Dear Bunga,
It’s been awhile
since I last wrote to you. Sorry for going MIA and I hope this email finds you
well. How are you? Life’s been all rainbows and sunshine to me, I guess. Tapi
kerja makin bertimbun macam biasa. I tak ada masa nak menulis, membaca
cerita-cerita you kat blog and stalk you kat insta (walaupun sampai sekarang I
tak dapat gambar muka you :p).
Sebenarnya, I nak
bagitahu you yang mama I paksa I kahwin. But I dah slow talk dengan mama and
dia nampak okay with my decisions. But I know deep down dia kecewa tengok life
anak dia ni yang masih membujang. Masih bermain dengan kucing waktu senggang.
Haih, hashtag sad life!
Dan untuk
mengurangkan rasa serba-salah, I decide untuk keluar dari rumah tu (walaupun I
taknak sebab mama masak sedap, I tak payah risau baju kotor so on and so
forth!). Tapi I kena belajar berdikari juga. Dengan itu, mama akan happy dan
tak sedih tengok I. So, dengan ini bermulalah kehidupan I di luar jagaan mama
dan ayah! Yeah!!
I harap lepas ni
ada cerita-cerita best kat rumah baru tu nanti. And I harap you sudi baca emel
I ni.
Sekian,
Aimantakisah (I
kisah kalau you tak balas)
***
Aiman menyusun
kotak-kotak yang entah apa isinya itu satu per satu ke atas lantai. Kemudian
dia buka kotak paling berat sekali itu di mana memuatkan koleksi-koleksi DVD
dan shonen jumpnya. Dengan berhati-hati dia keluarkan isinya sebelum disusun di
atas meja kopi yang dibeli di IKEA itu. Tidak lama kemudian, dia terbersin.
Habis merah hidungnya dek kerana tak berhenti bersin. Ya, dia sejenis manusia
yang kalah dengan habuk!
“Meow,” kakinya
ditolak manja oleh Milo, seekor kucing baka British shorthair.
“Jangan kacau,
daddy nak buat kerja...” katanya sambil menggosok hidung.
Milo masih tidak
berganjak. Dia sibuk nak melihat apa isi kotak-kotak di situ.
“Haipp,” suaranya
dah naik satu oktaf.
Milo terus
menyimpan tangannya. Comel. Aiman terus menyambung aktiviti menyusun shonen
jumpnya di kabinet TV itu. Lalu diteruskan pula dengan menyusun DVD anime yang
disimpan sejak di bangku sekolah menengah itu. Heh, orang legend je yang ada
semua koleksi ni. Tiba-tiba terngiang suara mama membebel di hujung telinga.
“Sebab benda nilah Along tak kahwin-kahwin lagi!”
Padahal, memang dia
tak jumpa jodohnya lagi. “Tapi, jodoh tu takkan jatuh dari langit Aiman.”
Sebab tulah dia
buat keputusan untuk ke sini. Keluar dari comfort zonenya. Jauh dari pandangan
mama dan ayah supaya dia dapat membuktikan dia boleh hidup sendiri. Dan
kemungkinan untuk jumpa dengan jodohnya juga mungkin tinggi? Atau kemungkinan
tu makin tipis sebab dia bawak Milo and the gang ni sekali ikut bersama? Haihh!
Setelah puas
melihat hasil sususannya, dia berjalan ke dapur. Dia lupa Milo and the gang
belum makan lagi. Sejak pagi tadi, dia sibuk mengemas rumah macam orang tak
cukup tanah. Walaupun bukan besar mana pun apartmen ni, tapi cukuplah untuk
buat dia tak menang tangan. Sampai terlupa nak bagi makan budak-budak tu.
Patutlah Milo dari tadi sibuk mengacaunya di ruang tamu.
Dia melihat tiga
lagi kucingnya yang sedang nyenyak tidur di dalam sangkar. Ya, hanya Milo saja
yang dilepaskan kerana kucing itu tahu duduk diam. Dia jenis yang tak galak
sangat dan manja overdose. Kalau yang lain... lepas dua minit dah ‘buat hal’
tengah-tengah rumah. Tu belum masuk lagi part buat sepah.
“Milo,” panggilnya
lepas siap letak kibbles dalam piring milik kucing itu. Namun tiada
bayang-bayang si gebu itu kelihatan mahupun mengiau.
Aik, takkan merajuk
kot. Dia berjalan ke ruang tamu dan memeriksa di balik kotak-kotak, di bawah
meja kopi dan biliknya sendiri. Tak ada. Mana dia ni?
“Milo!” panggilnya
lagi.
Milo kelihatan
berlari dari pintu masuk yang sedikit terbuka itu. Dia memang sengaja biar
terbuka sebab nak bagi angin masuk. Bergegar gril pintu itu dek Milo masuk
macam kena kejar anjing. Hampir tergelak Aiman melihat aksi kucingnya itu.
“Kenapa ni?”
Dia memeriksa luar
pintu rumah. Hmm, tak ada pulak anjing. Kucing lain? Jauh sekali. Rasanya dia
sorang saja yang bela kucing di floor ini (berdasarkan deria baunya).
Namun, ada sesuatu
yang menarik perhatiannya. Aksi seorang perempuan sedang memegang penyapu di
balik pintu gril berhadapan rumahnya. Aiman cuba memaniskan muka ke arah
perempuan itu. Dengan gayanya yang berbaju pagoda putih dan kain batik, dia
pasti itu adalah pembantu rumah milik jirannya. “Morning.”
G-gang! Daun pintu
tertutup.
Aiman sekadar
menggelengkan kepala sebelum turut menutup pintu rumahnya. Pembantu rumah zaman
sekarang memang comel-comel eh?
***
Dia menyapu peanut
butter ke atas roti Gardenia itu. Sesekali dia melihat telefon untuk periksa notifikasi
WhatsApp. Cuti-cuti macam ni pun group WhatsApp ‘Bakhtiar Flowerist’ ni meriah.
Macam manalah tak meriah kalau ada makcik dan pakcik bawang dalam tu.
Ceritanya, si Vee akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Apa lagi,
kecohlah satu kedai tu.
Yelah, Vee tu
nampak diam je lepas tu paling muda kot. Tahu-tahu dah nak kahwin? Triggered
lah makcik-makcik dalam tu, termasuk dia. Tapi dia rasa comel jugak kalau tema
kahwin Vee nanti bunga lavender dengan lily. Memang kena dengan personaliti
wanita itu yang sukakan warna purple dan innocent.
“Hana,” tegur satu
suara dari belakang bersama tepukan di bahu.
Hana hampir
tersedak. “Hoi! Tak nampak ke orang tengah makan ni?”
“Nak sikit.” Dia
merampas roti Gardenia yang sudah digigit separuh itu lalu dimasukkan ke mulut.
Manakala tangannya sibuk menaip mesej. Selepas siap membalas, dia menarik roti
itu dan tersenyum memandang Hana yang masih speechless. “Aku ada flight pagi
ni.”
“Tulah. Biasanya
malam baru nampak batang hidung.” Hana sudah menjulingkan matanya.
Dina mencebik. “Aku
tak balik. So kau jangan tunggu aku.” Dia menyudahkan kunyahan terakhir sebelum
mengusung bagasinya. “Kau nak kirim apa-apa?”
“Aku nak face mask!
Face mask aku dah habis,” balasnya.
“Okey.” Dina
mengangkat tangannya.
Hana menghantar
Dina hingga ke pintu rumah. Dia cemburu betul dengan kehidupan wanita itu.
Selain memiliki rupa paras ala-ala Lily Collins, dia juga merupakan seorang
flight attendant yang digilai ramai. Setiap kali hari jadi Dina, pasti ada saja
kiriman sampai ke pintu apartment mereka ni. Kalau bunga, dia sebagai flowerist
berjaya ni pun taklah terkejut sangat. Tapi kalau dah sampai-sampai tu kunci
kereta BMW, Audi tu wowww siapa tak terkejut beruk!
“Hati-hati, Dina!”
ucap Hana, tidak pernah jemu. Dia risau betul kalau Dina nak terbang jauh-jauh
sampai tak balik ni. Yelah, sekarang ni macam-macam boleh jadi.
“Kau pun. Jangan
lupa kunci pintu rumah!”
“Ai ai, ma’am.”
“Bye!” teriak Dina
sambil melayangkan flying kiss.
Hana turut melayangkan
flying kiss pada roomatenya itu. Sudah genap tiga tahun mereka duduk sebumbung,
begitulah rutin harian mereka. Bila waktu cuti, Hana akan melihat Dina pergi
kerja. Kalau waktu Dina flight cancelled, dia akan melihat Hana pula. Kalau
bernasib baik, mereka berdua dapat duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama
tengok The Suits.
“Meow!”
Secara tiba-tiba
objek berbulu itu muncul di hadapan matanya. Apa lagi, berlari dia ke dapur
rumah. Tapi dia terlupa bahawa pintu rumahnya masih terbuka. Cerdik Hana!
“Meow!”
Dia macam orang
gila cari penyapu kat dapur. Lepas tu, terus diayunkan penyapu tersebut di
hadapan si kucing tak bersalah itu. Ya Allah! Kau ingat kau comel ke masuk
rumah orang ni?
“Shushh!” jerit
Hana lagi.
Tanpa sedar penyapu
itu terkena tepat pada ekornya, terus lintang-pukang ia lari ke luar rumah.
Hana turut berlari ke pintu rumah bagi memastikan ia sudah tiada. Who on earth
yang bela kucing kat floor ni??? Hana menyepetkan matanya ke arah pintu hadapan
apartmennya yang separa terbuka itu.
“Morning.”
Hana mendongak
sedikit. Terkejut dia melihat figura seorang lelaki di balik pintu gril itu.
Dia ingin membalas sapaan itu namun dia mengingatkan dirinya bahawa dia sedang
memakai pagoda dengan kain batik saja. Kirim salam jelah!
Terus ditutup pintu
apartmennya itu. Bala, bala. Nampaknya dia kena lebih berhati-hati apabila buka
pintu lepas ni. Dah ada orang bela kucing... dan tuannya boleh tahan hensem
juga!
**
Untuk pembaca awesome, terimalah Aku, Dia & Bunga projek baharu dari kami berlima. Terima kasih atas sokongan dan dorongan Bos Aku Kerek. Jangan lupa dapatkan versi buku di pasaran atau laman sesawang BesQ Publication. Dengan ini saya pass baton pada Cik Qwerty!
Senyum selalu,
Ahmd Ibrhm
No comments:
Post a Comment