Aku, Dia & Bunga 21 by Qwerty

Setelah hampir setengah jam melepak di rumah Aiman, Rain memandu pulang ke rumahnya dengan perasaan berkecamuk. Kasar nafas dihela. Tak tahulah apa nak rasa sekarang. Tadi masa nampak Hana sedang bercakap dengan Aiman, rasa macam panas je hati. Tapi cuba dikawal suara dan riak wajahnya agar tak nampak terlalu ketara di hadapan yang lain.

Dia cuba menjadi rasional dan menganggap yang Hana-Aiman hanya sekadar jiran yang happen to talk to each other. Tapi dia juga tak boleh menidakkan raut muka Aiman yang dia nampak bukan macam sekadar seorang jiran bercakap dengan seorang jiran.

Rain menarik nafas dalam. “Ke aku je fikir macam tu?” Handbrake kereta ditarik selepas keretanya memasuki kotak parking. Lama dia merenung stereng kereta sebelum fikiran melayang teringatkan kejadian tadi. 

Muka Hana sangat terkejut bila nampak dia dan Dina berdiri di hadapan lif. Dan bila mata mata mereka bertemu, Hana cepat-cepat larikan pandangannya. Rain memandang Hana pelik dan terus membuka mulut. “Sayang, abang ingat awak dah tidur?”

Hana kembali memandang Rain. Diberikan senyuman serba salah. “Err Hana memang nak tidur tadi. Tapi teringat pula power bank Aiman ni tak pulangkan lagi.”

“Macam mana boleh ada pada Hana?”

Hana memandang Dina sekilas. Dina memandang Rain di sisi sambil memegang lengan abangnya.

“Hai Dina, hey Rain. Aku bagi dia pinjam masa terjumpa kat bawah haritu. Battery dia kong masa nak pergi kedai. Kebetulan aku ada power bank, aku bagilah pinjam.” Aiman menjawab bagi pihak Hana bila melihat mata Rain dah bertukar macam mata helang.  

Rain memandang Hana sekilas dan terus mara ke hadapan Aiman. “Oh okay.” Bahu Aiman ditumbuk sekali. Like a brotherhood gesture gitu.

“Pergilah masuk. Dah lewat ni.” Tambah Rain sambil memandang Dina dan Hana. Dia dah bersandar pada pintu rumah Aiman.

Dina menyauk tangan Hana. “Okay kitorang masuk dulu. See you Aiman.

Hana memandang Aiman. “Thanks again Aiman.” Pandangan berpindah pula pada Rain. “Good night abang. Take care.”

Night sayang.” Balas Rain. Aiman di sebelah dikerling dengan hujung matanya. Mereka memandang dua orang gadis itu masuk ke dalam rumah.

Bro, minum jom?” Ajak Aiman setelah pintu rumah di hadapan dah tertutup rapat.

“Mana?”

“Dalam rumah aku je dah lah. Tapi air kosong jelah ada.”

“Asal kau tak bagi air paip, aku okay je.”

Rain tersedar dari lamunan tatkala cermin keretanya diketuk perlahan oleh security guard yang concern agaknya melihat dia tak keluar keluar dari kereta sejak tadi. Dia mengangkat tangan tanda okay pada security guard tersebut. Keluhan dilepas kuat dan rambutnya diraup kasar. Harap-harap apa yang aku fikirkan tak terjadilah. Handphone dicapai dan jarinya pantas menghantar message pada Hana untuk ajak dinner sekali malam esok. Sesudah message dihantar, pantas Rain membuka pintu kereta dan naik ke rumahnya untuk mencari punching bag untuk ditumbuk sekuat hati.

***

“Dina, kau ada apa-apa ke dengan Aiman?” Tanya Hana sejurus Dina membuka pintu biliknya.

“Huh?” Apa kena minah ni tanya soalan luar alam?

Hana duduk di atas katil dan menunggu Dina yang sedang membungkus rambutnya dengan tuala siap. Digamit Dina untuk duduk di sebelahnya.

“Apanya?” tanya Dina.

“Abang kau ajak double date esok.”

“Ha?” Dina terkejut keliru lantas ketawa lepas. Dah kenapa dengan cik abang seorang tu?

Hana menggulingkan bebola matanya. “Tu aku tanya kau ada apa-apa ke dengan Aiman? Sejak bila? Macam mana boleh together?”

“Uish banyaknya soalan Cik Hana oi. Satu persatu boleh?” Dina memandang Hana geram. “Kejap, bilanya abang ajak double date ni?”

“Dia WhatsApp aku tadi. Dia ajak dinner esok. Kita berempat termasuk orang rumah sebelah,”

Dina mengangguk faham. “Lepastu, apa yang membuatkan kau assume aku dengan Aiman?”

Hana tarik sengih. “Manalah aku tahu. Dah tiba-tiba ajak dinner dua lelaki, dua perempuan. Aku assume double date jelah. Aku dengan Rain, kau dengan Aiman.”

Pantas Dina menjentik dahi Hana. “Kau ni kadang-kadang boleh tahan juga eh tahap pemikiran. Bila masanya aku bercinta dengan si Aiman tu?”

Hana mendesis. “Sakitlah…”

“Padan muka. Macam manalah kau boleh fikir aku dengan Aiman.”

“Yelah, aku nampak korang selalu juga pergi jogging sama. Kadang-kadang berbalas message lah apalah.”

“Dah kau tak nak teman aku jogging, kadang-kadang kalau nampak dia jogging aku joinlah sekali.” Ujar Dina sambil mengambil mask muka dari dalam laci di sisi katil. Dibaringkan kepalanya di atas peha Hana. “Pakaikan.”

Hana mencebik tapi tangannya tetap juga memakaikan mask pada muka Dina. “Tak adalah. Aku macam terkejut tiba-tiba dapat mesej dari abang kau nak makan sekali. Manalah tahu dia nak kenalkan Aiman as adik ipar ke kan.”

Peha Hana dicubit perlahan. “Pandailah kau.”

Dina memandang Hana yang sedang fokus memakaikan mask pada mukanya. “Kau sayang Abang Rain?”

Hana tersentak. Mata Dina dicari lantas dijeling. “Kau kenapa suka tanya soalan tu sekarang?”

Dina tersengih.

“Isk duduk diamlah. Kang tak rata mask ni kang.” Desis Hana.

Dina berdehem menghilangkan sengihnya. “Antara Aiman dengan Abang, mana handsome?”

“Kau ni kenapa?” Berkerut dahi Hana mendengar pertanyaan Dina. 

“Jawab jelah.”

“Adakah kita dah masuk mood kak-adik ipar? Kau saja nak tengok aku sesuai jadi kak ipar kau ke tak eh?” Teka Hana.

Dina menjulingkan matanya. “So siapa lagi handsome?”

“Urm….” Hana dah mula membayangkan kedua-dua lelaki yang disebut Dina. Rain muka serius. Tapi bila dia senyum, memang terus layak jadi si pencair hati. Aiman pula, mukanya lebih lembut sebab mudah tersenyum kot. Matanya pun nampak bersinar-sinar.

“Dua-dua ada keistimewaan sendiri.” Akhirnya itu yang Hana jawab.

“Bosanlah jawapan kau. Bagi aku, Aiman lagi handsome dari Abang Rain.”

Hana tersenyum memandang Dina yang dah bersandar pada kepala katil. “Aku bagitahu Rain kau cakap dia tak handsome.” Hana dah bangun melangkah ke pintu bilik Dina.

Dina yang tergelak kecil dipandang sekilas. “Nak aku tutup lampu tak?”

“Tak payah. Kang terlelap terus aku. Aku nak biar mask ni kering dulu.”

“Okay. Night.”

Dina memandang pintu yang ditutup Hana tadi. Dalam fikirannya dah dapat mengagak apa yang abangya sedang buat sekarang. Telefon bimbit di sebelah diambil dan lantas dia membuat panggilan. Sekali, tak diangkat. Dua kali pun tak diangkat.

“Hisy mana dia ni?” Dina dah buka mask di muka dan disapu lebihan mask liquid di mukanya. Kali ketiga baru panggilannya disambut.

“Hello.”

“Hurm.” Terdengar suara Rain di talian. Macam sedang menahan mengah.

Dina dapat mengagak yang mengah Rain mesti sebab dia menumbuk punching bag tanpa henti. Dah lunyai agaknya benda alah tu. “How’s your punching bag?”  Tanya Dina. 

Terdengar Rain mendengus perlahan. “Still okay.”

Good. Abang okay?”

“Okay.”

Dina mengetap bibir. Yelah tu. “Just to let you know, Hana cares for you.

“Hmm…”

 ***

Aiman menyisip kopi panas yang dibuatnya tadi. Mata masih galak merenung lampu-lampu bangunan dari balkoni rumahnya. Teringat akan ajakan Rain untuk dinner bersama esok malam. Dan dia masih menimbangkan sama ada untuk setuju atau menolak. Macam awkward je esok ni.

“Haih, dah kenapa hidup aku sendu sejak dua menjak ni.” Keluh Aiman. Serius. Sejak dia pindah sini, dia rasa dia tak seceria dulu. Betullah orang kata soal hati dan perasaan ni boleh buat orang jadi gila. Nak diluah entah pada siapa. Bunga dah nak kahwin. Hana dah ada Rain. Hati ni pun, nak yang mana satu? Tak boleh ke decide siap-siap? Tak adalah aku macam orang tak betul mengenang nasib kat balkoni ni.

Lamunannya terhenti bila dirasakan ada sesuatu yang berbulu bermain di betis kirinya. Terus diletakkan mug di atas meja dan lantas mendukung si Latte. Kepala Latte diusap perlahan.

“Apa yang patut daddy buat sekarang?” Tanya Aiman pada makhluk berbulu tersebut.

I think I’ve fallen in love.”

“Meoww…”

“Rasa-rasa siapa layak jadi mommy korang?”

“Meowww…”

“Tapi cik rumah sebelah takut kucing.” Lama Aiman memandang Latte. “Cik Bunga pula dah nak kahwin.”

Latte diletakkan di bawah. Aiman melabuhkan duduk pada sofa. Tangan meraut-raut rambutnya. “Entahlah….kalau ada rezeki, adalah mommy korang ye.”

Aiman kemudiannya tersengih sendiri. Betullah aku rasa, sikit lagi aku boleh gilalah.

Beberapa minit merenung ceiling rumah, pantas Aiman mencapai telefon bimbit di atas meja. Tadi rasanya ada dapat notification yang Bunga update blog. Dibuka blog Bunga dan ralit dia membaca new post tersebut. 

It’s over.” Ayat itu diulang berulang kali di bibir Aiman. Somehow, I can relate to it Bunga.

Re: gadisbunga@gmail.com
From: aimantakisah@gmail.com

Congrats on your wedding! I will make myself free on that day.
Just tell me where and when, and I’ll be there.

p/s : I know it’s over and it never really began. But in my heart it was so real.


No comments: