Aku, Dia & Bunga 18 by Bulanhijau

Berkerut sedikit dahinya membaca kiriman email yang bertarikh seminggu lepas. Alamat email yang hanya digunakan untuk “bekerja” itu memang jarang dia buka. Lagi pun, siapa je nak hubungi dia melalui alamat email tu?

From: aimantakisah@gmail.com
To: gadisbunga@gmail.com

Hi Bunga,

Can I call you Bunga? Sorry, I didn’t get your name (or did I miss it somewhere?).

I got your email address from your blog. To be honest, I really really like your writing. Tulisan awak seperti sedang bercakap dengan saya. Anyone ever said that to you? Please let me be the first to tell you that.

If you don’t mind, can we be friends? Like a pen-pal or something?
Btw, I’m Aiman.

Nice “meeting” you.

Aiman? Kenapa nama macam kenal? Tapi kan, kenapa dalam ramai-ramai followersnya, mamat ni jugak yang ajak dia berkenalan? Okey, tipu. Sebelum ni adalah jugak orang nak berkenalan tapi itu pun sekadar bertegur siapa di social media je. Berbalas email macam ni belum pernah lagi.

Dia bukannya nak berlagak bagus mahu pun sombong cuma dia kalau boleh tak nak terlalu exposekan dirinya. Bunga pasti setiap orang ada sebab tersendiri dalam memilih hobi. Dan dia pun tak terkecuali apabila dia memilih untuk menulis. Minat menulis mula timbul sewaktu dia di bangku sekolah lagi.

Masih segar di ingatan, dia akan simpan baki duit belanja hariannya demi untuk membeli sebuah buku tulis. Ibu bapanya bukannya tak mampu, tapi mungkin kerana sudah dididik dari kecil untuk berdikari, dia jadi terbiasa untuk usaha sendiri.

Tulisannya bermula dengan menulis diari ringkas. Alah, dulu masa sekolah mesti korang pun ada tulis diari kan? Kan? Kan? Diari yang dia akan tulis setiap malam sebelum tidur dan disimpan di bawah bantal. Kononnya, nak sorok daripada ibu.

And the rest is history. Gittewww. Laman blog ini pun dia buat untuk lepaskan gian menulis. Dia menulis bukannya untuk dikenali. Dia menulis kerana dia suka menulis. Dan dia suka boleh berkongsi apa yang ditulis dengan orang luar. Kekonon nak jadi invisible writer lah.

Berbalik kepada email tadi tu, patut ke dia reply? Kalau dia reply pun, apa yang dia nak tulis? Ibu pesan jangan bercakap dengan orang yang tak kenal, kan? Tapi kalau bercakap melalui email je, aci tak?

Re: aimantakisah@gmail.com
From: gadisbunga@gmail.com

Hi Aiman,

Yes, feel free to call me Bunga.
And nice meeting you as well.

***

Siapa sangka perkenalan mereka yang dari berbalas email tu boleh jadi rapat? Dan paling tak sangka, persahabatan mereka boleh kekal selama lapan tahun (and counting, insya-Allah).

Dan malam ni (or should I say pagi?), dia dah buat kerja gila apabila setuju dengan pelawaan Aiman untuk berjumpa.

KAU DAH KENA RASUK APA NI?!

Kepalanya dibenamkan di atas meja studi. Tangan kanan dan kirinya menarik perlahan rambut panjang yang disanggul tinggi tu. Itulah, dah tahu ada masalah nak tidur malam kau buat kerja gila berbalas email dengan Aiman tu siapa suruh?

Eh, ni nak salahkan diri sendiri ke apa ni? YES, I’M TOTALLY BLAMING MYSELF RIGHT NOW! Can I just undo whatever I wrote just now? Can I?

Okay, okay relax. Breath in, breath out. Breath in, breath out. Dia ulang mantra itu beberapa kali di dalam hati. Degup jantungnya kembali laju apabila telinga menangkap bunyi email notification. Lambat-lambat dia panggung kepala memandang komputer riba.

Re: gadisbunga@gmail.com
From: aimantakisah@gmail.com

When and where?

Aduhhhh… Tangan kanan menggenggam penumbuk sebelum dibawa menumbuk dahinya perlahan. Ni sekarang nak reply apa? Kau memang saje cari penyakit, kan?

Sejujurnya, dia kalau boleh memang nak berjumpa empat mata dengan Aiman. Cuma dia belum bersedia nak mengaku siapa dia yang sebenarnya. Tapi, sampai bila dia nak menipu Aiman? Kalau Aiman tak boleh terima kenyataan macam mana? Dia takut dia yang patah hati nanti.

Re: aimantakisah@gmail.com
From: gadisbunga@gmail.com

My wedding.
Soon.

Selesai sahaja dia balas email Aiman, dia terus tutup komputer riba. Okey, bulan ni dia taknak langsung log-in account email tu. Biarkan, dia tak nak tahu dan dia tak nak baca apa yang Aiman reply.

Okey, sekarang ni dia nak paksa diri untuk tidur! Dan kalau boleh nak lupakan apa yang terjadi malam ni.

****

“Mommy aku kata tak baik main-main dengan makanan.” Jay pelik melihat kawan baiknya Aiman yang sedari tadi hanya duk kuis-kuis makanan dalam pinggan.

Suara Jay mengembalikan Aiman ke dunia nyata. “Aku macam takde selera nak makan.” Jawab Aiman jujur.

Jay makin pelik. Sejak bila Aiman takde selera bila makan Nasi Kandar? Tahu tak, Aiman ni kalau dapat Nasi Kandar gaya mengalahkan orang tak makan seminggu.

“Jay, kau pernah terfikir nak kahwin tak?”

Nasib tak  tersembur air yang dia tengah minum. Kuangsam punya member, direct betul soalan. “Ada orang tak nak kahwin ke?” Soalan dijawab dengan soalan.

“Apa kau rasa kalau orang yang kau suka tu nak kahwin dengan orang lain?”

Ah, sudahhhh… Putus cinta ke kawan aku sorang ni? “Kau ni dah kenapa?”

Pinggan yang masih penuh dengan nasi tu ditolak ke tengah meja. “Kau boleh tak, jangan jawab soalan aku dengan soalan?” Aiman bengang. Kita tanya dia sebab nakkan jawapan tapi dia pulak tanya kita balik.

“Makwe kau tu dah ada orang lain ke?” Jay bertukar serius. Kalau dia masih main-main, silap hari bulan ada yang kena mandi dengan nasi kandar bercampur teh ais. “Dia kena kahwin dengan pilihan keluarga ke?”

Memincing mata AIman memandang Jay yang duduk di hadapannya itu. “Kau ingat ni slot drama pukul 7 tu ke?” Eh, chop! Kenapa mereka berdua ni masih berbalas soalan?!

“Ni mesti kes kau belum confess dekat budak perempuan tu, kan? Kalau dah confess mesti tak jadi macam ni.” Jay faham sangat dengan perangai Aiman yang suka pendam aje perasaan tu. Dah putih mata baru tahu nak menyesal. “Aku kenal ke perempuan tu?”

“Aku sebenarnya tengah serabut sekarang ni.” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. “Aku memang suka dekat someone ni tapi dia tu dah berpunya. And at the same time, aku suka dekat Bunga.”

So?”

“Bunga pulak nak kahwin.” Boleh bayangkan tak betapa remuk hatinya selepas baca email Bunga pagi tadi? Dan lagi buat dia serabut apabila Bunga langsung tak reply emailnya.

“Bunga bukan sekuntum, bro.” No pun intended. Jay macam nak tergelak dengan apa yang dia cakap tadi. Seorang Jason manalah pandai nak bagi nasihat fasal hati dan perasaan ni. Kalau dia champion sangat takdelah dia masih membujang sampai ke hari ini. Kan?

Jam di pergelangan kiri dikerling. “Kita ada meeting pukul 2.30.” Ujar Jay serius apabila Aiman hanya diam.

Aiman menggeleng kepala beberapa kali. Kedua belah tangan dibawa meraup wajah. Nafas panjang ditarik sebelum pinggannya tadi kembali ditarik ke birai meja. Dear hati, I will deal with you later.

***

“Helo?”

“Hai, sayang,”

Telefon bimbit di bawa ke depan muka. Sebaris nama yang tertera di skrin buatkan dahinya bertambah berkerut. “Siapa sayang?”

Rain di sebelah sana tergelak kecil. “Hanalah sayang abang.” Dia berdeham perlahan. “Sayang dah lunch?”

Hana memandang Tupperware di atas meja. Pandangannya jatuh pada Vee yang sudah tersengih-sengih tu. Terus saje dia menolak kerusi ke belakang lalu terus bangun dari duduknya. Terus dia keluar dari pantry.

“Hana?”

“Ya, ada ni.” Dia berhenti di hadapan workstationnya. “Hana baru nak makan masa abang call tadi.”

“Abang kacau sayang ke ni?”

Hana dah rasa mukanya panas. Laju tapak tangan dibawa memegang pipi. Kalau lagi sekali Rain panggilnya sayang, dia rasa pembuluh darahnya boleh pecah.

“Sayang?”

“Tak, tak.” Macam tak nak keluar aje suaranya. Aircond dalam kedai ni tak function ke? Makin panas pulak aku rasa. “Abang dah makan?”

“Baru je sudah.” Jeda. “Hana okey je kan kalau abang panggil Hana, sayang?”

“Okey, okey je.” Dia berdeham perlahan. “Tapi jangan selalulah. Kalau selalu nanti takut Hana pengsan pulak.” Jujur dia menyambung.

“Boleh pengsan ke sayang?”

“Abangggggggg …” Hana sudah terduduk di atas lantai. Belakang badan disandarkan pada kaki meja. “Kalau abang kacau lagi sekali, Hana letak aje telefon ni.”

Rain di sebelah sana sudah tergelak besar. Suka betul dapat menyakat Hana. “Okay, okay sorry.” Jeda. “Actually abang rindu nak dengar suara Hana.”

Hana hanya diam. Macam susah pulak nak menelan liur.

“Abang rindu nak dengar suara Hana, rindu nak jumpa Hana.” Sambung Rain apabila Hana masih diam. “Abang rindu nak tengok Hana gelak. Abang rindu Hana.”

Adududududuuuuuu… Dia cakap fasal rindu-rindu pulak. Serius, sekarang ni Hana rasa macam nak benamkan diri dalam lantai kedai. Sungguhlah seorang Hanania memang tak pandai apabila sampai bab hati dan perasaan.

“Hana?”

“Ya, Hana dengar.” Kepalanya dibenamkan di atas lutut. “Kalau rindu, malam ni bolehlah jumpa Hana?”

“Malam ni tak bolehlah, sayang. Abang ada teleconference dengan HQ dekat Bangkok.”

“Ohhhh …” Macam orang jauh hati pulak suara Hana. “Takpelah kalau macam tu, nanti bila abang free kita boleh jumpa.” Jeda. “Tak pun, abang text je Hana macam biasa.” Hana cuba memujuk. Pujuk Rain ke pujuk hati sendiri?

“Okey.” Macam jauh hati aje suara Rain di sebelah sana. “Hana pergilah sambung lunch. Abang pun nak kena masuk meeting ni.” Pamit Rain.

Okay, abang take care tau.” Sempat Hana berpesan sebelum mereka menamatkan panggilan. Terus saja telefon bimbit dilekapkan ke dada. Wahai jantung, kenapa kau berdegup serupa nak keluar dari paru-paru ni?

“Hana, awak buat apa dekat bawah meja tu?”

Hana terus bangun dari atas lantai mendengarkan suara Encik Bakhtiar. “Saya jawab call tadi.”

Terjongket sedikit kening kanan Encik Bakhtiar. “Jawab call sampai masuk bawah meja? Boyfriend called lettewww.” Usik Encik Bakhtiar sambil tersenyum lebar.

Pipi Hana yang baru sejuk tu kembali panas. Malu oi! “Saya nak sambung makanlah, Mr. Bak. Kesian nasi saya tu mesti dah sejuk.”

Ohhh… ingatkan dah kenyang dengar suara boyfriend.”

Hana hanya menarik senyum dan terus angkat kaki meninggalkan majikannya tadi. Mr. Bak tu kalau dah sampai angin mengusik, boleh masuk dalam simen agaknya menahan malu.


Encik Bakhtiar memandang kelibat Hana yang sudah hilang di sebalik pintu pantry. Kepalanya digeleng perlahan. Aiman, looks like you’ve a competition.




So, amacam? Dah senyum sampai langit ke belum? Kita pass baton to Nirrosette untuk sambung dan buat korang senyum lagi, lagi dan lagiii

No comments: