papa, Amanda rasa gelisah. Oh tidak. Don’t tell me my time is up!

“Kata sekejap je. Sekarang dah nak masuk enam bulan kerja kat sana. Bila nak kerja dengan papa?” Giliran Puan Nora pula menyoal. Sejujurnya dia tidak begitu menyukai keputusan Amanda untuk bekerja di kafe tersebut. Kalau Amani tak apa jugak. Baru lepasan SPM. Lain lah. Ni Amanda. Dah dapat degree dah pun. Kut ye pun cari lah kerja yang bayaran setimpal dengan ijazah yang ada di genggaman. Ni tidak. Gaji pun ciput je. Might as well tak payah kerja kan.

“Adik selesa kerja kat situ.” Ringkas sahaja Amanda menyahut. Lagi lagi adik, adik. Padahal dah ada sorang lagi adik perempuan pun masih lagi nak bahasakan diri sebagai ‘adik’. Sah-sah Amanda ni in denial. Yelah...nak buat macammana, Amanda ada dua orang kakak dan seorang abang. Beza umur semuanya dekat-dekat. Tapi dengan Amani, masuk enam tahun kut. Jauh tuh. Dah biasa jadi anak bongsu, tup-tup ada sorang lagi adik pulak. Mana tak haru.

“Mama tak faham lah kenapa korang dua beradik suka sangat kerja kat situ. Bukannya busu bayar gaji korang besar mana pun.” Rungut Puan Nora tidak puas hati.

“Ini bukan soal gaji, ma.” Lekas-lekas Amanda menyangkal. Bukan sebab duit. Bukan sebab wang ringgit. Amanda tak hadap sangat gaji besar. Prinsip Amanda, do what you love and enjoy what you’re doing.

Amanda tak nak jadi macam papa. Menghadap paper work, proposal, macam-macam projek nak kena handle, lepastuh stres sampai botak. Okey tipu. Papa takde la botak mana. Masih segak hensem bergaya lagi. Tapi Amanda tahu, kerja papa tak mudah. But then again, memang lah tak ada satu pun pekerjaan dalam dunia yang senang. Cuma...entahlah. Amanda betul-betul belum bersedia. Dalam masa enam bulan bekerja, tidak dapat tidak, Amanda dah jatuh cinta dengan kafe milik pakciknya itu.

“How much time do you need?”

Soalan Encik Fuad membuatkan Amanda mengetap bibir kuat. Kalau aku jawab forever, agak-agak papa bagi pelempang tak?

“A year?” Kecil suara Amanda menyoal.

“A year??” Sedikit terjerit, Encik Fuad menyoal kembali. Dia merenung wajah anak gadisnya lama. “No.” Geleng Encik Fuad tidak bersetuju. Melampau betul. Sebenarnya dia beri Amanda kerja sambilan tiga bulan je, lepastu selamba badak Amanda minta extend enam bulan, lepastu sekarang nak setahun pulak? 

“No.” Sekali lagi Encik Fuad mengulang, tegas. Dia mengangkat wajah, memandang wajah anak gadisnya itu tajam. “Papa bagi sebulan.”

“WHAT?!” Rahang Amanda dah jatuh ke lantai. Gila ke?! “Mana boleh!”

“Ok. Seminggu, then.”

“PAPA!!!!!!” Suara Amanda dah naik beroktaf-oktaf tinggi.

“Oh? Seminggu lama sangat? Papa boleh cut down lagi...”

“OK PA SEMINGGU SEMINGGU SEMINGGU.” Amanda lekas-lekas bersetuju. Faham sangat kalau Encik Fuad berikan option lagi, Amanda terpaksa ikut. Bukan Amanda tak tahu, papa memang selalu gunakan trick ni – the more you protest, the situation gets even worse.

“Apa ni pagi-pagi dah bising?” Tegur Amani yang baru sahaja turun ke ruang makan. Dari tingkat atas lagi dia dah dapat dengar suara Amanda yang tinggi. “Depan rezeki tak boleh bertekak tau.” Chey, macam paham je Amani bagi tazkirah. Padahal tu pesanan Mak Nah yang dah melekat dalam kepala Amani sebab dulu dia selalu je bergaduh dengan abang waktu makan sebab berebutkan ayam drumstick.

Amanda menoleh pada adiknya yang sudah menarik kerusi untuk melabuh duduk di sebelahnya. Menyedari wajah Amanda yang masam kelat, Amani sudah dapat mengagak pasti ada sesuatu yang tak kena.

“Kenapa ni?”

Amanda tak sempat buka mulut untuk menjawab sebab Enck Fuad terlebih dahulu sudah memotong. “Tell your uncle you’re quiting next week.” Tegas Encik Fuad menuturkan. Dia menghirup kopi pekatnya sebelum bangun, ingin beredar ke pejabat.

Amani yang baru hendak mencapai roti bakar terkaku sejenak. Terkejut mendengar kata-kata Encik Fuad. Lambat-lambat dia menoleh, memandang Amanda dengan dahi berkerut. Whot on earth just happened?

***

“Sorry.” Sepatah sahaja Amanda menuturkan. Dia mengetap bibir. Cuba menahan airmatanya dari tumpah di situ. Tapi nak buat macammana, kan? Papa dah banyak bagi Amanda muka bila Amanda berlengah-lengah dulu. Dah tiba masanya untuk Amanda pergi, kan?

“Tak apalah. Busu tau lambat-lambat Amanda kena berhenti jugak.” Busu bersuara perlahan, cuba memujuk anak saudaranya itu. Walaupun dia harus menanggung kerugian kerana terpaksa melepaskan seorang pekerjanya yang cekap pergi, dia memang sedar tempat Amanda bukan di kafe kecilnya ini.

“I’m gonna miss this place.” Ujar Amanda lagi. Pandangannya dihalakan ke segenap ruang kafe yang bertemakan dekorasi ala-ala English Country.

“Kafe ini sentiasa terbuka untuk Amanda. Kalau nak makan tengahari ke, makan malam ke, boleh lah datang sini. Lagipun, Amani masih kerja kat sini kan. Rajin-rajinkanlah diri singgah.”

 Amanda menganggukkan kepalanya, mengerti. Terasa berat hatinya ingin melangkah. Pejam celik, pejam celik, cepat sahaja masa seminggu berlalu. Shif Amanda untuk petang ini sudah pun berakhir. Memandangkan esok Amanda perlu melaporkan diri di tempat kerja baru, busu tak benarkan Amanda buat closing. 

Sebenarnya, dia tak izinkan Amanda berkeja hari ini pun memandangkan gadis itu perlu berehat sebelum bermula kerja di tempat yang baharu. Tapi Amanda berkeras jugak, jadi busu tak sampai hati nak halang. Dengan syarat, Amanda buat opening sahaja. Closing biar busu yang handle.

“Amanda balik dulu.” Pamit Amanda sebelum mencapai tangan pakciknya itu lalu dicium penuh hormat. Dia mengerling sekilas ke arah Amani yang sedang sibuk melayan pelanggan. Tak mahu menganggu, Amanda pun melangkah keluar dari kafe itu.

It’s time to prepare for a new world, perhaps.

***

Amanda membetulkan pakaian yang membalut tubuhnya. Dah berzaman Amanda tak pakai pakaian formal ok. Selama ni kerja di kafe Amanda santai je pakai tshirt dengan jeans. Puan Nora bising tengok Amanda pakai pakaian macam tuh tapi Amanda buat pekak je. Takkan nak dress up kot, Amanda setakat kerja jadi barista je. Tapi hari ni, terpaksa gedik pakai blaus merah jambu dengan high waist skirt warna hitam.

Amanda melangkah masuk ke dalam lif lalu menekan butang sembilan seperti yang diberitahu Encik Fuad pagi tadi. Papa pun satu. First day Amanda masuk kerja, hari tu jugak la yang dia ada meeting di tempat lain. Terpaksa Amanda datang seorang diri. Tapi tak apa la. Amanda memang dah biasa berdikari, kan?

Pintu yang sudah tertutup rapat tiba-tiba terbuka kembali apabila seseorang melangkah masuk ke dalam. Semerbak harum bau cologne jenama Abercombie & Fitch menyerbu rongga hidung Amanda membuatkan Amanda terasa sesak nafas. Amanda tertunduk, merenung kasut platform merah yang tersarung di kakinya. Haruman ini mengingatkan Amanda pada seseorang. Seseorang yang Amanda cuba lupakan. Seseorang yang Amanda cuba hindarkan.

“i’m in the lift now, I’ll call you back.” Kedengaran suara lelaki itu menuturkan sebelum mematikan talian. Dia berdiri membelakangkan Amanda. Tangannya dipanjangkan, ingin menekan punat lif untuk ke destinasi. Dahinya berkerut apabila melihat nombor sembilan sudah pun ditekan. Eh? Spontan dia menoleh ke belakang, cuba mengecam wajah gadis yang sedang berdiri di sudut kiri lif tersebut.

Menyedari ada sepasang mata sedang merenungnya, Amanda mengangkat wajah. Rahang Amanda hampir-hampir sahaja jatuh ke lantai. Dia menelan liur berkali-kali. “A...awak?” Sedikit tergagap Amanda menyoal.

Lelaki itu mengangkat sebelah kening. Memandang Amanda tanpa perasaan. “Do I know you?”


*****

MAAF LATE UPDATE. HOPE YOU GUYS ENJOY THIS. 
AHMD, SELAMAT MENYAMBUNG. WEEEWEEET~

XOXO
NIRR

5 comments:

Unknown said...

CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.

Anonymous said...

cpt la smbng...sy xbrape fhm sngt cter ni...mrX tu...ariq or aniq cik writer?byk sngt wtk lelaki dlm cter ni...huhuhu..

nazira azwa said...

sambung2..xsbr nk th Amanda dh jumpa ke dgn Mr.X 2..

Sape ye sbnrnya Mr.X 2, Aniq ke Ariq???

gerau said...

waa... pendeknya.. T_T anyway thanks!=)

Anonymous said...

aahh.. eksen la Mr X nih.. hihihihi

tapi bagus yer xgataii..

yeayy.. ada hikmahnya amanda tukar tmpt keje yer :)

~acu~