Aku Dia & Bunga 17 by Lila Vee

“ Jauh menung, ingat siapa?”

Encik Bakhtiar menepuk bahu Aiman yang sedang duduk di atas buaian di luar rumah milik keluarganya itu. Malam ini kakak kesayangannya iaitu mama Aiman ajak dia datang ke rumah untuk makan malam bersama. Dia pun apa lagi, harus tak lepaskan peluang nak menikmati lauk pauk air tangan Kak Izzah yang sedap itu.

“ Pak Su ni, kalau menung mesti kena ingat siapa-siapa ke?” Aiman sengaja memutar belit ayat walaupun dia tahu je ke mana arah tuju soalan Pak Su nya itu.

“Hana dah sihat?” Encik Bakhtiar bertanya sambil ketawa-ketawa

“Eh, you should know your worker better Pak Su. Dia dah datang kerja tadi kan?” Chey cover Aiman, jangan tak cover. Padahal pagi tadi kau siap follow dia pergi kerja dari jauh kan risau punya pasal lepastu patah hati sendiri bila tengok Rain datang? Tapi tak apa, sekurang-kurangnya dia lega, lega sebab dapat tengok senyuman ceria Hana, dengan lesung pipit di pipinya yang jelas kelihatan setiap kali dia tersenyum itu.

“Hana tu baik, comel, Pak Su rasa sejak dia kerja kat kedai Pak Su tu ramai betul klien puji dia sebab pandai layan customer. Psst..Hana tu kategori kalau kau bawa jumpa mama Pak Su kerat rambut mama kau takkan reject!”

Amboi, yakin sungguh Pak Su nya ini ya. Tapi Pak Su tak tahu, Hana tu dah ada yang punya dan hakikatnya anak saudara Pak Su ni cuma mampu tengok dari jauh je. Tak mungkin dia tergamak nak sakitkan hati kawan sendiri. Sailang menyailang ni bukan jenis seorang Aiman ya.

“Pak Su, how do we know that ‘she’ is the right one?” Aiman tiba-tiba keluar soalan cepumas sambil buat isyarat quote unquote dengan kedua tangannya

“Uhuk! Uhukk!” Encik Bakhtiar yang sedang meneguk kopi di tangannya mengurut dada perlahan. Mencabar sungguh soalan anak saudara dia seorang ni.

“Hmm… actually..”

Aiman angkat kening, menanti jawapan Pak Su dengan penuh sabar.

“Well….we just know….”

******
https://www.gadisbunga.blogspot.com

Monday, 22 July 2019.
Tentang perasaan.
Kita tidak bisa me-restart, install ulang,
ctrl-z undo perasaan kita.
Juga tidak bisa meng-copy paste, delete all, atau ctrl-alt-del semua perasaan kita.
Berhati-hatilah. Memory perasaan itu selalu tersimpan, bahkan kalaupun sudah diformat ulang.
Tetap tersimpan--
setidaknya di hati orang lain. [Tere Liye]

This, remind me of you.
Yes you.
And it hurt me so much.
Why.
Why.
Why.

Why must we met in this life?
Can i just die and met you again in another life?

But we only live once. Right?

Will i ever get an opportunity to love you even from far?

Even for a bit?

Or we should never ever met at first.

Why.
Just why.

********

Aiman merenung berulang kali skrin komputer riba di hadapannya ketika ini. Sekarang pukul 2.30 minit pagi. Entry terbaharu dari gadis yang sudah 8 tahun dikenalinya di dunia maya itu baru sahaja diupload beberapa minit yang lalu. Ah, bunga.. Her sleep disoder must gone really bad again. Aiman menggerakkan kekunci mousepad dan membuka tetingkap gmail. Email terakhirnya masih sepi tanpa sebarang balasan. Tapi Aiman tak kisah, Bunga memang begitu. Dia hanya akan reply bila dia rasa nak reply sahaja.

Re: gadisbunga@gmail.com
From : aimantakisah@gmail.com

My dear bunga….
Get yourself a cup of chamomile tea.

Re : aimantakisah@gmail.com
From : gadisbunga@gmail.com

:’)

Re: gadisbunga@gmail.com
From: aimantakisah@gmail.com

You are welcome. Kalau dekat i dah buatkan. Tapi yelah, orang tu nak jumpa kita pun tak sudi kan?

Re: aimantakisah@gmail.com
From : gadisbunga@gmail.com

Betul you nak jumpa i?

Re: gadisbunga@gmail.com
From: aimantakisah@gmail.com

I dah ajak you jumpa lebih dari 10 kali sepanjang 8 tahun kita kenal bunga.

Re: aimantakisah@gmail.com
From : gadisbunga@gmail.com

Ok. let’s.

*******

“Dekk…” Rain memanggil perlahan Dina yang sedang ralit membasuh pinggan di sinki rumah mama dan abah mereka. Mereka dua beradik sengaja ambil cuti bersama untuk balik menjenguk mama dan abah di Seremban hari ini. Bak kata mama, silap-silap boleh hujan dan ribut petir Seremban harini sebab dua beradik yang asyik sibuk ni tiba-tiba muncul depan pintu.

“Yes? Soalan lain selain Hana please. Thankyou.” Dina yang sememangnya dah tahu kalau abang dia yang seorang ni panggil meleret leret dengan suara slow semacam tu mesti nak meluah something pasal si jantung hati dia tu. Bosan tau tak? Boleh tak pandai-pandai sendiri nak hidup? Duhh, umur je dah masuk three series tau abang aku ni tapi benda simple macam bercinta ni pun complicated yang amat. Dina tercebik-cebik merungut sambil meneruskan sesi pembasuhan pinggan mangkuk.

“Biasa dia niii mengata abang ehh!” Rain yang entah sejak bila dah berdiri di belakang Dina itu terus menarik rambut separas bahu Dina yang diikat ekor kuda itu. Apa lagi, bergema lah jeritan suara nyaring Dina memenuhi ruang rumah. Nasib baik mama dengan abah dah ke surau. Hish la adik dia sorang ni pun.

“Abang jangan sampai adik suruh Hana reject abang eh.”

“Eleh, tu buah hati siapa please.” Rain tak mahu kalah.

Dina menjelirkan lidah. “I know her first abang. She loves me more.. Wekkk “

Rain mendengus perlahan melihat perangai kebudak-budakkan satu-satunya adiknya itu. Dia berjalan perlahan menuju ke peti ais, tangannya mencapai kotak Marigold Peel Fresh orange yang terletak di tepi pintu. Dua biji gelas di capai dari rak di atas kabinet pinggan mangkuk mama dan just oren itu dituangnya cermat ke dalam kedua-dua gelas lantas di bawa ke atas bar.

Dina yang baru selesai membasuh pinggan mengelap tangan pada apron yang dipakai dan melompat duduk di atas kerusi tinggi bersama abangnya. Air oren itu diteguk sedikit sebelum dia memandang Rain yang kelihatan termenung jauh.

“What happened?” Dina mencuit sedikit bahu Rain yang sudah sampai ke planet Captain Marvel gamaknya.

Rain menarik nafas dalam, sebelum menjawab.. “ Adik rasa, Hana betul-betul sayang abang?”

Ah, sudah.. “Kenapa pulak abang tiba-tiba masuk mode sentimental ni?” Dina cuba beriak selamba dan bersahaja.

“Saja, nak tanya pendapat orang yang paling rapat dengan buah hati abang tu.” Rain tersenyum nipis sambil memandang Dina. “So...what say you?”

“Hmm…” Dina menopang dagu dengan kedua belah tangannya sambil cuba mencari ayat yang sesuai untuk menjawab pertanyaan abangnya. Salah jawab naya jugak woo, bukan apa.. Hanya dia yang kenal Rain tu macam mana.. Takut tiba-tiba ribut petir yang mama cakap tadi tiba-tiba muncul kang payahhhhh.

“Abang tak marah. Cakap je.”

Dina mengalih pandang pada Rain di sebelah. Aik.. macam tau je abang aku ni..

“Sejak kenal Hana, abang macam dah boleh control … you know.. That ‘beast’ inside me.” Rain membuat isyarat quote unquote di hadapan adiknya.

Dina tersenyum mendengar jawapan balas dari satu-satunya abang kesayangannya itu. Mereka cuma dua beradik. Walau lahir dari rahim yang sama, tapi personaliti mereka berdua memang jauh berbeza. Dina faham apa yang dimaksudkan Rain, dan dia arif sangat tentang ‘sesuatu’ itu.

“Love can do anything kan abang?” Dina menepuk perlahan bahu Rain dan mendaratkan kepalanya di situ.

“Abang sayang Hana…” Rain berbisik perlahan.

“Ya… I know abang, cair tahi telinga adik ni dengar dah.”

“Sangat- sangat”

Dina terdiam. Parah sungguh abang aku ni.

“I even let her eat in my car.”

Dina menegakkan kepala serta merta. “Wait…. You.. what????” Hampir terkeluar biji matanya mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Rain. Abang aku dah tak waras ke apa? Serta merta tangannya naik merasa dahi Rain. Normal.

“Hana makan McD dalam kereta abang.”

Mulut Dina ternganga luas. “How comeeeeee abanggggg!!! You’ll kill me if i did that.” Dina sudah bercekak pinggang tak puas hati. Untuk pengetahuan, seorang Asyraf Bahrain takkan pernah benarkan sesiapa pun makan atau minum dalam Ford Ranger beliau itu ya. Bukan kereta itu je, kereta dia yang sebelum-sebelum ini pun macamtu hatta dari masa abangnya memandu Myvi zaman belajar dulu, kemudian Honda Jazz waktu mula-mula kerja dulu pun. Dina sendiri pernah kena marah kaw kaw punya sebab minum air mineral je dalam kereta. Yeee air mineral. Ini Hana makan McDonals?? Sah abang dia dah gila.

“You must love her too much then..” Dina berjeda.. “ Adik cuma harap, abang takkan patah hati.”

“Kenapa adik cakap macamtu?”

Dina hanya mengangkat bahu. “Random.”

Sepi antara keduanya selepas itu. Rain memusing-musingkan gelas di tangannya yang sudah kosong..

Oh, my Hana…..

Que Sera, Sera…
Whatever will be, will be..
The future’s not ours to see..
Que Sera, Sera..
What will be, will be..


No comments: