Aku, Dia & Bunga 16 by Qwerty

Hana tunduk membelek kuku sekejap di tangan kanan sekejap di tangan kiri. Duduknya serba tak kena je sekarang ni. Akhirnya dia mendengus kecil dan mengetap bibir perlahan.

"Janganlah pandang macam tu," ujar Hana tak selesa. Mana taknya, rasanya dah dekat 10 minit jugalah lelaki depan dia ni pandang dia tak lepas-lepas. Rain dipandang geram. Dah tak ada suara ke apa? Memang nak main tenung-tenung, pandang-pandang, jeling-jeling je ke sampai esok?

Melihat Rain yang tak ada rasa nak bercakap tu, terus Hana cubit lengan kanan lelaki tu kuat. 

"Auchh sakitlah," decit Rain. 

Hana tayang muka tak bersalah. "Padan muka. Siapa suruh asyik tenung orang je dari tadi."

Rain mendesis perlahan sambil mengusap lengannya. Mata masih ya merenung Hana. 

"Hello, janganlah pandang lagi. Kalau pandang lagi Hana naik ataslah," tambah Hana yang dah bersedia untuk bangun daripada duduknya. 

Rain pantas menarik lengan Hana dan menggeleng. "Oh Hana, what should I do to you?"

"Do nothing." Bisik Hana perlahan. Namun masih dapat didengari oleh Rain. Pantas Rain menarik sengih.

"Sorry," ujar Rain sepatah. Serius, terasa tak tenang hatinya lepas insiden bergaduh dengan Hana. Lagi rasa tak tenang bila dapat tahu Hana pengsan masuk hospital. Rasa macam useless gila sebagai boyfriend tapi tak tahu apa-apa pun.

"Sorry for what?" tanya Hana. Dipandang Rain dengan penuh tanda tanya. Terkejut kejap tadi bila Rain call kata dah ada di taman bawah kediamannya. Nasib baik jugalah Rain datang malam. Bolehlah nak neutralkan balik perasaan dia lepas hampir setengah hari bersama jiran sebelah. Entah kenapa vibe bila bersama Aiman lain dengan vibe bila bersama Rain. Eh ehhh, fikir apa ni Hana?

Rain menarik nafas panjang sebelum membuka bicara. "Abang minta maaf pasal semalam. Abang tak patut beremosi masa kita keluar dinner semalam."

"Oh, tak ada apalah tu."

"No, abang rasa serba salah sangat. That was the first time we fight and abang rasa macam useless bila layan my ego instead of understand you. Dan lagi, malam tu juga Hana trapped in that damn lift. I'm sorry sayang." Rain meraup mukanya sambil mengeluh. Terbayang di fikirannya malam semalam masa dia terus laju memecut selepas Hana keluar dari kereta. Padahal dia ingat je yang Dina pernah pesan untuk suruh teman Hana naik ke atas kalau mereka keluar hingga lewat malam. Ni kalau Dina tahu ni, mati aku kena cekik.

"Benda dah lepas. Tak payah ingatlah." Hana menarik senyum segaris. Dia bukan jenis simpan lama-lama pun. Tapi sungguhlah, kalau diingat balik hal semalam, memang rasa nak tepuk je dahi orang sebelah ni. Tak ada angin tak ada ribut nak beremosi kenapa?

"Sorry sayang. Promise I won't do that again." Rain mengangkat tangan kanan gaya bersumpah. Hana tergelak kecil melihat perilaku Rain. Entahlah. Tak tahu nak komen apa. Kepercayaan Hana pada Rain masih belum seratus peratus. Yelah, mereka pun masih dalam fasa mengenali kan.

"Feeling better now?" tanya Rain setelah beberapa minit mereka senyap melayan perasaan. Tadi lepas je waktu kerja terus dia memecut untuk berjumpa Hana. Nak datang sejurus selepas dia call Hana tak boleh sebab masa tu dia ada meeting penting di Seremban. Hanya Tuhan yang tahu ke mana fikiran dia melayang masa meeting tersebut. Habis meeting pukul 6 petang, terus dia memecut balik ke Kuala Lumpur.

"Hmm..."

Buah hati di sebelah yang sedang memandang langit gelap bertemankan bulan sabit dipandang penuh perasaan. Dia suka melihat Hana seperti sekarang. Raut wajahnya tenang memandang langit dan kadang-kadang dia perasan yang gadis itu akan tersenyum tiba-tiba. Melihatkan itu, pantas ingatannya flashback ke hari di mana dia rasa dia telah jatuh suka pada Hana lebih dari seorang adik.

"Penatlah...." Kedengaran suara Hana merengek di hadapan. Rain tarik sengih lantas menggelengkan kepala.

"Ala sikit lagi ni. Lagi sepuluh tapak kita sampai." Terdengar pula suara Dina yang gigih memberi semangat pada Hana.

Hana menarik nafas dalam. "Aku kira sampai sepuluh tak sampai juga siap kau Din." 

Tergelak Rain mendengar kata-kata Hana tersebut. Peluh dingin di dahi dilap dengan towel yang memang tergantung di leher. "Betul tu Hana. Sikit je lagi. Depan tu je."

Mereka terus mendaki lereng bukit Broga penuh berhati-hati. 

"Lapan, sembi....whoaaa." Terhenti kiraan Hana tatkala memandang pemandangan luas di hadapannya. Speechless.

"Cantikkan?" tanya Dina sambil memeluk bahu Hana.

"Cantik sangat." bisik Hana. Seronoknya dapat lihat langit yang penuh bintang. Ni kalau di KL, jangan haraplah nak dapat tengok langit seterang ini.

"Jom duduk sini." Rain yang dah melabuhkan punggung di atas tanah mengajak Dina dan Hana duduk di sebelahnya. Dua orang gadis itu masing-masing mengambil tempat di kiri dan kananya. Jam di tangan dikerling sekejap. Belum pun pukul 5 pagi. Banyak lagi masa nak tunggu sampai matahari terbit.

"Amacam? Seronok tak?" tanya Rain pada Dina yang berada di sebelah kanannya.

Laju Dina mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya. Dia memang dah lama nak naik Bukit Broga ni. Tapi disebabkan jadual dia yang agak padat beberapa bulan lalu, asyik kena tunda je plan dia. Lepastu pula, nak menyakinkan si Hana tu untuk teman dia panjat bukit ni pun memerlukan masa yang agak lama. Ada je alasan Cik Hana tu untuk mengelak. Tak ada kasutlah, tak ada seluarlah. Ni pun setelah dipaksa untuk kali yang ke limaplohdua baru Hana setuju. Itupun sebab dia dah malas nak dengar Dina merengek sebut tentang Bukit Broga lagi.

"Hana pula, how?" tanya Rain serentak berpaling memandang Hana pula. Tapi, terus dia rasa tak sihat bila terpandangkan senyuman Hana yang sedang mendongak memandang terus ke langit. 

Rain memegang dadanya. Dup dap dup dap apahal berdebar teruk jantung aku ni? And why suddenly Hana looks different? 

Hana memandang Rain bersama senyuman lebarnya."Thank you Abang Rain. I'm so happy. The scenery is soooo worthy!"

Dan Rain masih ye terpegun sambil memegang dadanya yang berdetak ibarat dhoom machaleeeey dhom dhom dhom....!

Rain tersentak bila terdengar bunyi suara orang bersembang yang lalu di hadapan mereka. Hana dipandang sekilas.

"Why you're smiling?" tanya Rain ingin tahu.

Hana menoleh memandang Rain di sebelah."Uh? Am I?"

"Yup. Abang selalu perasan yang Hana akan tersenyum kalau tengok langit pada waktu malam."

"Eh ada ke?" Tanya Hana lagi.

Rain mengangguk."Ada. Ingat Broga last year? I saw you smile masa kita duduk kat puncak tu."

"Oh..." Hana tergelak kecil.

"Entahlah. I just love it. Macam satu kepuasan dapat tengok langit yang ada bulan dan bintang. Lagi best kalau tengok bintang bertaburan yang banyak. It's like my day is complete."

"It's like talking to the moon, trying to get to you...." Rain mula melagukan lagu Bruno Mars di sisi Hana.

"Please eh. Don't let Rain calls the rain."

Terus Rain tergelak kuat.

***

"Nak McDonalds boleh?" lembut Hana meminta pada Rain yang sedang memandu.

"Are you sure? Tak nak makan benda lain?" Rain menduga.

Hana menggeleng. "Tiba-tiba terasa nak makan Big Mac. "

"But I want nasi." Usik Rain. Tapi memang betul pun dia lapar nasi walaupun dah nak dekat jam 10 malam. Dia hanyalah seorang tipikal lelaki tekak Melayu ye.

Cebik. "Ala, we go buy McD first then kita carilah nasi."

"Hana kan tak sihat. Kenalah makan makanan berkhasiat sikit."

"Eh orang dah sihatlah."

Rain tergelak kuat. This girl la, always make my heart flutter. "Okay okay..harini Abang kasi can lah kat Hana."

Mendengarkan itu, tersenyum lebar la Cik Hana kita. "Maceh.."

Rain tersenyum sambil memandang Hana sekilas. "Dine in or drive thru?"

Hana melihat jam di tangan. Almost 10 o'clock dan waktu macam ni mesti ramai kat dalam tu. Malas rasanya nak menghadap manusia di luar. "Drive thru nak?"

Angguk. "Then nak makan mana?"

Makin lebar sengihan Hana. "Dalam kereta?"

"My car?"

Hana angguk."Boleh kan?"

Rain dah berkerut dahi."Err Hana tahu kan that's my pet p..."

"Peeve. Yes I know it's your pet peeve tapi bukan selalu pun. Kali ni je. Hana rasa malaslah nak keluar. "

Rain membelokkan kereta masuk ke kanan untuk berbaris di McDonalds. Dikerling gadis di sebelah yang juga sedang memandang dirinya. Dalam fikirannya masih bertimbang tara dengan permintaan Hana. Tak pernah lagi dia benarkan sesiapa makan dalam keretanya. Bukan apa, nanti kalau tumpah ke apa ke datanglah makhluk serangga tu semua nanti. Lepas tu pula, dengan baunya lagi.

"Kalau tak boleh, takpelah. Hana makan kat rumah jelah nanti." Rendah Hana bersuara. Tengok muka Rain yang serius memikir tu macam malas pula dia nak meminta lagi. Kot datang angin dia, gaduh kali kedua lah jawabnya. 

Mendengarkan itu, terus Rain cair. "Ye lah. As you wish princess."

"Heee thank you bos! Okay nanti Abang buka tingkap then biar Hana yang order. Hana nak......" 

Rain menggelengkan kepala sambil tertawa kecil mendengarkan Hana yang dah mula memesan segala macam makanan yang dia nak. Ni kira kes balas dendam sebab tak dapat menikmati makanan semalam ke apa? Alahai Hana....nasib baik sayang.

***

Kasi can lah pada Abang Rain kita pula hehehe. Lila next!

No comments: