5 : "Bos saya yang kerek" by Bulanhijau HAHA

Langkah kaki dipanjangkan ke pantri yang terletak di bahagian belakang pejabat. Sesekali Esprit di pergelangan tangan kiri dijeling. Haishhh.. matilah aku ! matilah aku !!

"Syazaaaaaaaaaaaaa !!" Bergegar kondominium itu dengan suara nyaring Sarah. "Weh, kau bangun sekarang!" Sarah menarik comforter yang membalut badan Syaza.


"Janganlah kacau aku nak tidur niii.." Gumam Syaza di sebalik comforter. "Sardinnya mana?!" Tangan kanan semakin kuat merentap comforter. "Aku suruh kau beli semalam, kan?" 


"Mana adaaaaa.." Patung tweety ditarik rapat menutup muka. Si Sarah ni, pagi lagi dah membebel macam nenek kebayan tau!


"Macam mana nak buat sardine roll kalau takde sardine? Aku buat roti telur aje lah!" Sarah bengang bila Syaza buat taktau je. Sudahlah mintak tolong kita, dia boleh buat tak heran je? Ciss !! 


Mendengarkan perkataan 'sardine roll' tadi mampu membuatkan Syaza duduk tegak 90 darjah! "Oh shiiiiiittt !!" Comforter terus ditolak ke tepi. "Kenapa kau tak bilang awal-awal?!" 


"Dah kau membuta macam badak!" Sarah buat aksi warden penjara depan pintu almari. "Kau pergi beli dekat 7E sekarang. Lambat seminit, aku cancel deal." Sarah terus keluar dari bilik tidur Syaza.

Tak pasal-pasal sebab sardine roll tu, Syaza lambat ke pejabat. Sudahlah lambat, Si Sarah tu pun bukannya nak hantar adik tercinta ni ke pejabat!

"Lambat kau sampai hari ni, Syaza." Tegur Kak Zu yang baru masuk ke dalam pantri.

Refleks Syaza yang sedang membancuh kopi menoleh. "Bangun lambat, kak." Jujur Syaza menjawab. Ummi bilang, tak baik menipu semata-mata nak tutup kesalahan diri sendiri.

"Lagi 5 minit bos tersayang kau sampai." Sempat Kak Zu berpesan sebelum keluar dari pantri.

Terkocoh-kocoh Syaza meletakkan sardine roll ke atas piring. Mug dan piring tadi terus diletakkan di atas dulang. Okay, siap.

Kalau nak tahu, si Mad Sapi a.k.a Ahmad Zhafir ni tersangatlah banyak cekadak. Kalau lambat seminit hantar sarapan, si Zhafir ni terus taknak makan. Mengada betullah anak orang kaya ni !

"Awak ni makan gaji buta ke?" Tegur satu suara di belakang Syaza.

Syaza berhenti melangkah. Nafas panjang ditarik berkali-kali bagi meredakan degup jantung. Perlahan-lahan kepala dipusingkan memandang si pemanggil tadi. "Bossss.."

Zhafir memandang Syaza yang berbaju kurung polka-dots biru-pink itu dari atas ke bawah, matanya terhenti pada dulang yang ditatang. "Sardine roll?"

"Itu soalan ke ayat penyata?" Syaza blur. Memang kalau berdepan dengan Zhafir ni, automatik dia bertukar jadi manusia paling blur dalam dunia.

Tanpa sebarang pamitan, Zhafir terus melangkah meninggalkan Syaza lalu ke bilik pejabatnya.

"Ek-eleh, dia ingat aku ni patung cendana ke?" Syaza bengang. Lambat-lambat diatur juga langkah ke bilik pejabat Zhafir.

Baru sahaja Syaza mahu meletakkan dulang di atas meja, Zhafir membuka mulut. "Tiba-tiba saya rasa macam taknak sardine roll. Saya nak karipap."

Ternganga sekejap mulut Syaza mendengar ayat yang baru meluncur keluar tadi. "Tapi semalam.."

"Tu semalam." Cepat betul Zhafir memotong cakap. "Awak pergi beli karipap. Sekarang."

"Tapi boss.."

"Now!" Zhafir dah masuk mode Hitler.

"Baik, boss." Syaza mengalah. Mug yang masih berasap itu diletakkan betul-betul di hadapan Zhafir sebelum dia melangkah keluar. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tebalkanlah dinding kesabaran hambaMu ini.

******

Syaza dah naik kematu duduk di atas bangku batu stesen bas ni. Almaklumlah, dia ke pejabat naik public transport je. Maka, bersabarlah wahai hati.

Tiba-tiba, sebuah kereta BMW X6 warna hitam berhenti betul-betul di hadapan Syaza. Tingkap di sebelah duduk pemandu, diturunkan. "Syaza!" Laung satu suara garau.

Berkerut-kerut kening Syaza memandang kereta hitam berkilat itu. Sejak bila aku ada kawan naik BMW ni?

"Syaza!"

Syaza jadi tak senang duduk. Aisehhh.. macam mana ni? Ummi selalu pesan, jangan cakap dengan strangers.

"Weh, Syaza! Dah jadi patung ke!"

Lambat-lambat Syaza bangun dari duduknya, langkah diatur ke kereta hitam berkilat itu. Dari cuak, terus bertukar jadi berapi-berasap tengok muka si Mad Sapi ni !

"Awak memang tak dengar atau buat-buat tak dengar?"

"Saya.. saya..." Terus gagap pulak! "Kenapa bos?"

"Balik naik apa ni?"

Terjungkit kening kiri Syaza memandang Zhafir. "Bos nak hantar saya?" Syaza excited. Okay, takdelah teruk mana bosnya ini.

"Saya ada cakap ke saya nak hantar awak?"

"Takde." Terus hilang persepsi baik tentang Zhafir kerek ni.

"So?"

"Saya balik naik bas, boss. Dari KL central naik train."

"Eh, kenapa orang perempuan suka ikat rambut macam orang baru lepas bersalin ni?" Baru Zhafir perasan rambut si Syaza ni dah lain macam. "Buruk gila, tahu tak?"

Refleks Syaza memegang belakang kepalanya. Dia cakap aku punya rambut macam rambut orang baru lepas bersalin? KUANGSAM !! "Boss memang nak bersembang dengan saya dekat sini ke?"

"Awak jawab je soalan saya."

"Sebab senang, boss." Syaza jawab jugak. Selalunya, dia akan biarkan rambut panjangnya tidak diikat. Tapi dengan cuasa panas sekarang ni, rambut mengurai macam pontianak tu tidak effisyen.

"Esok saya nak sardine roll."

Berkerut-kerut kening Syaza memandang Zhafir. "Tapi esok Sabtu, boss." Jeda. "Cuti kan?"

"Saya ada suruh bawak pergi pejabat ke?"

"Takde."

"Hantar ke rumah saya."

"Hah?!" Syaza terjerit kecil.

"You heard me." Tanpa pamitan, tingkap di sebelah tempat duduk pemandu tadi dinaikkan. Tak sampai sepuluh detik, BMW X6 tadi meluncur pergi meninggalkan Syaza.

"WHAT THE PPPFFFFTHHHH ?!"

19 comments:

mizz acu said...

wakakakakkakaa..eyyyyy!! hampagassss punya boss!!

Hajar said...

Memang mad sapi! Hahaha. Aish, terus x jd tdo tgk ada entry baru. :D

Technician Tua said...

Masuk jer pinang boss yang kerek tuh...
Senang skit nak jaga makan minum dia...

Finn said...

annoying gila-_______________-"

Anonymous said...

awesome!!! XDD

haikadove said...

over punya bos !! mmg rasa nk tampo je. jgn kte kerja dpt bos mcmni dahlaa. hahahaa *emosijebaca* =p

sakeena said...

mmglah rase mcm nk lmpang2 mad sapi ni! warghhh! klau me jd syaza...harus letak paip besi je dlm sardine rolls tu..kasi rongak mad sapi pnya gigi! cheesecake sungguh!

nbellamie said...

tumb up...5 penulis yg hasilnye sgt2 lawak...awesome!!!!

syira destroyer said...

mak ai,kerek merek btl si mad sapi ni,siap buat sesi mari mengorder sardine roll lak.

ade gak yg bsok lusa tyr bmw x6 ni jadi tyr beskal bmx..pfftttttt...

Bulanhijau said...

mizz acu : bukan setakat hampagas, hampas kelapa, hampagas vaccum, semua tu sesuai untuk Zhafir. hahahah !

Hajar : Mad Sapi memang gelaran paling sesuai untuk dia kan kan kan xD

w.t : masuk meminang ? nanti kita tanyakan Syaza tu nak ke pinang bos kerek tu.

FNMR : sangat annoying sampai rasa nak tembak-tembak je dia tu !

Bulanhijau said...

haikadove : hahahah ! hopefully takdelah yg macam tu. sebab mad sapi ni, satu dalam seribu !

sakeena : haa silakan lempang dia. kami bagi kebenaran :D

nbellamie : thank you thank you ;D tggu ye untuk entry ohsem akan datang !

syira : dia ingat, si Syaza ni tauke sardine roll delivery agaknya. kekeke..

nabilah said...

sambung pleaseeee
best gilaaaaaaaaaaaaa
hahahaha
bengang je dpt boss mcm zhafir tuuuu
kahkah

ah besttttttttttttt

Anonymous said...

This 5 writers is definitely AWESOME <3

Anonymous said...

the 5 writers is awesome...but the mad sapi is very5 gilos bos ..huhu

pnut said...

mad sapi mmg sgt annoying..rase nk tampar pun ade gak..
mmg hitler..
bangang punye boss..

Waisya Carissa said...

Gedik air punya bos!!! time cuti pon nak suh wat sardine roll jugak...

Anonymous said...

Salam..Ini sudah lebiy ni..naik tocang tul si mat sapi ni tau..cian kat Syaza.. ni mcm buli2 sayang je ni..hehe..

suka citer yg relax mcm ni..ngan gaya bahasa sempoi.. cian cikgu BM, penat2 ajar kat sekolah dulu last2 kuas bahasa rojak..hehe

Wassalam
MyHoney

Bulanhijau said...

nabilah : bengang gileee oke ! *dush dush muka mad sapi*

anonymous : thanks my love <3

pnut : *dush dush muka mad sapi* ;D

wild cherry : mengada sangat tau !

MyHoney : hee pape pun, majulah Bahasa Melayu untuk negara :D

Anonymous said...

lerrr...ingat kn c syaza ni pkai tdung..aq ni pnye la imgne raut wjah syaza yg cntik brtdung..huh!
tpi,pe2 pon terbaek ah!