Aku, Dia & Bunga 11 by Qwerty

"Hai,"

"Hai,"

"Hai?"

"Err hai..."

"Korang ni memang nak hai hai je ke?" usik Dina disebelah Hana. Bibirnya mencebik dengan telatah Hana dan abangnya. Macamlah baru pertama kali bercinta.

"Sibuklah kau ni," sela Hana. Orang dahlah nervous tiba-tiba tak tahu pasal apa. Pada masa yang sama, terdengar Rain ketawa lepas dicorong talian. Tu mesti dia dengar Dina cakap tadi tu.

"Sibuklah budak tu. Tolong cubitkan telinga dia. Sibuk nak dengar apa orang sembang," ujar Rain. Dapat dibayangkan muka nakal adiknya dan muka sebal Hana macam mana.

Pantas Hana mencubit telinga Dina. Ha padan muka.

"Eei sakitlah!" desir Dina. Dijeling Hana sekilas yang dah bangun pergi ke balkoni. Nak fefeeling lah tu.

"Dah, Hana dah cubit dia dah,"

"Tengah buat apa tu?" tanya Rain. Well, tipikal soalan yang orang akan tanya kalau bersembang kan?

Hana memandang pemandangan malam diluar balkoni. "Tadi tengah tengok movie dengan Dina,"

"Sekarang?"

"Sekarang tengah cakap telefonlah," ujar Hana selamba.

Rain tergelak kecil. Hai lah hati, dengar si dia cakap macam tu pun dah mekar berbunga. "Dah makan ke?"

"Dah. Tadi your sister masak asam pedas,"

"Oh. So, macam mana kerja harini?"

Dan perbualan mereka berlarutan selama hampir setengah jam. Cukuplah setengah jam. Tak elok lama-lama. Tak handphone meletup, telinga sendiri yang meletup.

*****

"Aaa..rindunya rumah!" ujar Hana teruja selepas memberi salam. Senyuman ditarik lebar. Rinduu. Rasa macam lama dah tak balik kampung sendiri.

"Ha tau pun rindu. Siapa suruh tak balik," tudiaaa, keluar dah suara Opah dari dapur. 

Hana tarik sengih sambil menggaru kepala yang tak gatal sambil berjalan menuju ke dapur. Terus dipeluk bahu Opah yang sedang mengacau air didalam jug. "Alah, bukan tak nak balik. Tapi tengah musim orang ramai tempah bungalah pah," 

"Ada jelah alasan kamu," 

"Betul Opah. Takkanlah Hana nak tipu pula. Meh cium sikit," ujar Hana sambil mencium lama pipi Opah.

Opah lantas tersenyum. Suka lah tu dapat peluk cium dari cucu tunggalnya.

"Opah masak apa harini?" tanya Hana selepas melepaskan pelukan. Lauk yang terhidang di atas meja diintai. Ternampak ikan patin masak tempoyak! 

"Ni yang buat Hana sayang Opah lebih ni," ujar Hana lagi. Kecur air liur dia memandang lauk di atas meja. Dah lama teringin masak tempoyak. Nak suruh Dina masak, pompuan sorang tu tak tahu. Nak suruh dia masak? Laaagilah tak tahu. 

Opah menarik telinga Hana bila nampak Hana dah tarik kerusi nak duduk makan. "Amboi amboi anak dara. Kot ye pun lapar, tunggulah ibu ayah kamu dulu,"

"Sorry sorry. Aduh masih berbisa ye jari Opah ni," desis Hana sambil mengusap telinganya. 

"Haa ibu dengan ayah pergi mana pah?"

"Baru nak ingat ibu dan ayah kamu?" Atuk bertanya dari pintu masuk dapur sambil menggeleng. 

"Deme berdua ke kedai tadi," jawab Opah. Jam pada dinding dipandang sekilas. 

"Ooo..." serentak itu terdengar ibu dan ayahnya beri salam. 

"Ha tu dah balik. Hana pergi panggil ibu ayah kamu, makan terus," arah Atuk yang dah tarik kerusi di kepala meja. 

*****

Selepas makan malam, Hana sekeluarga duduk bersembang sambil menonton tv di ruang tamu. Time ni lah nak berbonding-bonding bak kata Hana. Eleh sebenarnya si Hana ni tak sabar nak merasa lempeng pisang yang Opah dah janji nak buat untuk snacking malam je. Memang tak henti makanlah dia kalau balik kampung. 

"Lempeng pisang is done," ujar Puan Lina ala-ala gaya Datin Eina Azman. 

Hana tarik sila di atas sofa, bersedia untuk makan lempeng pisang sambil menonton drama kegemaran Opah. Drama melayu apa entah tiap-tiap malam ni ada. 

"Hana dah ada kawan?" Hana yang sedang menguyah lempeng pisang hampir tersedak mendengarkan pertanyaan Atuk. Atuk tak tahu ke soalan tu boleh buat maut? Lagi-lagi masa tengah makan. 

Atuk meletak kembali cawan kopi yang dipegang. Mata tunak memandang cucunya.

"Hana ramai je kawan," jawab Hana selamba.

"Kawan lelaki?" tanya Opah pula.

Hana diam memikir. Dah dapat agak hala tuju pertanyaan tu sebenarnya. Ibu dan ayah di hadapan dipandang dengan muka minta kesian. Tapi ibu hanya tersengih dan ayah buat derk je. Ceh tak membantu langsung. Last-last dia pandang balik wajah Opah. "Ramai je kawan lelaki,"

"Boyfriend?" tanya Atuk.

Hana tergelak kuat. Amboi atuknya pun.

"Mana ada boyfriend. Kawan yang kawanlah," jawab Hana sambil kembali menyumbat lempeng pisang ke dalam mulut.

"Kalau dah ada kawan yang serius tu, bawa je kenal-kenal jumpa kami," tambah Opah. Sajalah nak tahu juga dengan siapa cucunya berkawan rapat.

Hana terdiam. Bila Opah dan Atuk tanya soalan macam ni, tiba-tiba terbayang seseorang. Seseorang yang selalu memakai shirt dengan lengan dilipat sampai ke siku, seseorang yang berkulit sawo matang dan seseorang yang pernah datang beli bunga? Beli bunga? Wait what?!

"No!" Hana terjerit kecil.

"Kenapa Hana?" tanya Puan Lina terkejut. Mana tak terkejutnya, orang tengah duk ralit tengok drama air mata ni, tiba-tiba dia menjerit pula.

Pantas Hana memandang semua yang ada di ruang tamu sambil tersengih. "Err tak ada apa-apa. Sorry sorry. Silakan tengok balik tv tu,"

"Macam mana kau boleh fikirkan dia pula ni Hana? Dah tak betul ke?" Desis Hana. Dan sejak itu, fikiran dia tak lagi di ruang tamu rumah. Tapi dah melayang ke mana-mana.

*****

Skrin laptop ditenung lama selepas jari menekan butang noktah pada keyboardWhy la like this?

I love him, she thought. I'm just not in love with him. I've tried but I strained to love him. And I don't know what to do about it.

Tak lama lepas dia post new entry di blog, muncul pop up di skrin. 1 Unread Email. Dah boleh agak dah siapa yang hantar email tersebut.


Soal hati ni susah kan Bunga?



Have you been in love?



Are you in love?



I...

Aiman merenung skrin komputernya. Keliru dengan Bunga. Dah lah haritu aku cerita pasal cincin dia sepikan aku. Tiba-tiba update blog macam ni pula. Come on Bunga. Jangan buat I macam ni.


I apa? 


Maybe my heart is not blind. Maybe I just chose to ignore it. 

Aiman mengetap bibirnya. Apa maksud you ni Bunga?

*****

Lila next!

No comments: