Pengumuman!

Assalamualaikum & hye readers!

CERITA Forbidden Love (FL) di 'hold' untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.
meanwhile, enjoy pencarian Mr.X dulu ya!

Tq.
Admin

5 : Mr. X by Bulanhijau HAHA


Dia menghempaskan badan ke atas katil. Mata dipejam rapat-rapat. Penat. Penat gila. Barulah dia tahu macam mana penatnya kerja pejabat.

Dulu masa jadi barista pun penat jugak tapi takde lah penat macam ni sekali. At least masa jadi barista, masa takde customer bolehlah dia mengelat baca novel. Tapi tadi bukan nak kata baca novel, nak angkat kepala daripada laptop pun tak mampu. Kerja banyak gila, okay!

Okay, berbalik kepada cerita kerja tadi. Tahu tak, mamat bos tu sangat kejam? Dah lah hari ni hari pertama aku masuk kerja, boleh pulak dia bagi aku kerja gedebuk menimbun macam tu! Kot iye pun, bagilah aku chance nak warm-up dulu ke apa.

Programmer sebelum ni pun satu hal, documentation buat sambil lewa. Buat asal siap je. Lepas tu, aku jugak yang parah nak memahamkan kenapa program kau tak function. Apa dulu kat kolej tak belajar planning ke ha!

“Amanda..” Suara mama berselang-seli dengan ketukan di muka pintu.

Amanda hanya buat tak tahu. Serius, dia tak larat nak buat apa pun. Nak menyahut panggilan mama pun suara ni macam tak nak keluar. Parah betul kau ni, Amanda!

“Amanda.. nanti lepas mandi turun kejap, eyh. Mama dengan papa ada nak cakap sikit.”

Bantal golek di kepala katil ditarik menutup muka. Nak cakap apa lagi niiii? Tak boleh ke tunggu esok-esok? Kenapa mesti nak cakap malam ni jugak?

“Amanda, dengar tak ni?”

“Haa.. dengar-dengar.” Nak-tak nak dia sahut jugak. Kang tak fasal-fasal jadi anak derhaka pulak ha.

Bantal golek dialihkan daripada muka. Dia cuba mengamati kalau-kalau mama ada cakap apa-apa lagi ke. Okay, takde. Dia meniarap dengan beralaskan bantal golek di bawah dagu.

Kenapa masa dalam lift, mamat tu buat-buat tak kenal aku? Dia dah tak ingat ke aku ni siapa? Ke dia memang tak pernah ambik tahu pun aku ni siapa? Hmm..

Aku je lah yang syok sendiri ni kiranya? Amanda, Amanda... sedar lah diri tu siapa. Kau tu cuma programmer biasa je. Mamat tu sah-sah la dah senior, okay. Tak ke macam langit dengan bumi tu? Lagi satu, macamlah dia heran sangat dengan budak kecik macam kau ni?

Haaaaa.. sedihlah macam ni. Muka disembamkan pada bantal golek. Nak nangis, nak nangis!! Muka diangkat sedikit dari bantal, mata dipincingkan memandang jam digital dekat dinding. Dah pukul 7? Cepatnya masa berjalan.

Malas-malas dia bangun dari baringnya. Kini dia dalam posisi bersila di atas katil. Serius, dia tak larat nak buat apa pun masa ni. Ikut hati nak aje dia bantai tidur. Tapi takkanlah nak tidur dalam keadaan berlengas macam ni, kan?

“Kakaaaaaaaakkk..” Suara nyaring Amani menyedarkan dia dari lamunan. “Kak Amanda...!!”

“Hah, nak apa!” Haa.. mulalah dia nak mengamuk ni. Tengah penat macam ni, janganlah sibuk kacau!

“Nak masuk kejap boleh?” Perlahan aje suara Amani.

“Kakak nak mandi ni. Kenapa?” Dia masih duduk bersila di atas katil. Langsung tak bergerak.

“Alaaa... kejap je.”

Amanda memandang ke atas. “Haa.. masuklah, masuklah.”

Klik! Pintu bilik ditolak dari luar. “Kakaaaaaakkk..” Amani terus melompat naik ke atas katil.

Amanda hanya mencebik. Ni apahal tetiba nak manja-manja ni?

“Guess what?”

“What?” Aku tengah penat-penat ni, ada hati nak main teka-teki pulak.

Amani menjulingkan matanya. Bengkek apabila Amanda tak layan. “Cuba la teka apa jadi kat cafe hari ni.”

“Malas nak fikir.”

“Alaaaa.. kakak!”

“Kakak penat ni, Amani.” Sungguhlah dia rasa macam nak cepuk aje budak Amani ni tau. Tak ke obvious muka dia yang tengah penat gila ni?

Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh. “Kakak ni tak sporting langsung la.” Haa.. mulalah tu nak merajuk.

“Kalau nak cakap, cakap ajelah. Kalau tak nak cakap, kakak nak pergi mandi ni.” Amanda dah bangun daripada duduknya. Kaki sudah melunjur pada birai katil.

“Okeylah, okey..” Amani menggumam geram. “Kakak ingat lagi tak, mamat mata lawa yang pernah datang cafe dulu tu?”

“Memang mata lawa tu sorang je, Amani.”

“Eeee.. kakak ni, cubalah ingat betul-betul.” Amani dah rasa macam nak cekik aje kakak kesayangan ni ha. “Dia ada datang dua minggu sebelum kakak berhenti kerja.”

“Kenapa dengan dia?” Konon-konon macam dah ingat la muka mamat tu, kan.

Amani tarik sengih. “Dia tanya fasal kakak tadi.” Amani dah main tepuk-tepuk tangan. Excited betul budak sorang ni.

Berkerut kening Amanda mendengar jawapan Amani tadi. “Kenapa dia tanya fasal kakak?”

Amani angkat bahu. “Dia kata cappucino yang dia minum hari ni, rasa dia tak sama macam hari tu.”

“Eleh...” Amanda memandang ke atas. Macamlah nak bancuh cappucino tu pakai ramuan khas. Semua instruction nak bancuh air dah tampal dekat dinding, okey. Barista ni tinggal nak ikut je setiap step. “Entah-entah dia nak mengurat Amani, tak?”

“Tak lah!” Membulat mata Amani memang Amanda. “Muka dia macam frust gila je masa Amani cakap kakak dah berhenti kerja.”

Amanda angkat bahu. “Hmm.. nak buat macam mana, kakak ni barista paling comel dalam dunia kan.” Amanda turun daripada katil. Dia melangkah ke bilik mandi.

“Kakak, Amani tak habis cerita lagi ni.”

Tangan kiri menarik tuala di penyidai. Tuala disangkut pada bahu sebelah kiri. “Nantilah sambung. Kakak nak mandi kejap. Dah nak Maghrib.” Selesai menghabiskan ayatnya, Amanda terus masuk ke dalam bilik mandi. Dalam kepala sibuk fikir, siapalah gerangan pemilik mata-cantik yang Amani katakan tadi.

******

“Malam ni apa program?”

Ariq yang tengah makan nasi lemak, mengangkat kepala. “Aku nak lepak depan tv je.”

Amir mencebik. “Kau ni hidup tak macam orang bujang.”

“Ada aku kisah?” Ariq buat tak layan. Bujang tak bujang, kalau dah penat tu penat jugak.

“Ehhh.. aku dengar cerita department korang ada budak baru eh? Cun?” Amir dah keluar perangai buaya jadian.

Aniq yang tengah makan bakso, buat-buat macam tak dengar. Dia memang faham sangat dengan perangai Amir yang pantang-nampak-perempuan-lawa tu.

Ariq angkat bahu. “Tapi muka budak tu macam familiar ah, weh.” Ariq pandang Aniq. “Kau tak rasa macam tu ke?”

“Entah.” Aniq angkat bahu. “Aku macam first time nampak muka dia.”

Tangan kiri mula menggendang meja. “Hah!” Aniq petik jari. “Muka dia sebijik macam junior kita masa dekat Caltech dulu.”

“Tak ingat.”

“Korang cakap fasal siapa ni?” Amir dah bengkek. “Junior kita yang mana?”

“Budak baru tu la.” Ariq menyuap nasi ke dalam mulut. Dua-tiga kali kunyah, terus telan. “Dia junior masa kita final year dulu. Kau tak ingat ke?” Dia pandang lagi muka Aniq.

Aniq angkat bahu. “Tak.” Rasanya pagi tadi memang dia dengan budak tu ada bertembung pun dalam lift tapi tak pulak dia cam muka budak baru tu.

“Alaaaa.. dia satu geng yang selalu ikut trip tu. Takkan kau tak ingat?” Ariq dah rasa macam nak tekup aje pinggan nasi lemak ni dekat muka Aniq.

“Dia tengah hangat berchenta duluuuu..” Amir menyampuk tiba-tiba. “Mana nak nampak budak lain dah.”

Aniq memandang ke atas. “Banyaklah kau punya berchenta.” Nak aje dia simbah Si Amir ni dengan kuah bakso.

“Eleh, kalau boleh jam-jam tu jugak nak kahwin.” Giat Amir lagi. Suka betul dia tengok muka Aniq yang dah merah-merah tu.

“Dia satu coach dengan kita masa pergi Paris. Takkan kau tak ingat?” Ariq still tak puas hati.

“Tak.”

“Weh, Ariq!” Amir berdeham kecil. “Kau cakap dengan dia nak buat apa. Cuba cakap dengan aku. Aku ni kalau bab-bab perempuan jelita, memang aku ingat.” Dia angkat-angkat kening.

“Alaaa..” Belakang kepala digaru. “Aku nak cerita macam mana pun tak tau ni.” Almaklumlah, dia tengok muka budak baru tadi pun sekali imbas je.

“Dia ni geng-geng Fifa cun tu ke?”

“Bukaaann..” Laju aje Ariq menjawab. “Fifa tu anak orang kaya yang spoil je.”

“Ada lagi ke budak cun selain geng Fifa?” Amir dah pelik. Rasanya masa tahun akhir dulu, geng Fifa la junior paling hot stuff sekali.

“Budak tu la!”

“Siapa?”

“Aku tak tau la nama dia.”

“Amy.” Suara garau Aniq mematikan perbualan di antara Ariq dan Amir.

“Hah?” Serentak Ariq dan Amir bersuara.

Aniq berdeham perlahan. “Nama dia Amy.” Mangkuk bakso ditolak ke depan sedikit, tanda dia dah habis makan.

“Kau kata kau tak ingat muka dia?” Ariq dah pelik.

Aniq angkat bahu. “Dia kerja dengan aku, kan.”

“Dia la yang ganti mat gian tu?” Tanya Amir pulak.

“Ha ah.”

“Yang dia orang bising-bising fasal kau kerah budak baru tu tadi, betul lah?” Ariq bertambah pelik.

“Kut la.” Dia angkat bahu lagi.

“Siapa nama budak tu.” Amir dah pegang Samsung Galaxy Note dengan tangan kiri. “Meh aku nak cari dekat Facebook.”

“Tak ingat.” Selamba je Aniq jawab.

“Habis yang Amy tadi tu, apa?” Kening Ariq dah berlapis-lapis pandang Aniq. “Nama dia bukan Amy ke?”

Aniq menarik senyum segaris. “Aku nampak dekat sling bag dia, ada nametag Amy.”

“Kiranya kau ingatlah dia tu junior kita?”

“Tak.”

“Yang kau cakap tadi tu?”

Aniq angkat bahu. “Aku cakap fasal nama budak baru tu.”

“Terang-terang dia kerja dengan kau, takkan nama dia pun kau tak tau?” Berkerut dahi Amir pandang Aniq. “Bos apa kau ni?”

“Aku masuk rumah minggu depan tau.” Aniq terus tukar topik. Dia minum sedikit air limau ais yang masih berbaki separuh tu.

“Kes kau hari tu dah settle ke?” Ariq tau, Aniq faham apa yang dia maksudkan.

Tapak tangan dibawa meraup muka. “Tunggu Elya decide bila nak settle dekat mahkamah.” Satu keluhan berat dihela. “Aku rasa dia tu ada masalah mental lah.”

Amir dan Ariq, masing-masing hanya diam. Tak berani nak masuk campur kes rumah tangga orang. Tapi dia orang pelik jugak apahal la Elya tu payah sangat nak decide bila nak settle dekat mahkamah. Bukan ke Elya yang buat perangai?

Alkisahnya macam ni.. Aniq dengan Elya tu kahwin atas nama cinta. Tapi apabila dah setahun kahwin, Elya tu mula buat perangai. Elya cakap dia dah tak sayangkan Aniq, boleh kata selalu jugak dia timbulkan isu fasal cerai ni.

Tapi nak buat macam mana, Aniq ni memang sumpah sayang gila kat Elya tu ha. Sampailah satu tahap, Elya kantoi dengan Aniq. Dengan mata-kepala Aniq sendiri, dia nampak Elya dengan sorang mamat ni berbungkus dalam comforter.

Masa tu, memang hati Aniq tak payah cakaplah. Hancur lebur. Orang yang dia sayang, orang yang dia cinta tetiba curang dengan orang lain. Hati lelaki mana yang tak sakit, babe.

“Rumah korang tu apa cerita?” Suara Amir memecah sunyi.

Aniq angkat bahu. “Ikut suka dia la nak buat apa. Aku malas nak ambik tahu.” Elya buat hal dalam rumah sendiri, kut. Gila ke apa dia nak duduk situ lagi. Boleh jalan la!

“Eh, budak baru tu single lagi tak?”

Ariq rasa macam nak hentak je kepala Amir ni pakai pinggan nasi lemak yang dah kosong ni. “Kau apahal gatal sangat ni?”

“Alaaa.. sekali-sekala.”

“Budak infra takde yang cun ke? Sampai sibuk cari dekat department lain?”

“Infra mana ada perempuan, ngek!” Ringan aje tangan ni nak campak bekas tisu.

“Yang korang dua memekak fasal budak baru tu apahal? Macamlah dia boleh dengar pun.” Aniq mencelah tiba-tiba.

“Yang kau tak puas hati ni, apahal?” Ariq pandang Aniq.

Aniq angkat bahu. “Aku kan bos paling awesome dalam dunia, mestilah aku nak protect anak-anak buah aku.”

Ariq mencebik. “Awesome kepala diaa..” Gumam Ariq perlahan. “Kalau kau awesome, aku ni lagilah super-super-to-the-max punya awesome.” Ariq tak nak kalah.

“Eh, korang ni.” Amir mencelah. “Yang gaduh-gaduh ni apahal? Kita ni dah besar kut, buatlah cara orang besar.” Dia berdeham perlahan. “Kita tengok ajelah budak baru tu terjatuh hati dekat siapa.” Dia angkat-angkat kening.

Ariq mencebik. Teh ais yang masih berbaki separuh tu diteguk sampai habis. Dia memang pantang kena cabar! Aniq hanya buat tak tahu. Budak dua orang ni tak tahu lagi macam mana rasa hati ni kena pijak-pijak.




******************************************************************
sorry la ye, lambat update. kami-kami sangat sibuk sejak kebelakangan ni.

Dengan gembira dan suka hatinya, saya pass baton to Lila Vee *kening kening*

5 comments:

Anonymous said...

sape mr.x sbnarnya ni?aniq or ariq?jeng2...hehe...curious sy...cik2 writer cpt smbng...

mizz acu said...

Err.. Ai koonpius ni..
Hr tu ingatt ariq ni heroo.. Rupanya si Aniq ni yg Mr X tu yeee

Qwerty said...

eh eh acu, tak confirm lagi tauu Aniq tu mr.x.. kot2 lah lila buat muncul watak baru? Jom kita pengsan sama2 kalau betul ada watak baru sbb ai pun dah confused. kehkehkehh

Shamine Hanis said...

I am sooooo connfuse..who is who actually...tapi seriously best..heee can't wait

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/