Aku, Dia & Bunga 14 by Nirrosette


“Kenapa diam je ni?” 

Hana yang sedang sibuk menguis nasi di dalam pinggan spontan mengangkat kepala apabila ditegur Rain. Hana memaniskan muka untuk mengambil hati Rain. “Sorry, Hana penat sikit. Hari ni banyak order.”

Rain menarik nafas panjang lalu meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. “Kalau dah tahu penat, kenapa keluar dengan abang?”

Hana nyaris-nyaris tersedak nasi goreng pattaya yang sedang dikunyahnya itu. Lah. Tadi aku cakap aku tak sure boleh keluar ke tak, dia merajuk. Ni aku dah keluar dengan dia, marah la pulak. Apa benda ni??

“Abang bukannya kejam. Kalau penat, bagitau jelah. Abang tak paksa pun Hana keluar,” ujar Rain sambil memandang tepat ke arah Hana. “Abang bukan budak kecik yang tak paham bahasa.”

“Okey.” Sepatah Hana membalas. “Then hantar Hana balik.” Tambah Hana usai menyudahkan suapannya yang terakhir. Nasi masih berbaki separuh tetapi Hana tidak selera nak makan. Sungguh la, Hana dah lah penat, keluar pulak dengan Rain yang emosi tak pasal-pasal. Kalau hari lain mungkin Hana akan melayan dan cuba memujuk. Tapi malam ni, sumpah Hana penat gila. Sedari tadi, dah terbayang-bayang tilam empuk beserta bantal busuknya yang sedang menanti di rumah. 

Rain terus bangun dari duduk dan berlalu ke kaunter untuk membuat bayaran. Tanpa pamitan, Rain terus menonong berjalan ke tempat parkir kereta. Hana terpinga-pinga menurut di belakang.

Sepanjang perjalanan pulang, suasana di dalam kereta sunyi sepi. Rain seolah-olah melancarkan mogok tidak mahu bercakap. Hana pula terlalu penat untuk melayan. Sampai sahaja di perkarangan apartment Hana, gadis itu terus memboloskan diri keluar tanpa mengucapkan selamat malam. Sangka Hana, Rain akan mengejarnya. Tetapi tidak. Rain boleh blah camtu je. Sebaik sahaja menurunkan Hana, kereta Rain terus meluncur laju entah ke mana. 

Ini kira first fight ke macammana ni? Detik hati Hana. Ah sudah. Malas Hana nak semakkan fikiran tentang Rain. Hana nak balik. Nak mandi. Badan dah melekit. Hana nak tidur. Hana penat. 

Hana menarik getah yang mengikat rambutnya lalu membiarkannya jatuh lepas beralun ke bahu. Entah kenapa Hana kurang gemar biarkan rambutnya lepas apabila berdepan dengan orang. Selalunya disiput, disanggul atau diikat supaya kelihatan kemas. Tapi apabila bersendirian macamni, rasa nikmat kerana boleh biarkan rambutnya yang panjang mengurai bernafas bebas.

Hana menekan butang lif untuk menuju ke tingkat atas. Tangannya sibuk mencari kunci yang ada di dalam beg sandangnya. Selalunya kalau Hana pulang lewat sebegini, Dina akan tunggu di tingkat bawah. Kawasan apartment ni memang lah selamat tetapi pada malam hari, agak sunyi juga. Hana bukan takut orang. Hana takut hantu sebenarnya. Tetapi malam ini, Dina tiada. Bukan malam ni je la sebenarnya. Sepanjang minggu ini Dina tiada kerana bertugas di Korea. Jadi terpaksa la Hana gagahkan diri pulang seorang. Rain ni pun satu. Dah tahu adik dia tak ada, boleh pulak biar aku naik atas sorang-sorang. Ish.

“BZZZZT.” 

Jantung Hana nyaris gugur apabila lampu lif tiba-tiba terpadam. Hana tersandar di tepi lif. Matilahhhh. Aku dah lah takut hantu. Takut gelap. Boleh pulak blackout sekarang. Hana menggunakan lampu suluh menerusi telefon bimbitnya untuk memberi cahaya di dalam ruang yang sempit ini. Dia menyuluh ke arah butang ‘open’ lalu ditekannya berkali-kali namun pintu lif tidak terbuka. 
Peluh dingin mula merecik di muka Hana. Hana pandang ke bahagian skrin lif. Lifnya tersangkut di tingkat 4. Jauh lagi perjalanan nak naik ke atas. Nak buat macammana ni??

“Tolong!!!!” Hana cuba menjerit. Tetapi Hana tahu, usahanya sia-sia. Suara Hana bukannya kuat mana pun. Selalu dalam pembentangan Hana ada masalah nak lontarkan suara. Kalau Hana bercakap dalam bilik kuliah, mereka yang duduk di barisan belakang tak dengar. Memang tak ah kalau suara Hana ni spesies lembut dan halus macam Nora Danish.

Hana tersentak apabila telefon bimbit di dalam genggamannya bergegar.

1 message received

Dahi Hana berkerut. Selalunya, susah nak dapat signal dalam lif. Boleh pulak lepas kali ini?? Gila betul la Maxis ni.

Hey, you 😊unknown number

Anak siapa la pulak nak mesej aku hey you time malam-malam begini?

Siapa ni?

Laju sahaja Hana menaip untuk membalas. Selepas itu, jemarinya lincah mencari nombor Dina. Ingin menelefon kot-kot Dina dapat membantu walaupun jauh nun di Korea sana. Sebenarnya, ahli Kawasan kejiranan ini ada grup Whatsapp. Tapi Hana tak ada dalam grup tu. Dina je yang ada. Hana merangka pelan ingin meminta bantuan Dina menerusi grup Whatsapp tersebut. Tetapi belum sempat Hana menekan butang call, satu lagi mesej memasuki peti Whatsappnya.

Maid Dina, ring a bell? 

Maid Dina? Hana mengurut pelipisnya. Siapa lagi yang panggil aku Maid Dina kalau bukan…Aiman? Tetapi mana Aiman dapat nombor aku? Kita pernah mesej ke? Bertalu-talu soalan bermain di minda Hana. 

Eh kejap.

OH MY GOD! Hana menekup mulut, hampir menjerit. Aiman kan tinggal blok ni!!! Boleh minta tolong dia!!!! Tanpa berlengah terus sahaja Hana mendail nombor Aiman. Tidak sampai dua deringan, panggilannya berjawab.

Hi ma’am? Dah boleh teka ke siapa ni?”

“Aiman kan? Boleh tolong tak? I stuck kat lif – “ 

Belum sempat Hana habiskan ayat, panggilan mati. Signal hilang. Ah sudah. Hana rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding. Tubuhnya dah basah dengan peluh dah ni. Rasanya dah dekat 15 minit Hana tersangkut di dalam lif ini. 

Hana menjerit lagi meminta pertolongan. Telefonnya diperiksa berkali-kali tetapi masih tiada signal. Namun akhirnya, dia terduduk di atas lantai sambil memeluk lutut. Sesungguhnya, Hana kepenatan. Dalam banyak-banyak hari, boleh pula hari ini lif nak rosak. 

Hana menyandarkan tubuhnya ke dinding lif sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Gelap. Panas. Penat. Ngantuk. Ya Allah, tolonglah Hana. Hana taktahu nak buat apa!

***

“Hana, you okay?” 

Sayup-sayup kedengaran suara seseorang menegurnya. Dia dapat merasakan tangan seseorang merangkul tubuhnya dan mengangkatnya ke sesuatu tempat tetapi Hana terlalu lemah untuk membalas.

“Hana, stay with me. Hana. Dengar tak? Stay. With. Me.”

Hana tidak menyahut. Dia hendak membuka mata untuk melihat siapa yang sedang mengangkatnya tetapi kelopak matanya terasa terlalu berat. Siren ambulans kedengaran dari jauh tetapi selepas itu, Hana tidak sedar. Semuanya gelap.

***

“Boleh saya tahu apa hubungan Encik dengan pesakit ni?" Soalan doktor menyentakkan Aiman yang sedang tunduk meraup wajah menanti di luar bilik rawatan.

“Oh.” Spontan Aiman berdiri untuk berhadapan dengan doktor. “Saya tunang dia.”

“Oh, I see. She will be okay. Cuma tekanan darah dia terlalu lemah. And she is dehydrated so we will put her on 2 bags of IV drip. Her iron count is also very low. Kita akan pantau dan lihat bagaimana keadaan dia lepas ni.”

“Okey. Boleh saya tengok dia?”

“Boleh. Cuma for now, biarkan dia berehat dulu. She’s showing signs of extreme fatigue and exhaustion.”

Aiman menganggukkan kepala faham. Lambat-lambat dia melangkah ke arah wad yang menempatkan Hana. Tidak mahu menganggu sebenarnya tetapi pada masa yang sama, hati Aiman meronta-ronta ingin mengetahui bagaimana keadaan gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa paniknya Aiman tadi apabila melihat Hana yang sudah terbaring di dalam lif. Wajahnya pucat lesi. 

Aiman tak tahu kenapa tetapi Aiman rasa takut.
Takut kehilangan Hana.
Walaupun hakikatnya Hana dan dia sebenarnya tiada apa-apa.

Hey.” Suara lemah seseorang mematikan lamunan Aiman yang tanpa sedar sebenarnya sudah pun melangkah masuk ke dalam wad Hana.

Aiman melangkah ke arah Hana lalu melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang terletak di tepi katil Hana. “Feeling better?”

Hana menarik segaris senyum di bibir. “Thank you.”

“Don’t mention it.”

You tak balik?”


“I’ll wait for you to sleep first.”

“Tak payah la.”

“I said sleep.” Ulang Aiman tegas, enggan berkompromi. Dia membetulkan selimut Hana dan menariknya ke paras bahu.

“Hmmmm.” Hana memejamkan mata. Sakit. Penat. Pening. Ngantuk.


“Sweet dreams, Hana.” I don't know how, why, where and when, but I really do care about you, Hana.

***

AMACAMMMMMMMMMM, OVER TO YOU MAD!

3 comments:

Milah86 said...

Homaigadddd....homaigadddd....

Rose said...

Cantikkkkk saaangaaatttt

FK said...

Power aaaaa tazzabar next episode!