Aku, Dia & Bunga 24 by Nirrosette

Hana membetulkan letak beg galasnya di bahu. Sebelah tangan lagi lincah sahaja mengunci pintu pagar kedai Bak’s Florist. Sepatutnya Jess menemaninya untuk membuat closing hari ini. Tetapi tadi Jess mendapat panggilan kecemasan. Teman lelakinya ditimpa kemalangan. Memandangkan hanya tinggal sejam lagi sebelum kedai tutup, Hana okey sahaja ditinggalkan seorang diri. Tak logik la pulak nak panggil orang cover Jess untuk sejam sahaja kan?
Usai mengunci pagar kedai, Hana cepat-cepat melangkah ke arah tempat parkir. Sudah lama Hana tidak memandu sebenarnya. Ada sahaja orang yang menghantar. Dina la. Rain la. Tetapi sejak bertekak dengan Rain, Hana malas dah nak berjumpa dengan orang ‘itu’. Tak tahu kenapa rajuk Hana kali ini berpanjangan. Dia benar-benar terasa hati dengan perlakuan Rain tempoh hari!
“Hi you.”
Hana yang sudah jauh mengelamun tersentak apabila ditegur seseorang yang sedang bersandar di tepi kereta Myvinya.
Hana tidak menyahut. Dia tunduk menyeluk kunci kereta yang terletak di zip depan beg sandangnya. “Hana penat. Hana nak balik.” Acuh tak acuh Hana menjawab. Hana memang penat sebenarnya. Seharian di kedai bunga, tubuhnya terasa melekit. Tak selesa nak berhadapan dengan Rain dalam keadaan mengejut begini. Lainlah kalau memang dah berjanji. Sekurang-kurangnya Hana sempat sembur minyak wangi, betulkan rambut dan salin pakaian sebelum bertemu.
Nope.” Lekas-lekas si dia bergerak menghalang Hana daripada membuka pintu kereta. “Abang tak akan izinkan sayang balik selagi kita tak bercakap.”
Hana memusingkan tubuh menghadap Rain. Malas hendak bergaduh. “Okey, cakaplah.”
Sorry.” Sepatah Rain mengucapkan sambil menghulur sejambak bunga kepada Hana.
Hana hanya memandang sepi huluran bunga tersebut. ‘Scuse me? Aku kerja kat kedai bunga kot. Nak hadiahkan diri sendiri bunga pun boleh. I don’t need no man to give me flowers! Bentak hati Hana.
“Sayang.” Rain meraup wajahnya apabila melihat reaksi Hana yang masih lagi kaku. “Abang message, sayang bluetick. Abang call, sayang tak angkat. Sayang nak abang cakap apa lagi? Abang dengan that girl tak ada apa-apa. Abang tak nak that girl. Abang nak this girl. Yang tengah diri depan abang sekarang ni.” Lembut suara Rain menerjah cuping telinga Hana, cuba mencairkan hati Hana yang dingin.
Hana diam. Sedikit tersentuh dengan kata-kata Rain yang cuba memujuk.
“Abang sayang Hana sangat-sangat. Seminggu sayang ignore abang, hidup abang rasa tak lengkap. Abang rindu suara sayang. Rindu makan dengan sayang. Sayang tak rindu abang ke?” Soal Rain lirih.
Hana yang enggan bertentang mata dengan Rain terkejut apabila lelaki itu bertindak mendongakkan dagunya sedikit supaya Hana membalas pandangannya. Spontan dia menolak tangan Rain agar tidak menyentuh dirinya. 
“Tapi…Hana tetap nak tahu siapa dia dalam hati abang sampaikan abang…..”
“Berapa kali abang nak cakap, she is no one, faham tak?!” Potong Rain sebelum sempat Hana menghabiskan ayat. Tinggi nada suara Rain menjerkah sampai terhinggut bahu Hana akibat terkejut. “Kenapa susah sangat nak faham ni??”
Hana terdiam tidak menyahut. Dia benar-benar terkejut dengan reaksi Rain. Airmatanya sudah mula bertakung di tubir mata. Bukannya Rain tidak tahu kisah silam Hana. Hana memang pantang kalau orang tinggikan suara. Hana memang tidak boleh berhadapan dengan situasi itu. Bukan sekali Rain buat begitu. Masuk kali ini, sudah dua kali Rain tinggikan suara padanya. Semuanya kerana perempuan itu!
Menyedari wajah Hana yang sudah bertukar merah padam dan airmata yang menunggu masa sahaja sebelum jatuh mengalir di pipi mulus Hana, Rain sedar dia sudah tersilap langkah. Sepatutnya Rain ke sini untuk memujuk. Bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan!
“Sayang, sorry. Abang tak sengaja tinggikan suara. Sorry. Sayang -” Rain mendekati Hana dan cuba mencapai tangan gadis itu namun cepat-cepat Hana menepis.
“Kalau she’s no one, abang tak akan tinggi suara dan marah-marah Hana macam ni.” Bergetar suara Hana menuturkan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Tanpa menunggu sesaat pun, Hana terus menghidupkan enjin dan memecut pergi.
I FREAKING HATE YOU, ASYRAF BAHRAIN.

***
“Hana, kau kenapa?” Dina yang sedang elok mengunyah keropok twisties sambil menghadap Stranger Things di Netflix terkejut apabila pintu rumahnya dihempas kasar. Gedegang bunyinya macam gempa bumi!
Hana langsung tidak membalas. Terus menonong ke dalam bilik. Sebelah tangannya menggalas beg, sebelah lagi seolah-olah sedang sibuk menyeka airmata.
Dina tidak tunggu lama. Spontan dia mengambil telefon bimbit dan mendail nombor abangnya, Rain. Dina tahu, tadi Hana berjumpa dengan Rain. Rain sepatutnya pujuk Hana dan ajak Hana pergi gamenya Ahad ni. Kalau dah fasa pujuk memujuk patutnya happy ending la kan. Tapi apakejadah Hana balik rumah menangis-nangis?
Sorry, dik.” Tidak sampai tiga deringan, panggilan Dina berjawab. Rain di hujung talian sudah memohon maaf terlebih dahulu. “Abang tak sengaja.”
“Tak sengaja apa?!” Dina yang tadinya duduk terus terbangun. Sebelah tangannya mencekak pinggang. Dia tahu abangnya kalau marah memang pelbagai perkara boleh terjadi. “Did you lay your hand on her?!” Soal Dina separuh menengking.
“Tak! Of course not!” Laju sahaja Rain menafikan. “It just didn’t go as planned.”
“Dah tu? Kenapa Hana balik nangis-nangis?” Ni kira kali kedua dalam masa seminggu okey. Lepas double date tak jadi tu pun Hana pulang ke rumah dalam keadaan patah hati. Hari ni rasanya dah level up remuk hati kot. “Apa yang susah sangat nak jaga hati Hana ni, bang?” Dina mengendurkan suara. Sedar, kalau dia marah-marah sekalipun, ia tidak akan membantu.
“She asked about Maira.” Rain membuka cerita ingin berterus terang.  “No, she insisted to know about Maira.”
Dina melepaskan keluhan berat. “Abang, don’t you think she deserves to know the truth too?”
“Adik tahu kan abang memang pantang when it comes to her. Everytime I think of her, I get triggered. Abang memang tak dapat kawal perasaan abang bila Hana berdegil tetap jugak nak tahu siapa dia.”
Forget it lah abang.” Dina pun geram mendengar kata-kata Rain. Bukan Dina tak mahu menangkan Rain. Dia tahu. Abangnya tak sengaja. Tapi kalau Rain pilih untuk menjadikan Hana sebagai suri hatinya, lambat-laun Rain perlu berterus terang jugak. “Dina rasa buat masa ni, abang jangan kacau Hana lah. Focus on your game. Give her some space.”
Untuk seketika, Rain terdiam tidak menyahut. “Will she be okay?”
“She will. Just give her some time. Jangan ganggu Hana. Hana pun rimas agaknya dengan sikap abang macamni.”
Rain di hujung talian sekadar menghela nafas panjang. “Sorry.”
“Kadang-kadang abang kena faham, sorry je tak cukup untuk selesaikan masalah.” Bebel Dina masih lagi tak puas hati. “Nanti Dina cuba cakap dengan Hana. But for the time being, Just. Leave. Her. Alone. Okay?”
Rain melepaskan keluhan berat. “Roger, boss.”
***
Bunyi loceng yang bertalu memaksa Aiman yang sedang bermalas-malasan di atas sofa bujangnya bangun. Dia mengerutkan dahi tatkala terpandang Dina yang sudah lengkap berpakaian pramugari bersama sebuah  bagasi di sisi sedang tercegat berdiri di hadapan rumahnya.
“Hi Dina, what’s up?”
“Can we talk?” Suara Dina yang menyapa gegendang telinga kedengaran tidak seceria selalu. Macam ada sesuatu je.
“Kenapa macam serious sangat? Sure, we can talk.” Aiman membuka mangga grill dan berdiri di hadapan pintu. Kekok. Nak jemput masuk, karang tak pasal-pasal je kena tangkap khalwat malam-malam begini.
I nak mintak tolong you tengok-tengokkan Hana.”
“Huh, kenapa? Hana sakit ke?” Spontan aura kerisauan terpampang jelas di wajah Aiman. Dahinya berkerut seribu. Tak makan lagi ke budak tu? Asyik low blood je. Pelbagai andaian mula bermain di minda Aiman.
“Yaa…” Dina teragak-agak hendak membuka cerita. “Sort of. Sakit hati.”
Eh? Aiman menjungkit kening. “Gaduh dengan Rain?”
Yeah.”
“Jap. Jap. So you nak I tengok-tengokkan Hana?”
“Yeah. Sebab I nak fly ni. This weekend I takde. Takut Hana pengsan kat rumah ke tak makan ke apa ke.”
No hal. Boleh je I buat rounds nanti,” ujar Aiman bergurau. “Tapi…I pelik. You nak suruh I tengok-tengokkan girlfriend abang you? How can you trust another guy untuk tengokkan girl abang you?”
“Sebab kita kan berjiran. Abang I jauh. Besides, diorang tengah bergaduh. I tak rasa Hana akan angkat his calls. Also, I percaya you baik.” Panjang lebar Dina menjelaskan rasionalnya. Memang siapa lagi yang boleh Dina harapkan kalau bukan Aiman? Sejak kejadian di lif tempoh hari, Dina tahu, Aiman seseorang yang boleh dipercayai. Kalau tidak, dalam keadaan Hana tidak sedarkan diri tu, macam-macam boleh berlaku. Tetapi Aiman menjaga Hana dengan sangat baik. Lagipun, Aiman ni memang ada aura budak baik. Tak tahu lah macammana nak explain. Aura orang selalu angkat wuduk kot?
Aiman mengerutkan dahi keliru. “I baik? Is that a compliment or something?”
Compliment la. You memang baik.”
“Kenapa I rasa offended eh?” Balas Aiman dengan sengihan yang bermain di bibir. “Girls suka bad boys kan. Mungkin sebabtu I tak laku. I baik sangat.”
Dina tertawa lepas mendengarkan pengakuan Aiman. “Well I can’t speak for other girls. I taktahu. Tapi untuk I, I suka gentleman. Macam you la. Cuma you tak masuk dalam list I. I’m a bit tall for you. Besides, taste I lelaki cina macam mamat cerita Sweet Dreams tu and –“ Tergantung ayat Dina tatkala telefon bimbitnya bergegar. “Alamak Grab I dah sampai. I gotta go! Jangan lupa pesan I tu okey!”
Tanpa menunggu, Dina terus melangkah pergi memasuki perut lif. Kebetulan, lif sudah pun berhenti di tingkatnya kerana Dina sudah menekan butang lif sebelum mengetuk pintu rumah Aiman tadi. Dina sekadar mencuba nasib tetapi tidak disangka pula Aiman ada di rumah pada malam Jumaat begini.
Aiman menggelengkan kepala. Dina, Dina. Kalau membebel macam bertih jagung. “Have a safe flight, Dina!” Ucap Aiman sambil melambaikan tangan kepada gadis itu sebelum pintu lif tertutup rapat. Akalnya ligat memikirkan apa yang harus dilakukan untuk membantu Hana. What’s the best remedy to fix a brokenheart, eh?
***
Aiman menekan loceng di depan rumah Hana untuk kali ke-seratus. Aiman nekad, kalau Hana tak buka juga pintu, Aiman akan gantungkan sahaja bungkusan itu di pintu. Apabila pintu tetap juga tidak dibuka, Aiman pasrah. Dia menyusun langkah untuk pulang ke rumah. Memang orang patah hati begini gamaknya. Duduk dalam gua tak nak keluar lagi dah kot.
Bunyi pintu yang terkuak membuat Aiman menoleh ke belakang. Nyaris-nyaris Aiman tergelak tatkala terpandang gadis berpagoda putih, berkain batik dengan rambut disiput ke atas dengan penyapu di tangan. “Errr….hi maid Dina?”
Hana acah-acah menghunus penyapu tersebut ke arah Aiman. “Berani la panggil I maid lagi!” Suka-suki je.
Aiman menjungkit bahu. “Well…you’re wearing exactly this when I first saw you that day.”
You nak apa? I ingat salesman mana datang tekan bell tak henti. On a Sunday morning pulak tu!” Bebel Hana sambil mencekak pinggang.
I nak bagi you tu.” Aiman mengarahkan dagu ke arah bungkusan plasik merah yang tergantung di pintu pagar Hana.
Hana spontan memandang ke arah yang ditunjukkan Aiman. Bungkusan plastik merah itu diambil lalu dibuka tupperware yang terdapat di dalam plastik tersebut. Hana memicingkan mata. “Brownies?”
Yup.”
“Beli kat mana?”
“Fresh from the oven.”
Hana mendekatkan tupperware tersebut ke wajah. Aroma kek coklat yang baharu sahaja dibakar menusuk rongga hidungnya. “Sedapnya bau. You bake ke?”
Laju sahaja Aiman mengangguk. “Lepas subuh tadi.”
Wow. Rajinnya anak dara bake brownies di pagi Ahad yang indah ni,” usik Hana diiringi tawa kecil. Amboi, sedang hati berduka lara pun masih boleh beramah-tamah ye Hana?
“I saja nak baking tapi kalau I makan sorang weird kan so I bagi je lah kat you,” jelas Aiman panjang. Semalaman la juga Aiman duk fikir apa nak bagi untuk pulihkan hati orang yang sakit hati akibat bercinta ni without being too obvious. Encik Google kata coklat. Aiman pun dah lama tak baking sejak berpindah ke sini. Kiranya, brownies Hana ni lah yang rasmikan ketuhar Aiman yang sejak sekian lama duduk dekat stor nun.
Thanks, Aiman. Nak makan sekali?” Pelawa Hana.
Aiman laju sahaja menggeleng. Siot je. Takkan nak masuk rumah Hana. Dina kan tak ada.
“Tunggu kejap.” Pinta Hana sebelum memberikan Aiman semula bungkusan merah tersebut. Dia berlari masuk ke rumah sebelum muncul kembali membawa dua stools Ikea kecil yang berwarna-warni. Hana mengambil sebuah stool lalu melabuhkan duduknya di situ. Sebelah lagi disuakan kepada Aiman.“Meh duduk sini.”
Aiman mengambil bangku tersebut dan meletakkannya jauh sedikit daripada Hana. Hana kemudian meminta kembali Tupperware berisi brownies yang diberikan tadi.
Aiman tersengih sendiri melihat perbuatan mereka berdua. Tak pernah dibuat orang. Berpiknik di hadapan pintu rumah sambil makan brownies untuk sarapan. Weird. Tapi comel.
I tak tahu pun you suka baking?” Soal Hana sambil mencapai sepotong lagi brownies daripada Tupperware. Sedap. Very moist. Ni bukan brownies tiga bahan macam yang kita selalu nampak di Instagram Food Hacks tu. Ni memang resipi brownies orang yang mahir buat!
“Banyak lagi tentang I yang you tak tahu, Cik Hana,” balas Aiman sambil mengukir senyum nipis di bibir. Dia turut mencapai sepotong brownies yang disuakan Hana lalu dikunyahnya perlahan. Tak tahu malu betul. Walhal di rumah ada baki lagi setengah baking tin!
“Takpe. Yang I tahu, you baik.”
Erkk? Aiman rasa nak tersedak brownies yang ditelan tadi. Ni kali kedua orang cakap dia baik dalam tempoh kurang lebih 48 jam. “Kenapa? You nak tengok sisi jahat I ke?” Geram Aiman menyoal. Being nice is sometimes a curse, tahu tak?
You ada ke sisi jahat?” Hana soal kembali sambil menjungkit kening.
“Kalau I ada sisi jahat, I rampas you daripada Rain lama dah.”
“Ehhhhhhhh?”
Hana pandang Aiman. Aiman pandang Hana.
“Okay. This is awkward.” Aiman rasa nak sepak diri sendiri. Sebenarnya itu sepatutnya monolog dalam hati. Entah macammana boleh terlepas kuat-kuat pulak. Arghh apa kau dah buat ni Aiman??
Suasana menjadi hening buat seketika. Dua-dua terkelu lidah. Tidak tahu hendak berkata apa.
Actually….” Hampir lima minit kemudian,  Hana menuturkan untuk memecah kesunyian antara mereka berdua. “Kalau nak difikirkan, I pun bukannya baik sangat. Kalau I baik, I tak akan keluar dengan you.”
“And you still do…because?
“Entah. I tak bermaksud nak ambil kesempatan atas you. I minta maaf kalau you terasa hati. I tak tau I berkawan dengan you sebab I nak rebel against Rain ataupun sebab I selesa dengan you. Either way, I tak baik. Do you think we should stop seeing each other?” Soal Hana sambil mengalih pandang ke arah Aiman yang duduk di sebelah.
Aiman menarik nafas panjang. Entah kenapa soalan Hana umpama belati tajam yang mencucuk-cucuk ke tangkai hatinya. “I faham.” Aiman mengukir senyuman paling manis di bibirnya sebelum bangun dan mengibas punggungnya yang sedikit berpasir. “Kalau you pengsan ke apa ke, I biarkan je okey?”
Hana menjegilkan mata. “Itu darurat la gila.”
Aiman tersengih. “I doakan yang terbaik untuk you. I balik dulu.”
Hana turut bangun dan menghantar langkah Aiman pulang ke rumah sebelah melalui pandangan mata. “By the way, Aiman!” Panggil Hana sebelum Aiman memulas tombol pintu rumahnya.
Aiman berpaling, memandang Hana. Matanya dikecilkan. “Yep?”
“Thanks for the brownies.”
Aiman tersenyum lagi. “No biggie.” Dia melangkah pulang ke rumah. Pintu dikunci. Tubuhnya dihenyakkan ke atas sofa. Aiman menarik sebiji bantal lalu menekup wajahnya erat.
Mencintai tak semestinya memiliki. Kan? Be happy if she’s happy, bro.

1 comment:

Yamad said...

alllaaa!
apehal, aku yg bace ni pon jadi frust menonggeng?