Aku Dia & Bunga part 12 by Lila Vee

Hana berdiri bercekak pinggang menghadap berbakul-bakul bunga Hydrangea berwarna putih dan merah jambu yang baru tiba dari pembekal tadi. Bunga-bunga itu ditempah khas oleh pelanggan tetap Mr. Bak yang mahukan Bakhtiar Florist membuat hiasan dan gubahan bunga segar untuk majlis pernikahan anaknya. Pelanggan berstatus datin, haruslah kaya raya kan. Kadang-kadang dia geram juga dengan Mr. Bak ni, boleh saja dia tolak kalau dah tahu tak mampu nak buat, tapi Hana memang dah masak dengan perangai boss berstatus duda kacak terlajak laris itu. Dia memang susah nak menghampakan permintaan pelanggan-pelanggan tetap kedainya. Tambahan pula, hal ehwal gubah menggubah ni memang kesukaan Mr. Bak sejak azali lagi. 

Tapiiiii yang buat Hana sebel sangat adalah hari ini Vee dan Jess bercuti serentak. Jess tu memang dah mohon bercuti lama untuk mengikut trip tempat kerja suaminya bercuti ke Disneyland Hong Kong. Vee pulak ada kecemasan awal pagi tadi. Maklum sangat bakal mak orang yang sedang teruk morning sickness tu. Haih,  mana cukup tenaga dia dan Mr.Bak nak buat berdua? Ada kemungkinan, hari ini dia akan balik rumah menjelang subuh gamaknya. Orang tua ni pun satu, dah tahu kerja banyak bukan main lambat pula dia sampai. Takkan aku nak buat sorang?

Takpe Hana, takpe.. you can do it!

Tarikkkk nafassss...

Hembus...

Tarik....

Hem....

"Hana??"

bus...

Hana berdiri tegak dengan mata yang terpejam tanpa menoleh ke belakang. Suara lelaki, tapi dia yakin dan pasti tu bukan suara Mr. Bak. Habisss siapa? customer ke? bukan ke dia dah letak CLOSED besar- besar dekat pintu tadi? Dia dah sepakat dengan Mr. Bak tadi untuk tutup kedai sementara memandangkan mereka perlu menyelesaikan tugasan menggubah hydrangea ini sebelum dihantar ke dewan nikah yang bertempat di SACC mall Shah Alam petang nanti. 

"Hana?" Suara lelaki itu kedengaran lagi. 

"Maaf encik, kedai tu....." Baru sahaja Hana berpusing, sambil memaniskan senyuman untuk menjawab panggilan lelaki yang baru masuk ke kedai itu dia sudah tergamam sebelum sempat menghabiskan ayat.

"tup."

"Ya.. I tahu kedai tutup, Pak Su yang call, suruh I datang sini tolong you. Dia lambat sikit sebab singgah dewan dulu jumpa Datin Roha."

"I see.." Hana menjawab perlahan sambil mengangguk. Tak semena-mena tangannya naik menyentuh dada, ni apekes jantung nak berdegup bukan main kencang ni? Matanya masih lagi terpaku pada lelaki tinggi lampai, berbaju T tanpa kolar berwarna putih bersih dihadapannya ketika itu. Aiman.

Dup dap.. dup dap..

'Yihhh... shut up you there.' Hana memarahi jantungnya yang tak reti nak buat kerja senyap-senyap itu. Dan dah kenapa dia nak kena berdebar bagai ni. Anak saudara Mr. Bak je tu kan? Merangkap jiran dia dan Dina.. merangkap.......


No.. no.. tak mungkin.

"So, beritahu I apa I kena buat. I might not know everything about flower, tapi dulu I pernah kerja part time dengan Pak Su masa dia mula-mula nak set up bussines ni tau, jadi you tak perlu risau I jahanamkan bunga-bunga ni dan menyusahkan you. I'll try to help you as much as I can." Aiman tersenyum manis dan bercerita selamba sambil menyandarkan badan di kaunter tempat Hana berdiri ketika itu. 

Hamagaddddd... Hana rasa dia macam tak boleh nak berdiri betul dah bila tengok senyuman Aiman. Kenapa dengan semua anggota badan dia harini?? Jantung nak bergendang, lutut nak bergegar, dan sekarang dia rasa otak dia pun dah ting tong.

"You tak sihat ke Hana?"

Aiman menukar posisi dari bersandar di kaunter kepada betul-betul berdiri di sebelah Hanania Hanan di sebalik kaunter itu sekarang. Kedudukan mereka ketika itu agak rapat, hanya dipisahkan oleh sebakul bunga di tengah tengah. Dia nampak wajah Hana yang kelihatan pucat sejak dia masuk ke dalam kedai tadi, adakah kerana Hana terkejut melihat dia masuk, (tapi kenapa nak terkejut? dia bukan hantu) atau adakah Hana betul-betul sakit? Atau sebenarnya Hana tak suka dia datang sini?

"I guess you tak selesa I datang sini right? You nak I call Rain? Minta dia teman sekali kat sini?" Aiman cuba memancing perhatian Hana dengan menyebut nama teman baiknya itu, walau hati dia sendiri bagaikan dihiris sembilu. Cehh.

"No! Please no." Cepat Hana menjawab, menyebabkan Aiman tersentak sedikit.

"Oh, okay then.. I gurau je." Aiman membalas dengan senyuman paling manis buat Hana. Dia sendiri tak tahu kenapa urat senyum dia senang sangat nak keluar hari ini, sekarang ini, bila berhadapan dengan gadis manis yang dalam diam telah menyentuh hati lelakinya ini.

"I rasa kita kena mula buat kerja Aiman, I bimbang kalau you terus senyum macam ni, kerja kita tak siap, dan kita dua-dua bakal kena libas penyapu dengan Pak Su you sekejap lagi. Hana memaniskan wajah dan cuba berlagak tenang sekaligus mencetuskan situasi yang agak selesa untuk mereka berdua mula bekerja.

Aiman mengangguk setuju sambil menyarungkan apron rasmi 'Bak's Florist' ke badannya. "Let's get it done." Dan dia melemparkan sekali lagi senyuman yang hampir sahaja membuatkan Hana tergunting tangan sendiri ketika itu.


********


Aiman, mungkin you marah dekat I sebab cakap macam tu on our last email. Sampai hati you tak balas apa-apa kan? Selalu I je yang biar you hanging. Now  bila you buat macam ni, I rasa sedih. U sengaja kan? Omg, I tak tau kenapa I sentimental sangat harini dan I tak tahu nak cakap kat siapa apa yang I rasa ni selain you. 



I'm always here for you Bunga. Sejak 8 tahun 1 bulan 12 hari yang lalu lagi. I tak balas bukan sebab I nak balas dendam kat you yang selalu biar I hanging. I ...... cuma tak tahu nak balas apa, sebab I rasa akhir-akhir ni kita macam.... makin sentimental. Are we both in love or something?


I harap you tak sedih bila I jawab. 

Yes, I am.

Congrats Bunga, who is that lucky person?
I'm jealous.
And sad.

From: gadisbunga@gmail.com

Eleh, you sedih-sedih entah-entah you pun sebenarnya dalam diam tengah sukakan someone kan? Siapa empunya cincin tu? Tell me now.

By the way,
I belum bercinta lagi. I cuma suka dia. Tak tahu dia suka I atau tak.
Or maybe he will never likes me :(


*******

"You dah lama kenal Rain?" Aiman cuba memancing soalan sambil menyusun bunga-bunga Hydrangea ke dalam bakul berwarna putih yang berhias cantik di hadapannya itu.

"Sejak I kenal Dina... Sejak sekolah menengah..." Hana menjawab lancar, ya.. Abang Bahrain tu dia kenal sejak dibangku sekolah lagi. Dulu waktu dia sekolah menengah, kerap kali saja pulang dan pergi ke sekolah dijemput dan dihantar oleh abang Dina yang seorang itu, sampaikan Hana rasa terlalu biasa dengan Rain. Dan dia sendiri tak pasti, adakah sayang dia pada Rain itu, sayang seorang kawan? Seorang adik? Atau sekadar mahu menjaga hati dan perasaan sahabat baiknya, Dina?

"Wow, you must be his first love ever Hana." Aiman membalas perlahan. Nampak gaya, dia memang tak ada peluang. Rain dan Hana dah kenal lama. Patutlah dia tak pernah nak terpikat dekat mana-mana perempuan lain sebelum ni. Sebab hati dia dah lama terpaut pada Hana. Sedangkan Aiman? Jauh ketinggalan di belakang.

"Eh, kenapa you cakap macam tu? Rain mesti cerita macam-macam dekat you eh?" Ya, Hana boleh agak yang Rain mesti banyak bercerita tentang dia pada Aiman. Kalau tak, masakan Aiman tahu kan?

Hais, kalaulah Aiman tahu. Hati dia sebenarnya ada pada siapa. Tapi, Aiman bukan suka dia pun. Muka Aiman yang dekat depan dia ni, selamba je macam tak ada apa-apa. Aiman ni, macam kategori lelaki yang baik, peramah dan suka tersenyum. Selama hampir 2 jam mereka buat kerja sejak pagi tadi, macam-macam perkara yang dia dan Aiman bualkan. Walaupun awal-awal Hana rasa kekok, tapi kemesraan dan keramahan Aiman buat dia rasa selesa. Aiman ni, macam...... hish.. tidak. tidak... tak mungkin. nehi.

"Hana, lepas kerja ni you free?" Aiman sengaja menukar topik perbualan apabila dia melihat Hana kurang selesa bercerita tentang Rain.

Hana terdiam sebentar sebelum menjawab. "Selain balik dan makan dan marathon tengok drama kesukaan I, I rasa I mungkin free." Tangannya masih lincah menyusun rangkaian bunga-bunga Hydrangea ke dalam bakul dengan cermat. Beruntungnya pengantin ni sebab dapat hiasan pelamin mewah dengan bunga Hydrangea macam ni.  Kalau nak tahu, dalam banyak-banyak bunga, Hana pun suka Hydrangea. Satu, sebab keunikan warna bunganya yang ditentukan oleh tahap keasidan tanah tempat ditanam, dan simbolik disebalik Hydrangea itu sendiri.

"I love you."

Hana tersentak. Dia tengah berhalusinasi ke? Kepalanya disengetkan memandang orang sebelah yang juga sedang sama-sama ralit menyusun bunga-bunga tersebut.

"This, pink Hydrangea represent love, sebab tu diorang pilih ni untuk wedding kan?" Aiman menghabiskan ayat sambil tersenyum simpul. Saja nak mengusik Hana sebenarnya, dia suka bila tengok Hana yang suka melamun tu tersipu malu begitu, pipinya akan jadi kemerahan tanpa dapat disorok lagi... and that killer dimple! Hish, Aiman.. orang punya tu..

"Yup, and white represent purity. Such a perfect combination for this lovely ceremony kan?" Hana menyambung sambil menarik jambangan Hydrangea berwarna putih di tangannya itu ke dada. Dramatik betul kau ni Hana.

"So, Hydrangea will be your wedding flower?" Sengaja Aiman mengusik lagi walaupun macam pedih je kedengaran perkataan wedding tu kat telinga dia kan.

"Taklah. I pilih bunga raya." Hana menjawab selamba sambil mengulum ketawa.

"Oh, I taknak lah datang wedding you kalau macamtu." Aiman juga taknak kalah membalas.

"Eh, apasal?" Hana tayang muka tak puas hati.

" Nanti kena nyanyi lagu NegaraKu." Dan serentak dengan itu pecah tawa keduanya.


**********

"Mamaaaaaa!!!"

Puan Izzah menutup telinga dengan kedua belah telapak tangannya mendengar jeritan maha nyaring tahap pecah gegendang telinga dari dua beradik kembar di rumahnya itu.

"Kau orang berdua ni dah kenapa? Kena sampuk?" Sambil bercekak pinggang dia memandang ke arah Iman dan Amal yang tercungap-cungap turun dari tingkat atas macam kena kejar ribut taufan sebentar tadi.

"Kitorang dah tau Along nak kasi cincin kat siapa." Amal menuturkan tak cukup nafas.

Dan Iman menyambung. " Pehhh lawa gila maaaaa, Iman approve!!!"

Puan Izzah yang masih terpinga-pinga memandang kedua orang gadis kembar dihadapannya itu dengan mata tak berkelip. Biar betul budak berdua ni. "Mana Iman dengan Amal dapat berita ni? Along tak cakap apa-apa pun dengan mama."

Iman dan Amal mengulum senyum serentak lantas menyuakan telefon pintar milik mereka kepada mama, membuka aplikasi Whatsapp dan menunjukkan sekeping gambar yang dihantar oleh PakSu Bakhtiar beberapa minit yang lalu.

Sender : PakSu Bak

Nama dia Hanania Hanan, pesan dekat mama... nanti malam Pak Su demand dia masak Siakap Stim Lemon special untuk papparazi tak bergaji ni tau!!




Aiyokkkkk... tak tauuu....maka dengan ini cepat cepat maks pass baton dekat Bulan! kihkihkih.








No comments: