Aku, Dia & Bunga 6 by Ahmd Ibrhm


“Rain.” Sapanya pada lelaki berambut separa ikal dan berkaca mata itu. Sebenarnya dia nak buat-buat tak nampak je kewujudan teman baiknya itu, tapi bila ternampak Rain tu dengan seseorang yang berlainan jantina macam syok pula nak kacau. Rain atau nama sebenarnya Bahrain itu merupakan kawan baiknya sejak dari zaman universiti lagi. Masing-masing masih rapat walaupun sudah menjangkau umur 30-an dek kerana berkongsi minat yang sama iaitu berbasikal. Dulu masa kat Universiti Malaya pun, muka dorang jelah yang rajin cycling petang-petang.

Sekarang, mereka akan sama-sama cycling pada hujung minggu sahaja. Tapi sejak sibuk berpindah rumah ni, Aiman selalu skip rutin tersebut. Mana taknya kalau pindah rumah pun dah penat mengalahkan The Tour de Langkawi! “Dating eh?” sambungnya sambil berbalas pandangan dengan wanita bersebelahan Rin yang sedari tadi asyik menelaah telefon bimbitnya.

Sekejap. Kenapa macam ken…

 “Tak lah. Ni adik aku. Dina.” Rain membiarkan pandangan Aiman jatuh pada wanita di sebelahnya. “Dina, this is Aiman.”

…kenal.

Wanita itu pada mulanya tersenyum dan sesaat kemudian mengerutkan dahinya. “Aiman,” ulangnya. “Nice to meet you… again.”

“You Dina yang duduk dekat depan rumah I tu, kan?” balas Aiman untuk kepastian. Ceh padahal dia dah cam dah Dina tu adalah Dina jirannya. Masakan dia lupa wajah cantik begitu.

“Yup. I lah yang ada maid tu.” Dina mengiakan sebelum meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

“Lahh, korang berdua ni berjiran ke?” giliran Rain pula menyampuk.

Dina mengangguk lagi. “Dia ni la jiran Din yang baru pindah tu, abang.”

“Aaahh, kau pindah situ ke Man?” Rain menengadah sedikit ke arah Aiman yang sedari tadi berdiri itu. “Kalau macam tu, senang la kita nak cycle lepas ni. Kawasan situ pun nice jugak, kan?”

“Haah,” Aiman bersetuju. “Kawasan situ memang ada track untuk basikal pun. Nanti kau datanglah tempat aku, kita cycle situ je. Tak payah lagi lalu jalan besar.” Balasnya sambil mencuri pandang ke arah Dina.

Rain terangguk-angguk tanda setuju. “Eh, kau datang dengan famili kau ke?”

“Ha…” Aiman berpusing ke arah mejanya di belakang. “Aku, parents aku dengan adik-adik aku. Macam biasa.”

Dina kelihatan mengecilkan matanya. “Wife you tak ikut?”

Wife?” serentak Rain dan Aiman memandang Dina. Terjegil biji mata mereka berdua mendengarkan perkataan ‘wife’ itu.

“Kau dah kahwin ke, Man?” tanya Rain, lurus.

Aiman hampir tergelak. “Agak-agaklah kau ni Rain.” Dia menggelengkan kepala sebelum menjawab statement Dina itu. “I belum kahwin lah….”

Dina terus mengerutkan dahinya. “Bukan you pindah dengan anak-anak you ke?”

“Maksud I haritu, anak-anak kucing I.” Spontan Aiman membetulkan.

Rain turut menggelengkan kepalanya. Dah agak dah. Anak siapa lagi kalau bukan anak-anak kucing si Aiman itu. “Din patut tengok anak-anak kucing si Aiman ni. Comel-comel. Din kan suka kucing.”

“Yekeee?” Dina sudah meletakkan tangannya di kepala. “Kalau macam tu bolehlah I tengok-tengokkan anak you lepas ni.”

Aiman menarik nafas panjang. “Boleh. I pun lately ni asyik balik kerja lambat je.” Ah sudah, kau bukan tak selesa ke nak hantar bebudak tu kat orang lain? Tak pernah-pernah dia nak suruh orang lain jaga anak-anak kesayangannya itu. Bukan tak nak, tapi dia sendiri yang tak percayakan orang.

“Eh, bukan Hana tak suka kucing ke?” Rain tiba-tiba mencelah.

“Haah la!” Dina menepuk dahinya. “Sorry Aiman, you kena make sure anak-anak you tak jejak depan rumah I, okay? Kalau tak habislah anak-anak you.”

Aiman tidak tahu nak tergelak ke nak menangis. Dia teringatkan peristiwa hari itu. “Kalau macam tu, I makan dulu lah ye. Enjoy your dinner.

Aiman cepat-cepat pamit sebelum dia kena cekik dengan Iman dan Amal. Budak berdua tu dahlah kelaparan. Setiba di meja makan, Aiman cuba mengingat semula sebaris nama itu. Tanpa sedar dia mengulum senyum lebar. Gelaran ‘maid Dina’ itu akan bertukar kepada ‘maid Hana’ lah lepas ni.

***


Aiman, pelik ke kalau kita tak pernah berjumpa? Sepanjang 7 tahun, 11 bulan dan 30 hari ni I selesa berbalas emel dengan you sebagai salah seorang pembaca blog I. Well, you’re the first one who reached out to me through email. Yang lain tu cuma datang dan pergi je dalam blog. You’re special to me. So, I want to keep that as long as possible. I tak rasa you akan suka I in real life. That’s for sure. I tak nak kehilangan benda tu.

So, apa perkembangan terbaru you lepas kena paksa kahwin? Dah jumpa someone special? Atau… you tak normal sebab asyik hantar gambar kucing je. Please la Aiman. I tahu la I cakap I suka kucing, tapi I dah hafal okay setiap seekor nama kucing you! Hantarlah gambar crush you ke… gambar orang yang you tengah stalk ke (omg that sounds creepy). You tak creepy kan? I hope you jumpa someone yang special nak dalam masa terdekat ni!

Cause I think I dah jumpa someone. Tapi….


Dear bunga,

Speaking of which, I punya jiran cantik gila! But I don’t think she’s the one?

And oh, I rasa I yang pelik dan tak normal.

Bye. Aiman is sad :(


 Whoaaaa… mana gambar dia? I nak tengok pls!!!!
Bunga is curious :D


Tak boleh. You kan dah jumpa someone special :’)

“Hana Hana Hana!!!” teriak Dina sebaik sahaja melihat kelibat Hana di ruang tamu. Sedari tadi dia tak berganjak pun dari sofa three-seater itu. Beginilah kalau waktu cuti, dia mesti jadi couch potato. Tak produktif langsung!

“Jom, teman aku jogging harini!” Dina masih lagi bersemangat. Ya Allah, budak ni tak penat ke semalam flight 28 jam?

Hana melepas nafas perlahan. “Sekarang ke?”

“Yelah, takkan esok pula.” Balasnya sarkastik.

Hana mendecit. “Aku malaslah nak bersiap.”

“Kau pakai jelah pagoda putih kau tu. Tukar kasut je.” Dina sudah mula mendesak.

Hana berfikir sejenak. Dalam fikirannya, mesti pagi begini semua orang masih hanyut dilamun mimpi. So, tak payahlah dia nak bersiap bagai nak rak pun kan. Sudahnya memang dia pakai sahaja baju-T pagoda putih yang biasa dipakainya itu. Dia panggil baju tu pagoda sebab bapak-bapak selalu panggil itu. Hakikatnya pagoda putih yang dipakai itu sangat selesa dan berjenama Uniqlo lagi. Sesuai untuk aktiviti harian dan tak panas sangat.

“Kau tak penat ke weh?” Tanya Hana buat sekian kalinya.

Dina sekadar menggeleng.

“Aku risau la kalau kau aktif sangat ni. Nanti kang esok pengsan satu hari!” ujar Hana lagi.

“Aku cuti esok. Kau?” Dina sudah siap menyarungkan kasut Nike itu. Dia menanti Hana di pintu gril.

“Aku pun cuti.” Hana mengikat reben kasut Sketchersnya sebelum turut berjalan ke arah pintu gril. Kunci rumah dikeluarkan dari poket seluarnya. “Kau nak masak ke esok?”

“Haah!” balas Dina.

“Okay. Bolehlah aku binge-watching Suits lagi.” Hana sudah mengunci pintu gril itu dengan mangga.

No no no.” Dina menggoyangkan jari telunjuknya ke udara. “Kau kena belajar masak dengan aku juga.”

“Din….” Belum sempat Hana nak merengek, kelibat seorang lelaki keluar dari rumah hadapan mereka berserta sebuah basikal menghentikan pergerakkan mereka berdua.

“Dina!” suara lelaki itu pula yang menyambut.

“Aiman!” Dina di sebelahnya ketika itu sudah menolak-nolaknya dengan siku. “Hei, kenalkan ini lah housemate I, Hana. Yang I cerita tu.”

Wait what? Hana sudah mengerutkan dahinya, tak puas hati. Ewah ewah ewah bukan haritu kata dia ni duda la apa la? Ni tetiba dah bercerita bagai, sejak bila ni?

“Hai Hana.” Ucap lelaki yang bernama Aiman itu.

Hana cuba memaniskan muka walaupun dia rasa nak cubit je lengan Dina saat ini juga. “Hai Aiman. Cycling ke?” Soalan kau pun boleh tahan noob eh. Dah terang-terang dia heret basikal, mestilah dia nak pergi cycling!

“Haah. Dengan abang Dina la ni.” Jawabnya.

Dina menggangguk. “Ah kalau macam tu, sekali lah. Kitorang pun nak turun ni. Jogging.”

Ah sudah. Dia orang ni adik-beradik dah ke? Membara aje hati Hana ketika ini memandang Dina. Dina hanya tersengih-sengih macam kerang busuk sambil mengheretnya turun sebagaimana lelaki itu mengheret basikalnya. Ahhh, menyesal aku setuju tadi!

Aiman, Aiman.

Eh, sekejap. Nama duda handsome ni Aiman???

***


Dear bunga, kenapa you tak balas? Bukan ke I yang sepatutnya merajuk. Tapi kenapa you pula yang senyap? You marah I ke :(

I am sorry okay.

Ps: I dah attached gambar jiran I sebab haritu kita orang keluar sama-sama. We took selfies together, so I guess I tak creepy.

No comments: