"Encik.."
Pantas dia berpusing. " yup?" keningnya dijungkitkan sedikit tanda bertanya.
"Cuba tengok ni." tabir yang memisahkan dua bahagian bilik persalinan tempat dia sedang berdiri ketika itu ditarik.
Dan.
Dia terus beku.
***************************************************************
Ariq melipat lengan kemeja merah jambu yang sedang dipakainya ketika itu perlahan sambil kepalanya dijenguk-jengukkan ke arah bilik berpintu kayu yang masih tertutup rapat di hujung kubikel trmpat dia berdiri ketika itu.ek eleh Aniq ni apakenama lama gila bincang dengan Tan Sri ni? projek juta2 lemon gamaknya. tapi tadi dia jugak yang beria-ia mengajak lunch. dah penat-penat Ariq menapak ke department ni dia pulak tak ada. poorah.
ariq- kau gerak dulu.
Kan dah kataaa. Aniq ni kalau berjanji bukan boleh caya sangat. Elok-elok plan nak belanja briyani terus cancel. nampak gaya dia kena makan sorang harini. haii nasib badan.
tu la.. acik ni mama suruh kawin cepat acik tak nak.
Ah sudah. tetetiba suara mama muncul dalam telinga ni. Ariq menggelengkan kepala sambil tersengih sendiri. agaknya kerap sangat mama baca ayat tu tiap kali balik rumah sampai melekat dalam kepala terus! siap boleh rewind tu yang tak tahan!
Ting! pintu lif dihadapannya terbuka.tak ada sesiapa di dalam. Ariq melangkah masuk dan menekan butang ke tingkat bawah.
"Aaaa.. waitt!"
Cekap tangan Ariq menekan butang hold pada panel lif itu bilamana terdengar satu suara kecil terjerit dari luar.
"Thanks"
Ariq mengangkat wajah untuk mengangguk atas ucapan terima kasih itu. tapi belum sempat dia mengangguk, senyuman gadis bertudung biru dihadapannya ini terlebih dahulu membuatkan Ariq kelu sendiri.
Dan dia nampak jelas gadis dihadapannya ini terus mati senyumannya.
Ariq terasa macam dilanda dejavu.
Ting!
Pintu lif terbuka menandakan mereka telah sampai ke tingkat bawah. tetapi dua orang manusia di dalam lif ini masih berdiri menghadap satu sama lain. Gaya macam kaki dah kena gam dekat lantai lif. sampai pintu lif dah dah tertutup balik barulah dua- dua gelabah nak keluar. Ariq berjalan terus ke arah surau. begitu juga dengan gadis itu. dan mereka berpisah disitu.
Is it her?
Is it really her?
Cepat Ariq menggelengkan kepala. Tak mungkin. Dia mengantuk sangat agaknya ni. Kepala pun dah melayang ke mana tak tau.
Tapi senyuman tu......
************************************************************
Amanda mengacau perlahan limau ais yang masih berbaki di dalam cawan. nasi goreng di dalam pinggan berwarna putih dihadapannya masih berbaki separuh. Tak ada selera nak habiskan walaupun nasi goreng sepinggan tu tak adalah banyak mana pun.
Is it him just now?
Ke dia je yang perasan sendiri?
Is it him just now?
Ke dia je yang perasan sendiri?
Nafas dihela panjang. Pandangannya di alihkan ke sudut restoran. Walaupun jarak mereka agak jauh, Amanda masih boleh nampak dengan jelas lelaki berkemeja merah jambu itu sedang duduk makan seorang diri sama seperti dia. Peristiwa di dalam lif tadi seakan-akan terpapar di layar mindanya. kenapa dia rasa macam pernah lalui je benda ni? ke situasi ni pernah datang dalam mimpi? sigh.
"Makan sorang je Amy?"
Suara garau seseorang menegur dia ketika itu membuatkan Amanda hampir sahaja tersedak limau ais yang sedang diminumnya ketika itu. Terus dia mengangkat kepala. Alamak, encik Aniq laaa..
"Err. Haah. ingat nak keluar dengan Saida tadi. tapi dia ada hal, kena ambik anak dia dekat taska."
"Oh. May I join you?"
Hah? Dia nak duduk sini ke? Alahaii.. Mau buat orang pecah jantung je kalau dia makan dekat sini. uwaa.
tapi dalam macamtu pun Amanda mengangguk juga akhirnya.
"Saya tadi ingat nak makan dengan kawan saya. lepastu lama pulak dengan Tan Sri dekat dalam tu. Kena tinggal dah saya." Aniq bersuara sambil mengangkat tangan memanggil pelayan.
"Oh.. yeke. Ok.." Amanda mati kata. rasanya dari hari pertama dia masuk kerja bawah departmen yang sama dengan Aniq ni. Mereka memang tak pernah bersembang. Tup tup harini Aniq boleh nak makan dengan dia pulak. Ajaib gila.
"Amy sebelum ni kerja dekat mana eh?"
"Sebelum ni jadi barista je dekat pakcik punya coffee house."
"Really?"
"Yup? Kenapa. tak percaya?"
Amanda nampak Aniq tergelak kecil. "Tak la, bukan tak percaya. tapi saya terbayang dah kalau perempuan comel macam awak ni buat kopi. sah-sah berduyun yang datang kafe. untung la pakcik awak."
Amanda sekadar mencebikkan bibir. Dalam hati dia masih tertanya-tanya. dah kenapa Encik Aniq ni happy sangat macam overdose ubat je ni? Bukan selalu dia muka stonecold ke? Dan... tak silap dia, dulu Saida si secretary dia tu ada cerita yang encik Aniq ni ada masalah rumahtangga. Tu yang dingin je dengan semua orang.
"Berapa lama awak kerja dekat sana?"
"Hmm, adalah setahun kot? sejak balik dari UK dulu, sampai bulan lepas berhenti. Tu pun sebab papa suruh."
"Dah agak dah."
"Kenapa encik Aniq cakap macam tu?"
Aniq menyisip sedikit fresh orange dari gelas di sebelahnya sebelum menjawab. " Tan Sri selalu cakap fasal awak. Suruh ajar awak selok belok syarikat. biar senang nak ganti dia nanti."
Amanda menggelengkan kepala. "Hmm."
"Awak tak suka kerja ni?"
"Never."
"Pulak. Habis tu, ni kira ikut cakap Tan Sri la ni?"
"Papa ada impian dia, saya pun ada impian saya. Tapi papa dah tua. Saya muda lagi. I guess baik saya tunaikan impian papa, buat dia senang hati n everything than baru saya boleh capai impian saya pulak kan?"
"Yup. Betul. Bagus anak Tan Sri ni."
"Encik Aniq, saya Amy, A.M.A.N.D.A." Ada nada tegas dalam suara Amanda ketika itu. dia tak mahu orang lain fikir dia menggunakan pangkat dan kedudukan ayah untuk bekerja dan hidup senang di pejabat.
Aniq baru hendak bersuara untuk meminta maaf bilamana telefon bimbitnya berbunyi ketika itu.
"Hello sayang."
Meremang bulu tengkuk Amanda bilamana terdengar Aniq menggunakan perkataan sayang dengan seseorang di talian sebelah sana. Ish dia ni. Nak bersayang dengan makwe tunggu tempat lain tak boleh ke? Ikut hati nak je Amanda bangun dan tinggalkan Aniq sendirian di situ. tapi macam tak elok pulak.
"Ya, nanti daddy balik kita pergi k?"
"Daddy janji nanti daddy belikan Nia colour set tu."
Daddy?? Naa. dia baru teringat Saida ada bagitahu dia yang Encik Aniq ni duda anak satu. Ow..kay. Amanda. tu anak dia. padan muka suka sangat sangka buruk dekat orang
"Promise dear. Daddy love you more."
Peh. Aku kalau dapat daddy macam ni la. melting seh. dalam diam Amanda sedikit kagum dengan ayah muda dihadapannya ini. tambah lagi bila tahu yang Encik Aniq ni ayah tunggal. Gigih gila besarkan anak sendiri. Dah la anak perempuan kot!
"Sorry. My angel."
"Ha?"
Aniq ketawa kecil melihat wajah Amanda yang kabur. "Anak saya."
"Oh..sokay. Jom?" Amanda tidak mahu lagi memanjangkan perbualan. sedikit-sedikit hatinya mula rasa kurang selesa bila bersabung pandang dengan lelaki di hadapannya ketika ini. Mengangkat jam di pergelangan tangan menandakan waktu makan tengahari yang telah tamat. Tak mahulah dia berlama-lama di sini bersama Aniq. tak fasal je kena gossip nanti kan payah. Duda tu weyy.
Setelah selesai membuat bayaran. Amanda dan Aniq berjalan beriringan kembali ke pejabat. Dan tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang masih diam memandang.
*******************************************************
"Ok tak?" figura bergaun putih dihadapannya ketika ini bersuara.
Ahmad tersenyum nipis.
"Perfect."
"Sure?" Gadis dihadapannya masih berpusing-pusing dihadapan cermin untuk memastikan gaun yang dipakainya sesuai dan betul-betul sesuai untuk majlis paling bermakna dalam hidup mereka berdua nanti.
"You pakai apa pun cantik Maira."
"You jangan cakap nak sedapkan hati I je. Nanti masa majlis I yang malu."
"Nak malu apa. I la yang patut malu."
"Eh.. kenapa pulak?"
Ahmad memandang wanita yang bakal dinikahinya 2 minggu lagi itu. Nur Adlina Humaira. Nama saja sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana cantiknya wajah si pemilik nama itu. Mereka tak pernah kenal. tak pernah bersua hatta berbalas sms macam pasangan pengantin normal yang lain. Rasanya termasuk hari ini, baru 3 kali mereka keluar bersama. Ahmad akur, sudah tertulis jodohnya dengan wanita jelita ini diaturkan keluarga.
"Yelaa.. nanti orang mesti kutuk I. Pengantin perempuan lawa gila, pengantin lelaki hodoh. Dah macam beauty and the beast."
"Iee. You ni.." Serentak mereka ketawa.
"You handsome je dekat mata I ni."
"Eleh. Nak ambil hati."
"Memang I nak hati you pun." Wanita itu menuturkan malu-malu, sambil merenung tepat ke dalam matanya.
Ahmad terdiam. Saat itu, rasanya hati dia yang kosong ini dah terasa macam kena panah arjuna. Bergetar hati lelakinya mendengar ayat yang keluar dari bibir wanita itu.
"I pun nak hati you juga." Perlahan dia membalas. Dalam hatinya berikrar, wanita ini yang akan dicintainya sampai akhir nafas nanti.
*****************************************************
Ariq mengacau perlahan teh tarik yang sedang berasap dihadapannya. Fikirannya dibiarkan menerawang jauh tanpa arah. kata-kata mama sebelum dia keluar dari rumah sebentar tadi terus mengasak fikiran.
"Acik tak pernah suka kat siapa-siapa ke masa belajar dulu?"
"Kenapa ma tiba-tiba tanya macam ni?"
Mama tak menjawab tapi terus bertanya lagi. "Tak pernah ada sesiapa kat dalam hati tu?"
"Ma..."
"Acik... mama dah tua. mama nak sebelum pejam mata acik dah ada orang jaga. Tengok Amat tu. Senang je Mak Ngah cari terus jadi. Acik nak macam tu?"
Pantas dia menggeleng. No. Setakat ni dia belum sampai nak ikut jejak langkah sepupu dia yang seorang tu lagi. boleh pulak duk suka dekat orang lain, simpan hati dekat orang lain, last-last pasrah kahwin dengan orang lain. Eh, kalau kita suka dekat orang tu, cinta dekat orang tu.. Kejar la sampai dapat ye dak?
Dah tu.. kau berani buat macam tu Ariq? Berani cari dia tu? Dalam diam hati kecilnya bertanya kembali.
"Geleng-geleng tu tanda dah ada lah tu kan? Siapa? Bawak dia jumpa mama."
"Tak ada ma.. acik tak ready lagi."
"Bila nak ready?"
Dia menarik nafas panjang. Kunci motor dari atas meja kopi dicapai.
"Sampai acik jumpa 'dia' nanti."
Dan kerana itulah dia duduk termenung dengan teh tarik secawan di kedai Syed Corner ni sejak setengah jam yang lalu.
"Weh!"
Tepukan di bahu kirinya membuatkan Ariq tersentak. Pantas dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang mengganggu gugat ketenteraman sejagat itu.
"Wey, bakal pengantin merayap lagi malam-malam apekes."
Dia nampak sepupunya itu ketawa besar. "Masa ni jelah nak lepak ngan kau. 2 minggu lagi aku berkepit dengan bini aku je."
"Untung laaa bini cantik macam puteri raja."
"Rezeki. Berkat mak carik kan.. Kau bila lagi? Aku pun naik berdarah dah dengar Mak lang duk suruh aku nasihat kan kau."
"Nanti lah." Ariq menyisip minuman dihadapannya. Telinga dah naik lali dengan soalan bila tu. "So macam mana feeling nak jadi laki orang?"
"Macam ni la. still trying to accept the fact."
"The fact that she is not her?"
"Yeah. Tapi tak apa. Maira tu dah cukup perfect untuk aku. nanti aku bercinta la dengan dia." Amat menampal senyum segaris pada wajahnya. Ya, bukan senang-senang nak lupa orang yang kita cinta, yang kita pendam perasaan bagai nak gila.
"Aku ingat lagi, dulu kau kata kau tetap akan tunggu dia."
"Aku tunggu. dan aku dah jumpa pun dia." Tenang sepupunya itu menjawab. Ariq dah membuntangkan bebola mata.
"Biar betul? Dia ingat kau lagi?" Ariq bertanya lagi untuk kesekian kalinya. Sungguh selama ni dia ingatkan Amat ni pendam perasaan gitu je sampai bawak hati kahwin dengan orang lain. Rupanya ada cerita lain.
" Aku rasa dia ingat. Tapi aku tak tegur dia pun."
"Apasal?? Kau ni gila la. Macam mana kalau dia pun sebenarnya ada hati dekat kau? Mesti dia sedih bila tau kau dah kahwin."
Amat hanya menggeleng. "Takkan. Aku kenal dia, she looks fine. And happy. Dan aku dah ada Maira. She is my priority now. Life have to move on."
Ariq hanya mampu terdiam mendengar kata-kata sepupunya itu. Amat nampak tenang sahaja dengan setiap kata-katanya. tak macam zaman belajar mereka dulu. Punyalah dia pendam perasaan sebab sukakan orang yang tak balas langsung cinta dia.
"Last time aku jumpa dia dekat CoffeeLovers. Dia jadi Barista."
Ariq jongket kening.
"Bulan lepas before aku nak tunang dengan Maira aku datang cari dia. Ingat nak tengok dia for one last time. or maybe say goodbye. Tapi dia tak ada. Adik dia kata dia dah berhenti."
Kali ini Ariq mengerutkan dahi.
"Kenapa kau kena cerita fasal ni dekat aku?"
Amat mengukir senyuman penuh makna. "Go for her."
******************************************************
Amanda berdiri menghadap tingkap. Merenung gelap pekat malam yang hanya disinari bintang.
"Your book. tertinggal dekat library tadi."
"Aaa. thanks! Thanks so much." Buku berkulit tebal berwarna merah jambu itu bertukar tangan.
"No biggie. See ya?"
See Ya? Nah.. dah dekat 5 tahun. Tapi kita tak pernah jumpa dah lepas tu.
Yang ada pun contengan kartun budak lelaki dengan ucapan Hi! pada kulit belakang buku itu.
Hi Mr.X... awak dekat mana ya? :(
***********************************************
Nah. Entri setelah sedekad berlalu. Mwahahahaha.
Ampun maaf mana terkurang ke lari storyline ke.
idea datang masa tengah kem tuari. Hihi.
Selamat membaca uollsss.
*campak baton dekat nir! Eh. ke jatek lepas aku ek?*
7 comments:
Ai da pening sapa mr X sbnrnya ni?
Ahmad ka Ariq?
Korang ni.. Ai nak kna rewind blk chapter 1... (:
~mizzacu~
acu: sorry.. lama dah xupdate. hee thanks for reading =)
Makin lama baca makin confuse
The deeper the story goes the more benda yang surprisingly happened..apa niii...hahaha anyways niceee
Hailaaa bila nak sambung ni ? *nangis*
ahmd yang mata lawa tu. ariqlah mr x. yaay !
bile nk smbung lg..tertanya2 sape Mr. X ni sbnrnye..ariq or aniq...best ar citer...pleaseee smbung..dh berkurun x de sambungannye ni...
pening dgn character, tapi best.....
Post a Comment