Aku, Dia & Bunga 15 by Ahmd Ibrhm


Jay
Kalau kau tak boleh datang, takpe lah. Aku faham.

Aiman
Thank you Jay. Kau lah kawan aku dunia akhirat.

Jay
Ek eleh. Dah confess belum?

Aiman menggelengkan kepala lalu meletakkan telefon bimbitnya ke dalam saku jean. Hana yang masih lena dibuai mimpi itu dibiar sambil pandangannya jatuh pada jambangan daffodil dan daisy di tangan kirinya. Sempat dia singgah di Bakhtiar Florist seawal jam 9.50 tadi hanya untuk jambangan itu. Sebenarnya, dia taklah dia gigih sangat nak ke kedai Paksunya itu pagi-pagi buta kalau bukan kerana….

“Aiman, boleh tolong tak?”

Eh budak ni. Ingatkan dah tidur. “Boleh,” balas Aiman, lembut.

“Pinjam phone.” Hana sudah menghulurkan tangannya. “Mine dah habis bateri.”

Aiman terus menghulurkan telefon bimbitnya. “You nak I keluar ke?” Yelah, mana tau nak call ‘abang’ Rain, kan. Huh!

Hana laju menggelengkan kepala. “Helo, Encik Bak.”

Aiman kaku berdiri di situ sehinggalah telefon bimbit itu kembali bertukar tangan. “Helo, Aiman!”

Aiman sebenarnya terkejut panggilan itu masih bersambung. Dan suara Paksunya di sebelah sana nyaring kedengaran. “Korang okey tak ni?”

Aiman terangguk-angguk. Macamlah Paksunya itu boleh nampak. “Kitorang okay je. Cuma Hana kena admit macam tu. Jadi dia tak boleh balik lagi.”

I see.” Encik Bakhtiar kedengaran melepas nafas lega. “Okey, okey. Jaga Hana elok-elok! Dia boleh off esok.”

“Okey, paksu.” Spontan Aiman memandang Hana. “I will take care of her.”

“Tapi dengan satu syarat.” Aura nakal Paksunya dah keluar. “Esok datang kedai kejap. Kalau tak….”

“Ye ye, nanti Aiman datang sebelum pergi kerja.” Cepat-cepat Aiman menamatkan panggilan.

Hana yang sedari tadi menjegilkan biji matanya terus mengangkat kening. “Encik Bak cakap apa?”

“Dia cakap you boleh off esok.” Balas Aiman, ringkas.

Thank you Aiman,” Hana membalas lega. “I tak tahu nak mintak tolong siapa lagi.”

Rain? Jawab Aiman dalam hati sambil mengukir senyum tawar….

“Aiman?”

Aiman terpisat-pisat memandang sekujur tubuh di hadapannya itu. Hana sudah bangun rupanya. Entah berapa lama dia mengelamun pun dia tak tahu. “Good morning.”

Ahhh, is this déjà vu?

“Morning.” Balas Hana, sambil mengirimkan senyum yang paling indah selain jambangan bunga di tangannya itu.

“Nah, paksu kirim tadi.” Aiman cepat-cepat menyua jambangan itu pada Hana. Jantung ni, sumpah tak relaks.

Hana menyambut jambangan itu dan menghidunya. “You pergi kedai ke tadi?”

“Haah.” Aiman menggaru belakang kepala. “Paksu suruh datang tadi.” Semalam aku kena ugut ye. Kena ugut pakai nama mama pulak tu, desis hatinya.

“For this?” Hana terkedu.

“Yeah. For you.” Aiman cuba berseloroh.

Hana tidak menjawab.

“Oh. I ada bawakkan powerbank untuk you.” Aiman mengeluarkan powerbank dari messanger bagnya. “In case you belum boleh keluar.”

“Ahh,” Hana tersenyum lagi. “Thank you so much, Aiman. I owe you one.”

Aiman sekadar membiarkan senyap memenuhi ruang bilik itu. Entahlah, dapat tengok muka Hana macam biasa pun dah buat dia rasa happy. Yelah, kebiasaannya dia akan curi-curi perhatikan Hana yang pergi kerja seawal jam 8 pagi itu dari arah balkoni apartmennya. Namun hari ini, dia dapat lihat Hana di depan mata. Manalah tak berdebar jantungnya. Dan berkali-kali ayat Jay itu bermain di fikirannya.

“You tak pergi kerja ke harini?” Hana memecahkan senyap tadi.

Aiman menggeleng perlahan. “I cuti harini.”

“Err, you cuti hari Selasa?” Hana bertanya lagi, waswas.

Aiman tersengih sebelum mengangguk. Ceh, padahal berdebar jugak dia nak bagitahu Jay bahawa dia tak dapat datang hari itu. Meskipun dia sudah lama berkerja di situ, dia rasa macam tak patut dia mintak cuti suka-suki macam tu. Tapi….

“You sure ke you takde pelan harini?”

“Ada.”

“What’s your plan?”

“Kidnap you.”

***

“Aiman, I baru keluar wad tau.” Hana merengus perlahan sambil kakinya di bawa ke pedal basikal. “Ni dah dikira penderaan fizikal dah ni!”

“Doktor cakap boleh je pergi cycle tadi.” Aiman masih lagi dengan sengih nakalnya.

“Ahh! I nak balik!” Hana memberhentikan basikal milik Aiman itu. Aiman yang sedari tadi mengekorinya di belakang tergelak kecil.

You cannot go back, now.” Aiman menoleh ke belakang.

Sebaik sahaja mereka tiba di apartmen tadi, Hana ingatkan Aiman nak biarkan Hana berehat satu hari. Sekali dia cepat-cepat naik atas (baca: tanpa menunggu dia) dan tercongok di hadapan pintu lif dengan basikal itu. Mau terkejut otot-otot quadricepsnya pagi itu apabila dipaksa mengayuh sekeliling taman. Tapi memikirkan Aiman dah tolong dia semalam, dia turutkan sahaja permintaan lelaki itu.

“Selain cycling, you buat apa?” soal Hana, berbasa-basi. Dia pun dah tak larat nak mengayuh. Sudahnya dia tuntun basikal itu dan berjalan seiring dengan Aiman yang sudah mula berpeluh.

Running.” Aiman menyeka peluh di dahi.

Hana hampir menjulingkan matanya. “Selain tu?”

“Aaa..” Aiman menengadah langit sedikit. “I suka baca komik. Play with my cats. And buat kerja I lah kot…”

Hana mengangguk. “You remind me of someone.

Aiman mengerutkan dahinya sebelum menoleh. “Siapa?”

“Ada lah.” Hana membiarkan soalan itu tak berjawab. “Girlfriend you tak marah ke kita keluar berdua ni?”

“Kenapa?” Aiman membalas spontan. “Rain marah ke?”

What?” Hana memandang Aiman, sedikit tak puas hati. Tapi dia mengingatkan dirinya bahawa dia dan Rain tu memang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing pun. Jadi, nak buat apa dia melenting, kan?

“You dengan Rain, ada apa-apa ke, Hana?” hati-hati soalan itu keluar dari mulut Aiman.
Hana memberhentikan langkahnya. Dia mendongak sedikit ke arah Aiman. “Boleh dikatakan macam tu la.” Dengan tenang, dia menuturkan.

“Oh.” Sepatah itu sahaja keluar dari bibir Aiman.

Hana mengerutkan dahinya. “Are you okay, Aiman?”

“Sebenarnya…” Aiman baru sahaja hendak bersuara, kedengaran telefon bimbit Hana berbunyi.

“Helo.” Hana melepaskan handle basikal ke arah Aiman. “Rain.”

“Hana baru keluar hospital ni.” Hana berjalan menjauhi Aiman. “Nanti Hana cerita. Hana…” Hana menoleh sedikit ke arah Aiman. “Hana sorang ni kat taman.”

“Okey, jumpa abang nanti.”

Aiman kelihatan terpempan. “Kenapa you tipu?”

“Aiman.”

Aiman sudah mengheret basikalnya. “I tak kisah pun, Hana. I faham.”

“Aiman.” Hana cuba mengejar langkah lelaki itu. “I tak nak abang Rain salah faham. You guys kawan baik, kan. You should understand me.”

It’s okay, Hana.” Aiman berhenti dan menoleh. “You pun mesti ada sebab tersendiri.”

No, Aiman! No. I tak patut tipu tadi. Hana rasa nak lepaskan je suara hatinya. Tapi sekali lagi dia mengingatkan dirinya agar berpijak di bumi yang nyata. Fikirannya kembali teringat pada insiden dinner kelmarin. “Oh. You nak cakap apa tadi?”

Aiman kembali memandangnya. “Nothing. I just nak tunjuk you something.”

“Apa dia?”

“Tu.”

Hana menoleh sebelum menjerit sekuat hati melihat objek berbulu di atas track itu. Kucing!!!!!!!!!!!!!!

***

Aiman membiarkan Milo bermain di atas perutnya. Stranger Things yang terpasang di televisyen itu tidak lagi menarik minatnya. Fikirannya apatah lagi, mungkin sudah jauh ke pekan Hawkins agaknya. Dia mencapai telefon bimbitnya dari meja kopi di hadapannya. Lalu dibuka aplikasi Gmail dan memeriksa emel terakhir daripada Bunga.

Ya, dia terlupa nak balas emel terakhir Bunga itu dek kerana insiden di lif malam semalam. Dan dia nervous gila malam tu nak text Hana meskipun dah beberapa kali dia padam dan tulis semula. Tapi memikirkan ayat Dina minggu lalu, dia terus nekad malam tu….

“Dina,” suaranya mengulang. “Please?”

Dina dah menjulingkan mata buat sekian kalinya. “Bagi I sebab yang kukuh kenapa I kena bagi you nombor Hana?”

Aiman berfikir seketika. “Sebab you selalu takde kat rumah…” Aiman mengetap bibirnya. Macam pervert la pulak. “Sebab I nak ajak dia cycling…”

“What? Hana, cycling?” Dina hampir tergelak kuat.

Aiman dah mati kutu.

“Aiman, sebenarnya…”

“Takpelah, Dina. I saja-saja je mintak nombor Hana tu tadi.” Aiman dah give up sebenarnya. Bila fikir balik, macam sia-sia je ada nombor Hana kalau Hana dengan Rain tu ada apa-apa.

“Cepat betul mengalah.” Dina mengomel perlahan. “Bila fikir balik, I pun memang selalu takde kat rumah. In case apa-apa jadi, siapa nak tengokkan Hana kalau bukan jiran depan rumah kan?”

Aiman dah menarik senyum lebar.

“Tapi,” Dina mengangkat jari telunjuknya. “I tak nak abang Rain I tahu yang I bagi you nombor Hana.”

Aiman mengangguk. Ha ha ha, mestilah Rain tak boleh tahu. “Okey, Dina. I tak nak lah you fikir I ni nak rampas bakal kakak ipar you.”

“Ehhh, you nak ke?” Dina membalas sambil mengangkat keningnya.

Aiman membiarkan ayat itu tergantung. Entahlah, Dina ni macam supportive gila untuk dia dengan Hana. Maksudnya, dia macam tak kisah pun bakal kakak ipar dia tu berkenalan rapat dengan dia. Ke aku je yang fikir jauh sangat ni?

Give me your phone.” Dina menghulurkan tangannya.

Aiman terus memberikan telefon bimbitnya itu tanpa banyak kerenah.

“You kena janji dengan I, Aiman.” Dina memandangnya lagi sebelum memberikan telefon bimbit itu. “Don’t let Abang Rain knows. For whatever reason.”

“Err, okey.” Aiman cuak pulak dengar. “I takkan rampas Hana dari Rain pun.”

Dina kedengaran melepaskan nafas perlahan. Kemudian telefon bimbit itu kembali bertukar tangan. “Nice to know someone like you, Aiman.”

Aiman tersenyum melihat sebaris nama itu. Maid Hana.

“Tengok-tengokkan Hana untuk I.” Dina mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam saku legging. “Abang Rain dah sampai. See you when I see you.”

Aikk, macam salah cakap je Dina ni. Patutnya cakaplah kat Rain, kan? Haihh. Aiman menghantar Dina dengan pandangan mata. Sempat dia mengangkat tangan ke arah Rain dari dalam kereta ketika itu. Dia dengan Dina sebenarnya baru sahaja selesai jogging di sekeliling taman itu. Pelan asalnya bertiga sekali dengan Rain, tapi lelaki itu ada urusan pulak. Awkward jugaklah mula-mula nak jogging berdua sahaja dengan Dina. Yelah, dia kan pemalu orangnya.

Tapi, Dina benar-benar friendly. Memang sesuai kerjaya wanita itu sebagai pramugari Air Asia di Kuala Lumpur ini. Sesiapa yang berurusan dengan dia, pasti berasa senang dan tidak kekok. Macam tadi. Mula-mula punyalah susah dia nak mulakan perbualan, tapi Dina dengan bersahaja break the ice. Cerita pasal fitness pun sampai dua tiga round eh.

“Meoww,” Milo sudah mula berbunyi.

Aiman terus bangun dan membiarkan kucing kesayangannya itu duduk di atas ribanya. “Sekejap eh, daddy nak balas emel sat.”


Dear Bunga,

It is for me to know and for you to find out. (hint: bukan jiran I yang cantik tuh)

And macam mana you nak tahu, kalau you tak cuba, Bunga? I pun belum give up lagi. I don’t want to give up actually :p So you pun kena cuba! I wish you best of luck!

***

Dina
What? Kau masuk hospital?

Hana
Eh, mana kau tahu ni?

Tak lama lepas tu, terus berbunyi telefon bimbit Hana. “Helo, kau masuk hospital??” Takde salam, takde apa terus kena soal macam tu.

“Ye,” Hana mendengus perlahan. “Abang Rain bagitahu kau ke?”

Of course tak!” Dina terhenti seketika. “Kau ni kan buat aku risau jelah. Nasib baik ada Aiman.”

Hana sudah membulatkan biji matanya. “Wait- Abang Rain told you that???”

Dina kedengaran ketawa di sebelah sana. “Hahaha. Kenapa, kau takut ke?”

“Weh, serius lah…” Hana dah macam rela je Rain tahu. Matilah aku, haritu punya merajuk pun tak habis pujuk. Ni tahu pasal Aiman? Nak mampus ke.

“Aiman bagitahu.” Dina menyambung. Dan kemudian tergelak sendiri.

Hana melepas nafas lega sebelum menyedari sesuatu. “Oh jadi kau lah yang bagi nombor aku kat dia?! Pehhhh aku takleh terimaaaaa Dina!”

“Nak tak nak kau kena terima.” Dina membalas, tenang. “Aiman dah selamatkan kau.”

Hana terdiam seketika. “But still, aku bengang kau bagi macam tu je! Patutnya suruh la dia renang lautan api ke… jual kucing dia kat orang ke…”

“Kalau dia renang lautan api untuk nombor kau, kau nak ke terima dia?” Dina dah bagi soalan cepu emas.

Tut tut tut.

Hana memandang telefon bimbitnya. Panggilan terputus. Fuhh, terputus di saat-saat yang genting pulak tu! Nasib baik, dapat jugak dia lari dari menjawab soalan dari Dina tu. Haihh, soal hati dan perasaan ni mana boleh dipaksa-paksa. Sejak pulang dari hospital hari itu, Hana dapat rasakan hubungan mereka menjadi rapat yang luar biasa. Sesuatu yang dia tidak rasakan bersama Rain. Dia tak tahu nak huraikan macam mana… tapi Aiman sangat berbeza di hati Hana.

“Saya tunang dia.”

Hana rasa nak hentak kepalanya kat meja. Aahhh, apa aku fikir ni? Lupakan dia, Hana. Lupakan Aiman. Kau dah ada abang Rain!


Let me guess. Calon you tu tak wujud pun?
HAHAHAHAHAHAHAHA KBYE!

Ps: Aiman, I tak nak cuba main dengan api.


Kejamnya you, Bunga :( 

Apa maksud you tak nak main dengan api? Is he a firebender?

No comments: