Aku, Dia & Bunga 2 by Qwerty



Weh, mana?” tegur Jay sambil menarik kerusi. Aiman di hadapan dipandang sekilas sebelum melambai tangan memanggil pelayan restoran.


“Sini je,” sarkastik jawapan Aiman sambil berkerut dahi. Tak, bukan sakit ke apa ke. Tapi tengah duk focus nak aim sniper ke arah target yang sedang membawa briefcase tu.


Anney, kasi saya milo ais kaw mangkuk dan roti banjir kuah campur satu,” pinta Jay. Sesudah membuat pesanan, pantas dia memandang Aiman. Tergeleng-geleng kepalanya. “Kau ni dah lah rabun. Ada hati nak main sniper tembak-tembak orang,”



Shhh kejap lah,” zoom in sikit, target lock and dushheadshot! Aiman senyum berpuas hati bila dia dapat naik satu lagi level. Handphone diletak di dalam poket dan Horlicks ais mangkuk disedut sekali. “Kau apa cerita?”



Jay mengangkat bahu. “Ada je ni masih bernafas seperti biasa,”



“Alhamdulillah,”



Jay mencebik. “Kau tu dah habis kemas barang apa semua?”



Dengan pantas Aiman menggeleng. “Belum lagi. Banyak betul benda remeh nak kena kemas. Menyesal pula aku pindah rumah,”



Jay tergelak kuat. Itulah, orang dah cakap banyak kali dah, tak nak dengar.

         
“Aku rasa aku nak upah orang jelah tolong kemaskan rumah aku tu. Barang tak adalah banyak sangat. Tapi apa benda entah tak siap-siap lagi,” adu Aiman.



“Barang kau memanglah tak banyak, tapi barang anak-anak kau tu yang banyak,” sela Jay. Tahu sangat dengan kawan baik dia ni. Lebih suka melebihkan anak-anak dia daripada benda lain.

         
Aiman mengangkat bahu malas nak membalas. Alah setakat empat ekor kucing je tak adalah apa pun. Jay je yang over. Bawa pergi salon pun bukan hari-hari. Sebulan sekali je. Apalah salahnya berbakti pada makhluk tuhan yang lain. Tak gitu?

           
“So bila kau nak masuk kandang?” tanya Jay lantas menyuap roti banjir yang masih berasap.


Weh pa..”

         
Belum sempat Aiman nak cakap panas, Jay dah mengagau menyedut milo ais. Haa tahu pun panas melecur lidah. Kuat gelak Aiman kedengaran di meja mereka.



“Diamlah cetan,” sebal Jay. Hisy potong betullah. Gelojoh sangat pun kau ni Jay oi.



Perlahan Aiman hentikan tawanya. Malu pula tiba-tiba bila meja sebelah dah pandang semacam. Ala sorrylah.

         
Ahem, ada benda baru ke kat kandang?” tanya Aiman kembali bila teringatkan soalan Jay yang tergantung sepi tadi. Oh ye untuk sesiapa yang nak tahu, kandang tu studio editing di mana Aiman berkerja. Dipanggil kandang sebab dalam tu macam-macam bau ada. Dah kalau kalut kejar deadline, masing-masing sanggup tak mandi dan tidur situ. Rupa dan bau dah macam kandang bak kata Tuan Director.



Angguk. “Macam biasalah. Ada material baru masuk. Kena polish sikit,”



“Ala aku baru nak minta cuti lebih sikit,” desis Aiman.

         
Pantas Jay menggeleng. “Tak boleh. Kau ingat tu company bapak kau?”



“Bukan bapak aku, tapi bapak kepada kawan aku,” jawab Aiman sambil tarik sengih.



Sorry, aku tak approve,” ujar Jay dengan devil smirk dia.



Aiman mencebik. Dipandang sekeliling kawasan kedai mamak, port lepak paling kerap dikunjungi saat senggang. Yela, masing-masing bujang kan. Time macam ni lah nak keluar melepak pun. Walaupun selalu je mama bising kata asyik melepak je. Heh, terindu pula kat mama kita. 



“Oi,”



Aiman pandang Jay. “Ye aku dengarlah wahai Tuan Director,” lambat Aiman menjawab.



Pantas bahu Aiman ditumbuk. “Tuan Director tu bapak aku. Bukan aku,”



“Alah, samalah tu. Kau pun bos aku juga,”



“Ah bos tak bos, esok masuk kandang. Deadline untuk new task ni hujung bulan ni tau. Kau tak ada, macam patah tangan semua orang dalam tu,”



Aiman mencebik. Ambil hatilah tu. Tahulah aku power. Ceh Aiman masuk bakul angkat sendiri nampaknya.



***



Bye,” Dina melambai pada van Hiace berwarna putih sebelum menarik beg rodanya menghala ke lif condominium didudukinya.

Finally, long holiday after terbang back to back. Bolehlah berehat-rehat di rumah dan mencuba pelbagai resepi baru yang tersimpan rapi di dalam galeri telefonnya. Excuse me, jangan ingat pramugari tak pandai masak okay? Hobi kami macam hobi orang lain juga.


“Esok nak kena beli bahan dan masak dengan Hana,” omel Dina sendirian tanpa perasan yang semua perilakunya dilihat oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan si Aimantakisah.


Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik memandang si gadis disebelah yang tak memandang dirinya langsung. Padahal tadi dia dah pandang arah sini dah. Mungkin inilah yang dipanggil pandangan tembus agaknya. Eh seriuslah dia ni tak nampak aku? Am I invisible?


Ehem,” Aiman berdehem untuk menarik perhatian Dina.

       
Dina mengerut dahi. Ni dah kenapa pula mamat sebelah duk berdehem ni. Tak pernah nampak pun dia ni kat sini selama ni. Walaupun dia jarang ada dirumah, tapi dia kenal jugalah dengan penduduk-penduduk sini.

       

Ehem,” sekali lagi Aiman berdehem. Sengih ditayang tatkala Dina mengerling sekilas kearahnya. “Hi,”

       

Dina dah rasa semacam. Dah kenapa nak hai pula ni? Lif ni pun satu, dah kenapa lambat sangat nak buka ha?

      

“Hi, I Aiman. Baru pindah sini minggu lepas.”



Dina menarik nafas. Oh, baru rupanya. Fuh kau ni buruk sangka sangatlah Nur Dina. “Oh hi,”


Eh, sepatah je dia jawab? Tak cakap ke nama, umur, kerja apa. Oh kerja tak payah cakap sebab terang-terang dia pakai dress pramugari Air Asia tu.


Pintu lif terbuka akhirnya. Dina terus meluru masuk tanpa memandang Aiman. Wellladies first lah kan. Nombor 15 terus ditekan pada elevator keypad.  


“Eh saya pun duduk tingkat 15. Berjiran lah kita,” ujar Aiman.


Dina mengangguk. Oh dia ni lah orang yang baru pindah depan rumah tu.


“Saya pindah dengan anak-anak saya,” tambah Aiman. Kemain berseri bila sebut anak-anak. Teringat kat Milo, Neslo, Latte dan Kopi yang ada di rumah. Jam ditangan dipandang sekilas. Ha dah pukul 5 petang. Biasa waktu macam ni budak-budak tu tengah duk aktif memanjat.


Oh dah kahwin rupanya. Dina membuat kesimpulannya sendiri. Ting! Pintu lif terbuka. “Nice to meet you Encik Aiman,”


Aiman tersenyum. Ada pun suara. “Nice to meet you too,”



Dina membuka grill pintu dan baru je kaki nak masuk ke dalam rumah, terdengar lagi suara Aiman.


“Jap jap nak tanya sebenarnya. Boleh tak saya nak pinjam maid awak? Nak minta tolong kemaskan rumah sikit. Penatlah nak kemas sendiri. Jangan risau, saya akan bayar nanti,”


“Ha?” Dina blur.

            
Maid. Pembantu rumah. Saya nak pinjam pembantu rumah awak,”

            

Ye Dina masih lagi blur ye. Dah bila masa pula dia ada maid? Laki ni betul ke tidak?



“Sekejap je saya pinjam maid awak yang comel tu. Dalam setengah hari je. Boleh?” tanya Aiman berharap. Dia dah rimas dah tengok rumah dia bersepah. Barang apa yang banyak sangat entah. Rasanya banyak dah dia kemas. Ceh yeke Aiman?  

            
Wait wait,” Dina melepaskan pegangan tangannya pada grill. “Awak nak pinjam maid saya?”

            

Aiman mengangguk laju.

           

“Boleh tak ada masalah,” Dina menarik nafas.


Aiman dah tersenyum gembira.

            

“Tapi yang jadi masalahnya, saya mana ada maid!” tegas Dina keliru. Zaman bila yang aku ada pembantu rumah ni? Banyak songeh nak ada pembantu rumah? Macamlah diri tu mem besar nak ada pembantu segala. Lagipun apa gunanya anak dara dua orang duduk dalam rumah ni kalau tak boleh buat kerja rumah kan?

            
“Eh?” Aiman pula yang keliru.

            
“Iya saya tak ada maid yang comel yang awak nak tu. Lagipun, awak kan ada isteri? Awak dan isteri awak berganding bahulah kemas rumah awak tu,” tambah Dina lagi lantas kembali membuka grill rumah.

            

Aiman terdiam. Isteri? Ah sudah.

            

Ting! Pintu lif terbuka. “Hey Din, baru sampai?”





***

Sorry, skill berkarat teruk. Next, Cikgu Lila!




No comments: