Aku, Dia & Bunga 4 by Bulanhijau


Pintu rumah dibuka dari luar. “Dinaaaaaaaaa!!” Kuat dia menjerit nama teman serumahnya itu.

Kussemangat.” Dina yang sedang mengacau kuah masak lemak di atas dapur sedikit terkejut. Nasib tak terlepas senduk di tangan.

“Nur Dina!” Sekali lagi namanya dilaung kuat.

“Iye!” Dia ikut sama menjerit. “Aku dekat dapur ni ha.” Sambungnya. Api dapur dikecilkan sedikit. Tangan dilap pada apron di badan sambil dia berjalan ke peti ais.

“Dina.”

Dia yang tengah menuang air sejuk ke dalam gelas, terus menjulingkan mata ke atas. “Iye.” Dia mengerling sekilas ke arah Hana yang berdiri di muka pintu dapur tu. “Ada apa yang boleh saya bantu Cik Hanania Hanan?”

Hana terus menarik sengih. “Sedapnya bau, Cik Nur Dina masak apa?” Kawannya sorang ni kalau ada masa lapang (read: tak kena fly) mesti dia akan masuk dapur dan masak. Kalau terlebih rajin dia akan baking. Kalau nak tambah berat badan, memang sesuai sangat duduk serumah dengan Dina ni.

“Daging salai masak lemak.” Jawab Dina selepas habis meneguk air di dalam cawan. “Kau ni masuk rumah tak reti bagi salam? Ni duk terpekik-pekik macam tu ingat elok?”

Sengih di bibir Hana makin lebar. Dah lali sangat dengan perangai Dina yang kadang-kadang kuat membebel tu. “Kau tak rindu aku ke?” Lain yang ditanya, lain pula dijawab.

“Kau ni dah kenapa?”

“Kau masak daging salai je?” Sekali lagi soalan dijawab dengan soalan. Sebenarnya Hana dah lupa kenapa hari ni dia bergegas pulang ke rumah. Yang dia ingat perkara tu ada kena-mengena dengan Dina.

Dina menutup api dapur, periuk yang berisi daging salai tadi ditutup sedikit. “Ha ah.” Jeda. “Tadi aku ada beli kerabu pucuk paku favourite kau dekat kafe bawah.”

Thank you, Dina.” Tiba-tiba Hana rasa terharu pula. Nasiblah duduk berjauhan dengan keluarga, dengan Dina ajelah dia nak tumpeng bermanja. Gittewww.

“Kau balik awal ni, kenapa?” Sempat dia menjeling jam di dinding. Baru jam 6.00 petang. Selalunya lepas Maghrib baru nampak batang hidung Si Hana ni.
               
Ahha! “Musuh ketat kita tu sebenarnya anak saudara bos aku!!” Hana dah ingat punca dia balik awal. Dan tiba-tiba raut wajah jejaka di kedai siang tadi terlayar di ruang mata. Ah, sudah!

“Anak saudara bos kau?” Tanya Dina pelik. “Bos kau yang Mr. Bak tu?” Dina minta kepastian. Manalah tahu kut Hana ni dah tukar kerja tapi tak bagitahu dia.

The one and only.” Tak sangka dah hampir 5 tahun dia bekerja di Bakhtiar Flowerist. Walaupun ada yang pelik kenapa dia memilih kerjaya sebagai florist yang menyimpang teruk dari jurusan sewaktu di universiti. Alah, kalau dah minat bunga tu nak buat macam mana kan?

Cup cup. Musuh ketat kita? Siapa?”

Hana menjulingkan matanya ke atas. “Maid Dina, ring a bell?” Kedua belah tangan dibawa memeluk tubuh. “Hari biasa jadi florist, weekend jadi maid. Tak penat?” Hana mengulang ayat yang diucapkan jejaka itu tadi. Eeeee, menyampah!

Automatik mata Dina memandang Hana dari atas ke bawah. Lama dia memandang rakan serumahnya itu. “Dia cakap macamtu?”

Yes.” Nada suara Hana jelas tak puas hati.

Dina menghambur tawa lepas. “Tapi kan....not bad jugak eh mamat tu?”

Not bad pebendanya?” Hana menyoal keliru. Aku tengah kutuk mamat tu, Dina ni dengar ke tidak?

“Dia tu...jatuh dalam kategori tall, dark and handsome?” Raut wajah jiran baharu mereka masih terlayar di ruang mata.

Tall, dark and handsome tu sesuai untuk Remy Ishak je okey.” Hana ni memang peminat pelakon lelaki tu sejak dari dia berlakon watak abang bangla jual karpet lagi. Kbai.  “Aku serius tak puas hati dengan mamat tu. Eee.” Hana angkat kedua belah tangan buat gaya nak mencekik.

“Alah, kau buat tak layan je lah dengan dia tu.” Sambung Dina. “Dia tu dah kahwin ada anak pun. Saje nak bergurau dengan kau lah tu.”

Hana mencebik, meluat. “Bergurau tak kena tempat.” Sentap sis tau. “Nampak macam muda je? Betul ke dah kahwin?”

Sekali lagi Dina menjongket bahu. “Dia cakap dia pindah dengan anak-anak dia.” Jeda. “Aku assume dia tu duda. Custody anak-anak dapat dekat dia.” Memandai aje Dina buat spekulasi.

Yeke?” Hana macam tak percaya. “Muka player je.” Dia bukanlah nak skeptikal ke apa, tapi zaman sekarang ni macam-macam jenis manusia ada.

Dina mengerling memandang jam dinding. “Allah!” Refleks tapak tangan menepuk dahi. “Aku belum Asar.” Ralit berborak dengan Hana. “Tolong masak nasi.” Pesan Dina sambil membuka apron. Dan tanpa pamit, dia terus keluar dari ruang dapur.

Hana hanya mengangguk tanpa sebarang komen. Dalam kepala dah terbayang macam-macam. Lebih tepat lagi, mula terfikir perihal jiran duda mereka tu. Mungkin betullah mamat tu duda, tadi dia masa dia beli bunga tu dia cakap for someone special. Bakal mak baru, kot?

“Eh.” Terus tergeleng-geleng kepala Hana. “Yang aku sibuk fasal mamat tu dah kenapa?” Terus dia terlupa fasal mamat tu gelarnya sebagai bibik.

***

Aiman membawa jambangan bunga tadi ke hidung. Tersengih lebar dia apabila insiden petang tadi terlayar di ruang mata. Boleh tahan comel jugak pekerja Pak Su tadi tu, kan? Atau lebih tepat lagi, maid Dina?

Lamunannya terhenti apabila pandangannya disapa suara gelak ketawa dari sudut restoran. Kalau tadi dia tersengih lebar sebab teringat gelagat maid Dina, tapi sekarang ni dia tersenyum lebar melihat figura seorang wanita yang duduk diapit dua orang perempuan.

Terserlah kejelitaan di raut ayu wanita tadi, lebih-lebih lagi apabila dia tersenyum manis. Terus kembang hati Aiman! 

"Aiman!"

Dia panggung kepala. Seorang lelaki menggamitnya supaya mendekati kumpulan mereka. Aiman hanya mengangguk dan tanpa menunggu lama, dia terus melangkah menghampiri kumpulan yang duduk di sudut kanan restoran tu.




Hai dan hello. Sorrylah kalau update kali ni tak mengikut piawaian hati awak yang sedang membaca. Kita pass baton to Nir! By the way, Selamat Hari Raya awak semua <3





No comments: