Aku, Dia & Bunga 10 by Ahmd Ibrhm

“Nak beli cincin?” Amal dengan Iman sudah saling berpandangan.

Aiman mengangguk. “Tapi korang tak payahlah ikut. Abang ajak mama je teman.”

“Mana boleh! Mestilah kitorang kena ikut. Abang bukannya tahu apa-apa pasal perempuan ni.” Amal laju memberikan alasan.

Iman di sebelah turut mengangguk. “And kitorang kena screening dulu siapa yang nak sehidup semati dengan abang tu. By hook or by crook.”

“Amboi amboi amboi.” Aiman sudah meninggikan suaranya. “Yang nak kahwin kan abang.”

“Yang nak dapat kakak ipar kan kitorang...”

Aiman tahu dia tidak boleh menang pun dengan si kembar itu. Puan Izzah yang sedari tadi membelai rambut Aiman itu spontan menepuk-nepuk bahu anak lelakinya itu. “Betul ke ni Aiman nak beli cincin?”

“Betul la...” Aiman laju bangun dek terkejut. “Tapi Aiman beli jelah dulu. Aiman tak tahu nak bagi macam mana.”

Puan Izzah sudah tersenyum lebar. Gembira bukan kepalang. “Kalau tak tahu, mama dengan ayah tahulah nak merisik nanti.”

“Eh mama ni, nak merisik siapa?” Aiman menjegilkan biji matanya. Baru ajak beli cincin dah sebut-sebut pasal merisik.

“Aiman jangan main-mainkan anak orang ye Aiman.” Suara Puan Izzah bergetar amaran. Aiman sudah menelan liur.

“Ish, Aiman takkan nak buat macam tu.” Aiman menarik sila bersebelahan ibunya. “Okey. Mama nak menantu yang macam mana?”

Puan Izzah merenung siling seketika. “Mestilah mama nak yang terbaik buat Aiman.”

“Tapi, Aiman cukup baik ke ma?” Aiman menopang kedua belah tangannya ke belakang.

“Mestilah baik.” Puan Izzah menggosok belakang tubuh Aiman. “I raised you very well.

Senyap.

“Siapa perempuan tu Aiman?” Puan Izzah sudah memasang jerat.

Aiman sekadar tersenyum sendiri. Kepalanya kembali mendarat di riba Puan Izzah. Sekali gus mengembalikan pandangannya pada jambangan lili putih yang terletak elok berselebahan TV itu. “Nanti dah tiba masa Aiman bawa mama jumpa dia, okey?”

“Ehem! Iman dengan Amal sekali!” suara si kembar itu kembali kedengaran dari belakang.

***

“Woi, menung apa tu?”

Aiman terpisat-pisat memandang ke arah Jay. Dia ni pun, bukan reti nak bagi salam ke apa. Tahulah kubikel mereka cuma selang beberapa ela sahaja. Tak sudah-sudah dirinya ditangkap dek kerana mengelamun sepanjang hari itu.

Masakan tidak, pagi-pagi lagi sebelum pergi kerja dia dah ternampak Hana dengan Rain berjalan sama-sama ke kereta. Masa tu Tuhan je tahu perasaan dia. Tapi dia cuba berfikiran positif, Rain anggap Hana tu macam adik sendiri je so dia tumpangkan lah sekali. Tapi...

“Entahlah weh....” Aiman dah menyandarkan tubuh ke kerusi. Kalau boleh dia nak benamkan dirinya ke dalam lantai ofis ini agar dia dapat hilang seketika dari dunia nyata. Atau sebetulnya, kerja-kerja yang sedang menantinya di skrin iMac itu.

“Kau okay tak ni bro?” tanya Jay sudahnya.

“Aku okay.”

Stucked nak cari idea ke?”

Aiman menggelengkan kepala. “Stucked in my own mind. Boleh?”

“Eh kau ni. Cuba cerita.”  Jay mendesak juga. Tak boleh la tengok seketul Aiman ni resah.

Aiman tahu dia akan bercerita juga. Lebih-lebih lagi pada Jay, seseorang yang dia percayai. “Macam ni. Aku ada suka someone ni, and aku macam nak terus confess la kat dia.”

Jay sudah membulatkan matanya. Kepalanya yang tadi tekun menghadap skrin, kini panjang dua inci menghadapnya.  “Then? Apa masalahnya?”

Aiman membawa pandangan ke siling. “Masalahnya, dia....”

“Dia dah kahwin?” Jay mengecilkan kelopak matanya yang sedia kecil itu.

“Eh taklah sampai dah kahwin.” Aiman cuba mencari ayat yang sesuai. “Dia macam dah ada apa-apa la dengan kawan baik aku ni.”

“Aaaa...” Jay mengangguk. “Bro code lah ni?”

“Ha lah.” Aiman mengiakan. “Patut ke aku meneruskan perasaan ini?”

“Tak. Sekarang ni dorang officially dah ada apa-apa ke, atau belum ada apa-apa?” Jay dah masuk aura polis.

“Tu yang aku mati kutu fikir.” Aiman merengus perlahan. “Dorang pun dah kenal lebih lama dari aku. Takkan tak ada apa-apa perasaan, kan?”

“Betul jugak.” Jay mengurut dagunya seketika. “Kau suka dia since when?”

Aiman tersenyum teringatkan peristiwa di apartmennya itu. “Since aku pindah rumah baru ni.”

“Masa tu kau dah tahu belum, kawan kau dengan dia dah ada apa-apa?” Jay meneruskan inspeksi.

Aiman menggaru kepala yang tidak gatal. “Mestilah belum!”

Jay kemudian menggelengkan kepalanya. “Apa susah. Kau kahwin jelah dengan Bunga kau tuh. Takyah susah-susah nak fikir.”

“Pulak. Kau nak suruh aku mengalah lah ni?” Aiman mengomel sendiri.

“Taklah. Tapi Man, I know you. Kau dengan kucing pun tak sampai hati, inikan pula manusia yang bergelar kawan....” Jay kembali fokus pada skrin. “In the end, the game comes down to one thing: man againts man. May the best man win!

Aiman rasa nak baling je tetikus tu kena kepala Jay. Ingat cerita dia tadi macam main bola ke nak kaitkan dengan kata-kata Sam Huff tu? Aiman menarik keluar paper bag Pandora dari laci kubikelnya tanpa disedari. Spontan dia tersenyum melihat rekaan cincin bentuk bunga bertatahkan berlian tersebut.

***

Sudah geharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

*roll eyes*


Dear bunga,

Sejak bila you pandai pantun dua kerat ni? I pun nak jugak la.

Anak itik anak tupai,
Mana jodoh ni tak sampai-sampai?

HAHAHAHAHAA *cringe* Anyway, haritu I saja-saja je ajak mama beli cincin. And I tak sangka dia terus heret I pergi Pandora hujung minggu tu. And now I ada cincin dalam laci kubikel I. What should I do, Bunga? Patut ke I bagi je cincin ni kat you kalau you nak? Atau jual kat mudah.my....

Help me.



ps: Hi guys. Nir tak dapat update so dia pass baton kat I. So Nir, amachiammmmm?

No comments: