Aku Dia & Bunga 3 By Lila Vee



I marah sangat today. I rasa nak tumbuk orang. Seriously, I need somebody to talk. Really hope you were there Aiman.
Bunga.

Aiman yang sedang leka mengedit ilustrasi kulit buku di Aplikasi Adobe Photoshop tersentak melihat notifikasi email yang tiba-tiba muncul di bahagian bawah skrin komputer miliknya. Pantas, dia membuka tetingkap Gmail dan membuka pesanan yang baru diterimanya.

Aha.. this girl. It’s been a while. Ingat dah tak ingat kita dah. Senyuman nakal tersungging dari bibir Aiman, matanya yang agak sepet itu mengecil dek senyuman yang terbentuk tadi. Entah apalah yang bermain di fikirannya ketika itu.


Let’s meet.


No. thankyou. Melainkan you sanggup jadi punching bag untuk I.


Sure can.
So, deal?


Ini Aiman ke? Atau Aiman dah jual akaun Email dia pada orang lain and who the hell are you? Get lost!


My dear bunga,

It’s been 7 years, 11 month and 29 days since we know each other here. Don’t you think it’s really about time for us to meet? Don’t you feel like meeting me face to face or at least get to know me as a real person? Because I really can’t wait forever Bunga. I need to know who is the girl beside this name that I have been emailing for almost 8 years for god sake!!

I tak tahu ada tak orang segila I yang sanggup tunggu gadis yang dia tak pernah jumpa in real life, tak pernah tengok gambar melainkan sekeping gambar that we agree to exchange, I hantar gambar I full face walaupun masa kecik, tapi muka I tak banyak berubah, (cuma lebih handsome mungkin) . Tapi you main tipu dan hantar gambar yang nampak pipi you yang ada dimple comel tu je siap tutup dengan bouquet bunga lagi.

But still, I’m here berbalas email dengan you. Dan orang dah nak masuk era ada kereta terbang kita masih tegar berbalas email tanpa pernah ada nombor telefon, dan tak pernah dengar suara (I tak tau entah-entah you ni wanita berhalkum ke) ok I have doubt now. But still, I have trust in you Bunga.

And how about you?


***************************************************************

“ Hana. Tolong siapkan oder customer nak pickup lewat petang nanti. Five white cala lilies . Bouquet. For his someone special.”

“Okay boss.” Hana mengangkat jari tanda tabik kepada Mr. Bak yang tinggi lampai dan kacak bergaya itu. Walaupun umur Encik Bakhtiar empunya kedai bunga tempat dia mencari rezeki itu sudah hampir separuh abad. Ya, mereka baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke -45 lelaki yang lebih mesra dipanggil Mr.Bak itu minggu lepas. Tapi, boss nya itu masih kelihatan seperti baru berumur 35 tahun. Tak hairan, kedai bunga ini selalu sahaja penuh dengan wanita-wanita yang datang hendak membeli bunga sambil cuba mencuri perhatian duda anak dua itu ya!

Hana tersengih kecil mengingatkan kejadian beberapa minggu lalu di mana dia dimarahi oleh seorang wanita berpangkat Datin yang glamour the vass apabila dia tidak dapat bertemu dengan Mr. Bak yang sudah beberapa hari tak masuk kedai kerana ada urusan di luar negara dan wanita tersebut beria-ia mahukan Hana menghubungi boss nya itu dan bila Hana tak dapat memenuhi permintaaanya, Hana pula yang dituduh ada skandal dengan boss. Ahaha!

“Tapi kalau betul pun apa salahnya, boss handsome, kaya pulak tu. Kau pun single Hana. Jom la join the club.” Giat Vee yang masih di awang-awangan dek baru sahaja melangsungkan perkahwinan ketika itu.

Hana menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan teringatkan peristiwa itu sambil tangannya lincah menyiapkan jambangan bunga lili itu untuk pelanggannya. Untung perempuan yang dapat bunga ni. Selain the typical rose bouquet, cala lily ni antara bunga yang cantik dan popular digunakan untuk perkahwinan. Wait? Adakah bunga ini akan digunakan untuk melamar? Atau, untuk wedding? Hmm, Mr bak ni bukan nak cakap detail. Cakap pun main laung-laung je dari pintu ofis dia. Hana mengomel perlahan sambil tangannya memilih padanan reben yang sesuai untuk di letakkan pada jambangan tersebut.

“White, just white.”

Hana terpempan. Siapakah? Dan sebaik sahaja dia berpusing dan terpandang figura lelaki yang berdiri di hadapannya ketika itu, terus Hana terasa seperti hendak menikam lelaki itu dengan gunting pemotong bunga yang berada di tangannya ketika itu.

“Hi, maid Dina.”

Ya, Allah.. ampunkan aku kalau aku terbunuh seseorang hari ini. Bisik hati kecil Hana ketika itu. Mulutnya sudah terkumat – kamit untuk membuat serangan balas terhadap lelaki di hadapannya apabila dengan tak semena-mena pintu bilik boss terbuka dan…

“ Man! Dah sampai? Kata pukul 5?”

“Habis kerja awal harini Pak Su, lagipun Man tak boleh lewat. Nak tunggu someone heheh.” Hana Nampak sahaja lelaki itu membuat isyarat quote unquote pada Encik Bakhtiar di depannya.

“Hai, seronok ya. Jadi orang muda.”

“Alah, paksu pun apa kurangnya, duda paling hot di abad ini.” Dan mereka berdua ketawa berdekah di hadapan Hana. Walaupun hatinya sedang membara, sempat suara hatinya yang kurang ajar itu memberikan pendapat. ‘Handsome jugak anak saudara Mr. Bak ni, sama macam pakcik dia ek.’ 

Ahhh! Tak kira. Aku tetap marah!!

“Miss? Dah siap?” Petikan jari dihadapan wajah Hana ketika itu menyedarkannya yang melamun entah ke mana.

“Hah?”

“Tu, bunga saya. Dah siap?”

“Aaa. Err. Dah.”

“Okay, thankyou. Bagus awak ni ya, macam-macam kerja awak buat. Hari biasa jadi Florist, weekend jadi maid. Tak penat?”

Whattttttttt????? Dia tak habis lagiiii!!!!!!!!



Maaf entry lewat. Skill sumpah berkarat. Nahh! pass baton dekat Bulanhijau! yeah!!

No comments: