Aku Dia & Bunga 8 By Lila Vee

My dear Bunga,

‘Waiting is painful, forgetting is painful, but not knowing which one to do is the worst kind of suffering.’

Bunga merenung skrin komputer riba tidak berkelip. Sebaris ayat yang datang dari email Aiman itu sangat mengganggu hati dan fikirannya ketika ini. Arghh, menyesal tau buka email malam-malam macam ni. Tadi, dia susah tidur puas pusing ke kiri, pusing kanan mata nya masih degil nak berjaga. Penyudahnya dia bangun dan bergerak ke meja kerjanya. Hasrat hati nak menulis barang sebaris dua puisi di blog seperti selalu, tapi jari jemari dia yang runcing ni gatal pula nak tekan ikon email.

‘Eleh Bunga, sebenarnya kau buka memang sebab nak tengok ada tak Aiman hantar email kan? Kan?Kan?’

‘Hissh.. diam diam.’ Bunga menampar pipinya perlahan untuk menghalau jauh segala kata hati yang entah datang dari mana itu.

‘Eleh, aku ni hati kau lah. Aku je yang tau perasaan sebenar kau.’

‘Diam.’

‘Jangan tipu hati sendiri Bunga.’

“Arrghhh! Buggerr!” Bunga menutup kasar Apple Macbook itu dan terus berjalan ke arah tingkap. Perlahan tangannya menolak daun tingkap dan angin malam pun menyerbu masuk, menghembus dingin wajah bunga yang nyata sedang kusut ketika itu.

‘Should i?’

‘Shouldn’t i?

Bukan bunga tak tahu, setiap kali penyakit susah tidurnya datang, Aiman lah peneman setia. Ya, Sepanjang 7 tahun 12 bulan 1 hari mereka ‘berkawan’ di alam maya ini. Aiman tak pernah gagal jadi peneman dia. Dan persahabatan aneh mereka ini juga bermula kerana Bunga selalu update entry malam-malam bila dia tak dapat tidur dan Aiman itu adalah satu-satunya makhluk yang tanpa gagal akan komen. Every. Single. Entry.

Sounds creepy right?

Ya, awalnya memang Bunga rasa creepy. Tapi selepas berkenalan melalui email, Bunga tahu.. Aiman memang kawan yang baik. Terlalu baik. Dan memahami. Dan caring. Dan penyayang. Ehhh???

Tapi.....

Permintaan Aiman untuk bertemu empat mata itu, sangat berat untuk dia tunaikan. Bukan sebab dia tak suka Aiman. Bukan sebab dia tak ada hati nak jumpa Aiman, malahan hati dia sebenarnya memang meronta-ronta nak tengok sangat wajah lelaki yang sudah 8 tahun berjaya menyentuh hati perempuan seorang Bunga ini.
Tapi.....


*** 


“Comel.”

Rain yang sedang bersandar di tiang gazebo melepaskan lelah hampir tersembur mendengar komen sahabat baiknya itu.

“Siapa comel?”

“Both.”

“Kau jangan nak rambang mata eh. You can only pick one, because one is taken.” Selamba Rain menuturkan. Yelah, buat apa nak berahsia sangat dengan kawan baik sendiri kan. Lagipun, tak lama lagi memang dia nak one step closer dah.

Dan kali ini giliran mata Aiman pula yang hampir tersembul. “Serious ah dude???” Biar betul dalam diam Rain ada someone special? Rain yang dia kenal tak pernah serius dengan mana-mana perempuan pun. Ever. Dan sekarang, dia nampak sungguh mata Rain yang bercahaya memandang si rambut ikal berbaju pagoda yang sedang berlari-lari anak bersama Dina di tengah bulatan taman itu.

“Kau doakanlah aku serius.” Rain menjawab sambil ketawa-ketawa. Aiman terdiam seketika, sebelum perlahan menepuk bahu sahabat baiknya itu. “Congrats bro. Like finally eh.. finally.”

“Doakan aku tak bertepuk sebelah tangan jugak.”

“Hey hey! Aku ingat kau dah propose dia?”

“Done.”

“And then?”

“Dia suruh aku tunggu. Give her some time to think. And also space.

Ohh.. patutlah Aiman nampak Hana macam tak selesa dan beria sangat tak mahu ikut sama berjogging tadi.

Karma hunt me well i think.” Rain tersenyum pahit. Yalah, dulu kerja si Rain ni reject orang je. Sampai dapat gelaran ‘Si pematah hati’ oi. Sekarang bila diri sendiri jatuh hati nahh ingat senang-senang kau boleh bercinta?Rasakannn!

Aiman berdecit perlahan. “Sorry to hear that bro, and sorry aku tak boleh tahan nak gelak.” Manakan tidak, punyalah macho si Rain ni tepis setiap perempuan yang nak try dia. Kalini tewas dengan housmate adik sendiri. Tapi Aiman memang tak nafikan, Hana ni.....

“Dina likes you.”

Uhukk! Nyaris nak tertelan botol air Aiman mendengar perkataan yang keluar dari mulut Rain. “Kau jangan nak macam-macam eh.”

“Dina tu.. dah banyak kali patah hati.”

“Kau ingat aku doktor cinta ke?” Eh.. eh.. panas pulak hati Aiman ni, mentang-mentang dia dah ada calon, nak kenen-kenenkan kita pulak. Aiman cukup pantang benda-benda matchmake ni. Sebab dia taknak nanti elok-elok dia boleh nak berkawan terus jadi awkward wehh. Dah la Dina tu jiran dia. Depan rumah pulak tu. Maunya dia pindah balik ke rumah mama nanti. Hish nehi nehi.

“Aku bukan apa... kalau boleh aku nak orang yang aku percaya, jaga Dina tu.”

Dan Aiman hanya mampu diam.


                                                                              ***


“Hana...”

“Hmmm..”

“Hanaaaaaaaaa.”

“Ye saya Cik Nur Dina.” Hana tahu sangat apa yang Dina mahukan bila dah panggil nama dia meleret macamtu.

“Aku tak ada jawapan lagi la. Lagipun, kau tau kan.. aku dah kata dengan dia. Give me time and space. Dia okay, kau je yang gelabah kan?” Hana pilih untuk menjawab secara playsafe. Bukan senang oi, bila masuk bab hati dan perasaan dengan abang kawan baik kita sendiri. Silap silap boleh hilang kawan apa. Dan itu yang paling Hana takut. Dia tak mahu hilang Dina. Walau macam mana pun, walau apa pun terjadi.

“Tapi abang Rain tu dah tahap angau tak boleh tolong dah tu Hana. Aku takut dia terjun bangunan je nanti kalau kau reject dia.”

“Hmmm.”

“Hana....”

Dan kali ini Hana tidak lagi menjawab. Matanya memandang tepat ke kaca televisyen yang sedang menayangkan cerita kesukaan mereka, tapi Dina tahu pandangan itu kosong. Dan ada sesuatu yang lain dalam fikiran seorang Hanania Hanan.


***


“Ma..”

“Ha.. ha... tu muka selebet macam tu ada la dia nak tu.”

“Along nak baring sini boleh?” Belum sempat Puan Izzah menjawab dah selamat kepala anak bujangnya mendarat di atas riba.

“Hish, dah tua-tua pun nak meleset dekat mama lagi Along ni. Iman dengan Amal pun tak manja macam ni lah. Mana tak susah nak dapat isteri.”

Aiman hanya tersenyum mendengar bebelan Puan mama. “Mama ni, risau sangat anak bujang dia ni tak laku. Excuse me mama, tak tahu ke kalau anak mama ni senyum je, ais kat kutub utara tu pun boleh cair tau?”

“Uwekk.. wekkk.” Serentak Aiman dan Puan Izzah berpaling. Tak lain tak bukan, si kembar berdua yang sememangnya tak boleh tengok Alongnya senang.

“Rasa nak terkeluar balik maggi kari telur Amal makan tadi la.”

“Iman pun, macam nak gugur bulu ketiak dapat abang perasan macam ni.”

Sepantas kilat Aiman bangun lantas menarik rambut kedua-duanya yang elok berikat ekor kuda itu. Jatuh ketiga-tiganya bergumpal di atas karpet ruang tamu. Puan Izzah hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala. Abang dengan adik sama saja. Kuat menyakat! Tapi, jauh di sudut hati dia senang melihat keadaan anak-anaknya yang akrab begini.

“Ok..ok!! Along Surrender!!” Aiman mengangat kedua-dua tangan cuba menghalang kedua adik kembarnya itu dari terus menghentam badannya dengan kusyen sofa.

“Ma, sebenarnya Along nak cakap, teman Along beli cincin please.” Selamba Aiman menuturkan sambil menayang sengih.

Tapiiiii ketiga-tiga wanita di hadapan Aiman ketika itu jatuh rahang!!!




Jeng jeng jeng... tehehehe
Bulanhijau.. silakannnn sambung!


No comments: