Aku, Dia & Bunga 5 By Nirrosette


Five white calla lilies, just for my queen.” Sapa Aiman mesra sambil menghulur sejambak bunga ke arah Mama.

Spontan Mama mengambil jambangan tersebut lalu menghidu baunya yang harum semerbak. “Thank you, Along.” Tersentuh dan gembira kerana anak terunanya ini tidak pernah lupa akan bunga kegemarannya. “Along sihat?”

Aiman sekadar mengangguk sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Mama, Ayah dan kedua-dua adik perempuannya. Dia langsung menarik kerusi dan mengambil tempat duduk di sebelah Ayah yang memang dibiarkan kosong untuk dirinya.

“Lambat!!” Marah Iman sambil menarik muka masam.

“Entahnya. Dah la lambat, tak tau nak balas mesej pulak tu!” Tambah Amal geram. Kedua-dua gadis yang duduk mengapit Mama sememangnya sudah kebuluran sedari tadi. Memandangkan hari ini mereka sudah merancang untuk makan malam bersama sempena menyambut hari jadi Mama, mereka langsung tidak makan tengahari tadi. Nak simpan perut untuk malam. Tengah fasa diet nak melawa la katakan.

Lagipun, bukan selalu dapat pau along mereka. Sejak Aiman berpindah ke apartment baru untuk mulakan hidup baru dengan anak-anak kucingnya, mereka memang dah jarang sangat berjumpa. Iman dan Amal sibuk dengan kuliah, Aiman pula sibuk bekerja. Cuma malam ni memang Ayah awal-awal dah suruh kosongkan jadual. Makan malam sempena hari jadi Mama, mana boleh miss!

Aiman mengangkat mata ke langit. Ek eleh si kembar ni. “Sorry la. Jalan nak masuk sini jem, sebab tu along lambat sikit.” Seperti biasa juga. Sejak bila jalan ke Rimba & Rusa Sunway Nexis ni tak jem, kan? Lagipun….“Korang ni sikit-sikit nak marah. Cuba bawak bersabar sikit. Patutlah sampai sekarang takde pakwe. HA. HA. HA.” Sebiji-sebiji Aiman ketawa, saja nak mencari pasal.

Amboi amboi amboi, indahnya bahasa! “Ni nak?” Iman mengepal penumbuknya. Jangan sampai orang makan steak, along makan penumbuk malam ni!

“Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak sentuh pasal pakwe-pakwe, pehal? Dia tu sendiri takde awek. Nak cakap orang!” Tambah Amal geram. Dia menjelirkan lidah ke arah Aiman. Aiman membalas semula dengan meletakkan ibu jari di hidung dan menayang muka kerek. Tak padan umur masing-masing. Dah dewasa pun perangai masih macam budak-budak!

Mama dan Ayah sekadar menggelengkan kepala. Benar, masing-masing dah lama tinggalkan alam remaja. Si along dah 32 tahun. Si adik kembar pula 22 tahun. Memang jarak usia mereka jauh berbeza. Mama dan Ayah langsung tak jangka akan dapat si kembar ketika Aiman berusia 10 tahun. Tetapi…sudah tertulis. Rezeki Tuhan, siapa kita untuk menidakkan? Sejujurnya, mereka bertiga inilah anugerah terindah bagi Mama dan Ayah. Meski masing-masing tinggal berasingan dan sibuk dengan jadual seharian, sekali-sekala apabila berkumpul beramai-ramai seperti ini, suasana tak ubah seperti sewaktu mereka kecil dahulu. Aiman kuat mengusik. Iman dan Amal pula kuat melawan. Memang bila bertemu, tidak akan aman!

“Sibuk usik adik. Dia sendiri tu, bila nak berpunya? Takkan nak bertemankan Milo and the gang sampai ke sudah.” Mama dah masuk mode nak membebel. Tapi memang harus lah. Aiman ni bukannya muda lagi. Dah 32 tahun. Kerja stabil. Gaji besar. Rumah pun dah ada. Berbudi bahasa. Kacak. Tinggi lampai. Penyayang. Mama yakin, Aiman dah memenuhi semua ciri-ciri seorang suami mithali. Aiman tu dah layak sangat nak jadi bapak budak. Tapi tu lah….”Apa yang susah sangat nak kahwin ni?”

Nyaris-nyaris Aiman tersedak air liur sendiri mendengar soalan Mama. Apa yang susah sangat????????? Mama ingat nak kahwin ni macam shopping online ke macammana? Order kat Shopee hari ni besok boleh sampai?

“Boleh tak kita pesan makanan dulu dan buat sesi ramah tamah lepas ni? Iman dah lapar gila please.” Pinta Iman sambil menggosok perutnya yang sudah berkeroncong, sekaligus menyelamatkan Aiman daripada di’grill’ Mama tentang kahwin. Sungguh la, demi sepinggan seven-hour slow braised short ribs, Iman sanggup tidak makan tengahari tadi ye. Tanpa menunggu balasan, Iman terus memanggil pelayan. Perut yang lapar jangan dibuat main. Tak pernah dengar pepatah ke, a hungry man is an angry man? Dan sekarang ini, Iman benar-benar dah jadi hangry!

“Oh ya, Ma.” Ujar Aiman sebaik sahaja pelayan Rimba & Rusa selesai mengambil pesanan mereka. “Pak Su kirim salam and kirim happy birthday.”

“Waalaikumsalam.” Balas Mama sambil mengulum senyum segaris. “Apa khabar Pak Su? Sihat? Kedai dia business masih okey?” Soalnya berbasa-basi. Mama memang sedia maklum, ke mana lagi Aiman akan pergi kalau hendak membeli bunga? Tentulah dari kedai Paksunya, Bakthiar Flowerist.

“Sihat alhamdulillah. Along tengok perniagaan Paksu macam makin laku je. Pekerja dia semua tak menang tangan.”

“Mestilah, hujung minggu ni kan Valentine’s. Flowers, chocolates and all those jazz.” Jelas Amal sambil tayang muka duh-takkan-itu-pun-tak-tahu pada alongnya.

Aiman tepuk dahi. Laa. Kenapa aku tak perasan??? Memang setiap tahun hari jadi mama jatuh pada minggu Valentine kot. Sibuk sangat sampai terlepas pandang benda tu. “Eh, tapi betul lah. Tahun ni extra sibuk kot. Along nak minta Jess buatkan bouquet Mama macam biasa tapi dia tengah sibuk. Jadi pekerja lain yang buatkan bouquet mama.”

“Oh. Patutlah Mama perasan jambangan kali ini lain sikit. Selalunya kalau Jess yang buat, dia pakai reben. Tapi kali ini guna twine.”

LOL. Pandangan Aiman jatuh ke arah jambangan bunga yang terleta elok di hujung meja. Betul pun. Selalunya kalau Jess yang buat, dia akan ikat cala lilies tu guna reben putih. Nampak classy. Tapi kali ini, maid Dina tu gunakan twine. Ada rustic touch sikit. Nampak vintage. Dan Aiman suka. Eh???

Entah kenapa, mengenangkan maid Dina aka jiran sebelah aka gadis comel pagoda putih dan batik, hati Aiman berbunga riang. Entah sejak bila gadis itu mula mengisi ruang hati dan minda Aiman, Aiman pun tak perasan.

Oh mungkin, inikah cinta pandangan yang pertama?
Karena apa yang ku rasa ini tak biasa
Jika benar ini cinta
Mulai dari mana?

Lagu Dari Mata Jaz yang berkumandang di corong pembesar suara restoran ini seakan-akan memerli Aiman. Amboi amboi amboi. Macam sesuai je?

“Eh Along.” Teguran Iman mematikan lamunan Aiman yang sudah sampai ke Bakhtiar Flowerist. “Tu kawan Along kan?” Ujar Iman sambil menghala dagunya ke arah pintu masuk restoran.

“Huh, siapa?” Aiman spontan berpaling ke arah yang dimaksudnya. Dia mengecilkan mata, cuba untuk fokus. Kelibat seseorang yang amat dikenalinya menyapa pandangan. Eh????????  Apa dia buat kat sini??? Bala. Memang bala!

________

I MISS WRITING OH MY GOD. Thankful for this opportunity. Hope you guys like it. Anyway Ahmd, you're next!

No comments: