Aku Dia & Bunga 20 by Ahmd Ibrhm

It’s over.
I know it’s over between us. But I hate the idea of seeing you right in front of me (literally) every single day.
It’s not your fault. It’s not my fault too. We can’t really blame the gravity for falling in love, eh?
Let’s walk two different ways. Then maybe I’ll see you again.
But please don’t hate me.

Hana melepaskan ikatan rambutnya. Rambut yang ikal mayang itu mengurai jatuh hingga ke pangkal lengan. Macbook Pro diletakkan ke sisi sebelum bibir mug dibawa ke mulut. Malam tanpa Dina. Kalau ada Dina, jarang sekali dia dapat duduk menikmati secawan kopi sambil menaip begitu. Ya, menaip.

Dia menghela nafas panjang. Selepas seharian dating dengan Rain, kakinya rasa sengal-sengal semacam. Yelah, pakai heels maunya tak lenguh. Dia tersengih sendiri apabila teringat insiden ketika membeli ais krim di Baskin Robins lewat tengahari tadi.

“Hana nampak tinggi sikit harini.” Ujar Rain sambil menyeluk kedua belah tangannya ke dalam saku slack.

Hana terkedu seketika. Tak tahu dia patut rasa bengang ataupun malu. “Abang perli Hana ke macamana?”

“Maksud abang, you look beautiful today.” Rain cepat-cepat membetulkan.

“Oh, selama ni Hana tak beautiful lah…” Hana saja mencebik sambil membelek perisa ais krim di hadapannya.

Rain dah menarik senyum sampai ke telinga. “You’re beautiful, Hana. Every single day. But, does it hurt?”

Hana menoleh sedikit. Apa? Pakai heels ni ke? Of course sakit!

“Falling from heaven??” sambung Rain.

Hana rasa mukanya panas. Asyraf Bahrain ni buat pickup line pulak.  Cepat-cepat dia mengalihkan perhatian kepada pekerja di kaunter itu. “I want Mint Chocolate Chip… abang nak apa?”

Rain terdiam sebelum menggeleng. “Kita kongsi jelah.”

Hampir terjegil biji mata Hana. Tanpa banyak berfikir, dia terus mengeluarkan not RM50 sebelum lelaki itu sempat berbuat demikian. Dia pun tak suka sangat Rain bayarkan semua benda. Kalau tadi tengok wayang Rain dah belanja, bayar makan turn Hana lah pula. Kalau Rain bayar makan, nanti Hana akan bayarkan tiket parking ke. Baru rasa macam berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Eh.

“Okay, thank you.” Ucapnya sebaik sahaja mangkuk ais krim itu bertukar tangan. Dia mula menyudu. Ahhh, dapat aiskrim tengahari macam ni memang nikmat.

“Makan duduk sayang.” Tegur Rain.

Terhenti suapan Hana apabila mendengarnya. Nasib baik kiosk Baskin Robbins itu menyediakan kerusi dan meja bagi tetamu yang nak lepak. Terus dia melabuhkan duduk dan secara automatic Rain duduk berhadapannya. Dan bermulalah sesi pandang-pandang-tenung-tenung ya. Ais krim pun boleh cair kalau macamni, Hana!

“Abang taknak ke?” Hana dah menyua cawan aiskrim yang masih berbaki itu. Tadi kata nak kongsi, tapi tak ada gaya macam orang nak makan je.

“Suapkan lah.” Rain menongkat dagu.

Eeee. Hana rasa nak sumbat je sudu kecik tu kat kedua biji mata Rain. Hana terus memulakan suapan tanpa banyak kerenah.

Rain tergelak kecil. Sesaat kemudian riak wajahnya berubah.

“Abang okey tak ni?” Hana dah mengangkat kening.

“Abang tak pernah makan mint ice cream sebenarnya.” Jawab Rain jujur. “Tak sangka it tastes like a toothpaste.

“Lahh,” Hana terus tergelak di situ. Dah agak dah. Orang power je boleh makan mint chocolate chip ni. “Kenapa abang tak order lain tadi?”

Rain menggelengkan kepala. “I don’t know. Maybe it’s because of you.”

Hana tersenyum apabila mengingatkan sebaris ayat itu. Maybe it’s because of you. Entah kenapa dia rasa hatinya berbunga-bunga sampai sekarang. Hana melompat bangun dari sofa three-seater itu. Kalau dibiar lama-lama memang sampai ke sudah dia duk tersengih. Dia baru teringat dia nak check telefon, mana tahu Dina ada hantar WhatsApp ke apa.

Tangannya menggagau dalam tas tangan Niko-Niko itu. Dia menarik keluar sesuatu yang berupa telefon bimbit tapi rupa-rupanya bukan. Powerbank Aiman, desisnya. Dia tak sempat nak pulangkan lagi. Macam mana nak pulangkan kalau mereka dah lama tak jumpa. Lama ke? Well, ‘lama’ lah bagi Hana sebab dia macam dah lupa akan kewujudan Aiman tu hanya di hadapan pintu rumahnya sahaja.

It’s over, Hana! Tapi takkan sampai tak pulangkan balik, kan?

***

Aiman menuangkan kibbles ke dalam setiap mangkuk berbentuk bulat itu. Kemudian dibiarkan Milo, Neslo, Kopi dan Latte berebut menikmati makanan masing-masing. Dia tersenyum sendiri melihat gelagat anak-anak kucingnya itu. Itulah rutinnya setiap hari selepas menunaikan solat isyak. Sempat dia mengerling jam di dinding.

Lepas hantar Iman ke rumah mama tadi, dia sempat menjamah lauk labu masak lemak dengan ayam sambal kegemarannya. Cadangnya nak stay rumah mama di Seremban sahaja, dan esok pagi gerak terus ke tempat kerja. Tapi mengenangkan soalan bertubi-tubi dari Amal dan Iman itu, terus dia capai kunci kereta dan cabut balik. Kalau dilayan, dia yang gila. Atau sebetulnya dia sudah gila?

“Sampai hati abang buat mama macam tu.” Ayat terakhir Iman itu menyentap sedarnya.

Aiman meraup wajahnya dan kembali ke ruang tamu. Telefon bimbit dicapai dan satu pesanan ringkas dari Iman itu dibaca sekali lalu.

Iman
I won’t tell mama. But please don’t let people hurt you.

Aiman tahu adiknya seorang itu tak boleh tengok dia sedih sikit. Nakal-nakal mereka berdua tu pun, mereka mesti selalu ada sebagai cheerleaders.

Ting tong.

Langkahnya menuju ke arah pintu rumah. Dia terus memincingkan sebelah mata di door viewer. Hampir terjatuh telefon bimbitnya melihat kelibat Hana di hadapan pintu rumah. Cepat-cepat dia menguak daun pintu. Sebelah tangannya menyelak anak rambut yang macam tak siap itu. “Hana… Hai, hello!”

Hana tersenyum dan menghulurkan sesuatu. “I lupa nak pulangkan. Thanks again.”

No problem.” Aiman sudah menyambut dan turut tersenyum. “So macam mana harini?”

“Err, harini I cuti. Boleh lah.” Hana mengetap bibirnya. “You? How’s your day?”

“Amazing.” Balas Aiman ringkas. Bukan harini dah dapat dating dengan abang kesayangan ke? “By the way, I nak mintak maaf. Kalau adik I ada silap cakap siang tadi…”

“Adik you?” Hana sudah mengerutkan dahinya.

“Iman.” Aiman menuturkan sepatah. “Dia yang tegur you tadi kat Baskin Robbins. Sorry kalau ayat dia tu… kasar sikit.”

“Ohhh.” Hana terangguk-angguk. “Adik you comel gila. No worries, I tak amik hati pun!”

Aiman membelek powerbank di tangan. Ayat Iman itu tiba-tiba berputar di kepalanya. “Okay lah. I should go…”

“Hei, Aiman.” Tegur satu suara.

Spontan Aiman mengangkat kepala. Rain dan Dina sedang berdiri dan memandang ke arahnya. Hana turut menoleh.

“Sayang, abang ingat awak dah tidur?” Sambung Rain pula.

Dan Aiman rasa dia nak buka pintu ke mana sahaja lalu hilang dari pandangan mereka bertiga saat itu juga.

***

“Aku WhatsApp kau tadi, tapi tak balas.” Dina bersuara perlahan.

Hana dah memeluk kedua belah kakinya di atas sofa. “Aku serba salah lah Din.”

“Alahai Hana. Kau bukannya bagi bunga pun kat Aiman tadi.” Dina merangkul bahu Hana. Dia tahu Hana tu cepat panik.

Hana menelan liur. Jambangan daffodil dan daisy yang dah digubah di atas meja kopi itu dipandang tanpa perasaan.

“Kau tengok kan cara dorang pandang tadi macamana?” Hana menarik sila. “Aku rasa kita pun boleh terbakar.”

Dina tergelak kecil. “I know right. Aku tak pernah nampak abang aku serious macam tu. Maksud aku, overprotective!

“Kalau dia tak protective, takkan lah dia nak hantar kau sampai atas…” Hana dah menjulingkan mata.

Dina menggeleng perlahan. “You don’t know him, Hana. Sejak dengan kau ni lah baru dia buang tebiat macam tu.”

“Apa maksud kau?” Hana dah menelengkan kepala.

“He’s different now.” Dina dah menepuk bahu Hana. “Congrats Hana. Welcome to the family.” Ucapnya kemudian menoleh ke arah komputer riba yang masih terpasang.

“What is this?” Dina menolak sedikit skrin Macbook Pro milik Hana itu.

Hana membulatkan biji matanya sebelum cepat-cepat menarik komputer riba tersebut. “Nothing.” Dia menutup skrin Macbook Pro itu sambil tersenyum.

“Sorry…” Dina dah mengangkat kedua belah tangannya. Dia mengerutkan dahi sebelum bangun. “Aku nak mandi dulu. Dah berlengas dah ni.”

“Okey.” Hana sudah mengurut dadanya. Fuhh, selamat.

Seketika kemudian Hana mencapai telefon bimbitnya. Beberapa pesanan ringkas melalui WhatsApp itu muncul di notifikasi. Dan mestilah dia baca whatsapp Rain dulu.

Rain
Esok malam dinner sekali nak tak? Abang book untuk empat orang. Awak, Dina dengan Aiman.

APAKEHALNYA AIMAN SEKALI? Tak pernah dengar ke two’s company, three’s a crowd!

2 comments:

Milah86 said...

It's Iman rite yg keluar dgn Aiman that day n sound Hana?

N said...

Ooops! Thank you! Dah betulkan :D