Aku, Dia & Bunga 19 by Nirrosette

“Boleh tak?” Iman pandang abangnya dengan mata terkelip-kelip, meminta ihsan. Sungguh la, sekarang ni memang masa yang sangat genting. Tengah sibuk siapkan assignments kot. Boleh pulak MacBook Iman ni buat hal. Mujur alongnya boleh diharap. Memang sedari dulu lagi kalau apa-apa alat teknologi di rumah yang rosak, Aiman akan tolong baiki. Telefon bimbit, televisyen, pendingin hawa hatta mesin basuh sekalipun, Aiman boleh betulkan. Memang jimat duit tak payah panggil handyman! Bertuah sungguh siapa dapat kahwin dengan along aku ni. Eh. Tibahh.

“Kenapa tak bawak pergi Apple Store?” Soal Aiman sambil menekan butang ‘power’. Percubaan kali ke-sepuluh untuk menghidupkan MacBook Air Iman yang seakan-akan hidup segan mati tak mahu.

“Makan beratus kalau nak repair kat situ. Iman mana ada duit. Iman kan student. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Balas Iman dalam nada sedih. Ewah ewah ewah. Berdrama kau ye!

“Meh sini.” Aiman memberi isyarat kepada adiknya itu untuk datang mendekat. Teragak-agak Iman mengesot ke sisi alongnya. Tak sempat Iman elak, Aiman dah lock leher Iman dan menyiku manja kepala adik kesayangannya itu. “Memang harus lah takde duit kalau tiap-tiap malam pergi Starbucks!” Leter Aiman geram. Iman tayang muka tak bersalah.

“Starbucks is the way of life, okay?” 

Aiman mencebik. Dia mengambil wayar pengecas lalu cuba untuk menghidupkan komputer riba Iman untuk kesekian kali. Masih juga tak dapat dihidupkan. Aiman keluarkan pengecas berbeza daripada begnya pula untuk mengecas tetapi masih tiada impak. Komputer riba Iman benar-benar tidak dapat diselamatkan.

Files dalam Macbook ni ada back up tak?”

Err. Iman garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal. “Not everything.”

“Assignments?”

Assignments ada. Mostly Iman dah upload dekat Drive.”

“Apa lagi yang ada dalam ni?”

“Kebanyakannya gambar la. Dokumen penting Iman ada salinan.”

“Okey. Along rasa kalau bukan bateri, mungkin ada hardware problem. Tapi along tak boleh repair sekarang la. Along kena bawa balik ofis. Bagi Jay tengok. Dia lagi expert bab benda-benda ni.” Ujar Aiman sambil menggulung wayar pengecas yang berselerak di kafé itu. Kepakaran Aiman ada juga hadnya. Sangka Aiman bila Iman call minta tolong suruh tengokkan Macbooknya yang tak boleh dihidupkan, mungkin kerana wayar pengecas yang sudah rosak. Tetapi nampaknya guna pengecas lain pun tetap tak boleh cas. Rasanya mesti ada masalah “dalaman” yang lain.

“Jay?” Iman tersengih panjang penuh makna. “Jay yang Chinese looking tu kan?” Soalnya lagi sambil mengangkat-angkat kening. Bukan Chinese looking pun sebenarnya sebab dia tu memang Chinese. Jason nama penuhnya kalau Iman tak silap. Chinese Muslim yang mukanya sebijik macam pelakon yang sering bergandingan dengan Emma Maembong. Apa ntah nama dia, Iman pun dah lupa. Alvin kot.

“Nak kena luku lagi ke buat muka mentel macamtu?” Aiman bulatkan mata sambil mencekak pinggang. Tahu sangat si Iman ni ada crush dekat Jay sejak azali. Tetapi malas Aiman nak melayan. Aiman tahu, crushes come and go. Iman pun masih muda. Besides, Iman was never serious anyway.

+ But that one crush has stayed for years. Are you sure crushes really come and go, Aiman?

Iman laju-laju menggeleng, masih lagi dengan sengihan yang bersisa di bibirnya yang mungil beroles lip gloss berwarna merah jambu. “But it is him kan? Your bestfriend forever?”

“Ye la. Abang mana ada kawan lain. Tak macam Iman. Kawan keliling pinggang. Asyik lepak kat Starbucks je kerjanya. Cuba jadi macam Amal sikit. Kalau lepak, lepak dekat perpustakaan. Sejuk sikit perut abang mendengar.”

Ek eleh! Laju sahaja jari Iman menyepit perut Aiman tanda protes. “Bro, at least Iman duduk Starbucks buat kerja bukan merempit melepak tak tentu hala okey?” Balasnya defensif. Iman memang sedia maklum, meskipun dia dan Amal kembar tetapi hakikatnya perangai mereka berbeza.

Amal si ulat buku. Penggemar bahasa. Sebabtu buat TESL nak jadi guru Bahasa Inggeris. Iman pulak berdarah seni. Suka filem dan muzik. Maka dia memilih untuk sambung pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Aiman angkat tangan tanda mengalah. “Fine you win. Along tak nak gaduh.” Budak Iman ni memang tak boleh diusik langsung. Tapi kalau dia mengusik orang boleh pulak!

“Eh. Along. Tu bukan girlfriend along ke?” Soal Iman sambil menghala dagu ke arah seseorang yang berada di luar kafe.

 “Hah?” Spontan Aiman menoleh ke arah yang dimaksudkan. Aiman memicing mata.

“Oh.” Entah kenapa Aiman terasa seolah-olah hatinya jatuh ke tanah dihempas dipijak disiat-siat tatkala terpandang kelibat gadis itu bersama si jejaka.

+ Yang kau nak emo tak memasal ni dah kenapa? Rain boyfriend dia. Not you, wake up Aiman!

“Excuse me?” Iman memetik-metik jari di hadapan Aiman. “Your girlfriend is out there, main suap-suap aiskrim dengan lelaki lain, along boleh oh kan aje???”

Aiman malas hendak menerangkan keadaan sebenar. Dia menyibukkan diri menyimpan barang-barangnya di dalam beg. “Dah lah, jom gerak.”

Iman spontan bangun dan mencekak pinggang. Jom gerak? Tu je? Dia segera menarik tangan Aiman dan mengheret lelaki itu untuk menurut langkahnya. “FINE. JOM GERAK.”

 *****

“Hai kak.” Hana spontan memanggung wajah apabila seorang gadis tiba-tiba berdiri tegak di hadapannya dan menegurnya mesra.

 “Siapa eh ni? Sorry…akak tak cam.” Ujar Hana sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Hana bukan jenis short term memory loss. Tapi sungguh, wajah ni memang Hana tak pernah nampak langsung sebelum ini.

“Saya selalu nampak akak dekat Bak’s Florist.”

“Ooooh.” Hana mengangguk-anggukkan kepalanya, kononnya ingat walhal sebenarnya Hana yakin dia tak pernah nampak pun gadis ini di tempat kerjanya. Lebih-lebih lagi dia cakap selalu. Selalu means dia regular customer kan. Hana kenal semua regular customer di kedai itu. Dan gadis ini…bukan salah satu daripada mereka. Jadi? Siapa dia sebenarnya?

“Takde, saja je nak cakap. Kakak ni cantik sebenarnya. Cantik sangat luaran akak. Harap-harap dalaman pun cantik jugak la ye. Okey kak, saya chiao dulu.” Tanpa menunggu balasan, gadis itu terus pergi.

Hana terkedu di tempat duduknya. Terkejut mendapat komen sebegitu. Apa maksud budak tu sebenarnya? Seolah-olah ada yang tersirat di sebalik kata-katanya itu. Ikutkan hati, Hana hendak mengejar gadis itu tetapi Hana takut Rain mencari dia pula nanti. Hana sekadar mengekori langkah gadis berbaju belang biru putih itu dari jauh. Hana terlihat dia mendekati sebuah kereta yang terparkir di tepi jalan dan terus sahaja memboloskan diri ke dalam. Mata Hana tak supersonic untuk melihat tembus ke dalam siapa gerangan pemandunya. Tetapi, nombor plat kereta tu macam pernah nampak. Cuma Hana sumpah tak ingat di mana.

Rain muncul sesaat kemudian membawa dua botol air mineral untuk membasahkan tekak. Memang haruslah, dah makan ais krim, terasa haus pula kemudiannya. “Siapa tadi tu?” Soal Rain sambil melabuhkan duduk di sebelah Hana. Dia perasan ada seorang gadis datang menegur Hana tadi. Namun belum sempat Rain datang menyapa, gadis itu sudah pergi.

“Oh.” Hana teragak-agak hendak berterus terang. “Dia regular customer dekat Bak’s Florist. Tu yang tegur tu.”

“Ohhhhh.” Dan perbualan itu tamat di situ. Rain mengubah hala tujuan dan bercakap pula tentang beribu bintang di langit kini menghilang, meraba aku dalam kelam~

Hana menghembus nafas lega kerana Rain tidak memanjangkan soal jawab tentang gadis misteri itu. Tetapi jauh di sudut hati Hana…dia masih tertanya-tanya. Apa maksud perempuan tu sebenarnya?

*****

“You what??????????”

Aiman rasa macam nak terkam adiknya pada tika dan saat itu. Mujur tengah memandu. Aiman perlu fokus!

“Dah along tak mampu nak cakap apa-apa, biarlah Iman serang dia. Excuse me, bukan teruk pun Iman serang dia. Iman bagi dia tazkirah sikit je biar dia sentap. Kalau dia terasa baguslah. Kalau tak terasa, well…I can’t say anything."

“Puteri. Iman. Amanina.” Sepatah-sepatah Aiman memanggil.

“What?” Iman berpusing menghadap alongnya yang sedang memandu. Dia menentang pandangan itu berani. “What??” Ulangnya sekali lagi. Alongnya itu memang lembab. Dari dulu. Bab hati dan perasaan dia memang slow. Slow gila nak mati. Sebabtu dari zaman sekolah menengah sampai ke kolej sampai ke universiti sampai ke alam pekerjaan masih single mingle jingle bingle lagi. Mama sampai seriau tau takut along kesayangan mereka tu gay. Yelah, sekarang ni kan tengah zaman nak menegakkan hak-hak LGBT. Taktahu lah hak apa yang hendak dipertahankan lagi sedangkan dah terang tak perlu bersuluh kot halal haram dari segi agama.

“The problem is. SHE. IS. NOT. MY GIRLFRIEND!” Nyaris-nyaris Aiman hendak menjerit. Tetapi dia sekadar mengepal kedua tapak tangannya dan menumbuk angin tanda geram. Nak berkasar dengan Iman memang tak lah. Tetapi Iman betul-betul keterlaluan. Kesian Hana! Hana taktahu apa-apa!

“Habistu kalau dia bukan girlfriend along, cincin yang along beli tu untuk siapa???” Iman mencekak pinggang. Mana ada perempuan lain selain wanita yang Pak Su tunjukkan gambarnya hari tu. Dan along ni pun bukan playboy nak layan ramai perempuan. Takkan Pak Su nak menipu pulak?

“Tu! Along! Beli! Untuk future wife along! Yang tak wujud pun!!! Okey???” Naik beroktaf-oktaf suara Aiman kerana tidak dapat menahan rasa.

Rahang Iman terjatuh mendengarkan kata-kata Aiman, nyaris-nyaris rahangnya mencecah lantai. Future wife yang tak wujud. Hold up. Wait a minute. Aku perlukan masa untuk terima hakikat ini.

Adakah abang aku……gila?

*****

AMACAM GAISEEEE AIMAN GILA TAK? :P

No comments: