7 : Mr. X by Qwerty

Badannya senget menyandar di tepi dinding. Mata tunak melihat dari sisi, kelibat Amanda di meja kerjanya. Fokus menghadap komputer dengan cermin mata yang terletak elok di muka. She looks very cute. Sama macam dulu.

Ah the good old days.

Paris, 2009.

"You selalu duduk sini kan. Why?" 

Si gadis tersentak. Orang ni tak kasi aku duduk sini ke apa? "Huh?"

Lelaki di hadapannya tergelak kecil lantas. "Kenapa tempat ni jadi favourite spot awak?"

Oh. "Just because. Kenapa? Saya ambil tempat awak ke?" Tanya Amanda blur. Amanda ni kadang-kadang tahap lurus dia kelas pertama juga. Lagi-lagi bila kena kacau time dia tengah membaca buku part best.

Lelaki di hadapan Amanda sekali lagi tergelak kecil lantas menggoyangkan jari tanda 'NO'. Kemudiannya terus bergerak ke meja yang selalu didudukinya. 

Amanda yang masih blur tu lantas kembali mengangkat buku bertajuk The Ring lantas membacanya. Namun, lepas je perbualan pendek tu, takdenya si Amanda ni nak khusyuk membaca macam tadi. Macam-macam yang difikirkan dalam kepala. Siapa tu? Kenapa dia tanya? Dia selalu nampak aku ke? Apa motif dia tegur? Bla bla bla. Sesekali matanya mencuri pandang meja di tepi dinding. Curi-curi mengintai anak bujang orang yang baru hendak duduk dimejanya. Haip. 

Di satu sudut yang lain, 

"Kau tegur siapa tadi?" Tanya Amir.

"Orang," balas lelaki berbaju kemeja belang selamba. Belum pun sempat dia menarik kerusi, Amir dah smackdown lehernya. 


**********


Amanda khusyuk scroll timeline Facebook sementara menunggu lif di tingkat 9. Bukannya anti-sosial tapi hanya nak tahu perkembangan semasa. Yela, waktu balik kerja jela ada masa nak bersosial. Waktu kerja nak pegang handphone pun harapan setinggi gunung kini menjadi debu jelah. Boss kecil bagi kerja bertubi-tubi tahu. Setakat scroll handphone sambil tunggu lif, takkanlah di cop anti-sosial kan. Sekarang ni macam-macam hal dunia boleh tahu secara live update dari Facebook. Nak percaya dengan tak percaya je. Kadang-kadang tu tergelak sendiri baca komen-komen orang yang bermacam ragam berkaitan hal-hal semasa.

"Ehem, khusyuk nampak?"

Mendengar suara itu, terus Amanda mengalihkan pandangannya ke sebelah. Pantang disebut, dah muncul.

"Lambat balik harini?" Tanya Aniq, memandang sekilas Amanda di sebelah. Tak pakai specs pula dia ni. Pakai buka pakai buka, makin rabun nanti tahulah.

Amanda menarik senyum sikit. "Haah, siapkan kerja dulu tadi."

"Oh,"

Ting ! Pintu lif terbuka. Serentak mereka membuka langkah. Sikit lagi nak berlaga bahu. Terus Aniq berundur dan bagi Amanda masuk dulu. Ceh Aniq, gentle lah sikit.

"Thanks." ujar Amanda perlahan. K, awkward. Please please cepatlah sampai bawah.

Ting ! Dengar je bunyi lif, terus Amanda bersedia nak keluar. Tapi pantas ditahan oleh Aniq. Beg sisi Amanda di tarik perlahan.

"Eh?"

"Sorry. Didn't mean to. But this is not your floor." Ujar Aniq lantas melepaskan pegangan pada beg Amanda.

Amanda pantas memandang sekeliling. Tingkat 20? Apa kes? Kening dijungkitkan pada Aniq.

"Sorry, tertekan tadi." kata Aniq lantas tertawa kecil. Geli hati agaknya memandang muka Amanda yang memang tengah blur habis.

"Masuklah cepat. Ke nak tinggal je sorang-sorang atas ni? Office tengah takde orang ni." sakat Aniq.

Kerutan di dahi Amanda makin bertambah. Eh eh pandai bergurau pula Encik Aniq ni sekarang. Ikutkan hati taknak naik satu lif dengan lelaki ni. Awkward. Pula tu, jantung ni pun buat hal. Tapi mengingatkan sekarang dah dekat pukul 7 dan tingkat ni dah tak ada orang, tak daya dah rasa nak tunggu lif satu lagi.

Aniq tersenyum simpul bila mana kaki Amanda kembali melangkah ke dalam lif. Sumpah tak sengaja tertekan nombor 20 tadi.

"G please. Thanks." Ujar Amanda. Sengaja G tu ditekankan sedikit. Haha.



**********



Seusai menyegarkan badan, Amanda duduk dibirai katil. Termenung sambil mengeringkan rambut. Teringatkan sesuatu, pantas tuala dililitkan pada kepala. Tangannya meraba-raba di bawah katil.

"Yeay jumpa !"

Kotak merah yang berlabel Paris dibuka. Matanya mencari diari kesayangan yang berlatarkan gambar Eiffel Tower. Simbolik cinta di Paris. Pehh jiwang.

Satu persatu muka surat dibuka. Mindanya cuba menghadam semula memori bersama Mr. X. Haih itulah kau Amanda, penyakit susah nak cam orang ni dah memakan diri kau sendiri tahu? Entah-entah orang yang kau duk tunggu-tunggu selama ni ada depan mata pun kau tak cam. Orang tu lainlah. Dia tak cam kau pun takpe sebab bukan dia yang tunggu kau. Bengang dengan diri sendiri, kasar Amanda tarik tuala di kepala.

"Aucchh." jeritnya perlahan. Ngaaa ini semua salah Mr. X. Kan bagus kalau Mr. X just muncul depan muka dan mengaku 'ye sayalah Mr. X yang awak cari'. Membayangkan itu, Amanda tergelak sendiri. Silly me.

Dua saat kemudian, "Oh nooo." jerit Amanda kuat lantas menekupkan muka pada tuala di tangan. Sebab apa? Sebab dia dah terbayangkan muka seseorangggggg~~

"Aik, kenapa kakak tu?" tanya Encik Fuad  pada Amani. Sampai ke bawah dengar anak daranya yang seorang tu menjerit.

Amani yang sedang makan ais krim memandang papa sekilas. "Meroyan la tu."

Terus Encik Fuad tergelak kecil. Selamba betul budak ni.



**********


"Apa plan lepas ni?" tanya Ariq lantas mengambil duduk di hadapan Aniq. Matanya meliar memandang kawan-kawannya yang gigih smash badminton. Dia? Penat dah smash kalahkan si Aniq ni.

Aniq meletakkan iphone di atas meja lantas memandang Ariq. "Balik rumahlah. Kesian baby aku kat rumah tu."

"La, kenapa tak bawa dia sekali tadi? Aku pun dah lama tak jumpa Nia. Mesti makin comelkan?" tanya Ariq. Ye, anak Aniq ni dah dianggap macam anak sendiri dah. Dulu masa Nia lahir, dialah yang excited belikan dress macam-macam.

"Haiya, siapa nak jaga kalau aku bawa datang sini Riq oi. Kau?"

"Eh jangan pandang orang tak ada matalah bro. Aku reti tau jaga budak-budak." bidas Ariq.

"Kalau reti, kahwinlah. Bila lagi nak merasa anak sendiri."

"Ah sudah. Jangan cakap yang kau pun dah masuk kroni mak aku." ujar Ariq sambil berkerut dahi. Sejak dua menjak ni, selalu nau orang cakap pasal kahwin ni. Apekes?

Aniq tergelak. "Tak adalah. Nak cakap je, ada anak ni seronok tau. Hilang semua beban atas kepala bila kau balik kerja, dengar anak kau panggil kau. Hilang stress kerja bila main dengan dia walaupun kadang-kadang dia akan buli kau. Suruh kau jadi kuda dialah, jadi customer masa dia berlakon buka restoranlah, jadi patient dialah. Tapi seronok."

"Wey kau buat aku rasa nak kahwin." sela Ariq. Dapat dilihat sinar di mata Aniq tatkala bersembang mengenai Nia. Dalam hati, syukur Nia tak jatuh ke tangan Elle lepas penceraian mereka. Kalau tak, tak dapat dibayangkan macam mana keadaan Aniq nanti.

"Betul bro. Seronok ada anak. Lagi seronok kalau dapat wife yang pandai menjaga hati."

Ariq terdiam. "Deep betul kau. Takpe, aku doakan kau."

"Hah dah lah. Apa barang emo. Jom seround lagi. Kali ni kalau aku menang, kau kena belikan Nia set Barbie Doll."

"Untuk Nia, aku sanggup kalah."

Mendengar itu, terus Aniq menumbuk bahu Ariq. "Aku tak izinkan kau jadi menantu aku."


********************

At last ! Maaf kalau cerita dah out of tune. Tengah berusaha mencari rentak balik. Hehe. Next, Nirroooo

3 comments:

Unknown said...

Menantu??????........... Kah kah kah....... Sengettttt....

Anonymous said...

besttt..cite ni penuh teka-teki laa...kalo cite ni dibuat drama kat tv mst rating tinggi...sambung cepat pleaseeee..

Kay said...

Mr X. sounds legit to me tho. XD