Aku Dia & Bunga 22 by Lila Vee

Aiman berdiri di hadapan Canon copier itu dan memasukkan ID serta password. Kemudian dia membawa kertas-kertas yang nak discan itu ke dalam mesin tersebut. Jay yang sedang khusyuk menghadap iMac itu dipandang sekilas.

“Design untuk TBP ke?” tanya Aiman sambil menekan butang ‘Start’. TBP itu adalah The Big Parade - sebuah festival muzik yang bakal berlangsung pada hujung bulan depan. Jason yang bertanggungjawab untuk menyiapkan poster serta prototaip bagi pentas tersebut.

“Haah.” Jawabnya sepatah.

Aiman mengambil kertas-kertas yang dah siap discan itu sebelum berpusing ke kubikel Jay yang beberapa inci daripada mesin Canon itu. “Nak tengok.”

“Okey tak?” Jay menunjukkan layout bagi poster TBP itu.

Aiman mengangguk. “Nice bro. Masterpiece!”

“Masterpiece lah sangat.” Jay dah hampir mendecit. “Kau dah scan and send kat aku?” sambungnya merujuk pada kertas-kertas di tangan Aiman.

“Dah. Aku buat dua file.”

“Thanks.” Jay dah angkat tangan dari tetikus. “Done!”

Aiman turut mengangkat tangan ala-ala meraikan kemenangan piala dunia. “Boleh lah kita pergi lunch, kan?”

Jay mengangguk. “Let’s go.”

Aiman melangkah ke kubikelnya dan meletakkan kertas-kertas tadi ke dalam sebuah fail lutsinar. Kemudian kunci kereta dicapai bersama-sama dompet sebelum dimasukkan ke dalam saku slack. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Rain
Malam ni pukul 8.40. Tony Romas Mid Valley.

Ala makan situ ke, desis hatinya. Kemudian dia menaip sesuatu.

Aiman
Okay noted.

“Woi, kata dah lapar sangat?” Jay dah tercongok di daun pintu entah sejak bila. Aiman tersengih sebelum mendapatkan Jay. Mereka sama-sama berjalan melepasi bilik Finance dengan IT Department itu. “Kita nak makan mana?”

“Tempat biasa lah.” Jay dah menekan butang lif untuk turun.

“Kita makan dekat Grab-N-Go jelah.” Cadang Aiman.

Jay mengerutkan dahinya. “Mana kenyang weh.” Balasnya merujuk pada portion kafeteria company milik bapanya itu. Sungguh dia tak berkenan makan set-set mat salleh itu.

“Ala, aku belanja. Aku malas ah nak redah jam pastuh panas terik.” Ujar Aiman sambil membelek Daniel Wellington di tangan.

“Kau nak gi dating kan sebenarnya.” Jay serkap jarang.

“Kejadahnya aku nak dating.” Aiman menjawab rendah sambil melangkah masuk ke dalam lif yang terbuka. Butang B1 ditekan sebelum dia tergelak sendiri. “Awek pun takde.”

Define awek.” Jay sudah menyepetkan matanya. Aiman boleh nampak melalui refleksi dari dalam lif itu.

Somebody to call home.” Aiman menyeringai.

Jay terus cepat-cepat keluar apabila mereka tiba di B1. “Kau consider orang yang kau selamatkan dalam lif tu tu ‘home’ tak?” Teringat dia macam mana risaunya suara Aiman masa telefon dia untuk meminta emergency leave. Bila dengar suara Aiman macam tu, dia pun terikut gelabah sama. Bila ditanya kenapa, Aiman kata nanti cerita. Sudahnya, sampai sekarang tak dicerita. Ceh.

"Hana. Her name is Hana." jawab Aiman perlahan tapi tak dipandang pun Jay di sebelah. Takut Jay dapat melihat perubahan pada raut wajahnya.

Jay mengangguk. "So is Hana your home?"

“Apa siaa. Dia jiran aku jelah.” Aiman mengerutkan keningnya sambil memesan sandwic tuna beserta flat white di kaunter Grab-N-Go itu. “And, orang tu dah ada boyfriend pun.”

Jay memesan dua poke bowl dengan jus oren. “Oh...”

Aiman menoleh ke arah Jay. “Malam ni aku dinner dengan dorang berdua. Eh, bertiga.”

"Wait wait. Aku tak faham. Kau kenal boyfriend Hana juga?"

"Hurm.." Aiman angguk. 

"Who? How?"

Aiman mendesis. Kedua-dua tangannya yang sedari tadi berpeluk tubuh dibawa ke poket kiri dan kanan. "Remember Rain?"

Berkerut dahi Jay cuba mengingat sepotong nama tersebut. Rasa macam pernah dengar. Wait..."Rain as in Asyraf Bahrain?"

"Yup."

"Oh man." Jay mendesis.

Aiman tergelak kecil. "It's okay lah bro."

Wait a sec.” Jay memejam celikkan matanya. “Kau pergi dinner bertiga? Siapa lagi seorang? Double date ke ni?”

Aiman mengambil paper cup flat whitenya dan dibawa ke mulut. Dia memang tak suka tambah gula tambahan pun. “Kinda. Tapi aku dengan Dina takde apa-apa.”

Jay turut menyedut jus orennya daripada straw kertas itu. “Siapa pulak Dina ni.”

Should I take a rain check?” Aiman mengabaikan soalan Jay lantas mengambil sandwichnya dan berjalan ke arah salah sebuah meja di situ.

Jay yang dah di hadapannya menggeleng. “Lagi nampak mencurigakan.”

“Tulah.” Aiman menggigit sandwichnya. Lapar gila, menyesal pulak ajak makan sini. Tapi malam nanti confirm makan berat. “Kenapa aku perlu terlibat sama eh?”

“Kau kan kawan Rain.” Jay menuturkan selamba. “And kau dengan Hana tu duduk berjiran. Kalau aku jadi Rain pun, aku rasa terancam dengan kewujudan kau.”

“Ha. Ha. Ha.” Aiman memaksa gelak dengan mulut yang penuh. Dia ni nak hype up aku ke back up Rain?

By the way, who is this Dina girl?” Jay dah masuk mode inspektor.

Aiman membiarkan soalan itu tidak berjawab. Hana, I wish I could turn back the clock. I’d find you sooner and love you forever.

***

“Abang, kita order dulu boleh tak? Diorang macam lambat je.” Dina dah merengek manja sambil menarik-narik hujung lengan baju Rain. Seriously dia lapar gila. Rasa nak makan semua benda yang ada dalam buku menu ni. Hana dengan Aiman ni mana pulak tak sampai-sampai. Ya, sepatutnya malam ini kan mereka akan ‘double-date’ konon-kononnya.

Rain sepatutnya nak ambil Hana dari tempat kerja terus ke sini, tapi tadi Hana pulak berkeras nak pergi sendiri lepas siap kerjanya. Entah kerja apa la yang banyak sangat dekat kedai bunga tu. Bukan Dina tak tahu, abangnya di sebelah ini masih resah menunggu kehadiran buah hati tersayang. Dina perati je, sekejap-sekejap Rain check telefon, sekejap-sekejap dail dan letak.

“Kejap lagi Hana sampai lah tu… don’t worry. Dia bukan budak kecik lagi lah abang. Give her some space.”

“Abang risau, sebab sejak pagi tadi Hana semacam je, jawab Whatsapp pun sepatah-sepatah”

“Sepatah macam mana?” Dina bertanya sambil matanya masih meneliti menu di atas meja. Perut aku dah berbunyi lagu rock dah ni. Jangan sampai aku gigit meja ni karang. Dina menggosok-gosok perutnya perlahan.

“Macam.. abang tanya dah makan ke.. dia jawab ‘dah.’ Abang tanya sayang sihat ke, dia jawab Okay , sihat.’ Macam tu.”

Dina mengalihkan pandangan sambil menjegilkan biji mata. “ Oh come onnn, sejak bila abang jadi clingy sangat ni?”

Rain menghembuskan nafas kasar dan bersandar di kerusi sambil memejamkan mata. “Adik order lah dulu. Nanti perut masuk angin pulak.”

Dapat sahaja green light, terus Dina memanggil pelayan yang sejak tadi sudah sedia menunggu berdekatan tempat mereka duduk. “Fillet Medallions Combo and Shrimp Scampi. Ah, and please add on another bowl of your delicious mash potatoes.”

“Hish, kan dah ada mash dalam meal adik tu?” Rain menegur.

“Don’t say anything. Adik lapar gila ni tau tak!”

"Amboi, tak takut gemuk ke?” Rain mengangkat kening mengusik adik kesayangannya yang bukan main seronok memesan makanan malam ini.

Dina hanya menyumbat telinga dengan kedua-dua belah jarinya tanda tak mahu melayan Rain. Kacau je orang tengah berselera makan ni tau. Pandangannya dialihkan ke arah manusia yang lalu lalang di hadapan pintu masuk Tony Romas Mid Valley megamall itu. Saat itu juga matanya terpandangkan Hana dan seorang lelaki yang tidak asing lagi di sebelahnya, berjalan tenang untuk masuk ke restoran.

This. Is. Disaster.

***

Hana separuh berlari ke dalam Mid Valley itu melalui The Garden. Namun dia mengingatkan dirinya bahawa dia memakai kasut tumit tinggi empat inci. Telefon sesekali diperiksa. Dia sedar dia sudah lambat, ni semua sebab siapkan tempahan last-minute daripada pelanggan. Sampaikan nak balas message Rain dan Dina pun tak sempat.

Dia pun macam tak semangat nak makan malam ini. Dengan serabut kat tempat kerja tadi, dengan sesak orang ramai lagi. Ahh, serabut! Tanpa berfikir lagi, dia terus mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya. Plaster Hansaplast itu dibuka dan ditampal seketika di pergelangan belakang kakinya. Kang nanti tak pasal-pasal melecet kalau dia tak tampal.

“Hana?” tegur satu suara.

Hana dapat rasa ada sebuah figura berdiri di hadapannya. Dekat betul sampai dia boleh rasa nafas orang tu. Hana mengangkat sedikit kepalanya. Dia hampir hilang imbangan namun figura di hadapannya itu sempat menahan belakang badannya.

“Aiman!” jerit Hana di luar sedar. Kuat pulak tu.

Aiman terpisat-pisat di hadapannya. Bengang kut kena panggil macam tu. “Ahh, Aiman. I ingat siapa tadi.” Hana membawa tangannya ke dada. Dia dapat rasa orang lalu lalang kat situ memberikan tumpuan kepada mereka.

Aiman masih tersenyum. “Sorry. I tak sangka you terkejut sampai macam tu sekali.”

“You baru sampai jugak ke?” tanya Hana sudahnya.

Lelaki itu mengangguk. “Ha, I dari surau. Tak nampak Tony Romas tu kat mana.”

“I pun.” Hana menebar pandangan ke sekeliling mereka. “Jom, kita cari sama-sama.”

After you.” Aiman terus berganjak dan memberikan laluan kepada Hana.

Hana meneruskan langkah dengan berhati-hati. Entah kenapa dia rasa terlalu kekok dengan kehadiran Aiman di situ. Dan dia harap Rain tak salah faham bila nampak dia dan Aiman berjalan bersama kejap lagi. Cukuplah dia nampak muka Rain yang macam nak bertukar menjadi Venom waktu kes pulangkan power bank semalam. Haiss..

“Hana, you habis kerja tadi pukul berapa?” soal Aiman.

Hana menoleh ke arah lelaki itu. “Tujuh. Lepas tu I terus bergegas pergi sini.”

“Eh, lambat tu. Banyak order eh?” sambung Aiman.

Hana memandang orang ramai di hadapan. Kemudian dia mengangguk. “Ada pulak orang last-minute nak bouquet.”

“You baik sangat lah, Hana.”

Hana dah pandang Aiman. “Huh?”

“You boleh je kan balik awal.” Aiman turut memandangnya. 

Entah kenapa Hana rasa nak tenggelam sahaja dalam lautan orang ramai itu. Sungguhlah, dia tak sanggup nak turut serta dalam makan malam itu. Dan sungguh dia tak faham apa yang ada dalam fikiran Rain bila dia buat cadangan gila ni semalam. Bala bala...

****
Fuhh.. entry yang mencabar nak siapkan bila main bab hati perasaan ni woiii. All the best Bulanhijau!


No comments: