Aku, Dia & Bunga 23 by Bulanhijau

Hi korang, sorry lambat.” Sapa Hana sambil menarik kerusi tanpa menunggu lagi, dia terus melabuhkan punggung duduk di hadapan Rain.

“Sayang, kenapa muka pucat ni?” Tanya Rain. Tangan kanan dipanjangkan untuk memegang pipi Hana.

Refleks Hana menjauhkan sedikit badannya ke belakang. Terkejut dengan tindakan Rain tadi. “Hana okey je.” Jawab Hana sambil menampal senyuman segaris. “Mengah tadi jalan laju-laju. Ingatkan dah lambat sangat.” Sambung Hana lagi.

Hi korang.” Aiman mencelah sambil menarik kerusi di hadapan Dina. “Aku singgah solat Isyak dulu tadi.” Ujar Aiman tanpa ditanya. Sempat dia menjeling raut wajah Rain yang jelas prihatin terhadap Hana.

Korang berdua ni berjanji eh nak pakai baju sama colour?” Tanya Dina. Oh shit. Membulat matanya apabila tersedar abang kesayangan ada di sebelah. Mampos. Aku.

Serentak Hana dan Aiman memandang baju masing-masing. Hitam. Hana memilih baju warna hitam supaya taklah dia nampak comot sangat kalau dah seharian memakai baju ni. Kut?

Aiman tergelak kecil. Cuba menutup rasa kekok apabila perasan pandangan membunuh Rain tu. “Orang-orang awesome macam kita orang memang macam ni. We think alike.” Dah tu, kau nak cakap diorang tu tak awesome ke cane Aiman?

Hana hanya tunduk membelek buku menu di atas meja. Dia berdeham perlahan. “Abang makan apa?” Tanya Hana sambil memanggung kepala memandang Rain. “Hana tak tahu nak makan apa. Semua pun nampak sedap.” Ujar Hana dengan harapan dapat mengalih perhatian Rain.

Perhatian Rain kembali pada Hana. Wajahnya dimaniskan. “Abang macam nak makan ribs.

Beef or lamb?

Beef.” Jawab Rain laju. Dia kalau makan di steak house macam ni memang dia gemar order beef compared to lamb.

“Okey.” Hana angguk-angguk kepala. “Dina kau makan macam biasa, eh?” Saje dia bertanya walaupun dah tahu jawapan. Dina yang di sebelah hanya angguk kepala. Mungkin takut kalau tersalah cakap macam tadi.

You should try the Wagyu Ribeye.” Cadang Aiman tanpa menoleh dari membelek buku menu di tangan. Entah kenapa gatal betul mulut ni nak memberi idea kepada Hana.

“Hana lagi suka makan New York Strip.” Rain mencelah. Aura caveman dah jelas kelihatan. “Medium grilled. Mashed and broccoli for sides.” Tambah Rain dengan bangga. Heh, mestilah dia ingat kekasih hati suka makan apa, kan.

Hana yang duduk di hadapan Rain dah rasa tak selesa. Tak tahu kenapa Rain malam ni macam berangin betul. Daripada tadi Rain pandangnya macam nak telan lepas tu ni buat perangai gaya caveman.

Aiman hanya tayang sengih. He knows his girl very well, eh. “Okeylah, boleh kut oder sekarang.” Takkanlah nak tenung aje muka masing-masing, kan? Lagi pun, dia memang dah lapar gila. Almaklumlah tadi siang dia makan sikit je.

Rain menggamit waiter yang berdiri di sudut kanan restoran tu. Tanpa menunggu lama, dia terus memesan makanan untuk dirinya dan Hana.

Give me medium-grilled Wagyu Ribeye. Baked potato and coleslaw for sides. And one warm water, please.” Ujar Aiman penuh sopan. Sempat dia melemparkan senyuman manis buat waiter tadi.

***

So, bila korang punya next triathlon?” Tanya Hana sambil menyuapkan sayur brokoli ke dalam mulut. Kenapalah malam ni Dina duk diam je? Selalunya dia lah yang paling banyak bercakap.

“November.” Jawab Rain dan Aiman serentak.

“Dekat Tanjung Bidara, Melaka.” Sambung Aiman tanpa memandang Hana. Elok aje dapat makanan tadi memang dia fokus pada makanannya sahaja.

“Hana nak ikut abang?” Masa ni lah dia nak buat-buat tanya Hana, kan? Nak tanya apabila berdua takut pulak pelawaannya ditolak.

Hana yang tengah mengunyah daging terus angkat kepala. “Kalau Dina ikut sekali.” Hana bagi jawapan paling selamat. Tak beranilah pulak dia nak travel sampai ke Melaka berdua saje dengan Rain.

Dina yang sedari tadi hanya diam terus menjongketkan kening kirinya. Ek eleh, budak ni main petik nama aku pulak. “Adik kena tengok schedule macam mana dulu. Kalau tak kena fly, okey je nak ikut.” Jeda. “Tapi hotel and expenses on you lah, Abang.” Sempat dia menambah.

“Awak tu gaji banyak pun nak Abang belanja lagi?” Sakat Rain sambil geleng kepala. Setakat perbelanjaan ke Melaka tu apalah sangat untuk dia yang masih bujang dan tak banyak komitmen ni. “Hana nak sikit?” Tanya Rain sambil meleraikan daging dari tulang rusuk di atas pinggan.

Hana menghabiskan kunyahan terakhir sebelum menganggukkan kepalanya. “Nak extra sauce.” Dia kalau makan steak memang suka kalau sos banyak. Lagi-lagi kalau black pepper sauce.

Rain hanya menurut tanpa banyak tanya. Potongan daging dicelup ke dalam mangkuk sos sebelum garfu di tangan disuakan di hadapan Hana. “Uh uh.” Rain menarik sedikit garfu apabila Hana mahu mengambil garfu di tangan. “Say aaa …

Zupppppp. Memerah terus muka Hana menahan malu. Dia tahu Aiman di sebelah dan Dina tengah pandang dirinya. Nak masuk bawah meja boleh tak?

“Sayang …” Panggil Rain apabila Hana masih belum membuka mulut.

Lambat-lambat Hana membuka mulutnya. Terus dia tutup mulutnya dengan tangan kiri elok sahaja Rain selesai menyuapnya. “Thank you.”

No biggie, Sayang.”

Aiman di sebelah Hana dah panas punggung. Dia pulak yang rasa tak selesa apabila Rain nak bermanja-manja dengan Hana. Jealous much eh, Aiman? Pffthh.

***

“Sayang datang naik Grab eh tadi?” Tanya Rain sambil bangun dari kerusi. Tangan kiri terus menggamit Hana yang masih duduk tu.

“Ha ah.” Hana masih duduk. Dan disebabkan pemandu Grabnya salah jalan tadilah dia terpaksa menapak ke Mid Valley dari The Gardens.

“Jom, Abang hantarkan balik.” Sekali lagi dia menggamit Hana supaya bangun. Hana yang masih duduk hanya menurut tanpa banyak tanya. Elok sahaja Hana berdiri di sebelahnya, Rain terus menggenggam erat tangan Hana.

Pandangan Hana jatuh pada tangannya yang di dalam genggaman Rain. Dah kenapa malam ni nak main pegang-pegang tangan pulak ni? Selalunya elok je jalan berdua tanpa pimpin tangan.

“Dina balik dengan Aiman, eh.” Laju sahaja Dina offer diri tanpa ditanya. Melihatkan perangai abangnya yang kalah caveman malam ni, terus dia tak terasa nak balik sekali dengan abangnya.

“Eh?” Aiman dah pelik.

“Tadi kau cakap nak cari barang, kan?” Laju Dina mencari alasan. “Aku pun rasa macam nak window shopping.” Sambung Dina apabila Aiman hanya memandangnya dengan pandangan pelik.

“Asyraf?” Tegur satu suara dari arah belakang.

Serentak mereka berempat menoleh ke arah datangnya suara tadi. “Maira?” Dina pura-pura macam tak cam wanita yang bergaun warna merah gelap tu.

Eh, Dina. Didn’t see you there.” Maira menarik senyum. “Asyraf, sihat?” Pandangannya kembali jatuh pada Rain.

Rain berdeham perlahan. Genggaman pada tangan Hana dikemaskan. “Sihat. You?

Hana blur. Dia memandang Aiman kutlah Aiman kenal wanita yang bernama Maira tu. Tapi reaksi Aiman pun sama macam dirinya.

Your wife?” Tanya Maira. Soalannya ditujukan kepada Hana yang berdiri di sebelah Rain.

Future wife.”

Can’t get over me, eh?” Senyuman di bibir Maira bertambah lebar.

“Adik balik dengan Aiman.” Nada suara Rain berbaur arahan. Tanpa menunggu lama, dia terus menarik tangan Hana melangkah keluar dari restoran itu.

She left me in silence for nine years. NINE FREAKING YEARS. And today she stands in front of me like nothing happened? Seriously?!

“Abang?” Perlahan suara Hana memanggil Rain yang jalan menonong tu. “Abang, siapa tadi tu?” Pelik jugak dia apabila mood Rain tiba-tiba berubah selepas berjumpa wanita bernama Maira tadi.

None of your business.”

Huh?” Hana terus berhenti melangkah. Tangannya di dalam genggaman Rain ditarik-kuat. Kut iya pun tengah marah, kita tanya ni jawablah elok-elok.

Sayang, please.” Rain baru tersedar dia terkasar dengan Hana.

“Hana boleh jalan sendiri.” Ujar Hana sambil memeluk tubuh. Ingat dia sorang je boleh marah?

“Sayang, Abang penat ni.” Pujuk Rain sekali lagi sambil tangan kanannya dihulurkan ke arah Hana.

“Hana nak jalan sendiri.”

“Okey, okey.” Rain beralah. Tanpa menunggu lagi, dia kembali melangkah.

Hana hanya mengikut dari belakang. Saje dia membiarkan jarak jauh di antara meraka. Merajuk letteww.

***

“Siapa tadi tu?” Aiman dah masuk mode kepoci.

Ex-girlfriend abang.”

“Kenapa macam cold aje dia orang tadi?”

“Kau jangan bagitahu sesiapa tau …” Nafas berat dihela perlahan. “Habis aje belajar, Abang nekad nak masuk meminang Maira tu. Diorang pun memang dah planned nak kahwin selepas habis belajar.” Jeda. “Diorang ni dulu LDR. Abang sambung belajar dekat UK, Maira tu pulak sambung buat medic dekat local uni. Nak dijadikan cerita masa Abang nak jumpa her parents, Maira tu macam nak mengelak. Banyak betul alasan dia bagi which one of it was she wanted to focus on her job.”

Rain being Rain, he triedlah to understand her situation. Iyalah, member baru masuk HO.” Tiba-tiba Dina rasa macam panas pulak apabila bercerita fasal Si Maira tu. “Mungkin Allah memang nak tunjuk yang Maira tu tak sebaik yang disangka. Abang terserempak dengan dia masa tengah berdating dengan lelaki lain. And to make it worst, Abang nampak dia orang dalam butik pengantin.” Dina ingat lagi macam mana teruknya Rain mengamuk setibanya Rain di rumah mereka. Habis tunggang terbalik bilik tidur abangnya itu.

“Sejak dari insiden tu, Abang susah nak percaya dekat perempuan. Kalau ada yang nak berkenalan pun, he will put distance between them.”

“Hana?”

Dina menjongket bahu. “Hana tu special case. Abang cakap dia takkan jumpa perempuan lain sebaik Hana.”  

He really loves her, eh?

So much.” Jujur Dina menjawab. Walaupun dia tahu, abangnya itu banyak kekurangan tapi dia percaya Rain boleh jaga Hana. “She can tame the beast in him.” Dina perasan sejak abangnya rapat dengan Hana, Rain boleh kawal sikap barannya.  

***

Abang
Is Hana okay?

Dina yang baru nak menyuap nasi ke dalam mulut, terhenti saat mata terpandangkan sebaris kiriman mesej milik abangnya. Sudu kembali diletakkan di dalam polisterin.

Tanpa disuruh, dia menoleh ke belakang mencari kelibat milik rakan baiknya- Hana. Budak dua orang ni bergaduh ke apa? Daripada hari tu abang asyik tanya fasal Hana.

Hana tu pulak sejak dua-tiga hari ni asyik termenung. Kalau tak termenung, dia mengeluh. Kalau tak mengeluh dia… haisss… senang cakap Hana tu pun macam tak senang duduk.

Abang
You okay, adik?

Sekali lagi Dina menoleh ke belakang tapi kali ni nak check line clear ke tak. Tanpa menunggu lagi, terus aje dia tekan butang call.

Abang, you okay?

Terdengar keluhan berat keluar dari mulut Rain.

“Abang?” Tanya Dina lagi apabila Rain masih diam.

“Hana okay?”

“Adik tanya fasal abang bukannya Hana.” Yang di rumah ni pun macam tak tentu arah dia tengok. “Korang ni bergaduh ke?”

Sekali lagi terdengar keluhan berat dari mulut Rain. “Abang tak tahulah. Tetiba je Hana tu senyap.”

“Abang ada buat pape kut?” Takkanlah takde angin takde ribut, Si Hana tu nak merajuk. “Cuba abang ingat balik.” Entah-entah ada kaitan dengan insiden malam mereka keluar malam bersama tempoh hari.

“Adik buat apa tadi before called abang?”

“Baru nak makan. Hana tapaukan balik kerja tadi.” Beritahu Dina tanpa ditanya. Dia ni kalau dah sampai masa malas, nak keluar rumah pun dia tak nak. “Abang ada plan nak balik jumpa mama weekend ni?”

Weekend ni macam tak.” Jeda. “Abang ada game.”

“Nak ikut!” Macam dah lama dia tak tengok abang kesayangan beraksi di tengah padang. Eceh, padahal dah nama tak tengok mat-mat sado lagi ganteng. “Hah! Adik ada idea.” Macam ada mentol menyala atas kepala. “Abang ajaklah Hana ikut pergi game abang.”

“Ajak Hana?”

Iyelahask her out. To your game.” Asyik keluar pergi mall je. Cubalah sekali-sekali pergi dating dekat taman pulakAt least, boleh hirup udara segar (walaupun udara di tengah kota KL ni takdelah segar mana.

“Adiklah ajak dah alang-alang duduk serumah tu.”

Ehhhh… abang ajaklah sendiri.” Laju je Dina menolak. “Hana tu girlpren abang.”

“Tapi dia tu macam tak nak bercakap dengan abang je.” Akhirnya, Rain luahkan apa yang menganggu fikirannya.

Time ni lah abang nak pujuk dia.” Dina menjulingkan mata ke atas. “Karang esok-esok abang trylah call ajak dia.” Sambung Dina bagi idea. 

“Kalau dia tak nak?”

“Abang tu ajak pun belum, dah memandai cakap dia tak nak ikut.” Sempat dia mengerling Nasi Pattaya yang terbiar sejak tadi. “Eh, okaylah. Adik nak makan ni, kesian nasi ni mesti dah sejuk.” Dalih Dina. Padahal, perutnya dah berkeroncong.

“Okay, okay. Pergilah makan.”

“Jangan lupa call dia esok.” Pesan Dina sebelum mereka berpamitan menamatkan panggilan.

“Eh, belum makan lagi?” 

Terangkat sedikit bahu Dina. Nasib tak terlepas handphone di tangan. Dia menoleh memandang Hana yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa berangkai tiga yang menghadap TV tu.

Abang Rain called.” Sempat Dina mengerling ke arah Hana- cuba melihat reaksi Hana semasa dia menyebut nama abang tersayang. 

“Ohh..” Ujar Hana sambil matanya tepat memandang drama bersiri Sherlock Holmes yang dipasang di TV. 

“Hana, weekend ni kau free?” Dina cuba memancing. “Ada nak pergi mana-mana?”

Bantal hiasan berbentuk segi empat ditarik ke dalam pelukan. “Takde.” Jeda. “Kau nak ajak keluar ke?”

Sort of…”

“Hujung minggu ni 10 hari bulan, kan?” Mata masih tak berkalih dari skrin TV.

Why?”

“Bukan kau kata kena fly pergi Vietnam?”

Oh. Shit. Tanpa sedar, penumbuk sudah dibawa menumbuk dahi. Macam mana kau tak ingat jadual kerja kau sendiri ni, Nur Dina? Kalau kau kena fly this weekend, siapa nak ikut abang kau pergi game

Tapi kan… kalau Hana pergi sorang pun okey, kan? Lagi pun, situ kan public space takkanlah jadi pape kan. Dalam masa yang sama Hana boleh kenal kawan baru.

“Kau jangan lupa kain ela yang aku kirim tu.” Pesan Hana apabila Dina hanya diam. “Tapi takyah beli banyak. Mummy aku dah bising banyak sangat kain belum hantar tailor.”

“Okey, okey.” Laju Dina menganggukkan kepalanya. “Apa lagi kau nak kirim?” Dia memang dah biasa sangat jadi PS (personal shopper) untuk sahabat kesayangannya sorang ni. 

“Buat masa ni, itu je lah dulu.” Dia ni bukannya boleh percaya sangat, silap hari bulan Si Dina tu kena bawak balik extra lugggage semata-mata nak memuatkan semua barang yang dia kirim.

“Okey, okey.” Ujar Dina sekali lagi. Dalam kepala dia sibuk fikir macam mana nak bagitahu abangnya yang dia tak boleh nak ikut pergi game? Tapi kan, Rain okey je kan kalau nak pergi berdua dengan Hana? Kan? Kan?

***

No comments: