Aku, Dia & Bunga 9 by Bulanhijau


Lama skrin komputer riba ditenung. Sudah hampir satu jam dia begitu tetapi satu perkataan pun tak terluah. Mata dipejam rapat, nafas panjang ditarik sebelum jari-jemarinya laju menaip.

Sometimes when you meet someone, there’s a click.
I don’t believe in love at first sight, but I do believe in that click.

Tapi kalau kes dia dengan Aiman ni boleh ke dipanggil love at first sight? Atau lebih tepat kalau dilabel sebagai love at first written word?

Tipulah kalau dia kata dia ni tak pernah jatuh cinta, kan? Semua orang pernah jatuh cinta. Yang membezakan setiap cerita mereka adalah dengan siapa mereka jatuh cinta. Dan bagi seorang Bunga, dia telah jatuh cinta gedebuk-gedebuk dengan Aiman.

Ha, betullah tu Aiman yang duk sibuk berbalas email dengan dia selama 7 tahun 12 bulan 14 hari ni. Aduh, tak pernah bersua muka pun boleh jatuh cinta. Apa entah ilmu budak Aiman tu guna.

Bunga baca sekali lalu sebelum butang “Publish” ditekan. Dengan harapan, orang yang membaca tu terasa. Tapi kalau selama ni dia bertepuk sebelah tangan macam mana? Huh, sedihhhhh!

****


Hello my dear sweet Bunga (tolonglah jangan tercekik potato chips),

New post tu you tulis untuk I ke? Ecewah, perasan pulak I ni.

But seriously Bunga, is it possible? To fall in love with someone who you never met?

****

Rain melangkah keluar dari gerabak kereta api yang masih belum siap tu. Peluh di dahi diseka dengan lengan baju. Walaupun kerja dalam bangunan, terik matahari dekat luar tu memang boleh buat mereka mandi peluh.

“Aku tak faham betullah. Macam mana diorang buat kerja ni?” Bebel Fazzry di sebelah. “Kemain suruh kita datang inspect tapi …” dia mendengus keras sebelum menyambung, “berlambak open item. Macam ni ke diorang buat kerja?”

Rain geleng kepala. Faham sangat perangai Fazzry yang kuat complain. “Kau tu pun satu, sebelum turun sini confirmkanlah dulu.” Dia yang suka hati main terjah, lepastu complain sebakul. “Suka betul buang masa aku.”

“Takdelah, diorang kata dah okay tadi.” Dan seperti biasa, Fazzry memang taknak mengaku salah sendiri.

Fitbit di tangan kiri dikerling. Kalau nak lunch pun awal lagi ni, nak naik office .. lagilah malas. Huawei di poket belakang jean bergegar, tanda ada mesej yang masuk. Terus senyum Rain apabila melihat sebaris nama dia skrin telefon bimbitnya itu.

Abang free today? Kalau free nak ajak lunch.

“Awek mesej ke, bro?” Tanya Fazzry sambil cuba membaca mesej yang tertera di skrin.

Laju tangan Rain kembali menyimpan Huawei ke poket belakang jean. “Kau ni kepoci sangat kalah makcik bawang dah kenapa?” Jelik pula dia dengan perangai Fazzry yang suka jaga tepi kain orang.

Fazzry mencebik. “Tanya pun tak boleh.”

“Aku lunch lama sikit hari ni.” Almaklumlah, kekasih hati nak jumpa. Hehehe.. Tanpa pamitan, Rain terus melangkah menuju ke arah trailer-car di baris hadapan trek. Malas aku nak melayan budak Fazzry tu.

“Rain, kau nak pergi mana?” Kelam-kabut Fazzry melajukan langkah cuba menyaingi langkah Rain. “Kau tak nak bawak aku sekali ke jumpa makwe kau?”

Rain hanya buat tak dengar. Kan dah kata, Fazzry ni memang kepoci kalah makcik bawang. Dia melajukan langkahnya. Nak jumpa kesayangan hati kena make sure kerja siap dulu. Karang yang kena bambu dengan bos, dia jugak kena tadah telinga. Nak harapkan Fazzry? Dia tu tahu complain aje.

****

Email di skrin telefon bimbit dia baca sekali lagi. Tak semena-mena air matanya jatuh. Laju dia menyeka bekas air mata dengan belakang tangan. Biasalah orang perempuan ni kalau it’s time of the month, dia punya emosi tahap gunung punya tinggi.

Sampainya hati Aiman reply email dia macam tu? Kalau pun Aiman tak rasa apa yang dia rasa tak payah kut tulis macam tu. Aiman tu betul ke dah jatuh hati dengan jiran dia tu? Hari tu kemain puji jiran sebelah rumah tu.

Aplikasi email terus ditutup. Sakit pulak hati kita ni.

****

“Hana tak kerja ke hari ni?” Pelik jugak apabila Hana ajak lunch. Tempat kerja mereka bukanlah dekat pun.

Dia yang tengah mengacau air dengan straw, mengangkat wajah. “Kerja,” Jeda. “Tapi tadi Hana ada delivery dekat area sini. Itu yang teringat Dina pernah bagitahu abang kerja area sini.” Lagi pun, perjalanan dari sini ke tempat kerjanya makan masa sejam. Lebih baik dia kenyangkan perut dulu sebelum balik kedai.

“Kedai Hana bukan ada runner?

Hana menjongket bahu. “Hana volunteer nak hantar bunga tu sendiri.” Nak jugak dia tengok reaksi setiap pembeli yang menempah gubahan bunga dari kedai dia bekerja. And, she really needs a break.

“Hana okey ke?” Sedari tadi dia perasan wajah Hana yang kelihatan sugul. “Abang boleh je nak dengar kalau Hana nak share pape.”

Dia menarik senyum segaris walaupun terpaksa. “Hana okey.”

Rain hanya menganggukkan kepalanya. Fahamlah dia kalau Hana tak nak cerita apa yang terbuku di hati. Dia ni pun bukannya rapat dengan Hana sampaikan gadis tu selesa untuk bercerita dengannya.

“Abang betul ke suka dekat Hana?”

Uhuk! Uhuk! Tersedak terus Rain yang tengah makan nasi beriani tu. Laju dia menghirup air limau ais di dalam gelas. Perit weh, tersedak beriani!

Kelam kabut Hana menghulur tisu kepada Rain. “Sorry, sorry.” Kau ni pun satu hal, yang direct sangat soalan tu dah kenapa?

“Hana tak percaya dekat abang ke?” Walaupun mereka berdua baru sahaja kenal, dia rasa seolah-olah mereka ni ada click.

Nasi di dalam pinggan, dikuis-kuis. “Hana nak abang jujur dengan Hana je.” Dan sejujurnya dia hanya anggap Rain ni sebagai abang je. “Hana rasa Hana dah bersedia nak kenal abang dengan lebih dekat.” Perlahan sahaja suaranya menyambung.

“Hana betul-betul dah bersedia?” Bukannya apa, dia memang dah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baik adiknya ini. Tapi itulah, hal hati dan perasaan ni mana boleh dipaksa-paksa kan?

“Insya-Allah.” Bibirnya terus menarik senyuman manis. “Tapi Hana mintak abang kena banyak bersabar dengan Hana.”

“Insya-Allah.” Jawab Rain dengan senyum lebar. Dia harapkan Allah akan permudahkan segala perancangan mereka.  



Saya pass baton kepada Nirrosette! Harap awak semua terhibur ;) 






No comments: